Seksyen 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

s ek s yen 1

Perspektif
Keseluruhan
Dasar Fiskal

3 perspek tif keseluruhan

4 me ne rusk an se mul a age nda


pembaharuan fisk al

4 keduduk an fisk al 2023

6 tinjauan 2024

6 r angk a kerja fisk al jangk a


sederhana 2024 – 2026

7 kesimpulan

Seksyen 1 Teks BM.indd 1 05/10/2023 8:44 PM


Seksyen 1 Teks BM.indd 2 05/10/2023 8:44 PM
seksyen 1 perspektif keseluruhan dasar fiskal

seksyen 1

Perspektif Keseluruhan Dasar Fiskal

Perspektif Keseluruhan sedekad akan datang. Antara KPI tersebut


adalah mencapai ketahanan dan kemampanan
fiskal dengan nisbah defisit fiskal kepada KDNK
Dasar fiskal yang responsif dan menyokong
disasarkan sebanyak 3% atau kurang. Selain
adalah penting untuk merangsang
itu, Kerajaan juga telah melancarkan Pelan
pertumbuhan ekonomi dalam mencapai
Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR),
agenda pembangunan negara dan melindungi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP
kesejahteraan rakyat. Bagi mencapai objektif 2030) dan Kajian Separuh Penggal Rancangan
tersebut, Kerajaan perlu memastikan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12)
kedudukan fiskal kekal kukuh dan mampan untuk terus menarik pelaburan, memacu
dalam jangka masa sederhana dan panjang. pembangunan perindustrian dan seterusnya
Dasar fiskal yang berkesan memerlukan meningkatkan daya saing negara.
pendekatan pengurusan fiskal yang proaktif
dan holistik merangkumi langkah-langkah Ekonomi domestik yang berdaya tahan
berhemat, struktur institusi dan tadbir urus dan harga komoditi yang stabil telah
yang berkredibiliti serta pelaporan yang telus. menyumbang kepada peningkatan kutipan
Oleh itu, dasar fiskal Kerajaan bertujuan hasil walaupun berhadapan cabaran ekonomi
mengukuhkan kewangan awam dan membina global. Walau bagaimanapun, perbelanjaan
semula ruang fiskal untuk kemampanan fiskal mengurus juga meningkat terutamanya bagi
jangka masa panjang. emolumen, bayaran khidmat hutang serta
perkhidmatan dan bekalan. Di samping itu,
Kerajaan telah membentangkan semula Kerajaan terus menyediakan peruntukan
Belanjawan 2023 pada Februari 2023 subsidi yang besar untuk produk petroleum,
memandangkan Belanjawan asal tidak dapat elektrik dan barangan keperluan asas bagi
diluluskan pada 2022 berikutan pembubaran mengurangkan kesan kenaikan kos sara
Parlimen. Belanjawan 2023 mencerminkan hidup khususnya kepada kumpulan rentan.
prinsip akauntabiliti dan sistem nilai yang Pada masa yang sama, Kerajaan sedang
luhur bagi menghadapi cabaran semasa memuktamadkan pelan mekanisme subsidi
termasuk ketidaktentuan ekonomi global. bersasar bagi mengurangkan ketirisan dan
Seterusnya, Kerajaan telah melancarkan pembaziran. Sementara itu, program dan
Ekonomi MADANI pada Julai 2023 yang projek pascapandemik yang dipercepat telah
merupakan kerangka ekonomi menyeluruh menyebabkan peningkatan perbelanjaan
bertujuan meningkatkan pertumbuhan pembangunan terutamanya dalam sektor
ekonomi dan taraf hidup rakyat. Kerangka ini ekonomi. Secara keseluruhan, defisit fiskal
dijangka mampu memberikan penambahbaikan bertambah baik pada lapan bulan pertama
ketara ke atas ekonomi dengan menangani 2023 dengan merekodkan sebanyak
cabaran utama ekonomi dan memanfaatkan RM46.8 bilion berbanding RM51.9 bilion dalam
peluang pertumbuhan. Kejayaan kerangka ini tempoh yang sama pada 2022 disumbangkan
akan diukur melalui tujuh penunjuk prestasi oleh prestasi kutipan hasil yang lebih baik dan
utama (KPI) yang perlu dicapai dalam tempoh pengurusan perbelanjaan berhemat.

tinjauan fiskal 2024 3

Seksyen 1 Teks BM.indd 3 05/10/2023 8:44 PM


seksyen 1 perspektif keseluruhan dasar fiskal

Meneruskan Semula agenda pembangunan negara di samping


mencapai kemampanan fiskal jangka masa
Agenda Pembaharuan panjang.

