Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 48

MAKROEKONOMI

DBF2113

TOPIK 3
Kandungan Topik

Definisi & Konsep Aliran Pusingan


1 Keseimbangan 2 Pendapatan Ekonomi Dua
Pendapatan Negara Sektor

Keseimbangan Pendapatan
Pembolehubah Sektor
3 Ekonomi 4 Negara bagi Ekonomi Dua
Sektor
1
Definisi & Konsep
Keseimbangan Pendapatan
Negara
Definisi
“Keseimbangan pendapatan negara ialah
satu keadaan di mana jumlah permintaan
barang atau perkhidmatan dalam
ekonomi adalah sama dengan jumlah
penawaran dalam ekonomi.”

Terma dan syarat keseimbangan pendapatan


negara ialah :
Permintaan Agregat (AD)
=
Penawaran Agregat (AS)
Definisi
“Ini bermakna jumlah keluaran yang ingin
dikeluarkan oleh pengeluar (AS) sama
dengan jumlah perbelanjaan dalam
ekonomi (AE).”

Pada tingkat keseimbangan pendapatan


negara, lebihan AS dan lebihan AE tidak
berlaku dan tingkat pendapatan negara tiada
kecenderungan untuk berubah.
Definisi

Penawaran Agregat (AS) Perbelanjaan Agregat (AE)


Jumlah nilai keluaran barang dan Jumlah perbelanjaan yang
perkhidmanatan yang dikeluarkan dilakukan oleh pelaku-pelaku
dalam ekonomi ekonomi

Keseimbangan
Pendapatan Negara

Suntikan (J) Bocoran (W)


Tambahan perbelanjaan ke dalam Aliran keluar wang daripada aliran
aliran pusingan pendapatan yang pusingan pendapatan yang
meningkatkan Y mengurangkan tingkat Y
Aliran Pusingan
Pendapatan Ekonomi Dua
2
Sektor
Aliran Pusingan Pendapatan Negara
Ekonomi Dua Sektor
Ekonomi dua sektor ialah ekonomi tertutup yang terdiri daripada isi rumah dan
firma sahaja.

Pasaran
Faktor
Bayaran Pendapatan
Faktor Faktor (Y)

Firma Isi Rumah

Penerimaan Perbelanjaan
Bayaran Penggunaan (C)
Pasaran
Barang

Institusi
Kewangan
Pelaburan (I) Tabungan (S)
Aliran Pusingan Pendapatan Negara
Ekonomi Dua Sektor
Isi rumah merujuk kepada unit ekonomi yang memiliki
faktor pengeluaran. Isi rumah menentukan penggunaan
barang, perkhidmatan dan tabungan yang dimiliki serta
memainkan peranan untuk membekalkannya kepada firma,

Firma pula merujuk kepada unit ekonomi yang menentukan


pengeluaran. Firma membeli faktor pengeluaran daripada
isi rumah dan menjual / membekalkan perkhidmatan
kepada isi rumah semula.

Aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor ini


melibatkan aliran fizikal dan aliran tunai.
Aliran Pusingan Pendapatan Negara
Ekonomi Dua Sektor
Aliran fizikal
▪ Aliran faktor pengeluaran daripada isi rumah kepada
firma untuk digunakan dalam pengeluaran barang dan
perkhidmatan.
▪ Aliran barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
firma kepada isi rumah

Aliran tunai
▪ Aliran pendapatan daripada faktor pengeluaran daripada
firma kepada isi rumah seperti upah, gaji, sewa, bunga
dan keuntungan
▪ Perbelanjaan agregat oleh isi rumah untuk membeli
barang dan perkhidmatan daripada firma
Aliran Pusingan Pendapatan Negara
Ekonomi Dua Sektor

Aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor tanpa pelaburan (I) dan tabungan (S)

1. Faktor pengeluaran

2. Pendapatan daripada faktor pengeluaran

Firma Isi Rumah

4. Perbelanjaan penggunaan

3. Barang dan perkhidmatan

1. buruh, tanah, modal, usahawan (F)


2. upah, gaji, faedah, sewa, keuntungan (T)
3. barang dan perkhidmatan (F)
4. perbelanjaan penggunaan (T)
Aliran Pusingan Pendapatan Negara
Ekonomi Dua Sektor
Aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor dengan pelaburan (I) dan tabungan (S)

