Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 54

P.

Moral
MODUL NAMA : ……………………………………………... TINGKATAN : …...……......
P. Moral
KEMBARA
2½ 2½
JamJam

PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 5

PENDIDIKAN MORAL
Dua Jam Tiga Puluh Minit
SET 2

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Untuk Kegunaan Pemeriksa

1. Kertas soalan ini mengandungi Tiga Bahagian Soalan Markah Markah


bahagian: Bahagia A, Bahagian B dan Penuh Diperoleh
Bahagian C. 1 10
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, 2 10
satu soalan dalam Bahagian B dan semua
soalan dalam bahagian C. A 3 10
3. Tulis jawapan dalam ruangan yang 4 10
disediakan pada kertas soalan.
5 10

6 10
B
7 10

8a 10
Disediakan oleh

PANEL PERUNDING MATA PELAJARAN


8b 10
C
PENDIDIKAN MORAL
NEGERI JOHOR 9a 10

9b 10

Jumlah 100

Kertas Soalan ini mengandungi 14 muka surat bercetak

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 1
1225 SULIT

BAHAGIAN A
[50 markah]
Jawab semua soalan

1. Kelvin telah menerima emel yang menyerupai laman sesawang bank yang memintanya untuk
mengemas kini maklumat akaun. Tanpa rasa ragu-ragu, Kelvin terus mengemas kini maklumat peribadi
perbankannya. Beberapa hari kemudian, pihak bank menghubungi Kelvin untuk mengesahkan
pengeluaran sejumlah besar wang yang telah dibuatnya.

a. Jika anda Kelvin, apakah tindakan anda jika menerima emel di atas ? [2m]
i
ii

b. Nyatakan etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang patut anda amalkan semasa
melayari sesebuah laman sesawang. [2m]
i
ii

c. Jelaskan kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika bagi
memudahkan urusan kehidupan harian. [4m]

d. Perbuatan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika boleh
mengundang tindakan undang-undang.
Namakan undang-undang yang melindungi pengguna teknologi maklumat dan komunikasi. [2m]
i
ii

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 2
1225 SULIT

2. Gambar menunjukkan pelbagai cara meniru semasa peperiksaan.

a. Perbuatan meniru dalam peperiksaan adalah perbuatan yang melanggar integriti individu. Takrifkan
maksud integriti individu. [2m]

b. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang murid terlibat dalam perbuatan peniruan dan penipuan
dalam peperiksaan ? [3m]
i
ii
iii

Integriti perlu dipupuk dalam diri setiap individu bagi melahirkan insan yang
bertanggungjawab dalam setiap perlakuan. Oleh itu, setiap individu perlu mengetahui
kepentingan integriti agar mampu memelihara nilai moral dalam diri seseorang bagi setiap
tindakan yang diambil.

c. Ulaskan pernyataan di atas. [5m]

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 3
1225 SULIT

3. Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan yang diperlukan bagi Tabung Kecemasan Yaman.

Tahukah anda setiap 10 minit seorang kanak-kanak mati di


Yaman akibat kebuluran ? Krisis peperangan telah
menyebabkan krisis kemanusiaan antara yang terbesar di
dunia Ketika ini di samping isu ini yang dipandang sepi oleh
dunia. Lebih 80% kanak-kanak di Yaman memerlukan
bantuan segera dalam segenap aspek.

a Sebagai insan yang bermoral, jelaskan perasaan anda apabila melihat poster dan membaca pernyataan
di atas ? [2m]

b Ramalkan kesan pengabaian sikap berperikemanusiaan terhadap mangsa dalam situasi di atas. [3m]

c Nyatakan kebaikan mengamalkan sikap berperikemanusiaan dalam kehidupan harian. [2m]


i.
ii.

d Bagaimanakah cara memupuk masyarakat global agar menghayati dan mengamalkan sikap
berperikemanusiaan dalam kehidupan ? [3m]

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 4
1225 SULIT

4. Poster di bawah berkaitan Program Khidmat Komuniti, “JALINAN KASIH PERMATA HATI” anjuran
Pusat Kerjaya dan Kaunseling, UITM, Shah Alam. di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras,
Kuala Lumpur.

