Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TIPS NAK MENULIS JAWAPAN ESEI

1. Fahamkan soalan dahulu


2. Apa soalan nak
3. Kalau soalan ada nilai, beri 3 nilai
4. Kalau soalan tiada nilai, tidak perlu beri nilai
5. Kenal pasti watak dalam soalan
6. Berikan fakta 1, huraian 1, huraian lanjutan 1, contoh 1 dan kesimpulan 1
7. Berikan fakta 2, huraian 2, huraian lanjutan 2, contoh 2 dan kesimpulan 2

SOALAN ESEI BAHAGIAN B

1. (a) Nyatakan dua contoh universiti awam luar negara kampus Malaysia? [2markah]

(b) Huraikan kebaikan yang diperoleh oleh pelajar berdasarkan program kerjasama yang
ditunjukkan dalam rajah di atas?
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [8markah]

CONTOH JAWAPAN :

(a) Dua contoh universiti awam luar negara kampus Malaysia ialah University Of
Nottingham Malaysia Campus dan Monash Universiti Malaysia Campus.

(b) Nilai-nilai universal yang harus diamalkan oleh pelajar ialah nilai hemah tinggi,
nilai rasional dan nilai hormat.

Kebaikan yang diperoleh oleh pelajar berdasarkan program kerjasama tersebut


ialah pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Hal ini
demikian kerana, pelajar boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemajuan
dalam bidang sains dan teknologi negara lain. Sehubungan itu, ia dapat membuka
minda pelajar untuk mencipta inovasi produk yang kreatif dan inovatif di
Malaysia. Contohnya, pelajar diperkenalkan dengan teknologi kereta tanpa
pemandu di Amerika Syarikat serta teknologi maya di Korea. Kesimpulannya,
program pertukaran pelajar ke luar negara membuka minda pelajar untuk berfikir
lebih proaktif dan kreatif dalam meneroka idea baru.

Kedua, kebaikan yang diperoleh ialah pelajar dapat mempromosikan pelbagai


budaya di Malaysia. Hal ini demikian kerana, pelajar boleh menjadi duta kecil
Malaysia untuk mempromosikan kebudayaan dan keunikan Malaysia. Hal ini sekali
gus dapat menarik minat masyarakat luar negara untuk melancong ke Malaysia.
Contohnya, nasi lemak, tarian ulek mayang srta hubungan antara kaum yang unik
di Malaysia. Kesimpulannya, program pertukaran pelajar ke luar negara boleh
menarik masyarakat luar untuk menyelami budaya Malaysia seterusnya
meningkatkan aset negara melalui pelancongan.
CONTOH JAWAPAN :

1. (a) Nyatakan dua contoh universiti awam luar negara kampus Malaysia? [2markah]

Fakta 1 University Of Nottingham Malaysia Campus (1markah)


Fakta 2 Monash Universiti Malaysia Campus (1markah)

(b) Huraikan kebaikan yang diperoleh oleh pelajar berdasarkan program kerjasama yang
ditunjukkan dalam rajah di atas?
Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai universal yang dipelajari.
[8markah]
Permulaan ayat Nilai-nilai universal yang harus diamalkan oleh pelajar ialah

3 Nilai nilai hemah tinggi


nilai rasional
nilai hormat.

Soalan Kebaikan yang diperoleh oleh pelajar berdasarkan program


kerjasama yang pertama ialah

Fakta 1 pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Penanda wacana Hal ini demikian kerana,


Huraian 1 pelajar boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemajuan
dalam bidang sains dan teknologi negara lain.

Penanda wacana Sehubungan itu,


Huraian lanjutan 1 ia dapat membuka minda pelajar untuk mencipta inovasi produk
yang kreatif dan inovatif di Malaysia.

Penanda wacana Contohnya,


Contoh 1 pelajar diperkenalkan dengan teknologi kereta tanpa pemandu di
Amerika Syarikat serta teknologi maya di Korea.

Kesimpulan 1 Kesimpulannya, program pertukaran pelajar ke luar negara


membuka minda pelajar untuk berfikir lebih proaktif dan kreatif
dalam meneroka idea baru.

Penanda wacana Kebaikan kedua ialah,


Fakta 2 pelajar dapat mempromosikan pelbagai budaya di Malaysia.

Penanda wacana Hal ini demikian kerana,


Huraian 2 pelajar boleh menjadi duta kecil Malaysia untuk mempromosikan
kebudayaan dan keunikan Malaysia.

Penanda wacana Hal ini sekali gus


Huraian lanjutan 2 dapat menarik minat masyarakat luar negara untuk melancong ke
Malaysia.

Penanda wacana Contohnya,


Contoh 2 nasi lemak, tarian ulek mayang srta hubungan antara kaum yang
unik di Malaysia.

Kesimpulan 2 Kesimpulannya, program pertukaran pelajar ke luar negara boleh


menarik masyarakat luar untuk menyelami budaya Malaysia
seterusnya meningkatkan aset negara melalui pelancongan.
B

You might also like