Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BUDAYA INTERNET

(masuk dengan iringan muzik)


SEMUA : (Membuat bising dan bercakap-cakap seperti di dalam kelas)
KETUA KELAS : Perhatian semua !
SEMUA : (Keadaan kembali teratur dan senyap)
SEMUA : Selamat pagi cikgu ! ♫kami tanya apa khabar?♫
CIKGU : Selamat pagi pelajar-pelajarku ! Khabar baik. Anda semua sihat?
SEMUA : Sihat cikgu !
LELAKI 1 : Cergas !
LELAKI 1 : Kuat !
PEREMPUAN 1 : Semangat !
LELAKI 1 : Kacak~
PEREMPUAN 1 : Dan ayu.
SEMUA : Ayu sangat !
CIKGU : Baiklah. Siapa di sini tahu tentang internet ?
RAMAI BERGILIR : Saya cikgu ! Saya cikgu ! Saya cikgu !
KETUA KELAS : Bertenang semua, bertenang !
SEMUA : (buat tepuk diam-diam)
RAMAI KIRI : Internet adalah Facebok, Twitter, Instagram, WeChat, WhatsApp, YouTube dan
banyak lagi.
LELAKI 1 : Selfie !
PEREMPUAN 1 : Eh, salahla ! Itu contoh-contoh aplikasi dan laman sesawang yang digunakan melalui
internet.
CIKGU : Tepat sekali. Jadi apa itu internet ?
RAMAI KANAN : Internet adalah sebuah jaringan komputer yang terdiri daripada pelbagai macam
ukuran dan jenis jaringan komputer di seluruh dunia…
RAMAI KIRI : …yang saling berhubungan dan berkomunikasi satu sama lain melalui bantuan
telefon dan satelit.
CIKGU : Pandai semuanya. Cikgu pasti anda semua mempunyai internet di rumah, betul tak ?
SEMUA : Betul, kami semua ada internet di rumah.
PEREMPUAN 1 : Saya tidak ada cikgu !
LELAKI 1 : Saya pun sama cikgu !
CIKGU : Tapi, cikgu yakin anda pernah menggunakan internet betul ?
LELAKI 1 & PEREMPUAN 1 : Benar cikgu !
CIKGU : Baiklah. Anda semua di sini pasti mempunyai akaun Facebook betul tak ?
SEMUA : Mestilah. [flip hair]
LELAKI 1 : Nama saya di facebook Havoc Boi
LELAKI 3 : ♫Kan gua dah cakap gua havoc havoc hav havoc havoc♫
PEREMPUAN 1 : Nama saya di facebook Wonder Gurlz
PEREMPUAN 3 : ♫Nobody Nobody But You♫
LELAKI 1 : Dan saya Fifi Fauruz Fuyoo !
RAMAI 5 : Haa, nampak tak kawan-kawan ? Mereka tidak menggunakan nama sebenar di
Facebook.
RAMAI 5 : Bukan setakat di Facebook, malahan di laman sosial dan aplikasi lain juga tidak
menggunakan nama sebenar seperti Instagram, Twitter, Skype, WeChat, WhatsApp…
LELAKI 1 : Selfie !
SEMUA : (memandang sinis dan menunjuk LELAKI 1) Penyakit mental !
CIKGU : Jadi, apakah kesannya terhadap kita ?
RAMAI KIRI : Unsur penipuan atau jenayah siber akan berlaku.
CIKGU : Boleh bagi contoh ?
RAMAI KANAN : Menyebarkan fitnah !
RAMAI KIRI : Cetak rompak !
RAMAI KANAN : Penyebaran Virus !
RAMAI KIRI : Judi Siber !
RAMAI KANAN : Skim cepat kaya !
PEREMPUAN 1 : Hacking !
LELAKI : Pornografi !
SEMUA : Ew !
CIKGU : Tepat sekali. Dengan menggunakan nama palsu akan mengelakkan pengguna
diketahui identitinya sekaligus akan mudah untuk membuat segala bentuk penipuan.
RAMAI TENGAH : Tapi cikgu, penggunaan nama palsu juga melindungi diri kita daripada ditipu.
CIKGU : Benar sekali kerana itu adalah pilihan kita. Oleh sebab itu, kita haruslah berwaspada
terhadap sesiapa sahaja yang kita kenal melalui internet.
: Jangan mudah terpedaya !