Sumber: https://news.uitm.edu.my

Program kemasyarakatan di atas bukan sahaja dapat memberikan sumbangan dalam pembangunan
komuniti setempat malah membawa perubahan dalam kehidupan setiap anggota masyarakat, khususnya
kepada anak-anak yatim di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur

a Nyatakan definisi penglibatan diri dalam program komuniti. [2m]

b Sekiranya anda menyertai program khidmat komuniti di atas, cadangkan sumbangan yang dapat
memberi manfaat kepada penghuni di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras. [3m]
i
ii
iii

c Program komuniti turut dilaksanakan oleh Badan Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai
usaha murni untuk mewujudkan komuniti yang dinamik dan sejahtera.
Namakan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang melaksanakan program komuniti. [2m]
i.
ii.

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 5
1225 SULIT

d Keratan akhbar di bawah berkaitan Dasar Kebersihan Negara.

Dasar Kebersihan Negara Bermula Dengan Rakyat Yang Bertanggungjawab

Jasin : Sokongan dan kerjasama rakyat akan merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara lebih sejahtera,
bersih dan aman dalam menguruskan pepejal dan sampah dengan cara yang baik menerusi Dasar
Kebersihan Negara.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata justeru, pelbagai inisiatif boleh
dilaksanakan berpandukan garis panduan dasar termasuk menggalakkan minat rakyat menjadikan budaya
mengumpul sampah sebagai sumber pendapatan sampingan atau “Trash to Cash”
“Saya rasa tidak mungkin kita (kerajaan) boleh buat sendiri, sebab itu kita melancarkan bumbung komuniti
(sekretariat) dan persatuan penduduk menjadi ejen yang dapat memastikan bahawa kawasan perumahan
dapat dijaga dengan baik.
“Mereka (persatuan) akan diberikan taklimat untuk memastikan program kitar semula di dalam kawasan
(perumahan) berjalan lancar sekali gus menjadi pemantau supaya penduduk tidak membuang sampah
merata-rata.” Katanya.
-Sumber BH Online, 03 November 2019

Dasar Kebersihan Negara merupakan inisiatif kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang bersih,
mampan, dan sejahtera melalui pembudayaan amalan kebersihan diri, keluarga, komuniti dan
masyarakat dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Pada pandangan anda, bolehkah dasar ini direalisasikan pada tahun 2030 sekiranya badan kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan bekerjasama ? Justifikasikan jawapan anda. [3m]

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 6
1225 SULIT

5. Pernyataan di bawah adalah berkaitan dengan Hari Keamanan Antarabangsa yang juga dikenali juga
sebagai Hari Keamanan Sedunia.

Sambutan Hari Keamanan Sedunia (UN International Day of Peace 2019) telah diadakan pada 21
September 2019 (Sabtu) bertempat di The Pure Life Society, Batu 6, Jalan Puchong, Kuala Lumpur.
Sambutan ini dirasmikan oleh Duta Belgium dan tema sambutan kali ini adalah “Climate Action for
Peace”. Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan tersebut seperti larian keamanan, pentomin
bertemakan keamanan, pameran dan sebagainya.
Jabatan Alam Sekitar telah dijemput untuk turut serta dalam pameran tersebut. Salah satu tema yang
dibawa adalah berkaitan kesedaran bahaya buangan elektrik dan elektronik (E-Waste). Penerangan telah
diberikan kepada peserta dan tetamu yang hadir.
Sejarah sambutan Hari Keamanan Sedunia ini bermula setelah Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1981 telah membuat resolusi untuk mengisytiharkan Hari Keamanan
Sedunia pada hari Selasa ketiga bulan September mulai tahun 1982. Pada Tahun 2001, tarikh sambutan
ditetapkan pada 21 September dan ia disambut oleh semua negara anggota PBB. Di Malaysia Hari
Keamanan Sedunia ini mula disambut sejak tahun 2006 di Taiping, Perak oleh Partners for Peace
Malaysia (PfPM).

a. Pada pendapat anda, wajarkah Program Hari Keamanan Sedunia disambut seluruh dunia ? Jelaskan
hujah anda. [2m]

b. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah manfaat yang diperoleh apabila wujud kerjasama dalam
masyarakat global. [2m]
i.
ii.

c. Pasukan bola sepak Negeri X kerap kali kalah dalam perlawanan bola sepak antara negara. Setelah
perbincangan diadakan, jurulatih pasukan itu telah bersetuju mengambil pemain import untuk
membantu pasukan mereka dalam pertandingan akan datang.
Justifikasikan cabaran bekerjasama dengan pemain import demi pembangunan sukan negara. [4m]

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 7
1225 SULIT

d.

