Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA

AL MASHOOR LELAKI

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 2023

TAJUK :

PENGANGKUTAN AWAM DI
JALAN DATO ISMAIL HASHIM

NAMA : MUHAMMAD ADAM QALIFF BIN MD HAZRI

TINGKATAN : 2 AMRU

NAMA GURU : CIKGU RADZI BIN HASHIM

JADUAL KERJA
BIL TARIKH/HARI AKTIVITI/PERKARA
1

5
6

7
8
9
10
11
12
13
14

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1
2
3
4
5
6
7
8
9

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan kerja lapangan Geografi


tingkatan 2 ini. Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima Kasih kepada guru
Geografi saya iaitu Cikgu Radzi bin Hashim kerana Telah membantu saya dalam
menyediakan laporan kerja lapangan ini. Tunjuk ajar sepanjang penyediaan
laporan ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada beliau.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada ibu bapa
saya iaitu Encik Hazri bin Habit dan Puan Norhashikin binti Khalid kerana
memberi bantuan kewangan dan kepasa saya untuk menjayakan kerja
lapangan ini.

Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya,
Muhammad Firman Ad-diin bin Mohd Faisal dan Ahmad Deedat Ahmad Deedat
bin Azrul kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa dalam proses
melaksanakan kerja lapangan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan
kepada responden dan orang sumber yang sudi menjawab soalan-soalan dalam
boring soal selidik.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan awam di Jalan Dato Ismail
Hashim, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk di sini
menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan GRAB (E-Hailing) untuk ke
suatu tempat. Tambahan pula, Kawasan kajian saja ini merupakan tempat
laluan utama pengangkutan awam.

Saya menjalankan kajian ini selama dua minggu bermula pada awal bulan
disember. Pengumpulan data dan maklumat dilakukan selepas waktu
persekolahan. Manakala bagi penulisan laporan kerja lapangan dilakukan
semasa waktu lapang.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalan kerja lapangan di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas, Pulau
Pinang bertujuan untuk :

(a) Mentakrif dan menghuraikan konsep pengangkutan awam

(b) Menyatakan dan menghuraikan jenis pengangkutan awam

(c) Mennyatakan dan menghuraikan kepentingan pengangkutan awam di


Kawasan kajian
(d) Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam di Kawasan
kajian

(e) Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan


awam di kawasan kajian

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di sektor Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas,
Pulau Pinang. Lingkungan kawasan kajian ni adalah lebih kurang lima kilometer
persegi. kawasan ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau
Pinang. kawasan ini terletak dalam Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.
Jumlah penduduk di kawasan kajian ini ialah lebih kurang 196,195 pada tahun
2010.

Bentuk muka bumi Kawasan ini adalah terdiri daripada tanah pamah
yang rata. Jarak kawasan kajian dari bandar George Town ialah 16.9
kilometer. Jika menaiki bas, tambangnya Ialah RM 2 manakala jika menaiki
E-Hailing, tambangnya ialah lebih kurang RM 20.
KAEDAH KAJIAN

Saya mejalalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut :


(a) Pemerhatian :
Saya menggunakan kaedah ni untuk mengetahui jenis pengangkutan
awam di kawasan kajian .

(b) Soal Selidik :


Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui kepentingan
pengankutan di kasan kajian. Selain itu, kaedah ini digunakan untuk
mengetahui masalah pengangkutan awam.

(c) Rujukan :
Rujukan buku, laman web dan keratan akhbar digunakan untuk
mengetahui konsep pengankutan awam.
HASIL KAJIAN

A. Konsep pengangkutan awam

Menurut Wikipedia, pengangkutan awam ialah transit awam merangkumi


segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan
kenderaan sendiri.

B. Jenis pengangkutan awam di kawasan kajian


Melalui pemerhatian saya, jenis pengangkutan awam di Jalan Dato Ismail
Hashim, Bayan Lepas, Pulau Pinang ialah perkhidmatan bas, perkhidmatan E-
Hailing dan perkhidmatan teksi. Pengangkutan bas di sini terdiri daripada bas
henti-henti, bas rapid dan bas sekolah. Perkhidmatan bas sekolah penting
kepada murid untuk ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Perkhidmatan
bas rapid pula penting kepada penduduk dalam kawasan kajian untuk ke bandar
George Town

Selain itu, teksi di Jalan Dato Ismail Hashim termasuklah teksi bertambang
iaitu seorang pemandu memandu kenderaan yang digunakan untuk
mengangkut seorang atau sebilangan kecil penumpang ke destinasi yang
dipilih oleh penumpang.

Penduduk di Jalan Dato Ismail Hashim juga menggunakan satu aplikasi


perkhidmatan E-Hailing untuk menaiki kenderaan penumpang seperti grab.
C. Kepentingan pengangkutan awam
Kepentingan pengangkutan awam di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas, Pulau
Pinang adalah seperti yang berikut.

