Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SOALAN NI HANYA RAMALAN SAHAJA.

ANDA FIKIRKAN SOALAN-SOALAN YANG MUNGKIN AKAN KELUAR DALAM EXAM.


TIADA SOALAN STRUKTUR
3 ESEI - JAWAB 2 SAHAJA = (20 markah X 2) 40%
1 JAM 30 MINIT SAHAJA
TOPIK 2: ELEMEN ASAS WAJIB BACA SEMUA TOPIK 2, 4 7
DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SUB TOPIK INI, HAFAL HAFAL. BACA
ISI DENGAN CONTOH DARI MODUL
● Isu-isu pendidikan yang boleh dikaji ATAU BUKU
PENYELIDIKAN
● Latar belakang
● Pernyataan masalah
● Objektif kajian
● Persoalan kajian
● Hipotesis kajian
● Skop kajian
● Batasan kajian
● Kepentingan kajian
● Definisi operasional/ istilah

4. METODOLOGI WAJIB BACA SEMUA TOPIK 2, 4 7


SUB TOPIK INI, HAFAL. BACA
• KUANTITATIF
HAFAL ISI DENGAN DARI MODUL
CONTOH ATAU BUKU
- Reka Bentuk Kajian PENYELIDIKAN
- Pensampelan
- Instrumen kajian
- Kajian rintis
- Kesahan dan kebolehpercayaan
kajian
- Prosedur pengumpulan data
- Tatacara penganalisisan data

• KUALITATIF

- Reka bentuk kajian


- Pensampelan
- Instrumen Pengumpulan data
- Kesahan dan kebolehpercayaan
kajian
- Prosedur pengumpulan data
- Tatacara penganalisisan data
TOPIK 7: KAJIAN TINDAKAN WAJIB BACA SEMUA TOPIK 2, 4 7
SUB TOPIK INI, HAFAL HAFAL. BACA
• Konteks
ISI DENGAN CONTOH DARI MODUL
• Fokus kajian ATAU BUKU
• Objektif kajian PENYELIDIKAN

• Soalan Kajian
• Pelan tindakan
• Pelaksanaan pelan tindakan
• Kaedah pengumpulan data
• Analisis dan huraian data
• Refleksi dan implikasi
• Tindakan susulan
• Sumber rujukan
• Penulisan kertas cadangan kajian
tindakan
• Pelaporan kajian tindakan

1. Huraikan perkara-perkara penting yang diperlukan untuk menghasilkan penyataan


masalah yang baik dan berkualiti dalam sesuatu penyelidikan.

● Penyelidik perlu menerangkan keadaan semasa berkaitan isu atau masalah yang
ingin dikaji - memberikan justifikasi yang kukuh beserta data yang empirikal.
● Penyelidik dapat menyakinkan pembaca bahawa isu atau masalah yang ingin dikaji
memerlukan penyelidikan untuk menyelesaikan isu atau masalah tersebut -
keutamaan (urgency).
● Penyelidik perlu menjelaskan kepentingan penyelidikan yang ingin dijalankan
dapat mengatasi isu dan masalah yang diutarakan - dengan melaksanakan kajian
yang ingin dilaksanakan akan dapat menyelesaikan isu atau masalah yang dikaji.
● Penyelidik perlu mampu memberikan hujah kepentingan kajian tersebut
dilaksanakan untuk kebaikan pihak-pihak yang berkaitan - hasil kajian yang ingin
dilaksanakan akan dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu.
● Penyelidik perlu membuktikan wujudnya jurang (gap) dalam pernyataan masalah
kajian sama ada dari aspek teroretikal atau amalan.
● Penyelidik perlu memberikan justifikasi bahawa masalah kajian merupakan
masalah sebenar dan bukan simptom kepada masalah sebenar.
● Penyelidik perlu mampu membuktikan di antara “apa yang sepatutnya” dengan
“apa yang sedang berlaku”.
● Penyelidik tidak mencipta/ mengada-adakan isu atau masalah kajian.

● Penyelidik perlu menjelaskan konsep-konsep yang digunakan dalam penyelidikan


yang dilaksanakan secara umum – dalam penyelidikan kuantitatif pembolehubah
bersandar perlu menjadi tumpuan utama.
● Penyelidik perlu menerangkan kajian-kajian lepas yang berkaitan yang
menyokong isu atau masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan - dapatan
kajian-kajian lepas yang terkini dan dalam konteks kajian yang ingin dijalankan.
● Penyelidik perlu mengemukakan dapatan kajian lepas dalam negara dan luar
negara yang berkaitan-dapatan kajian yang menyokong kajian yang ingin
dilaksanakan.

_______________________________________________________________

2. Bandingkan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif.

Aspek-aspek Kuantitatif Kualitatif

Definisi
● Satu kajian yang ● Satu proses untuk
sistematik melibatkan memahami masalah
proses-proses sosial atau kemanusiaan
tertentu yang tertib berdasarkan pembinaan
dan saintifik (disokong gambaran yang
oleh teori-teori dan kompleks dan holistik,
kaedah-kaedah menggunakan perkataan
penyelidikan tertentu untuk melaporkan
untuk menghasilkan pandangan pemberi
penemuan baharu) maklumat dan dijalankan
dalam ‘natural setting’

Tujuan
● Menguji teori ● Melengkapkan teori

● Membina fakta ● Meningkatkan


kefahaman
● Menunjukkan
perbezaan ● Menghuraikan
kenyataan
● Menunjukkan
perhubungan ● Menyatakan kejadian
semulajadi
● Meramal tingkahlaku
● Menerangkan kejadian
● Menerangkan
secara verbal
kejadian secara
statistik ● Mencari kefahaman
tentang interpretasi
● Menguji hipotesis
menggunakan manusia mengenai
prosedur secara fenomena
formal

