Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.0.

PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)


Pembantu Pengurusan Murid (PPM) merupakan orang yang bertanggungjawab menjalankan
tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas akademik pendidikan khas di bawah kelolaan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Nisbah bagi seorang PPM ialah 1 : 10 orang pelajar. PPM
memainkan peranan untuk membantu guru dalam pengurusan kelas termasuk penyediaan
makanan, mengemas dan membersihkan serta menjalankan aktiviti bimbingan murid-murid
prasekolah. Selain itu, PPM juga bertanggungjawab untuk mengasuh murid-murid istimewa di
asrama-asrama sekolah pendidikan khas atau asrama desa yang meliputi semua aspek
kehidupan murid di luar bilik darjah dan tugas-tugas membersih dan mengemas.
2.0. KELAYAKAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)
Skim perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid ini diletakkan di bawah Klasifikasi
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan dengan diberi gred gaji N17, N22. Syarat lantikan ke
skim perkhidmatan ini ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta lulus Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) di peringkat peperiksaan tersebut atau memiliki kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
3.0. FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID PENDIDIKAN
KHAS

Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas (PPMPK) bertanggungjawab menjaga Hal
Ehwal Murid Pendidikan Khas. PPMPK juga bertanggungjawab untuk mengawasi murid
semasa perubahan P&P/ sewaktu guru mengajar. Selain itu, PPMPK juga akan menjaga murid
yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga/ semasa urusan ke hospital.
Mereka juga akan bertindak untuk membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh
murid.

Selain itu, PPMPK juga akan bersama-sana murid pada perhimpunan rasmi sekolah.
Mereka juga akan menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku,
tutur bahasa dan kekemasan diri. PPMPK juga akan membantu menguruskan murid baru,
membantu mengambil dan menghantar buku rekod kedatangan murid ke pejabat, dan
membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat.

3.1. Pengurusan KeIas Akademik Pendidikan Khas

3.1.1. Pengurusan BiIik Darjah/ Bangunan Pendidikan Khas

Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam
keadaan terurus sebelum dan selepas P&P. PPMPK juga akan memastikan
kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas, memastikan
kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan Khas. Di samping itu, mereka
juga membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan
lain-lain.

Selain itu, PPMPK juga membantu menjaga keselamatan alatan di dalam
dan di luar bilik darjah/ bangunan Pendidikan Khas, membantu menyediakan
ruang maklumat dan mengemas kini papan kenyataan dari semasa ke semasa di
samping membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. PPMPK
juga membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan
Khas dan membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat
pemadam api masih boleh digunakan.

3.1.2. Pengurusan Dokumen Dan Stok Pendidikan Khas

PPMPK Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan mudah
diperoleh. PPMPK juga membantu dalam pengurusan surat-menyurat dan
membantu mengemas kini data, rekod dan murid setiap bulan di samping
membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas.

3.1.3. PerjaIanan Pengajaran Dan PembeIajaran

PPMPK berperanan Membantu menyediakan bahan, peralatan dan buku yang
diminta oleh guru sebelum sesi P & P, membantu mengurus masalah tingkah
laku murid semasa P&P sekiranya perlu dan membantu menguruskan murid
semasa aktiviti P&P sekiranya perlu. PPMPK juga akan Membantu murid inklusif
di kelas aliran perdana sekiranya perlu.
3.1.4. Pengurusan/Pergerakan Dan Aktiviti Murid Pendidikan Khas
(MobiIiti)

PPMPK akan berperanan untuk membantu Menguruskan murid yang
tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk ke sesuatu
tempat. PPMPK juga akan membantu dalam setiap aktiviti terapi dan
aktiviti luar contohnya terapi renang, terapi berkuda, senamrobik, terapi
refleksiologi, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan. Selain itu, PPMPK juga
membantu mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktiviti
kokurikulum dan menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran
perdana.

3.1.5. Tugas Sewaktu Cuti SekoIah

3.1.5.1. Cuti PenggaI

PPMPK memastikan Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas
sentiasa bersih, kemas dan selamat. Di samping itu, PPMPK juga
memastikan semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak
rosak. Mereka juga akan memastikan Projek Pendidikan Khas seperti
kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik. PPSMPK akan
menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras
sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

3.1.5.2. Cuti Akhir Tahun

Pada cuti akhir tahun, PPSMPK akan memastikan Bilik darjah dan tandas
di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat. PPSMPK
juga akan memastikan Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat
dan tidak rosak di samping memastikan Projek Pendidikan Khas seperti
kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik. PPSMPK juga
menyemak stok dan inventori, melabel dan mengemas kini sistem fail.
PPSMPK juga menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran
murid baru. PPSMPK akan menghubungi Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas/Penyelaras atau Guru Pendidikan Khas yang lain
sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

4.0. TUGAS-TUGAS RASMI LAIN YANG DIARAHKAN DARI SEMASA KE SEMASA
OLEH PIHAK PENGURUSAN

You might also like