Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

PERKAMPUNGAN BAHASA
BITARA SEKOLAH MENENGAH
Pengenalan

Perkampungan Bahasa BITARA dilaksanakan di bawah inisiatif #108 Pemartabatan Pendidikan


Bahasa Melayu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 (PPPM 2013-2025). Garis
panduan ini adalah sebagai rujukan kepada jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan
daerah (PPD) dan sekolah bagi melaksanakan Perkampungan Bahasa BITARA Sekolah
Menengah kepada murid tingkatan lima sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Program ini selaras dengan hasrat KPM melahirkan murid yang holistik dan menyokong
teras keempat daripada tujuh teras utama KPM iaitu keciciran pendidikan, masalah literasi dan
merapatkan kesenjangan pendidikan. Program ini menekankan konsep pembelajaran luar bilik
darjah yang menyeronokkan.

Rasional Pelaksanaan

Garis panduan ini menyokong kepada Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu (2016- 2025).
Antara hasrat yang dapat direalisasikan melalui program ini termasuklah Strategi ke-5 iaitu,
Memperkukuh Bahasa Melayu Melalui Kokurikulum,

Selain itu, rasional pelaksanaan program ini adalah untuk:


I. memperkasakan Kerangka Standard Bahasa Melayu dalam aktiviti murid
II. menyokong Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI)
III. menyokong kurikulum Bahasa Melayu dan perubahan format pentaksiran dalam SPM
yang melibatkan kemahiran lisan
IV. satu bentuk pascapelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah yang menekankan
keberhasilan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid.

Matlamat
Perkampungan Bahasa BITARA Sekolah Menengah dilaksanakan untuk meningkatkan
keterampilan berbahasa murid melalui aktiviti kokurikulum.
Objektif Program
I. Membantu meningkatkan kecemerlangan murid dalam ujian lisan Bahasa
Melayu SPM;

II. Menyediakan peluang kepada murid dalam aktiviti lisan Bahasa Melayu secara
bersasar;

III. Meningkatkan keseronokan dalam aktiviti kebahasaan di luar bilik darjah

Sasaran

● Murid tingkatan lima yang berada pada Tahap Penguasaan (TP) 3 dan TP 4 dalam
Pentaksiran Bilik Darjah semasa.

Pelaksanaan Program

Program ini adalah di bawah penganjuran jabatan pendidikan negeri dan dikelolakan pada
peringkat daerah. Program ini dibimbing oleh PPD dan dilaksanakan oleh sekolah yang dilantik
sebagai pengelola. JPN dan PPD boleh merancang dan membuat ketetapan bagi melaksanakan
program ini dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut kesesuaian, keupayaan dan
kreativiti melibatkan sekolah-sekolah di daerah masing-masing. Pengelola perlu
berbincang dan bekerjasama dengan Panitia Bahasa Melayu dalam aspek pengisian program.
Program ini boleh dilaksanakan sama ada secara berterusan, mingguan, bulanan atau
tahunan(one-off) mengikut keupayaan daerah dan sekolah.

Pengisian Program

Pengisian perkampungan bahasa adalah berbentuk program interaktif secara


berkumpulan yang melibatkan aktiviti seperti:
● permainan bahasa
● pengucapan awam
● nyanyian
● deklamasi
● bedah karya
● bercerita
● perbincangan
● sumbang saran
● resensi buku
● forum
● dan aktiviti-aktiviti bahasa yang bersesuaian

Pengelola juga boleh merujuk cadangan aktiviti dalam Modul PIKeBM bagi merancang
pelaksanaan aktiviti selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1 /2021

Pemilihan tema hendaklah berpandukan tema yang terdapat dalam buku teks bahasa Melayu
sekolah menengah.
Strategi Pelaksanaan

GARIS MASA

BIL PERKARA M A M J J O S O
A P E U U G E K
C R I N L O P T

Sesi penataran kepada semua PPD dan


1
sekolah pengelola yang dilantik

Pembentukan jawatankuasa pengelola


dan perbincangan pelaksanaan program
2
bersama JPN/PPD, Panitia Bahasa
Melayu dan pihak-pihak lain yang terlibat

Pembinaan kertas kerja (rujuk Lampiran 1


3
bagi templat kertas kerja)

Pembentangan kepada pihak JPN dan


4 penyelarasan pelaksanaan program di
peringkat daerah

5 Pelaksanaan program

Penghantaran Laporan ke JPN (rujuk


6
Lampiran 2 bagi templat pelaporan)

*Jadual perbatuan untuk rujukan sekolah pengelola


Carta Alir Pelaksanaan

JPN dan PPD membuat perbincangan bagi menyelaras dan merancang Perkampungan Bahasa
BITARA berdasarkan garis panduan pelaksanaan