: Jangan mudah jatuh cinta !
PEREMPUAN : Aww…
RAMAI 5 : Kurang harga diri dan kesedaran diri juga berlaku. Betul tak cikgu ?
CIKGU : Ya, betul. Contohnya ?
RAMAI KANAN : Bila marah
RAMAI KIRI : Hantar status
RAMAI KANAN : Bila suka
RAMAI KIRI : Sebar status
RAMAI KANAN : Bila sedih
RAMAI KIRI : Pun nak semua orang tahu.
LELAKI 1 : Bila mati ?
RAMAI : Innalillah. Al-Fatihah
PEREMPUAN 1 : Nak berdoa ?
SEMUA : Semua di laman sosial !
LELAKI 1 : Apa kejadahnya semua ini ?!
CIKGU : Benar anak murid cikgu semua. Seolah-olah apa yang kita lakukan setiap hari mesti
disebarkan di khalayak umum.
LELAKI 1 : Cikgu, boleh saya pergi ke tandas ?
PEREMPUAN 1 : Sudah hantar status online sebelum pergi ?
SEMUA : (ketawa)
CIKGU : Akan tetapi, tidak semua penggunaan internet itu mendatangkan keburukan.
SEMUA : Penggunaan internet boleh merapatkan tali silaturahim yang dekat dan yang jauh. Ini
menjadikan hubungan tidak akan terputus.
LELAKI KIRI 1 : Hai _________ (nama perempuan kanan hujung)
PEREMPUAN KANAN 1 : Hai _________ (nama lelaki kiri hujung)
KETUA KELAS : Oi ! Oi ! Fokus !
CIKGU : Bagaimana pula dengan saluran maklumat yang berguna di internet ?
SEMUA : Kita semua akan dapat banyak maklumat yang berguna dengan cepat dan mudah
yang boleh dikongsi bersama.
CIKGU : Contohnya ?
RAMAI KANAN : Perubatan
RAMAI KIRI : Ekonomi
RAMAI KANAN : Undang-undang
PEREMPUAN 1 : Hiburan !
SEMUA : A a a… Hati-hati dengan hiburan. Pastikan hiburan yang berilmiah dan bermanfaat.
LELAKI 1 : Cikgu, adakah YouTube itu berguna kepada kita ?
CIKGU : Berguna atau tidak bergantung kepada cara penggunaan dan jenis video yang dilihat.
PEREMPUAN 1 : Benar cikgu. Sekiranya video yang dilihat berunsur ilmiah, maka ia bagus untuk
ditonton.
SEMUA : Kalau video berbentuk muzikal ?
LELAKI 1 : ♫Sayang dengarlah permintaanku. Jangan ragukan cintaku♫
PEREMPUAN 1 : Selagi tidak berunsur keganasan dan kita tidak terpengaruh olehnya, maka ia tidak
menjadi satu kesalahan.
CIKGU : Wah, sangat bagus perkongsiannya. Ada lagi ?
SEMUA : Ada. Dengan adanya video di Youtube, segala informasi terbaru yang berguna dapat
dikongsi bersama.
RAMAI KIRI : Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan
LELAKI 1 : Ye Ye, insan yang terbilang, insan yang gemilang ye, lahir daripada akal yang
tenang, jiwa yang bersih ye ye ye (gaya Dr. Mohd Fazilah Kamsah)
RAMAI KANAN : Petua Mencantikkan Kulit
PEREMPUAN 1 : Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih !
RAMAI KIRI : Ikan Masak 3 Rasa
LELAKI 1 : Mula-mula kita potong bawang ! Lepas potong bawang, kita masukkan kulit bawang
dan campurkan sekali dengan akar kayu. (gaya Chef Wan)
RAMAI KANAN : Tips Membahagiakan Pasangan
RAMAI KIRI : Wah ! ♫Awak kat mane, awak awak kat mane♫
CIKGU : Tepat sekali. Segala maklumat dan penyampaian video di internet hendaklah
mengandungi informasi yang berguna yang tidak melalaikan dan merugikan.
LELAKI 1 : Melalaikan ? Maksudnya ?
SEMUA : Penggunaan internet di laman sosial dan pelbagai aplikasi yang lain juga akan
melalaikan kita sebagai pengguna.
: Menurut Jenayah Siber Norton 2014, rakyat Malaysia dianggarkan menghabiskan
masa purata 20 jam menggunakan internet setiap minggu.