Fiskal Pada 2018, Kerajaan mengumumkan rancangan


penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal
Kerajaan kekal komited untuk meneruskan
(FRA) sebagai satu daripada pembaharuan
agenda pembaharuan fiskal dan memastikan
perundangan fiskal untuk mengukuhkan rangka
kemampanan fiskal jangka masa panjang
kerja kewangan awam. Walau bagaimanapun,
dalam era pascapandemik. Usaha akan
situasi luar jangka berikutan krisis COVID-19
dipergiat untuk mempercepat konsolidasi
menyebabkan Kerajaan terpaksa mengalih
fiskal ke arah mencapai sasaran defisit
tumpuan ke arah menangani pandemik dan
fiskal sebanyak 3% daripada KDNK dalam
membantu pemulihan ekonomi seterusnya
jangka masa sederhana seperti yang
menangguhkan pengenalan FRA. Kerajaan akan
digariskan di bawah kerangka Ekonomi
meneruskan semula agenda pembaharuan
MADANI. Sehubungan itu, Kerajaan akan
fiskal memandangkan ekonomi telah pulih dan
meneruskan inisiatif pembaharuan fiskal untuk
kembali kepada paras prapandemik. Agenda
mengukuhkan kedudukan kewangan dengan
ini termasuk pembentangan FRA pada 2023
meluaskan asas hasil, mengoptimumkan
seperti yang digariskan dalam Belanjawan
pengurusan perbelanjaan, mengurangkan
2023; pelaksanaan rasionalisasi subsidi;
pendedahan risiko dan menambah baik tadbir
mengukuhkan rangka kerja percukaian; dan
urus fiskal.
menggubal Akta Perolehan Kerajaan (GPA).
Penggubalan FRA bertujuan meningkatkan
Penggubalan Strategi Hasil Jangka Sederhana
tata kelola, kebertanggungjawaban dan
mengukuhkan komitmen Kerajaan untuk
ketelusan dalam pengurusan fiskal Kerajaan.
meningkatkan mobilisasi hasil dan meluaskan
Tambahan pula, FRA mewajibkan penerbitan
asas cukai bagi memenuhi keperluan
beberapa laporan baharu seperti laporan
perbelanjaan ke arah mencapai objektif
prestasi perbelanjaan separuh tahun, penyata
sosioekonomi. Kajian semula sistem percukaian
perbelanjaan cukai dan penyata risiko
yang komprehensif akan dilaksanakan
fiskal. Sementara itu, GPA yang dijangka
meliputi dasar dan pentadbiran cukai serta
dibentangkan pada 2024 akan mempertingkat
rangka kerja perundangan. Inisiatif ini akan
tata kelola perolehan awam ke arah
memastikan janaan hasil yang mampan
mencapai nilai faedah terbaik dan kecekapan
serta menyediakan ruang fiskal yang
perbelanjaan. Justeru, pembaharuan fiskal yang
mencukupi untuk melaksanakan program dan
akan diteruskan semula akan meningkatkan
projek yang memberikan manfaat kepada
lagi akauntabiliti Kerajaan dalam menguruskan
rakyat. Oleh itu, inisiatif ini akan memacu
wang awam dan memastikan kedudukan fiskal
pembinaan semula penampan fiskal walaupun
yang kukuh.
berhadapan ketidaktentuan prospek global.
Kerajaan juga akan terus melaksanakan
semakan semula perbelanjaan awam bagi
meningkatkan kecekapan dan keberhasilan Kedudukan Fiskal 2023
perbelanjaan terutamanya subsidi, emolumen,
kesihatan, pendidikan serta perkhidmatan Kedudukan fiskal Kerajaan dijangka kekal
dan bekalan. Lima komponen tersebut kukuh walaupun berhadapan pertumbuhan
mencakupi sebahagian besar daripada jumlah ekonomi sederhana disebabkan oleh
perbelanjaan mengurus. Justeru, penting ketidaktentuan luaran dan ketegangan
bagi memastikan keseimbangan antara geopolitik yang berpanjangan. Pendirian
mengoptimumkan perbelanjaan dengan fiskal kekal responsif dalam menyediakan
meningkatkan hasil dalam meneruskan sokongan fiskal yang mencukupi bagi

