Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

ISKANDAR MALAYSIA ECOLIFE CHALLENGE 2024

PERATURAN & SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah Tahun 6


di seluruh negeri Johor.
2. Setiap sekolah yang mengambil bahagian hendaklah melantik seorang
guru penyelaras untuk menyelaras, mengendali serta memastikan
penglibatan murid dalam program ini.
3. Semua aktiviti yang dijalankan semasa pertandingan hendaklah
mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
4. Tarikh tutup pertandingan IMELC 2024 adalah pada 23 September 2024
jam 5 petang.
5. Keputusan juri adalah muktamad.
6. Sebarang maklumat lanjut berhubung IMELC 2024 akan dimaklumkan
dari masa ke semasa melalui medium telegram Channel IMELC
https://t.me/IMELCJohor.
7. Pastikan semua guru penyelaras IMELC menyertai telegram group
Helpdesk IMELC https://t.me/+qQAybHbtjNAwNDk1
8. Pihak penganjur berhak mengubah peraturan dan syarat pertandingan
mengikut kesesuaian.

PERTANDINGAN IMELC : CABARAN RENDAH KARBON

1. Terdapat empat cabaran yang perlu dilaksanakan iaitu;


(1) tugasan dan cabaran di laman web IMELC oleh pelajar
(2) Efektif tenaga & air di sekolah
(3) Pengurusan sisa mampan/kitar semula
(4) Projek khas IMELC sekolah.
2. Semua murid hendaklah menyempurnakan tugasan dan cabaran
rendah karbon di laman web IMELC bermula pada tarikh yang akan
dimaklumkan.
3. Setiap guru penyelaras yang terlibat hendaklah mendaftarkan diri dan
memuat naik dokumen cabaran rendah karbon di dalam laman web
IMELC iaitu https://imelc.my/
4. Seluruh warga sekolah termasuk PIBG hendaklah membantu sekolah
masing-masing untuk mengurangkan penggunaan elektrik dan air.
Keberkesanan cabaran ini dinilai berdasarkan pengurangan bil elektrik
dan air di sekolah masing-masing. Sekolah perlu memasukkan bil elektrik
dan air untuk 3 bulan berturut sahaja di antara bulan Januari-
September 2024. Pilih bulan yang mencerminkan penurunan yang
optimum dimana bukti pelaksanaan perlu dimasukkan ke dalam
laporan IMELC di imelc.my.
5. Seluruh warga sekolah termasuk PIBG hendaklah membantu sekolah
masing-masing untuk mengurangkan sisa pepejal dengan mengumpul
barang-barang kitar semula dan mengurus sisa mampan. Keberkesanan
projek dinilai berdasarkan
a. Jumlah berat kitar semula DIGALAKKAN dijual kepada SWM
Environment Sdn Bhd sebagai vendor utama pengumpulan
barangan kitar semula termasuk sisa elektronik (e-waste) dari 16
Oktober 2023 sehingga 23 September 2024. Bukti pembayaran/resit
yang sah/rasmi daripada SWM Environment Sdn Bhd sahaja akan
digunakan bagi tujuan penghakiman kategori 3R.
b. Jumlah berat minyak masak terpakai dari 16 Oktober 2023
sehingga 23 September 2024. Bukti pembayaran/resit yang
sah/rasmi daripada vendor akan digunakan bagi tujuan
penghakiman.
6. Seluruh warga sekolah dengan kerjasama PIBG perlu menjalankan
projek khas IMELC bagi mengurangkan pembebasan karbon.
7. Setiap guru penyelaras perlu memuatnaik maklumat berikut di laman
web IMELC pada tarikh yang akan dimaklumkan.
a. Maklumat penggunaan bil air (m3, RM)
b. Maklumat penggunaan bil eletrik (kWh, RM)
c. Jumlah kitar semula (3R, minyak masak terpakai, fabrik) (kg, RM)
d. Satu borang pelaporan IMELC selaras dengan Pelan Tindakan
Pendidikan Kelestarian Johor (PTPKJ) 2019-2025 beserta semua
bukti bil serta resit kitar semula
8. Hanya 20 sekolah yang terbaik dari fasa pertama ini akan dipilih untuk
ke fasa seterusnya.
9. 20 Sekolah yang terpilih adalah berdasarkan kriteria berikut;
a. Peratusan tertinggi penyertaan murid di laman web IMELC. (10%).
b. Peratusan tertinggi tugasan di laman web IMELC yang telah
dilengkapkan oleh murid (30%).
c. Nilai purata penurunan tertinggi bil air sekolah yang dimuat naik
dalam Laman web IMELC (10%).
d. Nilai purata penurunan tertinggi bil elektrik sekolah yang dimuat
naik dalam laman web IMELC (10%).
e. Berat barangan kitar semula tertinggi yang dikumpulkan
sepanjang tempoh pertandingan (10%).
f. Berat jualan minyak masak terpakai yang dikumpulkan sepanjang
tempoh pertandingan (10%).
g. Perlaksanaan Projek Sekolah yang memperlihatkan usaha
bersepadu antara sekolah, PIBG dan murid. (20%).

