Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

BAB 3:

Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap


Kelpelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi
danHidupan Liar
Faktor-faktor Persekitaran Fizikal yang Mempengaruhi Kepelbagaian
Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
 Iklim
 Kombinasi beberapa elemen seperti suhu, hujan, angin, tekanan udara,
keadaan awan, kelembapan udara dan cahaya matahari dalam tempoh
yang panjang.

 Bentuk muka bumi


 Ciri dan ketinggian sesuatu permukaan daratan yang diukur dari aras laut.

 Saliran
 Ciri-ciri pola aliran sungai dan cawangan serta kuantiti air yang mengairi
kawasan bentuk muka bumi.

 Tanih
 Lapisan teratas di permukaan bumi yang terhasil daripada bahan organik
dan bahan bukan organik.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan
Semula Jadi dan Hidupan Liar

Bentuk Muka Bumi


 Tanah pamah
 Tanah tinggi
 Pinggir laut

Tanah Pamah
 Kawasan tanah pamah Malaysia dan Amazon dilitupi Hutan Hujan Tropika.
 Malaysia
pokok meranti, jelutong, cengal, merbau, seraya
gajah, harimau, badak sumbu, monyet, arnab, rusa
Amazon
pokok wimba, Brazilian mahagoni, lapuna, ficus, getah
puma, jaguar, anaconda, ikan pirana
 Kawasan tanah pamah Thailand, Laos, Myanmar, Filipina, India, dan
Bangladesh dilitupi Hutan Monsun Tropika.
 Kawasan tanah pamah Tasik Great St. Lawrence (Kanada) dilitupi Hutan
Konifer.
 Mempunyai banyak sumber makanan dan merupakan habitat semula jadi
pelbagai hidupan liar.
 Kawasan tanah pamah utama di dunia: Dataran Siberia Barat, Dataran
Manchuria, Lembangan Congo, Lembangan Ganges-Brahmaputra,
Lembangan Murray.
Tanah Tinggi
 Kawasan yang berketinggian melebihi 180 meter dari aras laut.
 Perbezaan dalam tumbuh-tumbuhan berdasarkan ketinggian terutamanya
selepas ketinggian melebihi 1200 meter dari aras laut.
 Pokok-pokok bantut , rendah dan renek : oak, laurel, palma, paku pakis, lumut,
kulampair.
Hidupan liar: kambing gurun, tupai, serigala, ilama

Pinggir Laut
 Pulau, pantai berpasir, pantai berlumpur dan paya air masin merupakan
kawasan pinggir laut.
 Mempunyai tumbuh-tumbuhan yang tahan tiupan angin dan air laut : semak
samun, bintangor laut, jemerlang laut, mengkuang laut, pokok bakau, pokok
kelapa, tapak kuda.
Hidupan liar: ular, siput, ketam, anjing laut, umang-umang

Saliran
Kawasan bersaliran baik
 Tidak bertakung air
 Terdapat di kawasan bentuk muka bumi yang beralun, cerun bukit dan tanah
pamah.
 Kawasan yang subur dan dilitupi oleh banyak tumbuh-tumbuhan semula jadi
seperti yang terdapat di Hutan Tropika, Hutan Monsun Tropika, Hutan Konifer,
Hutan Mediterranean
 Hidupan liar: rusa, kijang, moose, badak sumbu, harimau, gajah
Kawasan bersaliran buruk
 Tanah rendah yang sentiasa bertakung
 Kawasan bertakung air: membentuk kawasan paya air tawar
Kawasan pinggir laut yang berlumpur : membentuk kawasan paya air masin
 Tumbuh-tumbuhan memerlukan air yang banyak dan mampu hidup di
kawasan berair sepanjang masa.
 Tumbuh-tumbuhan: pokok bakau, pokok nipah, mengkuang
Hidupan liar: biawak, buaya, memerang, ular, burung shoebill

Tanih
 Lapisan teratas di permukaan bumi yang terhasil daripada bahan organik
dan bahan bukan organik.
 Bahan organik dihasilkan daripada proses pereputan bangkai haiwan
dan sisa tumbuh-tumbuhan .
 Bahan bukan organik terhasil daripada proses pemecahan batuan yang
disebabkan oleh luluhawa.

Tanih chernozem: kawasan padang rumput hawa sederhana


 Tanah hitam yang terdapat di kawasan padang rumput yang mengalami
iklim Steppe
 Sesuai untuk pertumbuhan rumput-rumput, bunga-bungaan dan tumbuh-
tumbuhan renek
 Tanah akan membeku pada musim sejuk lalu menyebabkan rumput-rumput di
kawasan Steppe mempunyai akar yang pendek
 Tumbuh-tumbuhan: Big bluestem grass, bufallo grass, switchgrass, feather grass,
fringed sagebrush
Hidupan liar: Coyote, bobcat, badger, Saiga antelope
Tanih permafrost: kawasan Hutan Tundra
 Tanih beku akibat suhu sejuk yang melampau
 Tanih kurang subur, sejuk dan membeku sepanjang tahun. Oleh itu, hanya
tumbuh-tumbuhan yang mempunyai daya tahan tinggi mampu hidup di
kawasan tanih permafrost
 Tumbuh-tumbuhan: Liken, lumut, kulampair, willow, birch, health
Hidupan liar: Beruang kutub, karibu, musang Artik, arnab Artik, lemming

