Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL 1

CATATAN/
PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN
PENYAMPAI

Salam sejahtera, hadirin dipersilakan untuk

SEBELUM mengambil tempat kerana majlis akan bermula

MAJLIS sebentar lagi.

BERMULA

Hadirin sekalian, mohon perhatian :

Izinkan saya untuk membaca beberapa pengumuman

untuk kelancaran dan kesempurnaan perjalanan majlis

kita pada hari ini.

1. Sila pastikan telefon bimbit anda diletakkan

dalam mod senyap atau dimatikan sepanjang

majlis berlangsung.

2. Hadirin diminta berdiri semasa ketibaan dan

perarakan keluar dif-dif kehormat diumumkan.

3. Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi

menyanyikan lagu-lagu rasmi.

Diumumkan

KETIBAAN ketibaan

TETAMU Yang Berbahagia, Encik Masniyamin bin Mustapha,

KEHORMAT Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan,

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, diiringi oleh Encik Rosman bin Matnoor, Guru

Besar SK Sentul 1.

*Nyanyian lagu rasmi*

Hadirin dipersilakan duduk.


KATA Yang Berbahagia, Encik Masniyamin bin Mustapha,

ALU-ALUAN Ketua Penolong Pengarah Kanan,

PENGACARA Sektor Pengurusan,

MAJLIS Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur.

Yang Berusaha,

Encik Rosman bin Matnoor,

Guru Besar SK Sentul 1,

Yang Dihormati,

Dr. Firdaus Mohamad,

Yang di-Pertuan PIBG SK Sentul 1,

Guru-guru dan ibu bapa yang dihormati sekalian.

Salam Sejahtera dan selamat pagi.

Saya Michael Lau, selaku pengacara majlis pada

hari ini mengucapkan

Selamat datang ke Majlis Perjumpaan Ibu bapa dan

Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sentul 1.

TAYANGAN Majlis diteruskan dengan tayangan montaj Sekolah

MONTAJ Kebangsaan Sentul 1.

Hadirin Sekalian,

BACAAN DOA Bagi memberkati majlis kita pada hari ini,

dengan segala hormatnya majlis mempersilakan

Saudara Abdul Alim bin Abdul Aziz

untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada

Saudara Abdul Alim bin Abdul Aziz

atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Untuk meneruskan majlis kita pada hari ini,


UCAPAN
dengan segala hormatnya dipersilakan

Yang Dihormati, Dr. Firdaus Mohamad,

Yang di-Pertuan PIBG SK Sentul 1,

Dr. , dipersilakan.

Terima kasih kepada Dr. Firdaus Mohamad atas

ucapan yang disampaikan tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang

Berusaha, Encik Rosman bin Matnoor,

Guru Besar SK Sentul 1,

Majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada Encik Rosman bin Matnoor atas

ucapan yang disampaikan tadi.

Majlis dengan penuh takzim menjemput

Yang Berbahagia, Encik Masniyamin bin Mustapha,

Ketua Penolong Pengarah Kanan,

Sektor Pengurusan,

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur

untuk menyampaikan ucapan perasmian Majlis

Perjumpaan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah

Kebangsaan Sentul 1 2024

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada Tuan atas ucapan perasmian itu

tadi .

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


PENYAMPAIAN
Yang Dihormati, Dr. Firdaus Mohamad,
CENDERAHATI
Yang di-Pertuan PIBG SK Sentul 1,

dengan diiringi oleh Guru Besar , Encik Rosman bin

Matnoor, untuk menyempurnakan penyampaian hadiah

dan cenderamata. Dipersilakan.

Majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Encik

Masniyamin bin Mustapha. Dipersilakan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan

kepada Yang Dihormati, Dr. Firdaus Mohamad

atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Jamuan Hari Majlis diteruskan dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri.

Raya Aidilfitri

Mesyuarat PIBG Sidang hadirin sekalian

Majlis diteruskan dengan Mesyuarat PIBG Sesi

2023/2024

BERSURAI Saya mewakili jawatankuasa penganjur majlis


ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung bagi menjayakan majlis
ini.
Akhir kata daripada saya,

Bumi mana tidak ditimpa hujan,

Lautan mana tidak berombak,

Begitu jua kami di sini,

Kemaafan jua dimohon,

Atas keterlanjuran kata,

Terkasar bahasa,

Terguris rasa.

Sekian, terima kasih.

Perarakan keluar

Yang Berbahagia, Encik Masniyamin bin Mustapha,

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan,

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur.

Diiringi oleh

Yang Berusaha, Encik Rosman bin Matnoor, Guru

Besar SK Sentul 1,

meninggalkan majlis.

You might also like