Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN AMAR PENGHULU 71600 KUALA KLAWANG JELEBU

NEGERI SEMBILAN
MINIT MESYUARAT
PANITIA SAINS
BILANGAN KEDUA 2023/2024

Tarikh : 17 OGOS 2023

Hari : Khamis

Masa :2:30-5:00 PETANG

Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran;

Pengerusi : En.Rahmat bin Mohamad


Ketua Panitia Sains : En.Mohd Jefri bin Talib
Setiausaha : Puan Salipizah bt. Kadri
AJK : Encik Muhamad Fadrul bin Ibrahim

Agenda :
1. Ucapan alu-aluan daripada Ketua Panitia Sains
2. Pengesahan minit mesyuarat kali pertama
3. Perancangan Bulan Sains dan Matematik
4. Soalan Peperiksaan
5. Penutup

Bil Perkara
1. Ucapan Alu-aluan Ketua Panitia Sains

1.1 En. Mohd Jefri bin Talib selaku Ketua Panitia Sains
mengalukan kehadiran semua guru panitia Sains ke
mesyuarat panitia sains kali kedua bagi tahun
2023/2024.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Kali Kedua telah disokong dan


dicadangkan oleh:
 Pencadang : Puan Salipizah
 Penyokong : Encik.Muhamad Fadrul

3. Aktivit Panitia Sains


3.1 Menurut Ketua Panitia,beliau menekankan beberapa
aspek penting bagi penambahbaikan Panitia Sains iaitu:
 Penyemakan Kerja Murid
 Penerapan Elemen KBAT
 Bahan dan Radas
 Perekodan Data dari Pentaksiran Prestasi Murid
 Pencerapan
 PCG
3.2 Pengerusi menyarankan penyemakan kerja murid
dilaksankan setiap 2 atau 3 bulan, iaitu 10 sampel hasil
kerja murid setiap kelas yang diajar oleh guru panitia akan
dihantar secara rawak bagi tujuan penilaian Ketua Panitia
atau pentadbir.Ketua Panitia menyatakan bahawa setelah
menyemak hasil kerja murid bagi setiap Tahun bagi bulan
May, beliau mendapati hasilnya tidak begitu memuaskan.
Ketua Panitia mahu kesemua guru panitia memastikan
hasil kerja murid lengkap dan menyuruh murid untuk
menyiapkan kerja atau membuat pembetulan tersebut
secepat mungkin.
Tindakan :Semua guru panitia

3.3 En.Muhamad Fadrul menyarankan agar ada menyentuh


berkaitan Penerapan Elemen KBAT dalam pembelajaran
dan pengajaran. Ketua Panitia menyarankan kesemua
guru panitia supaya menyelitkan elemen tersebut dalam
PdP. Elemen KBAT boleh diwujudkan dalam soalan.
Ketua Panitia menyatakan bahawa nazir mencadangkan
supaya kesemua guru panitia membuat perancangan dan
memperbanyak soalan-soalan yang berbentuk KBAT bagi
merangsang murid untuk berfikir dengan lebih mendalam.
Tindakan :Semua guru panitia

3.4 Ketua Panitia juga menyatakan bahawa melalui dapatan


beliau menyarankan kesemua guru panitia sains supaya
memaksimumkan penggunaan bahan dan radas dalam
PdP. Walaupun bahan dan radas yang terhad dan tidak
mencukupi namun panitia menyarankan supaya guru
panitia menggunakan bahan dan radas tersebut seadanya
semasa menjalankan eksperimen. Ketua Panita juga
mencadangkan supaya guru panitia sains menggunakan
bahan dari luar supaya PdP berjalan dengan lebih kreatif
dan menarik.

3.5 Ketua Panitia juga menyentuh isu mengenai perekodan


data daripada Pentaksiran Prestasi Murid. Ketua Panita
menyatakan bahawa, contoh templat rekod prestasi murid
boleh didapati daripada beliau.

3.6 Ketua Panitia memberitahu bahawa beliau akan


mengadakan pencerapan terhadap kesemua guru sains
bagi menganalisis kekuatan dan kelemahan proses Pdp
yang dijalankan oleh guru tersebut. Selain itu, Ketua
Panitia menggalakkan kesemua guru panitia supaya
melaksanakan PLC antara rakan-rakan guru panitia
supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan boleh
diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran masing-
masing.
3.7 Ketua Panitia menyatakan beliau menerima berita
mengenai kemasukan wang PCG. Ketua Panitia akan
sentiasa mengikuti perkembangan melalui unit
pentadbiran sekolah mengenai hal ini supaya segala
aktiviti dan perancangan akan berjalan seperti yang
dirancang. Ketua Panitia menyatakan sekali lagi bahawa
60% daripada PCG akan dibelanjakan bagi bahan dan
radas.

Tindakan :Semua guru panitia

4 Penggunaan alat radas

4.1 Ketua panitia telah memberitahu bahawa guru panitia


sains perlu kreatif dalam menggunakan alatan radas dan
abahan eksperimen. Tidak semestinya mengharapkan alatan
makmal semata-mata. Guru juga boleh menggunakan bahan
luar untuk membantu dalam proses PDP dan melakukan
eksperimen.Walaubagaimanapun,panitia akan
memperuntukan duit PCG tahun hadapan untuk
menambahkan lagi bilangan alatan makmal.

5 Rekod prestasi murid

5.1 Ketua panitia memberitahu supaya ujian foramatif harus


dilakukan setiap kali habis bab. Tempoh ujian formatif adalah
dalam linkungan 30 minit.

5.2 Ketua Panitia menyuruh setiap guru panitia supaya


menyiapkan soalan Ujian Sumatif lebih awal dari tarikh yang
ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

5.3 Kertas soalan ujian Sumatif juga haruslah mengikut


Jadual Spesifikasi Ujian.

5.4 Guru perlu memproses data yang diperolehi daripada


pentaksiran kepada maklumat prestasi murid secara
terperinci untuk dijadikan asas penjanaan strategi yang
berkesan bagi meningkatkan pencapaian murid dalam
akademik. Analisi item mesti dibuat dan daripada hasil
dapatan guru perlu berbincang untuk wujudkan program /
aktiviti yang dapat meningkatkan prestasi akademik murid.

Tindakan :Semua guru panitia

5. Pencerapan dan PLC guru panitia

5.1 Ketua panitia perlu membuat anlisis kekuatan dan


kelemahan setiap guru dan perlu dicerap secara
sistematik supaya prestasi guru meningkat. Oleh yang
demikian, KP sains akan membuat pencerapan secara
PLC bagi menganalisis kekuatan dan kelemahan
setiap guru berdasarkan pencerapan tahun semasa.
Mulai tahun hadapan, PLC akan dijalankan secara
berkala.

5.2 Puan Salipizah meminta supaya guru yang


berpengalaman untuk selalu berkongsi pandangan
dan ilmu kepada guru baru supaya dapat membantu
guru dalam menigkatkan kemahiran pdp mereka.

8 Hal – hal lain Ketua Panitia


8.1 KP mengatakan bahawa dia akan berusaha untuk
memudahkan kerja guru sebaik yang mungkin.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………. ………………………………..
(NURUL WAHIDA BINTI HAMDAN) (MOHD ZAFRULLAH BINTI
Setiausaha Panitia Sains KAMAROZAMAN)
SK Sungai Batu Ketua Panitia Sains
SK Sungai Batu

You might also like