Tanih aridisols: kawasan Gurun Panas


 Tanih yang kering dan tandus
 Tumbuhan yang hidup di kawasan ini mempunyai akar yang panjang untuk
menyerap air
 Hidupan liar di Gurun Panas kurang aktif kerana tanih pasir yang kering dan
tandus menyukarkan pergerakan hidupan liar
 Tumbuh-tumbuhan: Pokok kaktus, pokok akasia, pokok kurma
Hidupan liar: Unta, rusa gazelle, oryx, musang fennec, tikus jerboa

Tanih latosol: Kawasan Hutan Hujan Tropika dan Hutan Monsun Tropika
 Tekstur tanih latosol : berpasir, liat atau lembap ; berwarna kuning atau merah
 Hutan Hujan Tropika dan Hutan Monsun Tropika merupakan habitat pelbagai
jenis hidupan liar yang bergantung sepenuhnya kepada ekosistem hutan
sebagai sumber makanan dan tempat tinggal
 Tumbuh-tumbuhan: Pokok jati, cendana, mahogani, jelutong
Hidupan liar: Gajah, harimau, beruang, kancil, cerpelai
Tanih podzol: kawasan Hutan Konifer
 Nipis, berasid dan beku
 Tumbuh-tumbuhan di kawasan tanih podzol mempunyai akar yang pendek
 Ciri-ciri tanih podzol yang nipis dan beku memudahkan hidupan liar untuk
bergerak
 Pokok-pokok renek tumbuh di permukaan merupakan sumber makanan
hidupan liar di Hutan Konifer
 Tumbuh-tumbuhan: Pokok pain, cedar, birch, fir, sprus
Hidupan liar: Moose, elk, lynx, brown bear, harimau Siberia

Tanih terra rossa: kawasan Hutan Mediterranean


 Campuran tanah liat dan pasir ; berwarna merah atau coklat kemerahan
 Menggalakkan pertumbuhan hutan bangkut dan hutan pokok tirus di
kawasan tanah tinggi
 Tumbuh-tumbuhan: Rosemary, lavender, laurel, pain
Hidupan liar: Serigala, rusa, landak, helang
Iklim
Iklim Gurun Panas
 Kawasan Gurun Arab yang terletak di Asia Barat (Gurun Arab meliputi Negara
Jordan, Iraq, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Emiriah, Arab Bersatu dan
Yamen)
 Kawasan panas dan kering sepanjang tahun akibat Angin Timuran yang
bertiup dari kawasan darat merupakan angin kering dan tidak membawa
hujan
 Jumlah hujan tahunan: kurang daripada 250 mm
 Min suhu tahunan: 25°C
Suhu pada waktu siang: 32°C hingga 36°C
Suhu pada waktu malam: 5°C
Julat suhu tahunan: 17°C hingga 20°C
 Tumbuh-tumbuhan: rumput alfalfa, pokok caper, pokok ghaf, pokok
saltbushes
Hidupan liar: Tikus jerboa, Oryx, Labah-labah, musang fennec, rusa gazelle,
unta
Iklim Monsun Tropika
 India, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh, Filipina, Myanmar, Thailand, Vietnam,
Laos, Kemboja
 Semasa musim panas, angin monsun lembap bertiup dari laut ke darat
menyebabkan hujan berlaku
 Angin monsun kering bertiup dari darat ke laut meyebabkan musim kering
berlaku
 Hujan tahunan: lebat tatapi taburan tidak sekata ( 1000 mm hingga 2000 mm )
 Suhu sepanjang tahun : 24°C hingga 27°C
 Tumbuh-tumbuhan : pokok jati, paku pakis, pokok buluh, pokok mahogani
Hidupan liar: cerpelai, burung murai, burung bangau, binturong, harimau
bintang, biawak, gajah, monyet

Iklim Siberia
 Utara Asia – wilayah Rusia ; utara Eropah – Poland dan Jerman
 Angin barat daya membawa udara panas dari Asia Tengah dan Timur Tengah
 Jumlah kerpasan tahunan: 500 mm
 Kerpasan turun dalam bentuk salji pada musim sejuk
 Musim panas yang pendek , 15°C hingga 20°C
 Musim sejuk selama 6 – 8 bulan, -17°C hingga -5°C
 Musim bunga dan musim luruh yang sangat singkat
 Julat suhu tahunan: 30°C hingga 50°C
 Tumbuh-tumbuhan: pain merah, paper birch, dahurian larch
Hidupan liar: martens, mink, beruang kutub, harimau Siberia, Siberian Wolf,
Lynx
Iklim Laurentia
 Kanada Timur, Timur Laut Amerika Syarikat, China (utara), Manchuria, Korea
Utara, Jepun (utara) dan Patagonia ( Amerika Syarikat)
 Arus sejuk merendahkan suhu di kawasan pantai Jepun, China, Korea Utara
dan kawasan Siberia
 Hujan turun sepanjang tahun ; hujan tahunan ialah antara 500 mm higga 1000
mm
 Hujan turun pada musim panas ; salji turun pada musim sejuk
 Min suhu tahunan: 9°C hingga 17°C
 Musim panas: 21°C hingga 26°C
 Musim sejuk: -6°C hingga 10°C
 Julat suhu tahunan: 20°C hingga 30°C
 Tumbuh-tumbuhan: pokok maple, pokok fir, pokok
beech, pokok yellow birch
 Hidupan liar: wood duck, beaver, Canadian lynx,
Canadian goose, Northern flicker, chipmunk

You might also like