Professional Documents
Culture Documents
Nota Peta Topografi
Nota Peta Topografi
Nota Peta Topografi
1. Nyatakan dua ciri fizikal yang terdapat dalam segi empat grid di atas.
(a) hutan (b) sungai (c) bukit/gunung/tanah tinggi
2. Nyatakan dua ciri budaya yang terdapat dalam segi empat grid di atas.
(a) petempatan (b) jalan raya (c) sekolah
3. (i) Nyatakan tiga fungsi Pekan/Bandar/Bandar Satelit yang terdapat dalam segi empat grid di atas.
(a) Pusat petempatan (b) Pusat pengangkutan (c) Pusat pendidikan (d) Pusat kesihatan
5. (i) Apakah peringkat aliran sungai yang terdapat dalam segi empat grid di atas?
(a) Peringkat hilir.
6. (i) - Apakah kegiatan ekonomi yang berpotensi dijalankan di kawasan dalam segi empat grid di atas?
- Apakah kegiatan ekonomi yang tidak menjejaskan alam sekitar yang boleh dimajukan di ___________
(a) Ekopelancongan. (b) Pertanian – pilihan jawapan kedua.
7. (i) Nyatakan dua jenis tanaman kontan/tanaman utama yang terdapat di dalam peta di atas?
(ii) Terangkan bukti yang terdapat dalam peta bagi menyokong jawapan anda di atas?
Fizikal
(a) Kawasan tanah beralun/tanah pamah memudahkan tanaman getah/kelapa sawit dijalankan
(b) Terdapat kemudahan sistem pengairan iaitu sungai.
Budaya
(a) Terdapat bekalan tenaga buruh yang ramai dan murah seperti warga tempatan/asing..
(c) Terdapat kemudahan pengangkutan iaitu jalan raya yang memudahkan hasil pertanian dibawa ke kilang.
10. Terangkan kepentingan tasik/sungai/kolam yang terdapat dalam peta topografi di atas.
(a) Membekalkan sumber protein seperti ikan.
(b) Sumber air domestik seperti membasuh.
(c) Sumber bekalan air bersih seperti minuman.
(d) Mengairi kawasan pertanian seperti padi/kelapa sawit.
11. Terangkan kepentingan pembinaan lebuh raya/jalan raya tunggal/jalan kereta api di _________________
kepada penduduk di kawasan sekitarnya?
(a) Dapat membangunkan kawasan luar bandar kerana terdapat kemudahan infrastruktur seperti jalan raya.
(b) Dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat seperti pekerja tol.
(c) Dapat meningkatkan darjah ketersampaian kerana jalan raya menghubungkan ke kawasan pedalaman.
(d) Dapat menjimatkan masa perjalanan kerana wujudnya jalan pintas.
(e) Dapat meningkatkan mobiliti penduduk kerana pergerakan yang cepat.
12. Mengapakah kawasan dalam segi empat grid di atas sesuai dibina kawasan petempatan/bandar baru/
kawasan perindustrian/kawasan petempatan?
(a) Tanah pamah yang rata dan luas dapat menjimatkan kos pembinaan seperti membina ______________
(b) Berdekatan dengan jalan raya yang dapat memudahkan pergerakan penduduk.
(c) Terdapat kawasan petempatan yang dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
14. Terangkan tiga jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di dalam segi empat grid berikut.
(a) Perikanan (ada sungai, tasik, kolam, laut) (c) Pelancongan (sungai, laut, hutan)
(b) Pertanian (ada ladang sawit, getah, padi) (d) Perkhidmatan (ada pejabat pos, balai polis,klinik)
15. Terangkan kepentingan kawasan hutan rezab di bahagian timur laut kepada kawasan persekitarannya?
(a) Kawasan tadahan hujan yang membekalkan sumber air.
(b) Membekalkan oksigen dan menyerap karbon dioksida dan dapat menyederhanakan suhu setempat.
(c) Habitat flora seperti periuk kera dan habitat fauna seperti harimau.
16. Huraikan kepentingan kawasan hutan rezab/hutan simpan kepada pembangunan ekonomi penduduk.
(a) Meningkatkan pendapatan negara melalui eksport kayu balak seperti cengal.
(b) Kawasan pelancongan kerana mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna seperti periuk kera/harimau.
(c) Sumber perubatan iaitu herba seperti tongkat ali.
(d) Mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor pembalakan seperti renjer hutan.
17. Pada pendapat anda, wajarkah kawasan dalam segi empat grid di atas dimajukan sebagai sebuah bandar
baharu/petempatan/pusat pendidikan?
WAJAR
(a) Dapat mewujudkan peluang pekerjaan seperti pekerja kontrak.
(b) Dapat meningkatkan taraf hidup rakyat kerana mempunyai pekerjaan.
(c) Dapat membangunkan kawasan luar bandar seperti kemudahan infrastruktur iaitu jalan raya.
TIDAK WAJAR
(a) Akan menyebabkan flora musnah kerana habitatnya terganggu contoh pokok cengal.
(b) Akan menyebabkan fauna musnah kerana habitatnya terganggu seperti harimau.
(c) Akan memusnahkan kawasan tadahan hujan kerana kawasan tanah tinggi telah diterokai.
(d) Akan berlakunya peningkatan suhu kerana pertambahan gas karbon dioksida di udara.
(e) Akan menyebabkan berlakunya kejadian hakisan tanih/tanah runtuh kerana struktur tanih yang longgar
18. (i) Apakah jenis pola petempatan yang terdapat dalam segi empat grid di atas?
(a) Berpusat
(ii) Mengapakah terbentuknya pola petempatan seperti dalam segi empat grid di atas?
(a) Terdapat kemudahan pengangkutan seperti jalan raya.
(b) Kawasan tanah pamah yang rata memudahkan pembinaan petempatan.
(c) Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor pertanian/perkhidmatan.
(d) Terdapat kemudahan awam/sosial seperti rumah ibadat.
19. Nyatakan simbol titik yang terdapat dalam segi empat grid di atas
(masjid, tokong, kuil, stesen trigonometri)
20. Nyatakan simbol kawasan yang terdapat dalam segi empat grid di atas
(kelapa sawit, getah, hutan, kolam)