Pembangunan yang terancang dapat memelihara alam sekitar dan mengekalkan keseimbangan
ekosistem.
Senaraikan cara masyarakat global boleh bekerjasama untuk melestarikan alam sekitar. [2m]
i.
ii.

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 8
1225 SULIT

BAHAGIAN B
[10 Markah]
Jawab satu soalan sahaja.

6. Berikut ialah maklumat berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
sistem Pendidikan di Malaysia.

Salah satu kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi adalah untuk murid lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Mereka boleh melayari laman sesawang
yang disediakan untuk membuat permohonan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Bagaimanakah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi tersebut dapat memberi manfaat kepada
murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam
membuat permohonan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi? [10 m]

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 9
1225 SULIT

7. Poster di bawah berkaitan program komuniti, Larian Amal Sihat Tanpa Dadah.

Sumber : Facebook, Kelab Pemadam USM, 22 Disember 2018

Program Larian Amal Sihat Tanpa Dadah telah berjaya menarik minat masyarakat setempat untuk menyertai
program komuniti ini.

Bincangkan manfaat yang ingin disampaikan oleh pihak penganjur yang melancarkan program komuniti di
atas. Jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal selain daripada nilai rasional dan nilai bertanggungjawab.
[10m]

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 10
1225 SULIT

BAHAGIAN C
[40 markah]
Jawab semua soalan.

8. Berikut ialah catatan diari Yan Yan.

08.03.2021
Bapa dan mama bergaduh lagi hari ini. Mama kata bapa tidak
melaksanakan tanggungjawab untuk jaga keluarga ini. Aku sangat
sedih.

10.03.2021
Adik menangis masa saya balik dari sekolah. Rupa-rupanya bapa
dan mama bertelingkah lagi. Selepas itu, mama telah keluar. Adik
lapar, aku pun lapar. Siapa boleh tolong aku.....

15.03.2021
Hari ini, bapa telah pukul mama, aku sangat takut. aku tidak tahu
apa boleh aku buat.....

a. Berdasarkan catatan diari Yan Yan, bincangkan implikasi perbuatan tidak berintegriti terhadap anggota
keluarga. [10m]

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 11
1225 SULIT

b. Huraikan nilai universal yang perlu diamalkan oleh semua anggota keluarga dalam membina keluarga
yang berintegriti. [10m]

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 12
1225 SULIT

9. Gambar-gambar berikut menunjukkan isu pelarian yang berlaku di luar negara.

a. Isu pelarian semakin hangat dibincangkan oleh masyarakat global. Mangsa pelarian akan berada di negara
lain untuk menetap secara sementara setelah melarikan diri dari negara asal.

Isu pelarian perlukan tindakan bersama masyarakat global. Bincangkan kesan sekiranya masyarakat
global mengabaikan sikap berperikemanusiaan terhadap mangsa pelarian. Justifikasikan jawapan anda
berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari.
[10m]

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 13
1225 SULIT

b Setiap negara perlu mengamalkan sikap berperikemanusiaan dalam usaha membantu mangsa pelarian
demi kesejahteraan global. Terangkan usaha yang boleh dibuat untuk membantu mangsa pelarian supaya
kebajikan mereka sentiasa terpelihara. [10m]

~ SOALAN TAMAT ~

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 14
SET SOALAN 1225
PENDIDIKAN MORAL
Tingkatan 5

PENDIDIKAN MORAL

2½ Dua Jam Tiga Puluh Minit

SET 2

PERATURAN PEMARKAHAN
PENDIDIKAN MORAL
1225

Disediakan oleh:

PANEL PERUNDING MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN MORAL
NEGERI JOHOR

