Minit SNM3 2018

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PERTANDINGAN NYANYIAN IRAMA MALAYSIA

SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KENINGAU

Tarikh : 17April 2023 ( Isnin )


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Khas, S.K Luagan.

Kehadiran :
1. Muhd. Asrin Halim – Guru Besar S.K Luagan
2. Faridah Tawik – PK KOKUM
3. Mohd. Zakry Masri – PK HEM
4. Sarah J.P Guntavid – PT Daerah
5. Rosmillah Sawit – Penyelaras
6. Noriah Bidin – Setiausaha
7. Marlina Kamin – S.K Luagan
8. Katlin Justine – S.K Binaong
9. Juinah Unggi – S.K Bingkor
10. Hsieh Jing Ying – SJKC Yuk Kong
11. Rocey Agut – S.K Sodomon
12. Suhaibul Suhaimin – S.K Tuarid Taud
13. Chuan Ensin – S.K Rancangan Biah
14. Irwan Kassim – S.K Rancangan Belia Tiulon
15. Quintin Onolon – S.K Sinaron Tengah
16. Norita Arisi – S.K Pekan Keningau
17. Nancy Binti Gatijin – S.K Sook Keningau
18. Nurdin Zainuddin – S.K Bunsit
19. Rosaidah Lasim – S.K Kalampun

1.0 Ucapan Pengerusi Pengelola


En. Muhd. Asrin Halim selaku Guru besar S.K Luagan, Keningau mengalu-alukan
kehadiran semua guru mewakili setiap Zon Daerah Keningau. Beliau memaklumkan
bahawa mesyuarat pada petang ini adalah taklimat Kertas Konsep Pertandingan
Nyanyian Irama Malaysia Sekolah Rendah Peringkat Daerah Keningau yang ditetapkan
pada 08 Mei 2023.
Beliau berharap agar maklumat mengenai pertandingan akan tersebar luas daripada
group guru besar, penolong kanan atau group khas. Adalah diharapkan peserta yang
berjaya mendapat tempat pertama nanti juga berjaya ke peringkat seterusnya kelak.

2.0 Pembentangan Kertas Konsep


( Rujuk Kertas Konsep yang dilampirkan )

2.1 Kertas Konsep.


2.1.1 Pn. Sarah J.P Guntavid selaku PT daerah memaklumkan bahawa
program seperti ini adalah untuk membuka peluang masa depan murid
yang lemah dari segi akademik sebagai pilihan kerjaya mereka bila besar
kelak.
2.1.2 Tarikh tutup menghantar penyertaan adalah pada 26 hb April 2023.
2.1.3 S.K Luagan Selaku tuan rumah mempunyai keistimewaan menghantar
sebanyak 3 penyertaan dan setiap sekolah di zon bingkor boleh
menghantar 1 penyertaan sahaja. Manakala setiap zon pula hanya boleh
menghantar 1 penyertaan saja. Setiap 1 penyertaan adalah 1 nyanyian
solo dan 1 nyanyian duo/duet.
2.1.4 Tuan Rumah boleh memilih samada pertandingan hendak diadakan
secara online atau bersemuka. Keputusan dibuat adalah secara
“Bersemuka”. Sekiranya penyertaan terlalu ramai, saringan akan
diadakan pada 2 & 3 hb Mei 2023. Seramai 5 peserta terbaik layak ke
peringkat Akhir peringkat Daerah.
2.1.5 Tarikh pertandingan bukan ditetapkan oleh sekolah tetapi mengikut garis
masa yang telah ditetapkan.
2.1.6 Sijil Penyertaan peringkat saringan juga disediakan.

2.2 Kumpulan Sasaran.


Murid-murid Tahap 2.
i) Nyanyian Solo
ii) Duo ( Lelaki vs Lelaki/Perempuan vs Perempuan ) / Duet ( Lelaki vs
Perempuan )
iii) Cadangan setiap Zon menghantar 2 sekolah sebagai wakil.

3.0 Tarikh Pertandingan dan Lantikan Hakim


3.1 Tarikh Pertandingan adalah pada 8 hb Mei 2023 bertempat di Dewan Besar S.K
Luagan selaku Tuan Rumah Peringkat Daerah Keningau.
3.2 Hakim Pertandingan yang dicadangkan:
i. Siti Nirzawati Binti Mohd. Shom – Guru Tabika Perpaduan, KRT Kg.
Masjid A, Keningau
ii. John Aping – Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Zon
Pedalaman Atas.
iii. Albert Mark Maguring – Ketua Jabatan Pedagogi Peribumi Pedalaman
IPG Kampus Keningau
iv. Muazar Hisham – S.K Binaong
3.3 Encik Muazar mungkin akan digugurkan dari senarai Hakim kerana dikhuatiri
diskriminasi pemenang. Pengganti beliau akan ditentukan kemudian.

4.0 Yuran dan Hadiah

4.1 Yuran:
i) Solo – RM40
ii) Duo/Duet – RM60
4.1.1 Yuran boleh dibayar Secara tunai atau cek atas nama Guru Besar S.K
Luagan.
4.1.2 Peserta Solo boleh juga ikut Duo/Duet.
4.2 Sijil penyertaan dan hadiah akan diberikan kepada peserta dan pemenang.

5.0 Borang Penyertaan dan Tarikh Tutup Penyertaan.


Borang penyertaan boleh dihantar melalui Googleform yang akan disediakan
dan perlu diprint untuk dibawa semasa pendaftaran semasa pertandingan. Tarikh
tutup penyertaan adalah pada 26 hb April 2023 bersamaan hari Rabu.

6.0 Hal-Hal Lain


6.1 Tuan Rumah akan sediakan jamuan untuk murid dan guru sewaktu
pertandingan peringkat akhir 8 hb Mei 2023 sahaja manakala peringkat saringan sekolah
masing2 sediakan.
6.2 Seramai 5 penyertaan terbaik solo dan duo/duet peringkat saringan akan dipilih ke
peringkat akhir peringkat daerah pada 8hb Mei 2023. Hanya seorang peserta terbaik solo
dan duo/duet terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri pada 22 – 23 Mei 2023
6.3 Group telegram bagi setiap wakil guru akan diwujudkan untuk memudahkan
maklumat disampaikan.

Mesyuarat ditutup pada jam 11.30 a.m.

Disediakan oleh,
( NORIAH BIDIN )
Setiausaha Induk Pertandingan Irama Malaysia,
S.K Luagan.

Disemak Oleh,

( FARIDAH TAWIK )
Penolong Kanan KOKUM,
S.K Luagan.
2023.

You might also like