1. Pendapatan daripada faktor pengeluaran

Firma Isi Rumah

2. Perbelanjaan penggunaan 3. Tabungan


4. Pelaburan

Pelabur Institusi Kewangan

Aliran tunai masuk ke aliran pusingan pendapatan dikenali sebagai suntikan. Suntikan
terdiri daripada pelaburan.
Aliran tunai keluar dari aliran pusingan pendapatan dikenali sebagai bocoran. Bocoran
terdiri daripada tabungan.
Aliran 2 dan 4 ialah perbelanjaan penggunaan (C) dan perbelanjaan pelaburan (I). Maka,
AD / AE = C + I.
Aliran Pusingan Pendapatan Negara
Ekonomi Dua Sektor

Oleh itu :

Pendapatan yang diterima oleh isi rumah sama ada dibelanjakan atau ditabungkan.
Jumlah keluaran atau penawaran agregat dalam ekonomi sama dengann pendapapatan
negara.
Y = C + S atau AS = C + S

Perbelanjaan agregat (AE) terdiri daripada tabungan (S) dan penggunaan isi rumah (C).
AE = C + I

Maka ;
Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila
AE = C + I atau Y = C + I (pendekatan AE – AS)

Di mana jumlah bocoran sama dengan jumlah suntikan


S = I (pendekatan J - W)
Pembolehubah
Sektor Ekonomi

3
Pembolehubah Sektor Ekonomi

Penggunaan (C) Tabungan (S)


1 2

3
Pelaburan (I)
Penggunaan (C)
Penggunaan merujuk kepada perbelanjaan
isi rumah seperti membeli barang dan
perkhidmatan dari pendapatan yang mereka
terima.

Semakin tinggi pendapatan isi rumah semakin


meningkat tingkat perbelanjaan (hubungan
positif) → Keluk AD

Dalam ekonomi dua sektor, jumlah pendapatan


negara adalah sama dengan pendapatan boleh
guna kerana aliran cukai tidak wujud.
Yd = Y
Penggunaan (C)
Fungsi penggunaan menunjukkan hubungan
antara perbelanjaan penggunaan dan
pendapatan.
C = a + bYd
Di mana
C = Penggunaan
a = Penggunaan autonomi
b = Kecenderungan mengguna marginal MPC
Yd = Pendapatan boleh guna
Penggunaan (C)
Penggunaan autonomi (a) merujuk kepada tingkat
perbelanjaan yang tidak dipengaruhi oleh pendapatan
boleh guna. Ia wujud walaupun Y = 0, bermaksud isi
rumah berbelanja walaupun tiada pendapatan.

Kecenderungan mengguna marginal (b) merupakan


ukuran nisbah perubahan dalam penggunaan kepada
perubahan dalam pendapatan. Ia dikenali sebagai
perbelanjaan penggunaan yang dipengaruhi oleh tingkat
pendapatan boleh guna.
MPC = Perubahan dalam penggunaan = ∆C
Perubahan dalam pendapatan ∆Yd
Penggunaan (C)
CONTOH : Pendapatan boleh guna Perbelanjaan Penggunaan
(RM juta) (RM juta)
0 500
1000 1000
2000 1500
3000 2000

Tentukan fungsi penggunaan. Jika Yd = RM 3,000 juta, hitungkan


C = a + bYd nilai perbelanjaan penggunaan.
a = 500
b = ∆C / ∆Yd C = 500 + 0.5 Y
= (1500 – 1000) / (2000 – 1000) C = 500 + (0.5 x 3000)
= 500 / 1000 C = 500 + 1500
= 0.5 C = 2000 j

Maka,
C = 500 + 0.5 Y
Penggunaan (C)
CONTOH : Pendapatan boleh guna Perbelanjaan Penggunaan
(RM juta) (RM juta)
0 500
1000 1000
2000 1500
3000 2000

Penggunaan

Yd = C

C
E
1000

500

Pendapatan
1000
Penggunaan (C)

Faktor yang mempengaruhi penggunaan


▪ Pendapatan boleh guna (Yd , C )
▪ MPC (Kecenderungan mengguna sut) → (MPC , C )
▪ Corak agihan pendapatan
▪ Harta dan kekayaan
▪ Kemudahan kredit
▪ Jangkaan pengguna terhadap perubahan harga
▪ Inovasi produk
▪ Keadaan ekonomi semasa
▪ Kadar bunga
Penggunaan (C)
Penggunaan merujuk kepada perbelanjaan
isi rumah seperti membeli barang dan
perkhidmatan dari pendapatan yang mereka
terima.

