Agenda Mesyuarat Panitia 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Di sini dikongsikan hasil tulisan Sisc Azura beberapa perkara penting yang boleh

dibincangkan dalam mesyuarat panitia.

1. AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA

Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia,
penyelaras mata pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik.

2. AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA

Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu
membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping
pemakluman tempat penyimpanan peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk
pengetahuan dan kegunaan semua ahli panitia.

3. PASCANILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/PT3/UPSR

Analisis peperiksaan akhir tahun, PT3/UPSR perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama
untuk makluman dan tindakan semua ahli.

4. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA

Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR
yang dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program
perlu ada perancangan untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan
skop latihan/program.

5. PENGGUBALAN RPT

Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran


perlu dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh
pihak sekolah. Tarikh semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan
subjek.

6. BUKU REKOD MENGAJAR


Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu
dibincangkan dalam Panitia.

7. PENULISAN RPH
Rabu, 20 Mei 2020

PANDUAN MESYUARAT PERTAMA PANITIA


PANDUAN MESYUARAT PANITIA KALI PERTAMA

1. AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA


 Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia,
penyelaras mata pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik.

2. AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA


 Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu
membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping
pemakluman tempat penyimpanan peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk
pengetahuan dan kegunaan semua ahli panitia.
 Ambil kira juga jumlah keseluruhan yang panitia dapat secara kasar
 Tentukan jumlah mengikut peratusan yang sesuai bagi setiap bahagian yang dirancang
termasuk untuk pembelian bahan pdpc, abm, pendaftaran pertandingan , bengkel menjawab
soalan, cetakan soalan / jika ada dan aktiviti / pertandingan peringkat sekolah

3. PASCANILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/PT3/UPSR


 Analisis peperiksaan akhir tahun, PT3 perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama untuk
makluman dan tindakan semua ahli.
 Lihat kelemahan dan kekuatan pelajar dengan memberikan focus setiap kelas bagi satu-satu
mata pelajaran
 Lihat juga peratus kelulusan dan GP mata pelajaran dalam usaha menentukan ETR yang
sesuai untuk dibincangkan semasa mesyuarat/ audit dalam penentuan ETR sekolah
 Fikirkan juga masalah dalam proses pdpc pada tahun lepas bagi mendapatkan gambaran
awal persiapan kepada guru baru yang akan mengajar mata pelajaran tersebut

4. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA


 Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR
yang dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program
perlu ada perancangan untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan
skop latihan/program.
 Pastikan program rutin tidak dimasukkan dalam perancangan strategic kita seperti kelas
tambahan, pembinaan modul, latih tubi, bengkel menjawab dsb
 Contoh program yang sesuai – kumpulan guru muda, kumpulan intan ( gred A ) , bengkel
pelajar cemerlang dll

5. PENGGUBALAN RPT
 Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran
perlu dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh
pihak sekolah.
 Pastikan semua RPT tingkatan dibuat sama setiap guru yang mengajar tingkatan yang sama
 Rujuk JKD jika ada masalah dengan penulisan RPT/RPH
 Tarikh semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek.

6. BUKU REKOD MENGAJAR
 Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu
dibincangkan dalam Panitia.

7. PENULISAN RPH
 Panitia perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang telah diputuskan
dalam mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun semasa.

8. PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN/ BUKU NOTA


 Jumlah buku perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan setiap kelas bagi
tingkatan/tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang sama.

9. AGIHAN LATIHAN
 Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan
jumlah latihan minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid
perlu mempunyai 12 latihan penulisan.

10. SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN


 Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan
latihan murid. Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat
pertama dan kedua setiap buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya.
 Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam mesyuarat
jawatankuasa kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia.

11. PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN


 Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan JSU, soalan dan
skop soalan serta nama penggubal bagi setiap peperiksaan atau ujian yang telah diputuskan
dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama.
 Biasanya Penilaian kurikulum 1 – Mac , Peperiksaan Pertengahan Tahun – JUN, peperiksaan
percubaan ( disediakan oleh JKD ) dan peperiksaan akhir tahun

12. PENCERAPAN
 Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk makluman semua ahli
panitia.
 Biasanya boleh dirujuk dalam buku pengurusan sekolah bagi setiap mata pelajaran

13. ULBS/PBS
 Gerak kerja (prosedur) untuk ULBS dan PBS mesti dibincangkan untuk makluman semua
ahli. Borang yang digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua.
 Lihat juga pekeliling terkini jika ada sebarang perubahan format semasa mengikut tahun
tersebut

14. PLC/PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA


 Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan keperluan setiap
ahli panitia.
 Contoh – pengajaran TB/ bengkel menulis karangan/ mentor mantee guru baru dan lama

You might also like