JPN melantik sekolah pengelola di setiap daerah berdasarkan perbincangan dan


keputusan bersama PPD

Sekolah pengelola membentuk jawatankuasa program

PPD membimbing pembinaan kertas kerja Perkampungan Bahasa BITARA di peringkat daerah
berdasarkan panduan yang diberi

PPD bersama sekolah pengelola membentangkan kertas kerja untuk diluluskan oleh JPN

Sekolah pengelola melaksanakan program di daerah masing-masing

PPD membimbing dan melaksanakan selia bantu sebelum dan semasa pelaksanaan program

JPN melaksanakan pasca nilai setelah program tamat

JPN menghantar laporan keseluruhan program kepada BSKK

Pengiktirafan Penyertaan

● Peserta program akan mendapat pengiktirafan PERINGKAT DAERAH


manakala PERINGKAT NEGERI bagi negeri Perlis, Wilayah Persekutuan
Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan berdasarkan Garis Panduan
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang sedang
berkuatkuasa.
Peranan JPN, PPD dan sekolah pengelola

• Membuat perbincangan bersama PPD bagi


menyelaras dan merancang program
berdasarkan garis panduan pelaksanaan.
• Melantik sekolah pengelola
• Meneliti dan meluluskan kertas kerja program
PERANAN • Membuat agihan peruntukan kewangan program ke
sekolah pengelola
JPN • Memantau pelaksanaan program yang
dilaksanakan berdasarkan kertas cadangan yang
diluluskan.
• Melaksanakan pascanilai setelah semua
program tamat
• Menghantar laporan keseluruhan program
kepada BSKK, KPM.

• Membuat perbincangan bagi menyelaras dan


merancang program berdasarkan garis panduan
pelaksanaan untuk daerah masing-masing.
• Membimbing sekolah pengelola dalam
pembinaan kertas kerja program di peringkat
daerah berdasarkan panduan yang diberi.
PERANAN • Membentangkan kertas kerja program bersama-
PPD sama sekolah pengelola untuk diluluskan oleh JPN.
• Membantu, membimbing, dan melaksanakan
kunjung bantu sebelum dan semasa pelaksanaan
program di daerah masing-masing.
• Memastikan pengelola menyediakan laporan
program.

• Membuat perbincangan bagi merancang program


yang bersesuaian berdasarkan garis panduan
pelaksanaan
• Membentuk jawatankuasa program yang
PERANAN melibatkan sekolah-sekolah di daerah tersebut.
• Menyediakan kertas kerja program.
SEKOLAH • Mencari ruang dan peluang untuk berkolaborasi
dengan agensi luar dalam melaksanakan program.
PENGELOLA • Melaksanakan program yang telah dirancang
• Menyediakan sijil penyertaan
• Menyediakan laporan untuk diserahkan kepada
JPN
Penutup
Diharapkan program ini akan memberi peluang kepada murid bersasar untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kebahasaan serta dapat meningkatkan kecemerlangan penguasaan
kemahiran lisan. Pelibatan murid secara beramai-ramai dari peringkat daerah secara tuntasnya
berupaya untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa ilmu di negara tercinta ini.
LAMPIRAN 1
TEMPLAT KERTAS KERJA

KERTAS KERJA PROGRAM

PERKAMPUNGAN BAHASA BITARA


SEKOLAH MENENGAH

ANJURAN:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

DENGAN KERJASAMA:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

DIKELOLAKAN OLEH:
SEKOLAH
1. PENGENALAN

2. OBJEKTIF
Selepas tamatnya aktiviti ini, murid diharapkan i)
ii)
iii
)

3. BUTIRAN AKTVITI

3.1 Tarikh

3.2 Hari

3.3 Sasaran Peserta

3.4 Tempat Aktiviti

4. JADUAL PROGRAM

5. JAWATANKUASA
5.1 Jawatankuasa Induk
Penasihat : Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pengerusi
: Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid
Setiausaha : Pegawai Meja Koakademik Bahasa JPN Bendahari
: Unit Kewangan JPN
JK : Semua Pegawai Pendidikan Daerah