Semakin tinggi pendapatan isi rumah semakin


meningkat tingkat perbelanjaan (hubungan
positif) → Keluk AD

Dalam ekonomi dua sektor, jumlah pendapatan


negara adalah sama dengan pendapatan boleh
guna kerana aliran cukai tidak wujud.
Yd = Y
Tabungan (S)
Tabungan ialah bahagian pendapatan isi
rumah yang tidak digunakan untuk
berbelanja, tetapi ia disimpan di institusi
kewangan. Institusi kewangan akan
meminjamkan tabungan isi rumah kepada
pelabur. Pelabur akan menggunakan
pinjaman sebagai modal kepada
pengeluaran.
Tabungan (S)
● Apabila Yd = 0, tabungan ialah negative kerana isi
rumah akan menggunakan tabungan untuk
membiayai perbelanjaan.
● Apabila Yd meningkat, tabungan juga akan
meningkat.
● Pada kadar Y = C, tabungan adalah sifar.
● Fungsi tabungan menunjukkan hubungan antara
simpanan isi rumah dengan pendapatan negara.
S = -a + (1 – b) Yd
S = tabungan
-a = tabungan apabila Y = 0
b = kecenderungan marginal sut.
(1 – b) = kecenderungan marginal untuk disimpan (MPS
atau (1 - MPC)
MPS = ∆S
∆Yd
Yd = Pendapatan boleh guna
Tabungan (S)
CONTOH : Pendapatan boleh guna Perbelanjaan Penggunaan Tabungan
(RM juta) (RM juta) (RM juta)
0 500 -500
1000 1000 0
2000 1500 500
3000 2000 1000

Tentukan fungsi tabungan. Jika Yd = RM 3,000 juta, hitungkan


S = -a + (1 – b)Yd nilai perbelanjaan penggunaan.
a = - 500
b = ∆C / ∆Yd C = - 500 + 0.5 Y
= (1500 – 1000) / (2000 – 1000) C = - 500 + (0.5 x 3000)
= 500 / 1000 C = - 500 + 1500
= 0.5 C = 1000 j
(1 – b) = 1 – 0.5
= 0.5
Maka,
S = - 500 + 0.5 Y
Tabungan (S) Penggunaan

Yd = C

Pendapatan Perbelanjaan Tabungan


boleh guna Penggunaan (RM juta) C = 500 + 0.5Y
(RM juta) (RM juta) E
1000
0 500 -500
500
1000 1000 0
2000 1500 500
3000 2000 1000 Pendapatan
1000
Tabungan

S = -500 + 0.5Y

1000

-500
Tabungan (S)
Faktor yang mempengaruhi tabungan :
● Pendapatan boleh guna
→ Yd , S
● Kecenderungan tabungan sut
→ MPS , S
● Keadaan ekonomi semasa
Apabila ekonomi semasa dalam keadaan inflasi,
isi rumah akan mengurangkan tabungan. Namun
begitu isi rumah akan melaburkan kekayaan
mereka dalam bentuk hartanah.
Apabila ekonomi semasa dalam keadaan deflasi, isi
rumah cenderrung untuk menabung.
● Kadar faedah
Kadar faedah yang tinggi akan menggalakkan isi
rumah untuk menabung
Pelaburan (I)
Pelaburan ialah perbelanjaan firma untuk
membeli barang modal untuk
mengembangkan keupayaan pengeluaran
barang dan perkhidmatan.

Konsep pelaburan :
- Pebelanjaan atas kelengkapan
pengeluaran
- Pertambahan dalam inventori
- Perbelanjaan atas pembinaan harta tetap

Jenis pelaburan :
- Pelaburan autonomi
- Pelaburan teraruh / terangsang
Pelaburan (I)
Pelaburan autonomi Pelaburan teraruh / teransang
- Pelaburan yang dipengaruhi oleh faktor-faktor - Pelaburan yang dipengaruhi oleh tingkat Y.
seperti kadar bunga, kemajuan teknologi dan dasar Semakin tinggi Y, semakin tinggi I dan sebaliknya.
kerajaan selain pendapatan negara. - Fungsi pelaburan teraruh mencerun ke atas dari kiri
- Fungsi pelaburan autonomi berbentuk mendatar. ke kanan .
- Fungsi I0 beralih ke I1 apabila pelaburan bertambah. - Apabila Y naik, I turut naik sepanjang fungsi I dan
Fungsi I0 beralih ke I2 apabila pelaburan autonomi sebaliknya.
berkurang.