PERTANDINGAN IMELC : KATEGORI TAMBAHAN

1. Kategori ini diwujudkan bagi memberikan motivasi kepada sekolah


yang komited menjalankan IMELC.
2. Terdapat 3 kategori tambahan bagi membolehkan sekolah IMELC
mengungguli pertandingan IMELC mengikut fokus masing-masing.
3. Penjurian kategori tambahan adalah berdasarkan penyertaan di laman
web IMELC. Namun, pihak penganjur berhak untuk mendapatkan
dokumen dan bukti tambahan dari finalis kategori tambahan bagi
menyokong penjurian.
4. Kategori Khas Rakan Utama dan Rakan Sokongan IMELC
a. Sekolah Ikon MBIP (Sekolah terbaik di kawasan MBIP)
b. Sekolah Ikon Kitarecycle (Sekolah terbanyak mengumpul mata
Kitarecycle)
c. Sekolah Ikon Ranhill SAJ (Sekolah terbaik efektif penggunaan air)
d. Sekolah Khas Majlis Perbandaran Segamat (Sekolah terbaik di
kawasan MP Segamat)
e. Sekolah Khas Heng Hiap Industries (Sekolah terbaik inovasi dan
inisiatif memerangi plastik sekali guna)
5. Kategori Berfokus
a. Efektif air
b. Efektif tenaga
c. Jualan Minyak Masak Terpakai Terbanyak
6. Kategori Istimewa
a. Sekolah Kurang Murid
b. Sekolah Pulau
c. Sekolah Pendidikan Khas
d. Sekolah Luar Bandar

PERTANDINGAN USAHA KREATIF BERSEMPENA IMELC

1. Pertandingan ini diwujudkan bagi memberikan peluang kepada


sekolah dan murid secara individu dalam mempelbagaikan usaha
kreatif IMELC.
2. Terdapat 5 kategori pertandingan bagi membolehkan sekolah IMELC
meluaskan aspek pelaksanaan IMELC
3. Penjurian adalah berdasarkan penyertaan. Namun, pihak penganjur
berhak untuk mendapatkan dokumen dan bukti tambahan dari finalis
kategori tambahan bagi menyokong penjurian.
4. Pertandingan
a. Melukis Poster IMELC (Lukisan IMELC -Murid Sekolah
Rendah di negeri Johor)
b. Junior Eco Warrior: Speak Up, Act Now! (Video
Pengucapan Awam- Murid Sekolah Rendah di negeri
Johor)
c. Kuru-Kuru IMELC (Video pelaksanaan Kuru-Kuru di sekolah
di negeri Johor)
d. Video Kreatif @IMELC ( Video kreatif pendidikan rendah
karbon)
e. Moments of IMELC ( Gambar menarik sepanjang
pelaksanaan IMELC 2024)
f. Most Like Share and Komen bagi 5 kategori di atas.

SIJIL IMELC

1. Sijil IMELC akan dipaparkan menerusi laman web IMELC di profil akaun
masing-masing setelah sesi pertandingan IMELC 2024 tamat
2. Sijil IMELC akan diproses sekiranya memenuhi perkara berikut
a. Sijil Murid
i. Murid perlu menyelesaikan SEMUA cabaran dan refleksi
sebelum dan selepas IMELC. Kesemuanya perlu disahkan
sebelum tarikh tutup IMELC oleh guru pembimbing.
ii. Tiada sijil akan diproses sekiranya murid tidak
melengkapkan cabaran ataupun pengesahan oleh guru
pembimbing setelah tamat tarikh tutup.
b. Sijil Guru
❖ Guru penyelaras hanya akan menerima sijil setelah
➢ Penghantaran lengkap Cabaran IMELC Murid direkodkan
➢ Memuat naik bil air
➢ Memuat naik bil elektrik
➢ Memuat naik resit jualan kitar semula (3R dan Minyak
Masak Terpakai)
➢ Memuat naik laporan IMELC
❖ Guru Pembimbing akan menerima sijil
➢ Penghantaran lengkap Cabaran IMELC Murid direkodkan
c. Sijil Sekolah
Setelah guru memuat naik dan menghantar Laporan IMELC.
Maka, guru penyelaras akan menerima sijil IMELC Sekolah.

*Guru penyelaras yang juga merupakan guru pembimbing akan menerima 3 sijil
sekiranya memenuhi semua kriteria yang dinyatakan.

Sebarang persoalan, boleh hubungi kami mengikut kategori berikut;

Pengurusan Sekolah IMELC | Jabatan Pendidikan Negeri Johor, JPNJ :


Dr. Mohd Munir Hj. Baharom, mohdmunirbaharom@gmail.com
Dr. Yap Soon Li, christopher.ysl@gmail.com
Pertandingan IMELC | Universiti Teknologi Malaysia, UTM :
Dr. Nina Diana Nawi, ninadiana@utm.my
Amalan Sekuriti Makanan dan Kompos | Universiti Teknologi Malaysia, UTM :
Dr. Huszalina binti Hussin, huszalina@utm.my
Kempen Kesedaran Kitar Semula | SWM Environment :
En. Mohd Aizad Osman, aizad.osman@swmsb.com
Kempen Ekonomi Kitaran & Inisiatif Plastik | Heng Hiap Industries :
En. Tey Boon How , boonhow.tey@hhi.com.my
KITARecycle / Kutipan Kitar Semula | SWM Environment :
Johor Utara (Muar, Segamat, Tangkak, Batu Pahat):
En. Muhammad Bakthiar Bin Azni, 016-424 0503
Johor Selatan (J. Bahru, P. Gudang, Pontian, Kulai , Kluang, K. Tinggi, Mersing):
En. Mohd Afif Bin Othman Kamal, 012-766 1607
Kerjasama dan Penajaan Program IMELC | Iskandar Regional Development Authority, IRDA :
Cik Sharifah Shahidah Syed Ahmad. shahidah@irda.com.my

You might also like