Surat Permohonan Temu Bual

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Fakulti Sains Sosial

Universiti Teknologi Malaysia


Eduhub Bandar Universiti
84500, Pagoh
Johor.
_________________________________________________________________________

Nama + Alamat Agent Takaful 09 MEI 2024

Tuan/Puan,
PERMOHONAN TEMUBUAL BAGI KAJIAN BERKAITAN TAKAFUL IKHLAS SDN BHD

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk


.
2. Kami pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Teknologi
Malaysia (Cawangan Pagoh) memohon kebenaran untuk menemubual tuan/puan secara atas
talian dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam menyempurnakan
tugasan kami bagi kursus Fiqh Muamalat (SHCI 1342), bertajuk Takaful Keluarga Takaful
Ikhlas Sdn Bhd.

3. Berikut adalah butiran diri kami sekumpulan seramai lima orang.

Nama No. Id Pelajar No. Telefon

Ayu Nazeira Binti Aziz SX221640HPIHF15 014-9046254

4. Bersama surat permohonan ini kami sertakan lampiran draf beberapa soalan yang ingin
kami ajukan kepada tuan/puan semasa sesi temubual.
5. Kesudian tuan/puan untuk ditemubual amatlah kami harapkan dan kami dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Wassalam

Saya yang menjalankan amanah, Pengesahan Pensyarah Kursus:

___________________________ _____________________________
(AYU NAZEIRA BINTI AZIZ) (DR. MOHD KHAIRY KAMARUDIN)
Pelajar Semester 4 Pensyarah Fiqh Muamalat
Fakulti Sains Sosial Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia

Persetujuan pihak untuk ditemubual:

_____________________________
( )
Perunding Berdaftar
Takaful Ikhlas Malaysia Sdn Bhd
Takaful Keluarga Takaful Ikhlas Malaysia

1) Boleh tuan/puan ceritakan secara ringkas latar belakang syarikat Takaful Ikhlas ini?
2) Boleh tuan/puan terangkan kepentingan takaful keluarga kepada kita semua?
3) Berapa banyak pelan takaful keluarga yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas Malaysia?
4) Apakah perbezaan utama antara setiap pelan yang ditawarkan dari segi manfaat
kepada ahli takaful?
5) Berapakah kadar bayaran yang perlu dibayar bagi setiap pelan?
6) Pelan yang manakah yang mendapat sambutan yang paling baik dalam masyarakat
dan mengapa?
7) Apakah kekurangan yang boleh diperbaiki yang tuan/puan lihat dalam pelan-pelan
takaful keluarga yang ditawarkan?
8) Bagi pelajar seperti kami (belum berkahwin) pelan yang manakah yang sesuai dan
apakah manfaat-manfaatnya?
9) Umum mengetahui bahawa perkhidmatan insurans telah lama bertapak dalam
masyarakat kita sehingga walaupun difatwakan sebagai haram, masih ramai yang
membayar untuk mendapatkan perkhidmatan insurans. Boleh tuan/puan terangkan
apa sebenarnya yang membezakan takaful dan insurans yang menyebabkan takaful
dibolehkan dalam Islam sedangkan insurans tidak?
10) Apakah pelan takaful yang tuan/puan rasakan amat bermanfaat dan sesuai untuk
setiap ahli masyarakat?

You might also like