(a) Mengurangkan kesesakan lalu lintas


Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kawasan kajian. Penggunaan
pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat mengurangkan bilangan
kenderaan di jalan raya. Hal ini secara tidak lansung dapat mengurangkan
kesesakan lalu lintas di Kawasan kajian.

(b) Membawa penumpang


Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa pengangkutan awam di Kawasan
kajian sangat penting untuk membawa penumpang. Saya ingin sendiri
menggunakan pengangkutan awam, iaitu bas untuk ke bandar George Town
dan ke sekolah. Selain itu, saya juga menggunakan teksi pada masa yang
sangat memerlukan. Bas dan teksi merupakan kenderaan utama bagi pekerja
asing untuk ke bandar George Town dan ke tempat lain
(c) Menjimatkan Kos
Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat
menjimatkan kos. Saya dapat pergi ke bandar George Town hanya dengan
tambang RM 1.20 berbanding dengan kos menggunakan kenderaan
persendirian. Selain kos bahan api petrol, kos tempat letak kereta juga turut
dapat dijimatkan dengan menggunakan pengangkutan awam.

(D) Masalah pengangkutan awam di Kawasan kajian

(a) Kenderaan lama


Melalui pemerhatian saya, kebanyakan pengangkutan awam
terutamanya bas di Kawasan kajian sudah lama dan uzur. Saya sendiri pernah
tiba lewat ke sekolah kerana bas rosak dalam perjalanan ke sekolah. Selain itu
juga ada sesetengah bas di mana cermin tingkapnya ada yang pecah.
Terdapat bas yang mempunyai tempat duduk yang terlalu using dan
kusyennya pula telah koyak menyebabkan penumpang berasa tidak selesa.

(b) Pencemaran udara


Berdasarkan pemerhatian saya, pengangkutan awam di Kawasan kajian telah
menyebabkan pencemeran udara. Tambahan pula, bas-bas ini
mengeluarkan asap yang banyak. Pencemaran udara mendatangkan
ketidakselesaan kepada penduduk dan boleh mendatangkan penyakit.

(C) Kemalangan
Berdasarkan soal selidik dengan Muhammad Firman Ad-diin, beliau bersetuju
bahawa, terdapat pemandu bas yang memandu secara bahaya dan tidak
berhati-hati. Mereka berbuat demikian kerana mengejar jadual perjalanan dan
berlumba-lumba untuk mendapatkan penumpang tanpa menghiraukan
pengguna jalan raya yang lain. Hal ini menyebabkan kemalangan berlaku di jalan
raya.

Jadual 1 : Masalah pengangkutan awam di Kawasan kajian mengikut bilangan


responden.

Masalah pengangkutan awam Bilangan reponden


Pencemaran udara
Kos bahan api meningkat
kemalangan
Kenderaan lama
Jangka masa lama
E . Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di Kawasan
kajian.
(a) Menambah bilangan bas dan bas baharu
Pihak syarikat bas hendaklah menambah bilangan bas dan
menggantikan bas-bas yang lama dengan bas-bas yang baharu. Bas yang boleh
dibaiki pula hendaklah diselenggara untuk keselesaan penumpang.

(b) Kempen alam sekitar


Menurut Ahmad Deedat, kempen alam sekitar perlu dihebahkan kepada
penduduk di Kawasan kajian. Bas-bas yang banyak mengeluarkan asap perlu
mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar pelepasan asap.

(c) Penapis asap atau catalytic coverter


Berdasarkan hasil pembacaan saya, penggunaan penapis asap atau catalytic
converter dapat mengurangkan pembebasan gas-gas ke udara. Keadaan ini
dapat mengurangkan pencemaran udara.

RUMUSAN

Kesimpulannya, jenis pengangkutan awam utama di Jalan Dato Ismail Hashim


ialah bas. Bas ini mempunyai banyak kepentingan kepada penduduk di
Kawasan kajian. Antaranya ialah untuk membawa penumpang dan
mengurangkan kesesakan lalu lintas. Pelbagai masalah pengangkutan awam
dihadapu di Kawasan kajian. Antaranya ialah pencemaran udara, kemalangan
jalan raya dan penggunaan kenderaan lama, Pelbagai Langkah diambil untuk
mengatasi masalah pengangkutan awam. Antaranya adalah dengan
menguat kuasa undang-undang dan kempen alam sekitar. Saya bersyukur
kerana dapat menjalankan kajian ini dan berharap kajian ini dapat memberi
manfaat kepada penduduk, syarikat bas dan masyarakat umumnya. Dapatan
kajian ini diharap dapat mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab.
RUJUKAN

1. Wikipedia
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awam

2. Contoh Kerja Lapangan


https://anyflip.com/zdwrj/gzkr/basic
https://anyflip.com/ejflk/rjjc/basic

3. Buku Teks
Pengangkutan Di Malaysia M/S 70-89
LAMPIRAN

You might also like