Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK LA SALLE PJ

46000 PETALING JAYA


SELANGOR

TEKS UCAPAN
PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN

SEMPENA
MAJLIS PERSARAAN PUAN HOO SAU KIN
10 MEI 2024
Terima kasih kepada pengerusi majlis,
Yang Berbahagia, Encik Cristopher Lennard Bain, Ahli Lembaga Pengelola
SMK La Salle Petaling Jaya
Yang Dihormati, Puan Noor Hayati Che Omar , Penolong Kanan HEM
Puan Jayanthi V. Sembayah, Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru
dan murid-murid yang dikasihi.

Selamat sejahtera.

Saya sangat bersyukur kerana pada hari ini saya diberi ruang dan peluang
untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna
ini. Terima kasih kerana sudi hadir dalam majlis ini yang diadakan khusus
untuk meraikan persaraan guru Bahasa Melayu, Puan Hoo Sau Kin.

Selama tiga bulan saya mengenali Puan Hoo Sau Kin, setelah saya baru
masuk ke SMK La Salle ini, saya berpendapat bahawa beliau seorang guru
yang sejati dan berjaya melaksanakan segala tugas keguruan dan
pentadbiran beliau dengan cemerlang.

Hari ini, 10 Mei, setelah berkecimpung dalam dunia keguruan sejak tahun
1995, akhirnya telah tiba waktunya untuk Puan Hoo Sau Kin bersara pada
hari lahir ke-55 beliau.

Pengalaman 29 tahun beliau sebagai guru cukup luas walaupun sempat


menaburkan jasa dan bakti SMK La Salle PJ ini sahaja sejak penempatan
perguruan. Saya percaya, beliau begitu komited dan bersungguh-sungguh
memastikan kemenjadian murid dan membina kejayaan murid-murid kita
dengan penuh kasih sayang.

Saya juga sangat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Puan Hoo Sau Kin yang telah berkhidmat menabur bakti di sekolah
kita selama 29 tahun.
Namun sayangnya, kita terpaksa akur bahawa beliau tidak lagi akan
bertugas di sekolah kita. Walaupun berat hati ingin melepaskan beliau, kita
tetap doakan semoga beliau terus cemerlang di mana jua puan berada.
Saya percaya bahawa warga SMK La Salle PJ akan berasa kehilangan
seorang pendidik yang berdedikasi dan prihatin, lebih-lebih lagi murid yang
pernah menerima bimbingan beliau, dan rakan sejawatan kerana beliau
seorang yang mudah mesra dan tidak lokek berkongsi kepakaran,
pengalaman dan nasihat.

Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa bakti


yang dicurahkan oleh Puan Hoo Sau Kin. Perkhidmatan, pengorbanan dan
sumbangan Puan Hoo Sau Kin yang tidak pernah mengenal erti penat lelah
telah membawa SMK La Salle PJ ke satu tahap yang lebih baik dan
membanggakan pada hari ini.

Kita amat terhutang budi terhadap perkhidmatan, pengorbanan dan kejayaan


yang telah disumbangkan oleh Puan Hoo Sau Kin sepanjang berkhidmat di
sini. Setiap kebaikan yang ditinggalkan pastinya akan menjadi ikutan dan
pendorong semangat kepada kita.

Saya mewakili semua pentadbir dan guru-guru, ingin mengambil


kesempatan memohon kemaafan andai tersilap kata. Maafkan kami jika ada
perlakuan dan tutur kata yang menyinggung perasaan. Segala jasa bakti
Puan Hoo Sau Kin sepanjang berkhidmat di sekolah ini akan kami kenang.

Saya akhiri ucapan saya dengan pantun:

Malam hari berlagu unggas


Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat bertugas
Budimu puan dalam ingatan

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok mesti rindu-rinduan

Sekian, Terima Kasih.

You might also like