Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

NOTIS ARAHAN

UTHM.KKKP(A)/SESI2023/2024 (11)

KEPADA : PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN KAMPUS PAGOH UTHM

TARIKH : 11 JANUARI 2023

PERKARA : LARANGAN BERNIAGA DI DALAM KAWASAN BLOK KOLEJ KEDIAMAN TANPA


KEBENARAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Merujuk perkara di atas, hasil pemerhatian semakin banyak kotak jualan khususnya di laluan
kaki lima dan kawasan tangga blok kediaman pelajar. Aktiviti berniaga dalam blok ini adalah
merupakan satu (1) kesalahan yang melanggar peraturan kolej kediaman. Walaubagaimanapun,
sekiranya pelajar ingin meniaga bagi menambah pendapatan harian, para pelajar boleh
meletakkan item jualan di tempat khas yang telah disediakan iaitu MINI MART, BLOK A12.
Urusan prosuder mini mart tersebut boleh merujuk kepada wakil pelajar iaitu Saudari Noratika
binti Efendi di talian 016-9651043.

2. Justeru itu, pihak pengurusan memberikan AMARAN tegas kepada para penghuni supaya
mengosongkan laluan kaki lima dan tangga dalam tempoh 7 hari dari tarikh notis ini dikeluarkan.
Sekiranya perkara ini berulang, pihak kolej berhak merampas barang jualan tersebut dan pelajar
terlibat akan dikenakan tindakan sepertimana yang termaktub di dalam :

Klausa Kesalahan Hukuman


38 Berniaga tanpa kebenaran 1. Amaran pentadbiran bertulis dan
barangan dirampas dan
2. Denda tidak melebihi RM100.00

3. Pelajar dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan kolej yang telah ditetapkan bagi
menjaga kesejahteraan dan kebersihan bersama.

Sekian, diharapkan para pelajar dapat memberikan perhatian dan mematuhi segala ketetapan
yang telah dinyatakan. Terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


“MALAYSIA MADANI”

Pejabat Kolej Kediaman Kampus Pagoh


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
06-974 1156 / 1321 / 1064

You might also like