Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Laman Utama > Mengenai KWSP > Berita & Sorotan > Media Kemaskini terakhir : 8 Mac 2023

KWSP LANCAR i-SAYANG MEMBOLEHKAN


SUAMI MENCARUM 2% KEPADA AKAUN
KWSP ISTERI

KWASA DAMANSARA, 8 Mac 2023: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan
usahasama bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),
melancarkan i-Sayang, sebuah kemudahan yang membolehkan suami untuk memindahkan dua (2)
peratus daripada caruman KWSP mereka ke dalam akaun isteri untuk kesejahteraan masa depan
mereka.

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim melancarkan i-Sayang di majlis Sambutan Hari
Wanita Antarabangsa 2023 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, dihadiri oleh Menteri KPWKM
YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, dan Ketua Pegawai
Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, “Kemudahan i-Sayang ini
merupakan sebahagian daripada usaha berrterusan KWSP untuk memperluaskan jaringan
keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia
yang tidak mempunyai perlindungan skim keselamatan sosial yang formal, untuk menabung demi
masa depan persaraan mereka.

“Dengan membolehkan suami untuk mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman
bulanan, mereka memberikan peluang kepada isteri mereka untuk mempunyai simpanan jangka
masa panjang di samping mendapat akses kepada keselamatan sosial dan kewangan yang
berkualiti sepertimana yang dinikmati oleh ahli KWSP.”

Lebih kurang 2.4 juta suri rumah di negara ini tidak bekerja atau berada di luar sektor tenaga buruh,
seterusnya tidak mempunyai sebarang bentuk keselamatan sosial, menjadikan mereka lebih rentan
terhadap kesulitan dan kejutan kewangan.

Inisiatif ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan dalam memperkasakan hak dan menjaga
kebajikan wanita serta menerapkan nilai kekeluargaan selaras dengan konsep Malaysia MADANI
yang berteraskan ciri-ciri keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
Permohonan i-Sayang boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli) atau di
mana-mana cawangan seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai i-Sayang boleh didapati di sini, atau hubungi Pusat Pengurusan
Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.

Dikeluarkan oleh Media Desk KWSP


Jabatan Hal Ehwal Korporat
8 Mac 2023

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana
persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP® terus
mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan
perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli
mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP® telah melebarkan fungsinya
untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini,
KWSP® terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk
mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi
menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat
Malaysia.

You might also like