4 tinjauan fiskal 2024

Seksyen 1 Teks BM.indd 4 05/10/2023 8:44 PM


seksyen 1 perspektif keseluruhan dasar fiskal

memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara Jumlah perbelanjaan juga disemak semula


dan pembaharuan ekonomi dapat diteruskan dengan peningkatan sebanyak 2.8% kepada
tanpa menjejaskan pelan konsolidasi fiskal. RM397.1 bilion iaitu lebih tinggi daripada
Pengukuhan prestasi fiskal pada lapan bulan anggaran awal sebanyak RM386.1 bilion.
pertama 2023 terutamanya disumbangkan Perbelanjaan mengurus (OE) dianggar
oleh kutipan hasil berikutan momentum meningkat sebanyak 3.8% atau RM11 bilion
pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan untuk mencatat RM300.1 bilion terutamanya
harga komoditi yang stabil. Trend positif ini bagi membiayai keperluan subsidi tambahan;
dijangka berterusan bagi baki bulan pada langkah di bawah kerangka Ekonomi MADANI;
tahun ini dengan anggaran kutipan cukai dan perbelanjaan untuk perkhidmatan dan
langsung yang lebih tinggi. bekalan. Perbelanjaan pembangunan (DE)
pula diunjur kekal pada RM97 bilion atau
Hasil Kerajaan telah diunjur lebih tinggi 5.2% daripada KDNK dengan peruntukan
sebanyak 4% atau RM11.7 bilion kepada disediakan untuk program dan projek di bawah
RM303.2 bilion atau 16.4% daripada KDNK RMKe-12 serta komitmen kewangan termasuk
berbanding anggaran awal sebanyak penebusan bon 1Malaysia Development Berhad
RM291.5 bilion. Hasil cukai kekal sebagai (1MDB).
penyumbang utama disokong oleh kutipan
cukai pendapatan yang lebih tinggi, aktiviti Jangkaan kutipan hasil yang lebih baik
audit berterusan dan pelaksanaan langkah memberi ruang kepada Kerajaan untuk
percukaian Belanjawan 2023. Di samping itu, menyalurkan sumber bagi membiayai
hasil bukan cukai juga dianggar meningkat perbelanjaan tambahan. Oleh itu, defisit fiskal
disumbangkan oleh lesen dan permit dianggar kekal pada 5% daripada KDNK seperti
terutamanya daripada royalti petroleum. yang disasarkan dalam Belanjawan 2023.

JADUAL 1.1. Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan,


2022 – 2024

PeRUBAHAn BAHAGIAn DARIPADA kDnk


RM JUTA (%) (%)

2022 20233 20244 2022 20233 20244 2022 20233 20244


Hasil 294,357 303,200 307,600 25.9 3.0 1.5 16.4 16.4 15.6
Perbelanjaan mengurus 292,693 300,140 303,800 26.4 2.5 1.2 16.3 16.2 15.4
Baki semasa 1,664 3,060 3,800 - - - 0.1 0.2 0.2
Perbelanjaan pembangunan
71,574 97,000 90,000 11.4 35.5 -7.2 4.0 5.2 4.5
kasar
Tolak: Terimaan balik
1,407 700 800 41.8 -50.2 14.3 - - -
pinjaman
Perbelanjaan pembangunan
70,167 96,300 89,200 10.9 37.2 -7.4 4.0 5.2 4.5
bersih
Kumpulan Wang COVID-191 30,979 - - -17.9 - - 1.7 - -
Baki keseluruhan -99,482 -93,240 -85,400 - - - -5.6 -5.0 -4.3
Baki primer2 -58,213 -47,140 -35,600 - - - -3.2 -2.5 -1.8