Strategi
● Menggunakan ● Pengumpulan dokumen
pengumpulan
data instrumen piawai yang tidak rasmi atau rasmi
melibatkan ujian
● Pemerhatian
pensil dan kertas
● Temu bual berstruktur ● Temu bual tidak
atau formal berstruktur atau informal
● Soal selidik

Tatacara analisis
● Data mentah bentuk ● Data mentah bentuk
data
nombor perkataan
● Dilakukan selepas ● Analisis secara
selesai pengumpulan berterusan
data
● Tidak melibatkan statistik
● Melibatkan statistik Induktif (dari spesifik kepada
umum)
● Deduktif (umum
kepada khusus)

Saiz peserta
● Jumlah atau bilangan ● Jumlah atau bilangan
kajian
peserta kajian yang peserta kajian yang kecil
besar atau ramai atau sedikit

ANDA TAMBAH LAGI CIRI LAIN CHECK DLM INTERNET

________________________________________________________________________

3. Huraikan peringkat kajian tindakan berserta contoh yang bersesuaian dengan konteks
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

a) PERINGKAT MERANCANG
■ Merancang merupakan aktiviti yang sangat penting dalam peringkat atau proses
melaksanakan kajian tindakan bagi memastikan aktiviti penyelidikan yang dijalankan
dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan atau disasarkan.

■ Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa merancang kajian


tindakan antaranya mengenal pasti masalah kajian dengan jelas, menjelaskan sebab-
sebab cadangan tindakan diambil dengan mengemukakan asas pemikiran atau teori-
teori yang berkaitan dan menyenaraikan tindakan-tindakan atau aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian bagi menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti.

■ Contohnya, menganalisis buku latihan murid, menganalisis ujian atau peperiksaan


lepas dan mengadakan sesi temu bual awal dengan beberapa orang murid bagi
mengenal pasti isu atau masalah kajian berkaitan dengan minat murid-murid di
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) terhadap mata pelajaran bahasa Melayu.
Kemudian, guru boleh merancang intervensi yang bersesuaian berasaskan teori-teori
pembelajaran dan model-model pengajaran bagi menyelesaikan masalah itu.

b) PERINGKAT BERTINDAK

■ Menjalankan tindakan bermaksud melaksanakan perancangan dalam situasi yang


sistematik dan terkawal sepertimana yang telah dirancangkan.

■ Semasa melaksanakan tindakan, guru mengimplementasikan intervensi yang telah


dirancang, memberikan ujian atau latihan, memberikan penerangan kepada murid-
murid dan sebagainya.

■ Contohnya, bagi membantu murid-murid di SJK yang tidak berminat untuk


mempelajari bahasa Melayu, guru-guru boleh menggunakan dialog-dialog daripada
episod cerita-cerita kartun yang popular seperti Upin dan Ipin atau BoBoiBoy untuk
dilakonkan semula di dalam kelas setelah mereka menontonnya.

c) PERINGKAT MEMERHATI

■ Pemerhatian melibatkan proses mengumpul dan menganalisis data bagi menilai


secara terperinci hasil tindakan-tindakan yang telah dijalankan pada peringkat
bertindak. Pemerhatian yang terancang perlu dilakukan sama ada secara individu
mahupun secara berkumpulan.
■ Contohnya, menganalisis data temu bual dan data pemerhatian yang telah dijalankan
bagi menilai setakat mana intervensi yang digunakan dalam usaha untuk
meningkatkan minat murid-murid terhadap bahasa Melayu telah berjaya dicapai.

d) PERINGKAT MEREFLEKS

■ Peringkat merefleks ini merupakan satu proses refleksi yang dijalankan selepas
sesuatu tindakan intervensi dibuat untuk kitaran atau pusingan yang pertama. Proses
refleksi yang dijalankan pada peringkat ini bertujuan untuk membuat
penambahbaikan terhadap perancangan tindakan dalam kitaran atau pusingan yang
pertama.

■ Sekiranya masih wujud sebarang kekurangan atau masalah terhadap intervensi yang
dijalankan pada pusingan pertama itu, semua kekurangan atau masalah itu akan
dibawa ke peringkat merancang dalam pusingan yang kedua.

■ Contohnya, berdasarkan refleksi kajian pada pusingan yang pertama, didapati


berlaku peningkatan minat murid-murid untuk mempelajari bahasa Melayu dengan
agak baik, Namun, masih lagi terdapat kekurangan atau kelemahan yang boleh
dibaiki seperti kurangnya motivasi daripada keluarga, masalah dalam kehadiran
murid dan tiadanya sebarang bahan rujukan bahasa Melayu di rumah.

1. APA SHJ SOALAN CONTOH BOLEH AMBIL DRPD KAJIAN ANDA/YG


RELEVAN, YE.

2. CARI CONTOH SOALAN PENYELIDIKAN DLM INTERNET. HAFAL JAWAPAN.


ANDA MESTI FAHAM SEBELUM MENJAWAB.

3. i. PENGENALAN – dari soalan dan isi penting anda.


ii. 5-7 ISI UTAMA- HURAIAN-CONTOH- RUMUSAN KECIL bg 1 perenggan
iii. Langkah setiap perenggan 1-2 baris.
iv. Pastikan angka giliran yg betul.
v. PASTIKAN NOMBOR SOALAN YG BETUL. ESEI 3 MS KE ATAS BARU BOLEH
SKOR.

You might also like