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 1
1225 SULIT

SKEMA SET 2
PENDIDIKAN MORAL KSSM SPM TAHUN 2021

SOALAN 1
UNIT 4 : PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SECARA BERETIKA
TINGKATAN 4
S Bil Fakta / Huraian / Contoh M
1b H1 Tidak memuat naik sebarang bahan dalam pelbagai bentuk tanpa keizinan pemilik yang 1
sah
H2 Tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau diragui kesahihannya yang boleh 1
menggugat ketenteraman awam
H3 Tidak menceroboh dan menyebarkan virus yang boleh melumpuhkan sesuatu sistem yang 1
dimiliki oleh pihak lain
H4 Tidak mengeksploitasi maklumat dan data peribadi pihak lain 1
H5 Berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul untuk sebarang penggunaan dalam 1
talian
H6 Berkomunikasi secara berhemah dalam talian 1
Nota : mana-mana 2H = 2m
1c F1 Meningkatkan kualiti pendidikan 1
H1 mengubah cara pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berinovasi 1
H2 Menjimatkan masa dan wang 1
H3 Mampu menarik minat murid 1
F2 Mempelbagaikan perkhidmatan dalam talian 1
H4 Perkhidmatan yang lebih mesra pengguna 1
H5 Pengguna tidak perlu bersesak-sesak di kaunter 1
H6 Terdapat pelbagai pilihan transaksi dalam talian 1
F3 Meningkatkan hubungan sosial 1
H7 Memudahkan komunikasi secara maya dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia 1
H8 Mengeratkan hubungan 1
H9 Mewujudkan jaringan berasaskan bidang 1
F4 Menjanakan ekonomi 1
H10 Menyediakan peluang perniagaan dan perkhidmatan 1
H11 Barangan atau perkhidmatan boleh dipromosikan dengan meluas 1
H12 Penjualan dan pembelian boleh dibuat secara dalam talian 1
1c F5 Perkongsian maklumat 1
H13 Pelbagai maklumat dapat diperoleh dengan mudah 1
H14 Kerja penyelidikan dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih sistematik 1
H15 Maklumat terkini dalam pelbagai bidang dapat disebar luas secara menyeluruh 1
F6 Menjimatkan kos dan masa 1
H16 Pelbagai kos seperti kos panggilan telefon dan pengangkutan dapat dijimatkan 1
H17 Perbincangan atau mesyuarat dapat diadakan secara telesidang 1
H18 Penggunaan sumber tenaga manusia dapat diminimumkan 1
Nota : mana-mana 1F + 3H = 4m / 2F + 2H = 4m / 3F + 1H = 4m
1d F1 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 1
F2 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998. 1
F3 Akta Tandatangan Digital 1997 1
F4 Akta Jenayah Komputer 1997 1
Nota : mana-mana 2F = 2m

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 2
1225 SULIT

SOALAN 2
UNIT 5 : MANTAP INTEGRITI MANTAPLAH JATI DIRI
TINGKATAN 4
S Bil Fakta / Huraian / Contoh M
2a F1 Sifat jati diri yang merangkumi kejujuran dan keikhlasan 2
F2 Ketelusan dan keutuhan dalam setiap perlakuan dan pemikiran 2
F3 Penghayatan dan pegangan teguh terhadap ciri dan nilai positif 2
Jawapan calon perlu ada kombinasi 2 tulisan tebal yang membentuk satu ayat
Nota : mana-mana 1F = 2m
2b H1 Kerana tidak membuat ulangkaji / malas membuat ulangkaji 1
H2 Kerana tidak tahu menjawab tetapi ingin mendapat markah tinggi 1
H3 Kerana takut gagal / kerana tidak berkeyakinan diri 1
H4 Kerana takut dimarah oleh ibu bapa 1
H5 Kerana ibu bapa sangat mementingkan pencapaian akademik 1
H6 Kerana tidak berpegang kepada ketinggian prinsip moral dan etika 1
Mana-mana jawapan yang munasabah
Nota : mana-mana 3H = 3m
2c H1 Integriti individu penting untuk mendapatkan keyakinan / kepercayaan orang lain 1
H2 Integriti individu dapat memelihara / memperkasakan imej diri 1
H3 Integriti individu dapat menjaga imej baik keluarga 1
H4 Dapat melahirkan modal insan yang dapat berbakti kepada negara 1
H5 Dapat melahirkan individu yang berpegang pada ketinggian prinsip moral dan etika 1
H6 Dapat membentuk keperibadian individu dan jati diri bangsa 1
H7 Dapat menjamin hasil kerja yang berkualiti / bermutu 1
H8 Dapat meningkatkan kualiti diri untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap 1
H9 Dapat mengelakkan diri daripada penyalahgunaan kuasa / rasuah 1
Mana-mana jawapan yang munasabah
Nota : mana-mana 5H = 5m

