Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA TAWAU

KERTAS KERJA
PROGRAM BACALAH ANAKKU
(DIALOG PRESTASI BERSAMA IBU BAPA)
ANJURAN UNIT PRASEKOLAH
SK SENTOSA TAWAU
1. PENGENALAN

Program Prasekolah telah disediakan bagi membantu murid mengatasi masalah


keciciran/kelemahan, khususnya dalam pembelajaran iaitu kelemahan menguasai
kemahiran 3M (menulis, membaca, mengira). Tanpa bantuan, mereka akan gagal
membina keyakinan diri untuk belajar dari sistem persekolahan lebih awal lagi. Justeru,
untuk membantu murid-murid ini menguasai kemahiran 3M dengan pantas, perlukan
sokongan dari pelbagai pihak terutamanya sokongan dan bantuan daripada ibu bapa.
Melalui program Bacalah Anakku ini diharapkan dapat memberi pendedahan lebih jelas
kepada ibu bapa tentang Program Prasekolah yang sedang diikuti anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa juga akan didedahkan tentang teknik untuk mengajar anak-anak
mereka di rumah menggunakan modul atau bahan bantu belajar yang dibekalkan pihak
sekolah

2. OBJEKTIF

a) Memastikan sekurang-kurangnya 95% penguasaan TP3 Data IPPK Murid ( 5+ )


untuk semua tunjang.

b) Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang Program Prasekolah.

c) Meningkatkan pengetahuan tentang pembentukan karakter dan disiplin anak-anak


di usia kecil.

d) Membina keyakinan diri murid prasekolah.

e) Memberi kesedaran kepada ibu bapa tatacara membantu anak-anak di rumah.

3. KUMPULAN SASARAN

• Murid-murid Prasekolah SK Sentosa Tawau.

• Para ibu bapa murid-murid Prasekolah

4. PELAKSANAAN PROGRAM

a) Tempat: Kelas Prasekolah SK Sentosa

b) Masa: 8:00 pagi hingga 10:00 pagi

c) Tarikh: 14 Mei 2024 (Selasa)


4.1 TENTATIF PELANCARAN PROGRAM

8:00 pagi Ketibaan dan Pendaftaran

8:15 pagi Bacaan Doa


(Ustaz Ahmad Shukri Ahmad Ghazali)

Ucapan Guru Besar


(Pn Hjh. Nurul Azizah Binti Abdullah)

Perkongsian Khas Prasekolah


(Pn. Hartini bt Abduhu – Guru Pemulihan Khas)

Penyerahan Modul Murid dan Surat Aku Janji

Jamuan ringan

Bersurai

5. JAWATAN KUASA INDUK & PELAKSANA

Pengerusi: Pn. Hajah Nurul Azizah Binti Abdullah (Guru


Besar)
Timbalan Pengerusi 1: Pn. Dewi Santi Binti Bahrun (GPK
Pentadbiran)
Timbalan Pengerusi 2: Pn. Hasnah Saffry (GPK Hem)
Timbalan Pengerusi 3: Pn. Jumiati Suparno (GPK Kokurikulum)
Setiausaha: Pn. Hartini Binti Abduhu (Guru
Prasekolah)
Bendahari: Cik Jumahidah Binti Tajuddin (PPM)

8. PENUTUP

Diharapkan agar cadangan Program Bacalah Anakku (Diaolg Prasekolah bersama


Ibu bapa) ini akan dapat sokongan dan perhatian daripada pihak sekolah demi
kecemerlangan murid prasekolah.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………. …………………………….

HARTINI BINTI ABDUHU PUAN DEWI SANTI BINTI BAHRUN


Guru Prasekolah Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Sentosa Tawau SK Sentosa Tawau
Tarikh: Tarikh:

KERTAS CADANGAN PROGRAM BACALAH ANAKKU (DIALOG PRESTASI)

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Bacalah Anakku

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Bacalah Anakku

Ulasan:

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
……………………………………………………….
PUAN HJH NURUL AZIZAH BINTI ABDULLAH
GURU BESAR
SK SENTOSA TAWAU
TARIKH:

You might also like