: Dan kira-kira 30% daripada masa itu digunakan untuk melayari media sosial.
LELAKI 1 : Contohnya apa ya ?
RAMAI TENGAH : Masa makan ?
RAMAI TEPI : Facebook ! Instagram !
LELAKI 1 : COC !
RAMAI TENGAH : Masa lepak ?
RAMAI TEPI : WeChat ! WhatsApp !
LELAKI 1 : COC !
RAMAI TENGAH : Bangun pagi ?
RAMAI TEPI : Semuanya online…
LELAKI 1 : Dan COC…
RAMAI : 24 jam !
LELAKI 1 : Jadi ?
SEMUA : Jadi, secara tidak langsung ia akan mengurangkan hubungan sesama keluarga dan
kawan-kawan ketika bersama.
PEREMPUAN 1 : Anti-sosial !
RAMAI KIRI : Anti-sosial juga mempengaruhi komunikasi seseorang di alam pekerjaan semasa
ditemuduga mahupun sudah bekerja.
LELAKI 1 : Kera sumbang !
LELAKI 1 : You are fired !
RAMAI KANAN : Tanggungjawab terhadap kerja dan keluarga juga diabaikan.
CIKGU : Sangat tepat anak murid cikgu. Tidak salah untuk menggunakan internet, tetapi…
SEMUA : Kita sentiasalah berwaspada dan hanya menggunakan internet ketika perlu tanpa
mengabaikan tanggungjawab diri dan keluarga. Nanti ada yang kecewa.
: ♫Sakitnya tuh disini di dalam hatiku. Sakitnya tuh disini melihat kau selingkuh♫
CIKGU : Pandai anak murid cikgu. Pada pendapat anda semua, adakah internet itu boleh
menyebabkan seseorang itu gemuk ?
SEMUA : Ya cikgu !
PEREMPUAN 5 : ♫Because you know I’m all about that bass, ‘bout that bass, no treble♫
SEMUA : Menurut Journal of Medical Internet Research, semakin lama seseorang itu melayari
internet, semakin tinggi peluang mereka untuk gemuk dan mengidap obesiti. Kajian
juga menunjukkan seseorang yang melayari internet dengan jangka masa yang lama
akan dua kali lebih gemuk berbanding yang tidak melayari internet.
LELAKI 1 : Kalau ada yang bersenam ?
SEMUA : Dua kali lebih sama seperti pengidap obesiti.
LELAKI 1 : Betulke?
SEMUA : Betul…
LELAKI 1 : Bagaimana ? Senaman kan bagus untuk kesihatan.
SEMUA : Senaman menggerakkan otot dan anggota badan di waktu kita bersenam sahaja.
Sekiranya seseorang itu selepas bersenam dan terus berehat melayari internet, maka
anggota badannya menjadi statik kembali.
: Bayangkan 6 jam di hadapan komputer. 6 jam tidak bergerak.
LELAKI 1 : Jadi, untuk sentiasa mengekalkan kesihatan, anggota badan kita perlulah sentiasa
bergerak. Begitu ?
SEMUA : Ha, pandai pun anak murid cikgu !
CIKGU : Ehem Ehem !
SEMUA : Ops ! Terlebih sudah.
LELAKI 1 : ♫Sakitnya tuh disini di dalam hatiku. Sakitnya tuh disini melihat kau selingkuh♫
SEMUA : (Memandang serius kepada LELAKI 1) [serentak sewaktu LELAKI 1 menyanyi]
: Selain itu, risiko untuk mengalami kerosakan mata juga berlaku. Ini disebabkan oleh
apabila melihat terlalu lama di hadapan monitor komputer atau skrin telefon.
RAMAI KIRI : Lihat saja kanak-kanak zaman sekarang
RAMAI KANAN : Sudah mula berkaca mata
RAMAI : Postur badan juga akan berubah kerana terlalu lama duduk mengadap internet
ataupun bermain permainan komputer. (membongkokkan badan)
CIKGU : Bagus semuanya. Apa lagi kebaikan dan keburukan internet yang anda tahu ?
PEREMPUAN : Belajar menjadi mudah cikgu !
CIKGU : Betul tu. Kini, amat mudah untuk kita mencari ilmu.
SEMUA : Betul. Betul. Betul.
