Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Kata Ganda

1. Penggandaan Penuh
Menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
(i) Penggandaan penuh kata tunggal
Contoh: ayat ------ ayat-ayat
budak ------ budak-budak
buku ------ buku-buku

(ii) Penggandaan penuh kata berimbuhan


Contoh:
(a) Dengan imbuhan awalan : pengajar ------ pengajar-pengajar
pelatih ------ pelatih-pelatih
(b) Dengan imbuhan akhiran : makanan ------makanan-makanan
(c) Dengan apitan : persatuan ------persatuan-persatuan

2. Penggandaan separa
Menggandakan sebahagian kata dasar.
Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama tunggal atau kata nama berimbuhan.
Contoh :
(a) Penggandaan separa kata tunggal : gelang ------ gegelang
siku ------sesiku
kura------kekura
laki ------lelaki
pohon ------pepohon
(b) Penggandaan separa kata berimbuhan: meronta-ronta
Berlari-lari

3. Penggandaan berentak
Proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
Contoh: sayur-mayur
kuih-muih
lauk-pauk
batu-batan
warna-warni
gunung-ganang

Akronim
 Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan
menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata,
 akronim tergolong ke dalam kata tunggal walaupun terbentuk daripada percantuman bunyi-bunyi pertama
dalam sejumlah perkataan atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa patah perkataan.
 Akronim digolongkan sebagai kata tunggal dan tidak boleh sebagai bentuk kata yang tersendiri kerana
proses pembentukan akronim tidak mempunyai prinsip yang jelas.
 pembentukan akronim digunakan untuk kata nama khas
 empat jenis, iaitu dengan berdasarkan percantuman bahagian perkataan bagi membentuk akronim.

1. Kata akronim cantuman huruf awal perkataan.( LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji)
2. Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan.
( Intan - Institut Tadbir Awam)
3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.( jenama- jenis nama)
4 Kata akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang
mengikutinya (debunga -debu bunga, jenama- jenis nama)

You might also like