SOALAN 3
UNIT 7 : BERPERIKEMANUSIAAN PEMANGKIN KESEJAHTERAAN GLOBAL
TINGKATAN 5
S Bil Fakta / Huraian / Contoh M
3a. F Sedih / Hiba / Kecewa. 1
H1 Keadaan kanak-kanak di Yaman yang amat memerlukan bantuan dan penjagaan rapi. 1
H2 Nasib kanak-kanak tersebut tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. 1
H3 Rakyat Yaman yang sedang dalam keadaan derita kerana menjadi mangsa peperangan. 1
H4 Rakyat Yaman yang menderita dan mengharapkan bantuan daripada pihak lain untuk 1
meneruskan kehidupan mereka.
H5 Kanak-kanak di Yaman mati kelaparan / mereka tidak ada makanan 1
H6 Kanak-kanak Yaman telah kehilangan ibu bapa / kediaman akibat peperangan 1
Nota : terima mana-mana huraian yang munasabah
Perasaan + 1H = 2M

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 3
1225 SULIT

S Bil Fakta / Huraian / Contoh M


3b. F1 Mangsa di dalam situasi di atas akan terabai. 1
H1 Mereka akan dipinggirkan tanpa bantuan sewajarnya. 1
H2 Jurang perbezaan mangsa perang dengan pihak berkuasa akan semakin meluas 1
F2 Manusia akan hilang perasaan kasih sayang sesama manusia hingga tercetusnya 1
peperangan.
H3 Individu mengabaikan hubungan sosial dengan membiarkan rakyat Yaman dalam 1
kesusahan.
H4 Individu bersikap individualistik dan materialistik sehingga mengabaikan sikap 1
berperikemanusiaan.
F3 Manusia akan hilang pertimbangan apabila sanggup berperang untuk 1
menunjukkan kekuasaan.
H5 Kekejaman dan kezaliman menjadi kebiasaan. 1
Nota : terima mana-mana jawapan / huraian yang munasabah
3F = 3M / 1F + 2H = 3M / 3H = 3M
3c. F1 Dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik 1
F2 Dapat mewujudkan sifat kebersamaan yang bersesuaian dalam masyarakat global 1
F3 Dapat menjalinkan hubungan yang baik dalam masyarakat global 1
F4 Dapat menyemarakkan elemen kemanusiaan sejagat 1
F5 Dapat mengeratkan hubungan antara negara 1
F6 Menghayati dan mengamalkan nilai universal. 1
F7 Menjamin keselamatan dan keharmonian global 1
Nota : terima mana-mana jawapan yang munasabah
2F = 2M
3d. H1 Membantu golongan kurang bernasib baik / keperluan asas / perubatan. 1
H2 Memberi bantuan keperluan asas dan perubatan 1
H3 Menentang pemerdagangan manusia 1
H4 Menyantuni setiap individu sebagai manusia 1
H5 Mewujudkan kumpulan sokongan kemanusiaan. 1
H6 Membantu mangsa bencana alam dan pihak yang memerlukan 1
H7 Memberi sokongan psikologi dan moral 1
H8 Menyertai misi keamanan dan kemanusiaan. 1
H9 Menyokong dasar dan kempen keamanan sejagat. 1
H10 Menentang diskriminasi berasaskan gender, warna kulit dan bangsa. 1
H11 Berpendirian teguh dalam mempertahankan isu keamanan 1
H12 Sayang menyayangi antara satu sama lain 1
Nota : terima mana-mana jawapan yang munasabah
3F = 3M jwp rujuk BTT5 ms97

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 4
1225 SULIT

SOALAN 4
UNIT 8 : PENGLIBATAN DIRI PENERAJU KOMUNITI
TINGKATAN 5
S Bil Fakta / Huraian / Contoh M
4a. F0 Tindakan sukarela yang memberikan peluang kepada individu untuk memikul 2
tanggungjawab kemasyarakatan.
F1 Tindakan sukarela. 1
F2 Memberikan peluang kepada individu. 1
F3 Memikul tanggungjawab kemasyarakatan. 1
Nota : terima mana-mana jawapan yang munasabah
F0 = 2M / 2F = 2M
4b. F1 Menyumbang tenaga kerja / pembersihan. 1
F2 Menyumbang makanan / pakaian / keperluan asas / keperluan peralatan sekolah. 1
F3 Menderma duit / wang 1
F4 Membaik pulih rumah kanak-kanak yang rosak. 1
F5 Menanam pokok di persekitaran rumah kanak-kanak itu. 1
F6 Memberi persembahan / hiburan semasa lawatan. 1
F7 Memberi sokongan moral dengan mendengar cerita dan luahan hati mereka. 1
Nota : terima mana-mana jawapan yang munasabah
3F = 3M
4c. F1 Yayasan Salam Malaysia. 1
F2 Trap-Neuter-Release-Manage / TNRM Malaysia 1
F3 Yayasan Sabah. 1
F4 Amanah Ikhtiar Malaysia. 1
F5 Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung. 1
F6 Majlis Kanser Nasional. 1
Nota : terima mana-mana jawapan yang munasabah
2F = 2M
4d. F Boleh. 1
H1 Matlamat Dasar Kebersihan Negara akan lebih mudah dilaksana dan dicapai. 1
H2 Boleh berkongsi ilmu dan pengalaman antara badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan 1
dalam menjalankan program.
H3 Beban kos penyelenggaraan kerajaan dapat dikurangkan. 1
H4 Membina jalinan kerjasama yang berterusan. 1
H5 Mewujudkan semangat kekitaan dan kerja berpasukan. 1
H6 Kelestarian alam sekitar dijamin terpelihara. 1
H7 Menjadi inspirasi anggota masyarakat untuk melibatkan diri dalam program komuniti. 1
H8 Menjadikan masyarakat prihatin terhadap kebersihan alam sekitar dan mengurangkan 1
masalah pencemaran.
Nota : terima mana-mana huraian yang munasabah. F + 1H = 2M