Pelaburan Pelaburan
I
I1

I1

I0

I0

I2

Pendapatan Pendapatan
Y0 Y1
Pelaburan (I)
Faktor yang mempengaruhi pelaburan autonomi.
- Kadar bunga
● Kadar bunga , kos pinjaman meningkat, firma
kurang melabur
● Kadar bunga , kos pinjaman menurun, firma
tingkatkan pelaburan
- Perkembangan teknologi
● Perkembangan teknologi meningkatkan
pengeluaran produk baru dan memerlukan
pelaburan yang baru untuk menambah
kelengkapan dan aset. Kos pengeluaran juga akan
dapat dikurangkan dan meningkatkan keuntungan
firma.
- Kos pengeluaran
● Kos pengeluaran disebabkan kenaikan kos input
dan ini tidak akan menggalakkan pelaburan baru.
- Jangkaan keadaan ekonomi masa depan
● Jangkaan ekonomi akan berkembang pada masa
depan akan menggalakkan pengusaha untuk
menambahkan pelaburan dan sebaliknya.
Pelaburan (I)
Faktor yang mempengaruhi pelaburan autonomi.
- Kadar bunga
● Kadar bunga , kos pinjaman meningkat, firma
kurang melabur
● Kadar bunga , kos pinjaman menurun, firma
tingkatkan pelaburan
- Perkembangan teknologi
● Perkembangan teknologi meningkatkan
pengeluaran produk baru dan memerlukan
pelaburan yang baru untuk menambah
kelengkapan dan aset. Kos pengeluaran juga akan
dapat dikurangkan dan meningkatkan keuntungan
firma.
- Kos pengeluaran
● Kos pengeluaran disebabkan kenaikan kos input
dan ini tidak akan menggalakkan pelaburan baru.
- Jangkaan keadaan ekonomi masa depan
● Jangkaan ekonomi akan berkembang pada masa
depan akan menggalakkan pengusaha untuk
menambahkan pelaburan dan sebaliknya.
Pelaburan (I)
Faktor yang mempengaruhi pelaburan teraruh.

● Pelaburan teraruh mempunyai hubungan positif


dengan tingkat pendapatan negara.
● Semakin tinggi tingkat pendapatan negara, semakin
tinggi pelaburan teraruh, dan sebaliknya.
● Kenaikan pendapatan negara akan menaikkan
perbelanjaan agregat dan seterusnya menggalakkan
pelaburan dalam ekonomi.
● Penurunan pendapatan negara akan mengurangkan
perbelanjaan agregat dan tidak akan menggalakkan
pelaburan dalam ekonomi.
Pengganda
Pengganda ialah pekali yang menunjukkan berapa kali
ganda pendapatan negara akan berubah apabila berlaku
perubahan perbelanjaan agregat.

Nilai pengganda dapat ditentukan dengan mencari nisbah


perubahan pendapatan negara kepada perubahan
perbelanjaan agregat.

Δ𝑌
● k=
Δ𝐴𝐸
Pengganda
Nilai pengganda juga boleh ditentukan dengan rumus :

1
● k=
1−𝑀𝑃𝐶

Contoh : Jika MPC = 0.6, maka nilai pengganda ialah :


1
k=
1−𝑀𝑃𝐶
1
=
1−0.6
1
=
0.4
= 2.5

Ini bermakna jika AE seperti pelaburan bertambah


sebanyak RM10 juta, pendapatan negara akan meningkat
sebanyak :
∆Y = k ∆I
= 2.5 x RM10juta
= RM25 juta
Pengganda
Maka, semakin besar nilai MPC, semakin besar nilai
pengganda. Semakin kecil nilai MPC, semakin kecil nilai
pengganda.

Hubungan antara MPC, MPS dan pengganda

MPC MPS Pengganda

0.9 0.1 1 ÷ 0.1 = 10

0.8 0.2 1 ÷ 0.2 = 5

0.75 0.25 1 ÷ 0.25 = 4

0.6 0.4 1 ÷ 0.4 = 2.5


Pengganda
Contoh :
Andaian : MPC = 0.8, pelaburan bertambah sebanyak
RM100 juta:
Maka saiz pengganda ialah :
1
k=
1−𝑀𝑃𝐶
1
=
1−0.8
=5
Proses pengganda peringkat 1 :
● Pertambahan pelaburan RM100 juta menaikkan pendapatan
negara dengan jumlah yang sama.
● Kenaikan pendapatan negara seterusnya menaikan
perbelanjaan sebanyak
∆ C1 = MPC . ∆Y1
= 0.8 x RM100 j
= RM 80 j
● Pertambahan perbelanjaan penggunaan RM80 juta (∆C)
mendorong pengeluar untuk menambahkan keluaran bernilai
RM80 juta
Pengganda
Proses pengganda peringkat 2 :
● Pertambahan pengeluaran RM80 j menaikkan pendapatan negara
RM80 j.
● Ini seterusnya menaikkan perbelanjaan penggunaan sebanyak
∆ C2 = MPC . ∆Y2
= 0.8 x RM80 j
= RM64 j

Proses pengganda peringkat 3 :


● Pertambahan perbelanjaan penggunaan RM64 juta mendorong
pengeluar untuk menambahkan output dan pendapatan negara
bertambah sebanyak
∆ C3 = MPC . ∆Y3
= 0.8 x RM64 j
= RM51.2j
Proses pengganda seterusnya
● Pertambahan pendapatan negara semakin berkurang pada setiap
peringkat sehingga akhirnya tidak ada lagi tambhaan pendapatan
negara yang akan menimbulkan proses penggandaan
● Pertambahan pelaburan RM100 j akhirnya menaikkan pendapatan
negara berlipat ganda sebanyak :
∆Y = k ∆I
= 5 x RM100 juta
= RM500 juta
Pengganda
Peringkat ∆I ∆Y
∆C = MPC. ∆Y ∆S = ∆Y - ∆C
penggandaan (RM juta) (RM juta)
1 100 100 80 20

2 80 64 16

3 64 51.2 12.8

Dan seterusnya ……. ……. ……. …….

Jumlah 100 500 400 100

∆Y = k ∆I ∆C = MPC ∆Y
= 5 x RM100 juta = 0.8 x 500
4
Keseimbangan
Pendapatan Negara Bagi Ekonomi Dua Sektor
Keseimbangan Pendapatan Negara
Ekonomi Dua Sektor

✓ Dalam ekonomi dua sektor, permintaan agregat atau


perbelanjaan agregat terdiri daripada penggunaan
dan pelaburan:
AD / AE = C + I

Jumlah penawaran ialah jumlah barangan dan


perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara iaitu :
AS = Pengeluaran negara = Pendapatan negara

Maka, AS = Y
Keseimbangan Pendapatan Negara
Ekonomi Dua Sektor

✓ Oleh itu, AD = AS :

AD = AS
C+ I = Y
atau
AS = AD
Y = C+I

✓ Selain itu, keseimbangan juga dicapai apabila


✓ Persamaan suntikan = persamaan bocoran
✓ J=W
Keseimbangan Pendapatan Negara
Ekonomi Dua Sektor
✓ Tahap keseimbangan pendapatan negara boleh
ditentukan menggunakan tiga kedah :
✓ Menggunakan jadual
✓ Menggunakan rajah atau graf
✓ Menggunakan persamaan matematik
Contoh
Jadual dibawah menunjukkan pendapatan negara dan perbelanjaan penggunaan ekonomi dua sektor.

Pendapatan Negara (Y = AS) Perbelanjaan Penggunaan (C) Pelaburan (I)


RM juta RM juta RM juta
0 100 100

100 160 100

200 220 100

300 280 100

400 340 100

500 400 100

600 460 100

700 520 100

800 580 100


Contoh
a) Hitungkan fungsi penggunaan, fungsi tabungan dan fungsi perbelanjaan agregat
b) Tunjukkan keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor menggunakan kedah
• Jadual
• Rajah / graf
• Pendekatan suntikan - bocoran
Contoh
b) Keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor menggunakan kedah jadual
Pendapatan Negara (Y = Perbelanjaan Tabungan Pelaburan Perbelanjaan Agregat
AS) Penggunaan (C) S=Y–C (I) AE = C + I
RM juta RM juta RM juta RM juta RM juta
0 100

100 160

200 220

300 280

400 340

500 400

600 460

700 520

800 580
Contoh
b) Keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor menggunakan kedah rajah

0 1000
Contoh
b) Keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor menggunakan kedah pendekatan suntikan – bocoran
Terima
Kasih
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons by Flaticon, infographics & images by
Freepik and illustrations by Storyset

You might also like