LELAKI 1 : Nak cari di mana ilmunya? (slang Indonesia)
RAMAI BERGILIR : Sana ! Situ ! Sini ! Sinun !
LELAKI 1 : Dalam ni haa… (sambil menunjuk lubang hidung)
SEMUA : Datin Esah memakan jamu,
Jamu Raja Sultan Awang,
Apa susah mencari ilmu,
Cari saja di laman sesawang.
RAMAI KANAN : Google !
RAMAI KIRI : Wikipedia !
RAMAI KANAN : Yahoo !
RAMAI KIRI : Ensiklopedia !
SEMUA : Dengan adanya aplikasi pencarian ini, proses pembelajaran akan menjadi lebih
mudah dan pantas.
RAMAI KANAN : Berita !
RAMAI KIRI : Semakin cepat tersebar
SEMUA : Tidak perlu untuk tonton berita di kaca TV, semuanya cepat tersebar di media sosial
terlebih dahulu.
PEREMPUAN : Nak buat folio pun senang !
LELAKI : Memangla senang, kau copy paste dari internet !
SEMUA : Ha, kan dah kena !
: Dengan melayari internet juga, remaja tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajaran. Kesannya, keputusan peperiksaan akan merosot.
RAMAI KANAN : Bahasa Melayu
RAMAI KIRI :D!
RAMAI KANAN : Bahasa Inggeris
RAMAI KIRI :E!
RAMAI KANAN : Matematik
RAMAI KIRI : Tidak hadir !
RAMAI KANAN : ICTL ?
RAMAI KIRI : Mungkin A ?
CIKGU : Bagaimana pula dengan isu pengganas ?
SEMUA : Ia satu keburukan ! Malapetaka !
RAMAI KANAN : Ramai yang terkorban !
RAMAI KIRI : Ramai yang terseksa !
SEMUA : Lihat sahaja isu di Gaza !
: Anak kecil yang tidak berdosa, warga tua yang tidak berdaya, mati dengan sia-sia.
: ♫Palestine, tomorrow will be free… Palestine, tomorrow will be free♫
LELAKI 1 : Kenapa ini semua boleh berlaku ?!
SEMUA : Dengan menabur fitnah dan fakta palsu, mampu menyebabkan pihak akan
bermusuhan, berdendam, berperang.
LELAKI 1 : Fire in the hole !
PEREMPUAN 1 : Kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang !
(senyap dan pandang bawah seketika)
LELAKI 3 : ♫Rilek brader brader Rilek♫
PEREMPUAN 3 : ♫Senyum, senyum selalu, senyum, senyum denganku♫
SEMUA : ♫Tiada seindah senyuman…♫
CIKGU : Kita beralih pula kepada sistem kewangan. Adakah internet juga membantu ?
RAMAI KANAN : Sangat !
RAMAI KIRI : Sangat !
SEMUA : Membantu cikgu !
: Ia memudahkan pembayaran dan pembelian di atas talian dengan mudah dan cepat.
CIKGU : Seperti ?
RAMAI KANAN : CIMB-Clicks
RAMAI KIRI : Maybank2U
RAMAI KANAN : Mudah.my
RAMAI KIRI : Lazada
RAMAI KANAN : Zalora
PEREMPUAN 1 : (menjerit) Ah, kasut ! Murah you all !
PEREMPUAN 2 : Betul ke ? Nak jugak ! Nak jugak !
CIKGU : Tepat sekali. Perniagaan zaman kini merupakan perniagaan atas talian. Tidak perlu
bersusah payah untuk ke kedai. Semuanya….
RAMAI KIRI : Di hujung jari !
RAMAI : Kita juga tidak perlu beratur panjang untuk membuat pembayaran.
LELAKI 1 : Unsur penipuan juga berlaku cikgu !
CIKGU : Benar. Kita hendaklah berhati-hati melakukan pembelian atas talian. Nanti kena…
SEMUA : Tipu !
CIKGU : Kita sudah bayar tapi barangnya…
SEMUA : Tiada !
CIKGU : Barang sudah ada…
SEMUA : Tapi berbeza !
: Indah kabar dari rupa.
PEREMPUAN 1 : Hmm.. Tak jadilah nak beli kasut.
PEREMPUAN 3 : (mentertawakan PEREMPUAN 1)
CIKGU : Oleh sebab itu, kita kena pastikan peniaga di internet sudah dijamin keselamatannya.