1
Kumpulan wang amanah khusus yang ditubuhkan di bawah Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019
(COVID-19)) 2020 untuk membiayai pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi
2
Tidak termasuk bayaran khidmat hutang
3
Anggaran disemak
4
Anggaran belanjawan tidak termasuk langkah Belanjawan 2024
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

tinjauan fiskal 2024 5

Seksyen 1 Teks BM.indd 5 05/10/2023 8:44 PM


seksyen 1 perspektif keseluruhan dasar fiskal

Baki primer tidak termasuk bayaran khidmat Secara keseluruhan, paras defisit fiskal
hutang dijangka mencatat defisit sebanyak dijangka terus menurun kepada 4.3% daripada
2.5% daripada KDNK. KDNK dan kekal pada landasan konsolidasi
selari dengan jangkaan hasil yang lebih tinggi
dan perbelanjaan yang lebih rendah. Usaha

Tinjauan 2024 ini akan menyediakan ruang fiskal yang luas


untuk mendepani prospek global yang tidak
menentu dan mengurangkan beban hutang
Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2024
dalam jangka masa panjang. Justeru, baki
dianggar terus meningkat kepada
primer dianggar merekodkan defisit lebih
RM307.6 bilion atau 15.6% daripada KDNK
rendah sebanyak 1.8% daripada KDNK.
didorong oleh kutipan cukai yang lebih
tinggi. Hasil cukai terus menjadi penyumbang
utama dan dijangka meningkat sebanyak
6.4% kepada RM243.6 bilion berikutan Rangka Kerja Fiskal
pengembangan aktiviti ekonomi, peningkatan
keuntungan syarikat dan penambahbaikan
Jangka Sederhana
guna tenaga. Sementara itu, hasil bukan 2024 – 2026
cukai diunjur berkurang kepada RM64 bilion
terutamanya disebabkan oleh dividen yang Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana (MTFF)
lebih rendah daripada PETRONAS seterusnya dirangka berdasarkan unjuran terkini hasil dan
mencerminkan pengurangan kebergantungan perbelanjaan serta andaian makroekonomi
kepada hasil berkaitan petroleum. Tambahan bagi tempoh 2024 hingga 2026. Rangka kerja
pula, beberapa langkah akan dilaksanakan ini telah disemak semula dengan asas andaian
termasuk pengenalan cukai keuntungan modal purata pertumbuhan KDNK benar sebanyak
bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh 4.8%, harga minyak mentah pada paras USD80
syarikat dan pelaksanaan e-invois. setong serta pengeluaran minyak mentah
domestik yang stabil sebanyak 530,000 tong
Jumlah perbelanjaan diunjur berkurang kepada sehari. Di samping itu, MTFF ini telah
RM393.8 bilion atau 19.9% daripada KDNK mengambil kira beberapa langkah dasar
terutamanya disebabkan oleh komitmen dan inisiatif pembaharuan termasuk langkah
kewangan yang lebih rendah berikutan mobilisasi hasil dan rasionalisasi perbelanjaan.
ketiadaan penebusan bon 1MDB. Peruntukan
OE dijangka mencatat sebanyak RM303.8 bilion Dalam jangka masa sederhana, jumlah hasil
atau 15.4% daripada KDNK manakala dianggar sebanyak RM986.9 bilion atau 15.6%
peruntukan DE sebanyak RM90 bilion atau daripada KDNK terutamanya disumbangkan
4.5%. Kerajaan juga akan melaksanakan oleh hasil bukan petroleum sebanyak
program rasionalisasi subsidi yang mana RM816.3 bilion atau 12.9% daripada KDNK.
sebahagian penjimatan tersebut akan Hasil berkaitan petroleum pula dianggar
disalurkan untuk menambah baik program berjumlah RM170.6 bilion atau 2.7%
jaringan keselamatan sosial. Selain itu, daripada KDNK. Sementara itu, jumlah siling
pelaksanaan program dan projek RMKe-12 perbelanjaan dianggar berjumlah
seperti pembinaan lebuh raya dan landasan RM1,206.2 bilion atau 19.1% daripada KDNK
kereta api, program tebatan banjir, kemudahan dengan peruntukan OE diunjur sebanyak
kesihatan dan institusi pendidikan akan RM927.1 bilion atau 14.7% daripada KDNK
dipercepat bagi merancakkan aktiviti ekonomi. manakala peruntukan DE sebanyak