5.2 Jawatankuasa Pengelola


Penasihat 1 : Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
Penasihat 2 : Pegawai Pendidikan Daerah
Pengerusi : Pengetua Sekolah Pengelola
Timbalan Pengerusi : GPK Kokurikulum
Setiausaha : Guru
AJK Pengelolaan : Sekolah yang dilantik
5.3 Cadangan AJK Pengelola (mengikut keperluan)
(i) AJK Pendaftaran : Nama sekolah
(ii) AJK Multimedia : Nama sekolah
(iii) AJK Sijil / Cenderamata : Nama sekolah
(iv) AJK Peralatan / Bahan : Nama sekolah
(v) AJK Siaraya : Nama sekolah
(vi) AJK Dokumentasi : Nama sekolah
(vii) AJK Persiapan Tempat: Nama sekolah
**Senarai AJK boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian semasa

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Butiran Jumlah


(RM)

JUMLAH BESAR(RM)

7. PENUTUP

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( ) ( )
Setiausaha JK Pengelola Pengetua
Sekolah Pengerusi JK Pengelola
Sekolah

Disahkan oleh:

(PPD)

Diluluskan oleh:

(JPN)
LAMPIRAN 2

TEMPLAT PELAPORAN
PROGRAM PERKAMPUNGAN BAHASA BITARA

DAERAH: NEGERI:

Nama Aktviti

Tarikh

Masa

Lokasi pelaksanaan

Nama sekolah terlibat 1.


2.
3.

Jumlah pelibatan guru ………. orang

Jumlah pelibatan murid ………. orang

Implikasi kewangan

Catatan aktiviti 1.
2.
3.

Impak

Kekuatan Program

Kelemahan Program

Lampiran
(dokumen / gambar/ senarai
nama- jika perlu)

**borang ini boleh diubah suai mengikut keperluan dan kesesuaian setiap daerah.
KERTAS KERJA PERKAMPUNGAN BAHASA BITARA PERINGKAT
DAERAH KLUANG TAHUN 2024

ANJURAN:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

DENGAN KERJASAMA :
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLUANG

DIKELOLAKAN OLEH:
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI LALANG
1. PENGENALAN

Perkampungan Bahasa BITARA dilaksanakan di bawah inisiatif #108


Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013- 2025 (PPPM 2013-2025). Garis panduan pelaksanaan ini adalah sebagai rujukan
dan garis panduan kepada jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah
(PPD) dan sekolah bagi melaksanakan Perkampungan Bahasa Bitara Sekolah
Menengah kepada murid tingkatan lima sekolah- sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Program ini selaras dengan hasrat KPM melahirkan Anak yang Baik
lagi Cerdik (ABC) dan menyokong teras keempat daripada tujuh teras utama KPM
iaitu keciciran pendidikan, masalah literasi dan merapatkan kesenjangan pendidikan.
Program ini menekankan konsep pembelajaran yang menyeronokkan di luar bilik
darjah.

2. OBJEKTIF
Selepas tamatnya aktiviti ini, murid diharapkan dapat:
i) Membantu meningkatkan kecemerlangan murid dalam ujian lisan
Bahasa Melayu SPM;
ii) Menyediakan peluang kepada murid dalam aktiviti lisan Bahasa Melayu secara
bersasar;
iii) Meningkatkan keseronokan dalam aktiviti kebahasaan di luar bilik
darjah.

3. BUTIRAN AKTVITI
3.1.1 Tarikh
- 27 Mei 2024

3.1.2 Hari
- Selasa

3.1.3 Masa
- 7:30 pagi – 4:30 petang
3.1.4 Sasaran Peserta
- Murid Tingkatan 5 yang mencapai Tahap Penguasaan (TP) 3 dan
TP 4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah Tingkatan 4.

3.1.5 Tempat Aktiviti


- Dewan Muafakat, SMK Seri Lalang, Kluang, Johor.

4. JADUAL PROGRAM

Masa Aktiviti Catatan


7.30 – 8.00 pagi Pendaftaran AJK Pendaftaran
8.00 – 9.00 pagi Pecah Bendungan AJK Program
9.00 – 10.00 pagi Slot 1: AJK Program
Pengenalan
Pengucapan Awam

Aktiviti Latih Amal


Berkumpulan
10.00 – 10.30 pagi Minum Pagi AJK Persegaran
10.30 – 11.30 pagi Slot 2: AJK Program
Teknik Pengucapan
Awam

Aktiviti Latih Amal


Berkumpulan
11.30 pagi – 12.30 Slot 3: AJK Program
tengah hari Percambahan Fikiran
12.30 tengah hari – Rehat
2.00 petang
2.00 – 4.00 petang Slot 4: AJK Program
Pembentangan
4.00 – 4.30 petang Penutupan AJK Protokol
5. JAWATANKUASA
5.1 Jawatankuasa Induk
Penasihat : Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengerusi
: Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Setiausaha : Pegawai Meja Koakademik Bahasa,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Bendahari : Unit Kewangan,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
JK : Semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat
Pendidikan seluruh negeri Johor