LELAKI : Oh, begitu. Bagaimana ?
SEMUA : Teliti dan semak lesen perniagaan penjual dengan sah.
: Teliti dan semak latar belakang peniaga.
: Teliti dan semak maklum balas pengguna-pengguna lain sebelum membeli.
: Dan minta pendapat kawan-kawan dan keluarga.
PEREMPUAN 1 : Perempuan juga mudah ditipu di internet !
SEMUA : Apa ? (semua memandang PEREMPUAN 1)
CIKGU : Benar anak muridku. Mangsa penipuan kebanyakannya adalah wanita dan kanak-
kanak.
RAMAI KIRI : Berdasarkan Utusan Online bertarikh 10 Julai 2014, penipuan terhadap wanita
meningkat lebih 80%
RAMAI KANAN : Selain berpuluh-puluh kes dilaporkan pada setiap minggu
SEMUA : Dan 600 kes setahun !
: Oh My Internet !
LELAKI 1 : Bagaimana pula dengan kanak-kanak cikgu ?
CIKGU : Mereka akan diculik, didera, diseksa dan diambil organnya untuk dijual ke luar
negara
SEMUA : Pemerdagangan manusia !
: Sama juga seperti kes buang anak !
(sajak)
LELAKI 1 : Bermulanya percintaan di alam maya,
PEREMPUAN 1 : Kini terlanjur menyesal tak sudah,
LELAKI 1 : Anak yang tidak berdosa menjadi mangsa,
PEREMPUAN 1 & LELAKI 1 : Akibat dari syaitan bertopengkan manusia !

CIKGU : Benar semuanya. Ini merupakan unsur penipuan yang akhirnya memakan diri
sendiri.
SEMUA : ♫Dimanakah ibu dimanakah ayah, Bonekakah atau manusia, Anak tidak berdosa
menjadi mangsa, Oleh hawa nafsu yang serakah♫
CIKGU : Sekarang, cikgu nak tanya anda semua. Anda tahu apa itu UTC ?
LELAKI 1 : Universiti Technology & Communication !
SEMUA : Tet!
PEREMPUAN 1 : University of Tennessee at Chattanooga
SEMUA : Tet ! UTC ialah Pusat Transformasi Bandar. In english…
LELAKI 1 : Urban Transformation Centre (slang dan mimik muka)
SEMUA : Urban Transformation Centre (slang dan mimik muka)
CIKGU : Betul. UTC merupakan salah satu perkhidmatan terunggul yang disediakan oleh
kerajaan di dalam satu bangunan yang sama dan segala pengurusan menggunakan
internet.
LELAKI 1 : Nak buat kad pengenalan ?
SEMUA : Ada di UTC
PEREMPUAN 1 : Nak buat paspot ?
SEMUA : Ada di UTC
LELAKI 1 : Nak buat lesen ?
SEMUA : Ada di UTC
PEREMPUAN 1 : Nak bayar saman ?
SEMUA : Ada di UTC
LELAKI 1 : Nak daftar perniagaan ?
SEMUA : Ada di UTC
PEREMPUAN 1 : Nak cari jodoh ?
SEMUA : Ada di sini. (sambil menunjuk teman lelaki PEREMPUAN 1)
: ♫UTC..UTC.. Pusat pelbagai perkhidmatan. Berkhidmat untuk rakyat. Pusat
transformasi bandar♫
CIKGU : Bagus semuanya. Sekarang, anda sudah tahu dengan jelas akan segala kesan internet
dalam kehidupan kita. Syabas cikgu ucapkan.
SEMUA : Terima kasih cikgu.
CIKGU : Ingat, internet sebenarnya satu kemudahan yang harus kita ketahui dan nikmati
bersama.
RAMAI KIRI : Dalam apa pun yang kita lakukan, pastikan ia sentiasa positif terhadap diri kita dan
juga orang lain.
RAMAI KANAN : Jangan disalahgunakan tetapi digunakan untuk memudahkan.
CIKGU : Faham semua ?
SEMUA : Faham cikgu ! Yeay ! ♫Terima kasih, te terima kasih♫
CIKGU : ♫Samalah sama, sama samalah sama♫
SEMUA : Kring !
KETUA KELAS : Kelas ! Terima kasih cikgu !
SEMUA : Terima kasih cikgu !
CIKGU : Sama-sama semua.
(keluar mengikut iringan muzik)

You might also like