Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Muka surat 1 daripada 6

Untuk siaran segera

PUSAT KHIDMAT HASIL JASIN, MELAKA


DIBUKA SECARA RASMI

Melaka, 31 Mei – Sebuah lagi mercu tanda di Daerah Jasin telah dibuka secara

rasminya hari ini. Pusat Khidmat Hasil (PKH) dibawah pentadbiran Lembaga Hasil

Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Melaka itu beroperasi di Bandar Jasin 3

dan telah dirasmikan pembukaannya oleh YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd

Shukor Hj. Mahfar, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dalam majlis yang cukup

sederhana tetapi meriah.

Pembukaan PKH Jasin, Melaka ini adalah sejajar dengan perkembangan ekonomi dan

pembangunan Daerah Jasin yang semakin berkembang maju termasuk negeri Melaka

secara keseluruhannya lantas mewujudkan keperluan sistem percukaian yang efisien

untuk masyarakat setempat. Menurut YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor

Hj. Mahfar, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengambil inisiatif

untuk membuka sebuah Pusat Khidmat Hasil atau PKH di daerah ini bukan semata-

mata atas faktor kepesatan ekonomi negeri Melaka secara keseluruhannya, tetapi yang

lebih penting lagi, adalah untuk meluaskan perkhidmatan percukaian bagi memudahkan

urusan masyarakat setempat.


Kenyataan Media LHDNM, 31 Mei 2016
Muka surat 2 daripada 6

Menurut beliau lagi, dengan tertubuhnya PKH Jasin ini, ia telah menjimatkan masa dan

kos pengangkutan kepada orang awam untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan

percukaian tanpa perlu ke Cawangan LHDNM. Secara langsung, ia dapat

menyelesaikan isu percukaian yang dihadapi dengan lebih efisien dan cepat.

Mengulas lanjut mengenai pencapaian PKH Jasin dalam mengutip cukai langsung,

beliau berpendapat PKH Jasin telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang.

Walaupun Daerah Jasin ini sangat besar meliputi lebih kurang 678 kilometer persegi,

merangkumi 20 mukim dan bersempadan dengan 2 buah negeri iaitu Negeri Sembilan

dan Negeri Johor, PKH Jasin berjaya mencapai sasaran kutipan yang ditetapkan

dengan kekangan tenaga kerja yang terhad.

Ini dibuktikan apabila pada tahun pertama penubuhannya iaitu tahun 2013, PKH Jasin

telah berjaya membuat kutipan cukai langsung sebanyak RM1,915,475.85. Bagi tahun

2014, kutipan adalah sebanyak RM2,126,724.60, satu peningkatan sebanyak 11.03

peratus. Manakala bagi tahun 2015 pula, kutipan adalah sebanyak RM3,340,798.70,

iaitu satu lonjakan sebanyak 57.09 peratus berbanding tahun 2014. Kejayaan ini

membuktikan manifestasi LHDNM yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam usaha

membantu kerajaan mencapai aspirasi negara maju berpendapatan tinggi menjelang

tahun 2020.

Pembukaan PKH Jasin ini juga tidak akan tercapai tanpa sokongan dan kerjasama dari

pelbagai pihak termasuk Pejabat Daerah dan Agensi Kerajaan di sekitar Daerah Jasin.

Justeru beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang

terlibat dalam menjayakan pembukaan dan kecemerlangan PKH Jasin, Melaka ini.

Kenyataan Media LHDNM, 31 Mei 2016


Muka surat 3 daripada 6

Turut hadir ialah En. Hassim Shafiai (Pengarah LHDNM bagi Negeri Sembilan dan

Melaka), En. Hisham Rusli (Pengarah LHDNM Cawangan Melaka), Pegawai-pegawai

kanan LHDNM dari Ibu Pejabat dan Cawangan Melaka serta penduduk sekitar Daerah

Jasin.

Lokasi, waktu dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKH Jasin adalah seperti

berikut:

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA


PUSAT KHIDMAT HASIL JASIN
JA 9968
TINGKAT BAWAH
BANDAR JASIN
77000 JASIN, MELAKA
Telefon : 06-529 5017
No. Fax : 06-529 5028

Jenis Perkhidmatan Hari & Waktu Operasi


Duti Setem Isnin - Khamis
8.00 pagi sehingga 1.00 petang
2.00 petang sehingga 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi sehingga 12.15 tengah hari
2.45 petang sehingga 5.00 petang

Masa Terimaan Bayaran


Isnin - Khamis
8.00 pagi sehingga 1.00 petang
2.00 petang sehingga 3.30 petang

Jumaat
8.00 pagi sehingga 12.15 tengah hari
2.45 petang sehingga 3.30 petang

Kenyataan Media LHDNM, 31 Mei 2016


Muka surat 4 daripada 6

Khidmat Nasihat Percukaian & Isnin - Khamis


Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) 8.00 pagi sehingga 1.00 petang
2.00 petang sehingga 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi sehingga 12.15 tengah hari
2.45 petang sehingga 5.00 petang

Gambar 1: YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd


Shukor Hj. Mahfar sedang menyempurnakan gimik
perasmian PKH Jasin, Melaka sambil diperhatikan oleh
En Hassim Shafiai (kiri) dan En. Hisham Rusli (kanan).

Kenyataan Media LHDNM, 31 Mei 2016


Muka surat 5 daripada 6

Gambar 2: Ucapan perasmian oleh YBhg. Tan Sri Datuk


Wira Dr. Hj. Mohd Shukor Hj. Mahfar.

Gambar 3: YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd


Shukor Hj. Mahfar sedang menandatangani plak
perasmian PKH Jasin, Melaka sambil diperhatikan oleh
En Hassim Shafiai (kiri) dan En. Hisham Rusli (dua, kiri).

Kenyataan Media LHDNM, 31 Mei 2016


Muka surat 6 daripada 6

###

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh:
Masrun Bin Maslim |Customer Care Officer (Media)
Bahagian Komunikasi Korporat & Multimedia | Jabatan Khidmat
Korporat | Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
: 03-8313 8888 samb. 21326 / 21371 | : 03-8313 7836
Pusat Panggilan: 1-800-88-5436
Portal Rasmi:www.hasil.gov.my
Tarikh : 31 Mei 2016

Kenyataan Media LHDNM, 31 Mei 2016

You might also like