5.2 Jawatankuasa Pengelola


Penasihat 1 :Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Penasihat 2 : Pegawai Pendidikan Daerah Kluang Pengerusi
: Pengetua SMK Seri Lalang
Timbalan Pengerusi : Pengetua SMK Seri Paloh
Setiausaha : Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Seri Lalang
AJK Pengelolaan : Sekolah yang dilantik

5.3 Cadangan AJK Pengelola (mengikut keperluan)


(i) AJK Pendaftaran : SMK Tinggi Kluang
(ii) AJK Multimedia : SMK Kahang Timur
(iii) AJK Sijil / Cenderamata : SMK Layang-layang
(iv) AJK Peralatan / Bahan : SMK Jalan Mengkibol
(v) AJK Siaraya : SMK Tun Hussin Onn
(vi) AJK Dokumentasi : SMK Sultan Abdul Jalil
(vii) AJK Persiapan Tempat : SMK Seri Lalang

**Senarai AJK boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian


semasa
6. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Butiran Jumlah (RM)


1 Persegaran a) Minum Pagi 1,100.00
Peserta RM3.00 x 100
peserta
b) Makan Tengahari
RM8.00 x 100
peserta
2 Sijil Peserta, Guru Pengiring dan 400.00
Penyertaan Jawatankuasa
200 orang x RM2.00
3 Alat & Bahan Kertas Sebak, Pensel, White Board 500.00
Marker, Banner, Kertas A4

JUMLAH BESAR(RM) 2,000.00

7. PENUTUP

Kesimpulannya Bengkel Perkampungan Bahasa BITARA diharapkan dapat memberi impak


yang tinggi, meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan Murid
Tingkatan 5 yang mencapai Tahap Penguasaan (TP) 3 dan TP 4 dalam Pentaksiran Bilik
Darjah Tingkatan 4 sekali gus dapat memartabatkan Bahasa Melayu.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( ) ( )

GPK Kokurikulum Pengetua


SMK Seri Lalang SMK Seri Lalang
Setiausaha Pengelola Pengerusi Pengelola

Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

(Pejabat Pendidikan Daerah Kluang) (Jabatan Pendidikan Negeri Johor)


LAMPIRAN 4
TEMPLAT KERTAS KERJA

KERTAS KERJA PERKAMPUNGAN BAHASA BITARA PERINGKAT


DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2024

ANJURAN:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

DENGAN KERJASAMA:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA

DIKELOLAKAN OLEH:
SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA

DRAMA

‘NASKHAH PUJANGGA’
1. PENGENALAN

Perkampungan Bahasa BITARA dilaksanakan di bawah inisiatif #108 Pemartabatan


Pendidikan Bahasa Melayu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 (PPPM
2013-2025). Garis panduan ini adalah sebagai rujukan dan garis panduan kepada jabatan
pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah bagi melaksanakan
Perkampungan Bahasa Bitara Sekolah Menengah kepada murid tingkatan lima sekolah-
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini selaras dengan hasrat KPM
melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan menyokong teras keempat daripada
tujuh teras utama KPM iaitu keciciran pendidikan, masalah literasi dan merapatkan
kesenjangan pendidikan. Program ini menekankan konsep pembelajaran yang
menyeronokkan di luar bilik darjah.

2. OBJEKTIF

Selepas tamatnya aktiviti ini, murid diharapkan dapat:

i. Membantu meningkatkan kecemerlangan murid dalam ujian lisan Bahasa


Melayu SPM;
ii. Menyediakan peluang kepada murid dalam aktiviti lisan Bahasa Melayu
secara bersasar;
iii. Meningkatkan keseronokan dalam aktiviti kebahasaan di luar bilik darjah.

3. BUTIRAN AKTVITI

3.1.1 Tarikh
- 26- 27 Julai 2024

3.1.2 Hari
- Rabu dan Khamis

3.1.3 Masa
- 8.00 pagi – 2.00 petang

3.1.4 Sasaran Peserta


- Murid Tingkatan 5 yang mencapai Tahap Penguasaan (TP) TP3 dan TP4
dalam Pentaksiran Bilik Darjah Tingkatan 4
3.1.5 Tempat Aktiviti
- Dewan Utama, SMK Seksyen 8 Kota Damansara

3.2 Persiapan Bengkel


- Penetapan fasilitator dan kumpulan
- Video Mat Kilau
- Peralatan dan siar raya
- Peserta mengikuti bengkel yang telah dijadualkan secara berkumpulan

4. JADUAL

PROGRAM Hari 1

Masa Aktiviti Catatan


8.00 pagi Pendaftaran AJK Pendaftaran
8.30 pagi Pecah Bendungan AJK Program dan
(Contoh: Memperkenalkan diri Fasilitator
dengan perwatakan
haiwan/kartun/artis)
9.00 pagi Slot 1: AJK Program dan
Tayangan Video Sorak Berentap / Fasilitator
Berirama
Aktiviti Latih Amal Berkumpulan
10.00 pagi Minum pagi AJK Jamuan
10.30 pagi Slot 2: Tiru Saya : Tayangan AJK Program dan
Video Mat Kilau Fasilitator

Murid mengujar semula dialog


yang terdapat dalam tayangan
video
11.30 tengah hari Slot 3: Penetapan Babak dan AJK Program dan
Percambahan Fikiran Fasilitator

Aktiviti Latih Amal Berkumpulan


(Latihan drama mengikut
kumpulan)
1.30 tengah hari Makan tengah hari AJK Jamuan
2.00 petang Bersurai
Hari 2

Masa Aktiviti Catatan


8.00 pagi Pendaftaran AJK Pendaftaran
8.30 pagi Slot 1: AJK Program dan
Fasilitator
Aktiviti Latih Amal Berkumpulan
(Latihan drama mengikut
kumpulan)
10.30 pagi Minum pagi AJK Jamuan
11.00 pagi Slot 2: AJK Program dan
Pementasan Drama Fasilitator
(Cadangan masa: 5 minit setiap
kumpulan)
1.00 tengah hari Penutupan AJK Program
1.30 tengah hari Makan tengah hari AJK Jamuan
2.00 petang Bersurai

5. JAWATANKUASA

5.1 Jawatankuasa Induk


Penasihat : Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Pengerusi : Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Setiausaha : Pegawai Meja Koakademik Bahasa,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Bendahari : Unit Kewangan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
JK : Semua pegawai Pendidikan Daerah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

5.2 Jawatankuasa Pengelola


Penasihat 1 : Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Penasihat 2 : Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama
Pengerusi : Pengetua SMK Seksyen 8 Kota Damansara
Timbalan Pengerusi : Pengetua SMK Seksyen 4 Kota Damansara
Setiausaha : GPK Kokurikulum SMK Damansara Damai 1
AJK Pengelolaan : Sekolah yang dilantik
5.2.1 Cadangan AJK Pelaksana

(i) AJK Pendaftaran/Sijil : SMK Seksyen 8 Kota Damansara


(ii) AJK Multimedia : SMK Seksyen 10 Kota Damansara
(iii) AJK Peralatan / Bahan : SMK Damansara Damai 1
(iv) AJK Siar raya : SMK Bandar Sri Damansara 2
(v) AJK Dokumentasi : SMK Seksyen 4 Kota Damansara
(vi) AJK Persiapan Tempat : SMK Bandar Sri Damansara 1
(vii) AJK Jamuan : SMK Bandar Utama Damansara 2
(viii) AJK Kebajikan : SMK Bandar Utama Damansara 4

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Butiran Jumlah (RM)


1 Jamuan Peserta Minum Pagi RM 1,900.00
RM 3 x 79 peserta x 2 hari
RM 3 x 8 fasilitator x 2 hari
RM 3 x 8 AJK x 2 hari

Makan Tengah hari


RM 7 x 79 peserta x 2 hari
RM 7 x 8 fasilitator x 2 hari
RM 7 x 8 AJK x 2 hari

2 Alat dan bahan Kertas Sebak, Marker, Bateri RM 100.00


dan dan lain-lain keperluan
3 Sijil _
Sijil Digital (AJK, Fasilitator dan
Peserta)

Jumlah Besar RM 2,000.00

**Senarai AJK boleh diubah suai mengikut keperluan dan kesesuaian semasa
7. PENUTUP
Kesimpulannya Bengkel Perkampungan Bahasa BITARA diharapkan dapat memberi impak
yang tinggi, meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid serta
memartabatkan Bahasa Melayu.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( ) ( )
GPK Kokurikulum Pengetua
SMK Seksyen 8 Kota Damansara SMK Seksyen 8 Kota Damansara
Setiausaha JK Pengelola Pengerusi JK Pengelola

Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

(PPD Petaling Utama) (Jabatan Pendidikan Negeri Selangor)

You might also like