Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MAAMOR

31120 SUNGAI SIPUT UTARA PERAK

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN NYANYIAN

TARIKH : 14 SEPTEMBER 2022


MASA : 2 PETANG
TEMPAT : SK KAMPUNG MAAMOR

ANJURAN :

PANITIA PENDIDIKAN MUZIK


SK KAMPUNG MAAMOR
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN NYANYIAN
ANTARA KELAB DAN PERSATUAN

1.0 PENDAHULUAN
Seni Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan minda amat sesuai sebagai
satu pilihan dalam aktiviti di sekolah-sekolah terutama masa kini dimana
gejala sosial berleluasa khususnya di kalangan generasi muda.

Seni Muzik dapat memberikan penekanan kearah pembentukan kualiti dan


jatidiri serta sahsiah murid merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani,
intelektual serta nilai sosialisasi, estetika dan etika. Dalam pada itu juga, ia
berperanan sebagai pendorong dalam menggerakkan minda untuk berfikir
secara lebih aktif kearah perkembangan kendiri serta penglibatan dalam
aktiviti muzikal yang memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi.

Selain daripada itu, melalui muzik minat dan bakat murid dapat dicungkil serta
diketengahkan sekaligus dapat membina dan menyerapkan keyakinan diri
dalam menghadapi cabaran hidup masa akan datang.

2.0 LATAR BELAKANG


Nyanyian adalah merupakan salah satu elemen kesenian yang telah
diperkenalkan di sekolah-sekolah sejak perlaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Kini ia telah dikemaskini menjadi sebahagian
kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pendidik dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran agar suasana pengajaran menjadi lebih menarik.

Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2011 melalui mata


pelajaran Pendidikan Muzik secara tidak langsung telah mengukuhkan
kepentingan pembelajaran muzik secara formal didalam kelas.

3.0 MATLAMAT
Membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran terutamanya dari aspek
peraturan dan disiplin dalam sesebuah persembahan serta keberkesanannya
dalam membentuk insan yang seimbang dari segi emosi, kognitif, kreativiti
dan inovatif.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memperkembangkan bakat murid
4.2 Mempertingkatkan daya komunikasi dan interaksi
4.3 Memperluaskan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik
4.4 Memperkukuhkan ketrampilan dan keyakinan diri
4.5 Alternatif kearah mengisi masa lapang secara positif

5.0 JENIS PERTANDINGAN


5.1 Pertandingan Nyanyian Solo dan berkumpulan Tahap 1
5.2 Pertandingan Nyanyian Solo dan berkumpulan Tahap 2

6.0 PENYERTAAN
6.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid SK Kampung Maamor

7.0 JENIS LAGU DAN MEDIA


7.1 Lagu Patriotik Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja
7.2 Audio minus 1 untuk nyanyian disediakan oleh Guru Pendidikan Muzik

8.0 PERSEMBAHAN
8.1 Setiap peserta/kumpulan hanya mempersembahkan (1) sebuah lagu
sahaja
8.2 Lagu mesti disampaikan dengan iringan muzik
8.2 Nyanyian dan gaya persembahan dipersembahkan dalam masa yang
ditetapkan

9.0 MASA
9.1 Setiap persembahan nyanyian lagu tidak boleh melebihi 6 minit.

10.0 PERBELANJAAN
Sumber Kewangan -Panitia Muzik
Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci :
HADIAH NYANYIAN ( Panitia Pendidikan Muzik )
Hadiah Set Alat Tulis 18 X RM 3 =RM 54.00
Hadiah Set Alat Tulis 18 X RM 4 = RM 72.00
Hadiah Set Alat Tulis 18 X RM 5 = RM 90.00
Pembalut Hadiah 6 X RM3 = RM 18.00
Sijil 1 Rim x RM50.00 = RM50.00
JUMLAH = RM 284.00

Bi Aktiviti Pertandingan Kuantiti Anggaran JUMLAH RM


l
1 Pertandingan NyanyianSolo 9 3X RM 3=RM9 RM39
Tahun 1-Set Alat Tulis 3X RM 4=RM12
Pembalut Hadiah 3 XRM 5=RM15
RM 3
2 Pertandingan Nyanyian Solo 9 3X RM 3=RM9 RM39
Tahun 2-Set Alat Tulis 3X RM 4=RM12
3 XRM 5=RM15
Pembalut Hadiah RM 3
3 Pertandingan Nyanyian Solo 9 3X RM 3=RM9 RM39
Tahun 3-Set Alat Tulis 3X RM 4=RM12
3 XRM 5=RM15
Pembalut Hadiah RM 3
4 Pertandingan Nyanyian Solo 9 3X RM 3=RM9 RM39
Tahun 4-Set Alat Tulis 3X RM 4=RM12
3 XRM 5=RM15
Pembalut Hadiah RM 3
5 Pertandingan NyanyianSolo 9 3X RM 3=RM9 RM39
Tahun 5-Set Alat Tulis 3X RM 4=RM12
3 XRM 5=RM15
Pembalut Hadiah RM 3
6. Pertandingan Nyanyian Solo 9 3X RM 3=RM9 RM39
Tahun 6 -Set Alat Tulis 3X RM 4=RM12
3 XRM 5=RM15
Pembalut Hadiah RM 3
JUMLAH 54 RM 234
13 Sijil 1 RIM SIJIL RM 50 RM 50

JUMLAH BESAR RM 284

11.0 HADIAH
11.1 Tempat Pertama : Hadiah dan sijil penyertaan
11.2 Tempat Kedua : Hadiah dan sijil penyertaan
11.3 Tempat Ketiga : Hadiah dan sijil penyertaan
11.4 Saguhati : Hadiah dan sijil penyertaan

12.0 AJK PELAKSANA PROGRAM


Penasihat : Tn Hj. Idzahar bin Idris ( Guru Besar )
Pengerusi : Puan Shamsiah binti Mohamed ( Penolong Kanan Kokurikulum )
Timb. Pengerusi : Puan Hasnah binti Mat Ludin ( Penolong Kanan Pentadbiran )
Naib Pengerusi : En Amir Hamdan bin Abdul Majid ( Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid)
Penyelaras : Puan Fazliwati binti Ramli ( Ketua Panitia Kesenian )
Setiausaha : PuanNapisah binti Tahar

13.0 Kumpulan Sasar


Murid Tahun 1-6
( rujuk Lampitan )

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

............................................. …………………………………………..
(FAZLIWATI BINTI RAMLI) (TUAN HAJI IDZAHAR BIN IDRIS)
Keua Panitia Pendidikan Kesenian, Guru Besar,
SK Kampung Maamor, SK Kampung Maamor,

KERTAS CADANGAN : PROGRAM NYANIAN SOLO DAN PERTANDINGAN


MEWARNA TAHUN 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH


Meluluskan Kertas Cadangan Program : Bulan KemerdekaanTahun 2022

Atau
Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Bulan Bahasa Kemerdekaan Tahun 2022

Ulasan:
…………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

…………………………………
( TN. HJ IDZAHAR BIN IDRIS )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampung Maamor
Tarikh:

LAMPIRAN 1: GAMBAR HADIAH

Hadiah-hadiah aktiviti pertandingan Panitia Bahasa Inggeris sempena

Bulan Bahasa
LAMPIRAN 2 : LAPORAN BERGAMBAR

PertandinganNyanyian
Pertandingan Berceritasolo
LAMPIRAN 3 : LAPORAN BERGAMBAR.

Pertandingan nyanyian
Pertandingan solo dan berkumpulan
Mendeklamasi Sajak

You might also like