Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Baca petikan.

Lawatan ke Muzium Samudera


Encik Ismail membawa keluarganya ke Muzium Samudera, Melaka. Muzium Samudera ialah
replika sebuah kapal Portugis, Flor de La Mar.
Bahagian pertama di dalam Muzium Samudera yang dilawati oleh Imran ialah bilik
kapten. Di bahagian atas kapal terletaknya menara tinjau.
Selepas itu, Imran memasuki bilik peta yang mengandungi pelbagai peta yang digunakan
pada zaman dahulu. Kemudian, Imran ke bilik tahanan yang terletak di bahagian bawah. Di bilik
tahanan ini, terdapat patung-patung lilin yang menggambarkan suasana di dalam bilik tahanan.
Akhir sekali, Imran melalui ruang pameran pula. Di ruang ini, pelbagai barang
peninggalan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dipamerkan seperti mata wang dan
pinggan mangkuk.
Sepanjang lawatan di Muzium Samudera, Imran mendapat banyak maklumat. Dia dapat
mengetahui sejarah perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

You might also like