6 tinjauan fiskal 2024

Seksyen 1 Teks BM.indd 6 05/10/2023 8:44 PM


seksyen 1 perspektif keseluruhan dasar fiskal

JADUAL 1.2. Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana RM279 bilion atau 4.4% daripada KDNK.
(MTFF), 2024 – 2026 Secara keseluruhan, defisit fiskal dijangka terus
berkurang dengan purata baki keseluruhan
2024 - 2026 sebanyak 3.5% daripada KDNK.
RM BILIOn % kDnk

Hasil 986.9 15.6


Bukan petroleum 816.2 12.9 Kesimpulan
Berkaitan petroleum 170.7 2.7
Perbelanjaan mengurus 927.2 14.7 Kerajaan akan meneruskan dasar fiskal kitaran
Baki semasa 59.7 0.9 balas dan bersifat menyokong bagi memacu
agenda sosioekonomi ke arah negara progresif
Perbelanjaan
279.0 4.4 dan berjaya. Pada masa yang sama, daya
pembangunan kasar
Tolak: terimaan balik tahan kewangan awam akan diperkukuh
1.8 0.0
pinjaman dengan memajukan rangka kerja dasar fiskal
Perbelanjaan melalui penambahbaikan mobilisasi hasil,
277.2 4.4
pembangunan bersih peningkatan kecekapan perbelanjaan dan tata
Baki keseluruhan -217.5 -3.5 kelola yang baik. Konsolidasi fiskal juga akan
Baki primer -58.0 -0.9 dipercepat secara berperingkat bagi mencapai
Asas andaian: sasaran defisit sebanyak 3% daripada KDNK
Purata pertumbuhan dalam jangka masa sederhana. Melangkah
4.8
KDNK benar (%) ke hadapan, Kerajaan kekal komited untuk
Purata pertumbuhan meneruskan dasar fiskal berhemat dan
6.7
KDNK nominal (%) kewangan awam yang kukuh ke arah menjadi
Purata harga minyak sebuah negara yang progresif dan terkemuka
80
mentah (USD setong)
selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI.
Purata pengeluaran
minyak mentah 530,000
(tong sehari)

Nota: Anggaran MTFF tidak termasuk langkah belanjawan 2024


Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

tinjauan fiskal 2024 7

Seksyen 1 Teks BM.indd 7 05/10/2023 8:44 PM


seksyen 1 perspektif keseluruhan dasar fiskal

RAJAH 1.1. Baki Keseluruhan dan Primer Kerajaan Persekutuan

% KDNK
0

-1 (0.8)
(1.1) (1.0)
(1.3) (1.2)
(1.7) (1.6)
-2 (1.8)
(2.3)
(2.7) (2.5)
-3 (2.9)
(3.2) (3.1) (3.2)
(3.4) (3.4) (3.4)
-4 (3.8) (3.7) (3.7)
(3.9)
(4.3) (4.3)
-5 (4.7) (4.7)
(5.0)
(5.3)
(5.6)
-6 BAKI KESELURUHAN
BAKI PRIMER (6.2)
(6.4)
-7 (6.7)

-8
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 20231 20242

RAJAH 1.2. Hasil, Perbelanjaan Mengurus dan Baki Semasa Kerajaan Persekutuan

RM bilion
400 HASIL
PERBELANJAAN MENGURUS
BAKI SEMASA

200

-200

-400
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 20231 20242

RAJAH 1.3. Baki Keseluruhan MTFF Kerajaan Persekutuan

% KDNK
0

-1
LALUAN KONSOLIDASI FISKAL
-2

-3

-4

-5

-6

-7
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 20231 20242 20253 20263

1 Anggaran disemak
2 Anggaran belanjawan tidak termasuk langkah Belanjawan 2024
3 Unjuran
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

8 tinjauan fiskal 2024

Seksyen 1 Teks BM.indd 8 05/10/2023 8:44 PM

You might also like