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 5
1225 SULIT

SOALAN 5
UNIT 9 : KERJASAMA MASYARAKAT GLOBAL
TINGKATAN 5
S Bil Fakta / Huraian / Contoh M
5a. F Wajar. 1
H1 Memberi kesedaran kepada masyarakat global tentang kepentingan menjaga keamanan. 1
H2 Memberi kesedaran tentang keselamatan rakyat perlu diutamakan. 1
H3 Mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dan diplomatik antara negara di dunia. 1
H4 Memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar. 1
H5 Mempromosi dan menyokong matlamat sambutan program ini untuk mengekalkan 1
keamanan dunia.
Nota : terima mana-mana huraian yang munasabah.
F + 1H = 2M / 0F + 2H = 1M
5b. F1 Keselamatan masyarakat dunia terjamin. 1
F2 Sektor pelancongan semakin berkembang. 1
F3 Mutu pendidikan dan teknologi meningkat. 1
F4 Pengekalan kerjasama antara negara. 1
F5 Hak asasi masyarakat global terpelihara. 1
F6 Silang budaya masyarakat global dapat diterima. 1
F7 Jenayah antarabangsa dapat dikurangkan. 1
F8 Sektor perindustrian semakin maju. 1
F9 Penguasaan bahasa asing meningkat. 1
F10 Pertukaran sumber tenaga kerja. 1
Nota : Mana-mana jawapan yang munasabah boleh diterima.
2F = 2M rujuk BTT5 ms123
5c. F1 Cabaran budaya dan bahasa. 1
H1 Pengaruh negatif budaya masyarakat luar. 1
H2 Perbezaan norma masyarakat. 1
H3 Perbezaan bahasa. 1
F2 Cabaran politik. 1
H4 Perbezaan peraturan dan undang-undang. 1
H5 Perbezaan ideologi dan peraturan. 1
F3 Cabaran ekonomi. 1
H6 Perbezaan nilai mata wang. 1
H7 Perbezaan teknologi dan produktiviti 1
F4 Cabaran geografi. 1
H8 Perbezaan zon masa dunia 1
H9 Perbezaan iklim / menyesuaikan diri dengan cuaca. 1
Nota : terima mana-mana jawapan / huraian yang munasabah
4F = 4M / 1F + 3H = 4M / 0F + 4H = 3M rujuk BTT5 ms124
5d. H1 Tidak melakukan pembakaran terbuka. 1
H2 Mengawal penerokaan hutan / penebangan pokok secara haram. 1
H3 Berkongsi kenderaan untuk mengurangkan pencemaran udara. 1
H4 Melakukan program kitar semula. 1
H5 Melaporkan kejadian pencemaran kepada pihak berkuasa. 1
H6 Masyarakat global boleh menganjurkan kempen mencintai alam sekitar 1
Nota : terima mana-mana jawapan yang munasabah
2H = 2M soalan KBAT

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 6
1225 SULIT

SOALAN 6
UNIT 4 : PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SECARA BERETIKA
TINGKATAN 4
Terima watak : Murid lepasan SPM / STPM / mereka
S Bil Nilai Universal / Tindakan / Huraian / Contoh M
6 F1 Penggunaan TMK dapat menjimatkan masa murid lepasan SPM / STPM. 1
H1 menjimatkan masa perjalanan murid lepasan SPM / STPM ke pejabat pos untuk 1
menghantar surat permohonan.
H2 Murid lepasan SPM / STPM tidak perlu bersesak-sesak di kaunter untuk mendapatkan 1
borang permohonan.
F2 Penggunaan TMK dapat menjimatkan kos murid lepasan SPM / STPM 1
H3 Penggunaan TMK dapat menjimatkan kos panggilan telefon mereka. 1
H4 Penggunaan TMK juga dapat menjimatkan kos pengangkutan mereka. 1
F3 Berlaku perkongsian maklumat / pelbagai maklumat dapat diperoleh dengan pantas 1
oleh Murid lepas SPM / STPM
H5 Mereka dapat memperolehi maklumat UPU dengan mudah melalui internet 1
H6 Murid lepasan SPM / STPM boleh mendapat banyak maklumat di hujung jari semasa 1
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.
H7 Maklumat terkini dalam bidang pendidikan dapat disebar luas secara menyeluruh 1
H8 Murid lepasan SPM / STPM boleh melakukan permohonan UPU tanpa mengira masa dan 1
tempat.
H9 Dengan ini, peluang untuk melanjutkan pelajaran menjadi lebih luas. 1
H10 Selain itu, ketidaktepatan maklumat juga dapat dielakkan. 1
F4 Penggunaan TMK dapat meningkatkan hubungan sosial antara murid lepasan SPM 1
/ STPM
H11 Murid lepasan SPM / STPM dapat berkomunikasi dengan rakan yang memohon kursus 1
sama walaupun mereka tinggal berjauhan antara satu sama lain.
H12 Pemilihan calon ke UPU juga menjadi lebih adil / tidak berlaku bias. 1
Mana-mana jawapan yang munasabah
Mana-mana 1F + 9H = 10m / 2F + 8H =10m / 3F + 7H = 10m / 0F + 10H = 9m

SOALAN 7
UNIT 8 : PENGLIBATAN DIRI PENERAJU KOMUNITI
TINGKATAN 5
S Bil Nilai Universal / Tindakan / Huraian / Contoh M
7 Watak : pihak penganjur / masyarakat / individu / para sukarelawan
N1 Nilai patriotisme 1 N4 Nilai kasih sayang 1
N2 Nilai kerjasama 1 N5 Nilai kerajinan 1
N3 Nilai berterima kasih 1 N6 Nilai baik hati 1
H1 Memupuk perpaduan melalui program yang dijalankan. 1
H2 Penglibatan masyarakat yang pelbagai kaum dan peringkat umur. 1
H3 Membina jalinan kerjasama yang berterusan antara pihak penganjur dan komuniti. 1
H4 Mewujudkan semangat kerja berpasukan. 1
H5 Meningkatkan imej negara melalui penglibatan komuniti masyarakat dengan harmoni 1
H6 Mampu menangani cabaran dalam negara agar rakyat mengamalkan cara hidup sihat 1
H7 Masyarakat dapat menyahut seruan kerajaan untuk menyertai program komuniti. 1
H8 Membentuk komuniti yang sihat dari segi mental dan fizikal. 1

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 7
1225 SULIT

H9 Menjadikan komuniti yang bebas dari penyalahgunaan dadah. 1


H10 Mengurangkan gejala sosial dan jenayah dalam komuniti 1
H11 Individu dapat mempelajari kemahiran baharu dari program ahli komuniti 1
H12 Dapat mempelajari cara bersosial / berkomunikasi dengan ahli komuniti 1
Nota : terima mana-mana nilai / huraian yang munasabah
2N + 8H = 10M / 1N + 9H = 10M / 0N + 10H = 9M jwp rujuk BTT5 ms109

SOALAN 8
UNIT 6 : KELUARGA BERINTEGRITI KELUARGA DISEGANI
TINGKATAN 4
Terima watak : Yan Yan / ibu bapa Yan Yan / Keluarga Yan Yan / mereka
S Bil Nilai Universal / Tindakan / Huraian / Contoh M
8a H1 Implikasi perbuatan tidak berintegriti terhadap anggota keluarga ialah kerosakan 1
akhlak dalam kalangan anggota keluarga.
H2 Ibu bapa Yan Yan tidak menghormati antara satu sama lain 1
H3 Pergaduhan mereka telah menjatuhkan imej keluarga Yan Yan. 1
H4 Pertelingkahan ibu bapa Yan Yan juga meruntuhkan institusi kekeluargaan 1
H5 Ibu bapa Yan Yan mungkin akan bercerai 1
H6 Hal ini akan menyebabkan perpecahan dalam keluarga Yan Yan. 1
H7 Implikasi perbuatan tidak berintegriti dalam keluarga juga akan menyebabkan 1
rumah tangga porak-peranda
H8 Keluarga Yan Yan menjadi tidak harmoni 1
H9 Prestasi diri / pelajaran Yan Yan di sekolah terjejas 1
H10 Yan Yan dan adik akan kehilangan keyakinan diri 1
H11 Yan Yan dan adik akan mengalami trauma kerana ibu bapa selalu bergaduh 1
H12 Kesihatan Yan Yan dan adik akan terjejas kerana selalu kelaparan. 1
H13 Implikasi perbuatan tidak berintegriti dalam keluarga juga akan menyebabkan 1
diskriminasi dalam keluarga
H14 Berlaku perselisihan faham dalam keluarga Yan Yan 1
H15 Yan Yan dan adik mungkin terlibat dalam gejala sosial 1
H16 Yan Yan dan adik mungkin akan lari dari rumah 1
Mana-mana jawapan yang munasabah
Mana-mana 10H = 10m

Terima watak : semua anggota keluarga / ibu bapa / anak-anak / adik beradik
S Bil Nilai Universal / Tindakan / Huraian / Contoh M
8b N1 Nilai kasih sayang 1 N4 Nilai bertanggungjawab 1
N2 Nilai hormat 1 N5 Nilai rasional 1
N3 Nilai toleransi 1 N6 Nilai kerjasama 1
H1 Semua anggota keluarga harus saling menyayangi antara anggota keluarga. 1
H2 Anak anak harus menghargai sumbangan ibu bapa dalam keluarga. 1
H3 Anak-anak harus mengenang jasa baik ibu bapa dalam mendidik mereka. 1
H4 Anak-anak harus menghormati ibu bapa / anggota keluarga yang lebih tua dengan 1
memberi layanan yang sopan.
H5 Ibu bapa harus bertolak ansur dengan kerenah anak-anak yang masih muda / tidang 1
matang.
H6 Ibu bapa harus menjalankan tugas / peranan mereka untuk menyara anak-anak. 1

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 8
1225 SULIT

H7 Ibu bapa harus mendidik anggota keluarga dengan ajaran agama atau 1
kepercayaan / memberi didikan agama kepada anak-anak sejak kecil lagi.
H8 Ibu bapa harus membimbing anggota keluarga tentang ajaran agama / kepercayaan. 1
H9 Mereka harus melakukan amalan keagamaan / kepercayaan bersama-sama. 1
H10 Semua anggota keluarga harus memastikan penglibatan warga tua dalam setiap 1
aktiviti keluarga.
H11 Anak-anak harus menghormati dan mendengar nasihat warga tua. 1
H12 Anggota keluarga juga harus membawa warga tua bersama-sama semasa melancong. 1
H13 Ibu bapa harus menunjukkan perlakuan mulia supaya anggota keluarga dalam 1
keluarga dapat mencontohinya.
H14 Semua anggota keluarga harus menjaga kerahsiaan dalam keluarga. 1
H15 Semua anggota keluarga harus menangani urusan dan permasalahan keluarga dengan 1
jujur dan adil.
H16 Semua anggota keluarga harus menyelesaikan sebarang pertengkahan antara anggota 1
keluarga dengan aman.
H17 Anak-anak harus memainkan peranan untuk membantu ibu bapa membuat kerja 1
rumah bagi meringankan beban ibu bapa.
H18 Anak-anak juga harus belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mengharumkan nama 1
baik keluarga.
H19 Anak-anak harus sentiasa berkelakuan baik supaya menjaga nama baik keluarga. 1
H20 Anak-anak harus membantu ibu bapa menjaga adik-adik kecil dan membantu adik-adik 1
dalam pembelajaran.
H21 Adik beradik dalam sesebuah keluarga harus sayang menyayangi antara satu 1
sama lain.
H22 Semua anggota keluarga harus bersatu hati dan saling membantu antara satu sama lain 1
dalam menyelesaikan masalah keluarga.
Mana-mana jawapan yang munasabah
Mana-mana 2N + 8H = 10m / 1N + 9H = 10m / 0N +10H = 9m

SOALAN 9
UNIT 7 : BERPERIKEMANUSIAAN PEMANGKIN KESEJAHTERAAN GLOBAL
TINGKATAN 5
S Bil Nilai Universal / Tindakan / