Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tema 1 dan Tema 2

Bahagian A
1. Semua bukti akan dihadapkan kepada pihak ___________ bagi membicarakan
kes rompakan bank.
A mahkamah B balai polis C hospital D penjara
2. Beberapa orang pegawai daripada ____________ itu sedang berbincang dengan
pemegang saham berkaitan kejatuhan harga saham.
A universiti B sekolah C bank D restoran
3. Goh Geok Boay ketawa terbahak-bahak kerana kata-kata kakaknya amat
____________ hatinya.
A mewarnai B mencuit C menikam D menggoda
4. Peragawati itu _______________ fesyen daripada rekaan terbaharu pereka
fesyen muda di hadapan khalayak.
A melakonkan B mempamerkan
C memperagakan D mempersembahkan
5. Arnold segera ______________ pihak bomba sebaik-baik sahaja melihat
kebakaran itu.
A menyeberangi B menghubungi
C menghalangi D merentangi
6. Encik Zali sangat _____________ kerana dia sedang menyiapkan laporan
projek perumahan.
A sibuk B cerdik C lembut D tegang
7. Walaupun sudah pulih daripada demam, namum tubuh datuk masih kelihatan
________________.
A sihat B lemah C marah D sombong

8. __________________ Lee, isteri Datuk Tan telah melawat mangsa banjir yang
ditempatkan di sekolah.
A Datuk B Datin C Tuan D Puan
9. “Ayah, adakah _________________ Inspektor Azli akan hadir esok?” tanya
Zji Wei.
A Datuk B Encik C Puan D Tuan
10. “Mei Ling, adakah ______________ sudah menerima surat panggilan temu
duga untuk memasuki universiti?” tanya Saravanan.
A aku B kita C saya D kamu
11. “Kalau tuan inzinkan, sekarang juga ______________ akan pergi ke Melaka,”
kata Encik Lee Wai Hong kepada ketuanya.
A kita B saya C kami D hamba
12. “Persahabatan saya dengan Maria sangat rapat, ____________ saya sudah
menganggapnya seperti saudara sendiri,” kata Lina.
A lalu B jika C malah D sementara
13. “Berikan atur cara lawatan ______________ kepada kawan-kawan kamu,
“ kata Cikgu Lim sambil menyerahkan kertas-kertas atur cara kepada Aznan.
A ini B itu C sini D sana
14 “Mereka sudah pun menunggu kita di ______________,” kata Adam kepada
Mohan sambil menunjukkan ke arah perhentian bas.
A ini B itu C sana D sini
15. Pihak sekolah menganjurkan program motivasi menghadapi peperiksaan.
Pilih perkataan seerti bagi menganjurkan.
A mengadakan B menubuhkan
C mengasaskan D mempersembahkan

You might also like