Keberkesanan Media Massadalam Memupuk Danmemperkukuhkan Perpaduan Negaradan Integrasi Nasional

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/287277784

Keberkesanan Media Massa dalam Memupuk Dan memperkukuhkan


Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Article · January 2009

CITATIONS READS

0 24,092

3 authors:

Md Salleh HJ. Hassan Ezhar Tamam


Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia
82 PUBLICATIONS 999 CITATIONS 85 PUBLICATIONS 661 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Mohammad Rezal Hamzah


Universiti Malaysia Perlis
124 PUBLICATIONS 1,514 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Mohammad Rezal Hamzah on 19 December 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Keberkesanan Media Massa dalam Memupuk Dan memperkukuhkan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional.

ABSTRACT

Persoalan utama kajian ini ialah sejauh manakah media massa utama di negara ini, khususnya
televisyen, radio dan akhbar, berkesan dalam memupuk dan memperkukuh perpaduan negara
dan integrasi nasional. Objektif umum kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan media
massa utama dalam memupuk dan memperkukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional
dan secara khususnya kajian ini bertujuan untuk 1) Mengenal pasti tahap pendedahan
masyarakat kepada media massa yang mengandungi mesej perpaduan negara dan integrasi
nasional, 2) Mengenal pasti mesej mengenai perpaduan negara dan integrasi nasional yang di
perolehi daripada media massa dan 3) Mengenal pasti perssepsi khalayak terhadap
keberkesanan media massa dalam menyampaikan mesej mengenai perpaduan negara dan
integrasi nasional. Daripada hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bagi televisyen tahap
pendedahan mesej perpaduan dan integrasi nasional ialah; tinggi (20.0%), sederhana (42.3%)
dan rendah (37.7%) data juga menunjukkan pendedahan responden kepada mesej dari media
akhbar ialah tinggi (8.8%), sederhana (25.6%) dan randah 65.6%). Pendedahan mesej aygn
sama melalui saluran radio menunjukkan pendedahan tahap tinggi (0.6%), sederhana (8.4%)
dan rendah (91.1%). Daripada data yang diperolehi juga menunjukkan bagi kesemua mesej,
televisyen merupakan sumber utama mesej iaitu dari 65.8% bagi mesej "Perayaan-perayaan
di Malaysia dirayakan oleh semua kaum" dan terendah ialah 42.4% bagi mesej "Laut Cina
Selatan bukan penghalang Integrasi Nasional". Sumber utama kedua mesej-mesej berkenaan
ialah dari akhbar iaitu yang tertinggi sebanyak 42.6% bagi mesej "Laut Cina Selatan bukan
penghalang Integrasi Nasional" dan yang terendah ialah 24.3% bagi mesej "Perayaan-
perayaan di Malaysia dirayakan oleh semua kaum". Bagi radio hasil kajian menunjukkan
tidak banyak pendedahan kepada mesej perpaduan negara dan integrasi nasional. Walau
bagaimanapun sebanyak 16.5% responden menyatakan mendapat mesej "Sebagai rakyat
Malaysia kita perlu bertoleransi terhadap kepercayaan kaum lain" dari radio. Hasil analisis
keseluruhan juga menunjukkan kebanyakan responden mempunyai persepsi yang positif
terhadap impak mesej perpaduan negara dan integrasi nasional dalam media massa, dan ini
menunjukkan media massa di negara ini didapati berkesan dalam memainkan peranan
memupuk dan memperkukuh perpaduan negara dan integrasi nasional. Hasil kajian ini
mungkin dapat digunakan sebagai satu garis panduan dalam menilai keberkesanan media
dalam memupuk dan memperkukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional di Malaysia.
Item Type: Article

Keyword: keberkesanan, media, massa, perpaduan, malaysia, integrasi, nasional

View publication stats

You might also like