Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ayam Bakar Tanpa Oven

 Masa Penyediaan: 30 minit,


 Masa Memasak: 30-40 minit
 Jumlah Hidangan: 3-4 orang makan

Jom tengok Che Nom nak share resepi ayam bakar, tanpa perlu gunakan oven atau
tanpa air fryer. Hanya dengan menggunakan sebiji kuali sahaja kita dapat sediakan
ayam bakar yang cukup moist, dan sedap. Maklum lah rumah kat bandar, mana nak
cari dapur arang kan? Bukan semua rumah ada airfryer atau oven, terutamanya
sekali rumah bujang.

Jadi Che Nom tunjuk salah satu cara yang mudah, dan ayam pun gerenti masak
sepenuhnya sampai ke dalam. Rupa pun cukup menarik dengan sapuan khas untuk
grill ayam.

Bahan-bahan:
 Bahan-bahan untuk perapan:
o 3 biji bawang merah kecil
o 4 ulas bawang putih
o 1 inci halia
o 1 inci kunyit hidup
o 4 cili merah besar
o 2 sb biji ketumbar
o 4 sb minyak masak
o Sedikit air
o 1 kilo ayam
o 2-3 sb kicap manis
o 2 sb sos tiram
o Garam secukup rasa
o 2 sb madu
o 1 cawan air
 Bahan-bahan salutan:
o 1 sb minyak masak
o 1-2 sb madu
o 1/2-1 sb kicap pekat manis

Cara Penyediaan:
1. Cara-cara untuk penyediaan bahan:
1. Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan kunyit.
2. Cili merah besar pon potong kasar. Kalau nak ganti cili kering pon boleh.
3. Masukkan biji ketumbar, minyak masak, sedikit air dan semua bahan potong
kasar dalam blender.
4. Lepastu kisar halus.
2. Cara-cara untuk perap ayam:
1. Kelar sikit ayam bahagian paha.
2. Perap ayam, dengan bahan blend halus tadi.
3. Tambah sos tiram, garam, sedikit madu dan kicap manis sikit (jangan banyak
nanti jadi ayam bakar kicap pulak).
4. Gaul sebati
5. Perap anggaran setengah jam.
3. Cara-cara untuk rebus ayam:
1. Masukkan ayam dalam kuali, masuk dengan kuah perapan tu sekali.
2. Masukkan 1 cawan air (Che Nom kocak dulu air dengan bekas perap ayam
tadi).
3. Lepas tu reneh perlahan-lahan sampai ayam masak.
4. Dah lepas 10-15 minit, boleh terbalikkna ayam dan sambung lagi rebus.
5. Bila ayam dah masak, boleh angkat ayam, tak perlu rebus lama takut hancur
isi.
6. Kuah yang tinggal, kita sambung reneh sampai pekat.
7. Bila kuah dah pekat, tuang masuk balik ayam dan gaul rata.
4. Cara-cara untuk grill ayam:
1. Sebelum grill ayam, kita sediakan bahan untuk kita sapu masa grill nanti.
Campurkan sedikit minyak masak, kicap dan madu. Kacau sebati dan siap.
2. Drizzle minyak sikit atas kuali.
3. Bila kuali dah betul-betul panas, susun ayam, api perlahan je.
4. Bila bahagian bawah dah garing, boleh terbalikkan.
5. Boleh lah sapu dengan bahan yang kita gaul tadi.
6. Kemudian terbalikkan lagi sekali, dan sapu lagi.
7. Lepas dah sapu bancuhan madu tu, mamang tak boleh bakar lama sebab
cepat hangus ada madu.
8. Bila dah berkilat elok ayam grill ni, boleh lah angkat.

Tip:
 Kalau tawar tambah garam sikit, tapi jangan terasa sangat garam tu sabab kita
masak sampai marinade ni pekat, takut masin jadiknya.
 Lepas reneh ayam 10-15 minit, boleh tengok paha ayam dah keluar mcm cecair
gelap, maknannya dalam tu dah mulai masak. Kalau merah lagi tu, tak masak lagi
lah dalamnya.
 Tak perlu rebus ayam lama-lama sebab nak elak ayam lembut sangat. Lepas rebus
kan nak grill pulak.
 Ayam ni dah masak dalamnya, jadi kita grill ni sebab nak ambik aroma grill tu saja,
dan juga rupa pon nampak menyelerakan.
 Masak gill, lepas dah sapu bancuhan madu tu, mamang tak boleh bakar lama sebab
cepat hangus ada madu.

You might also like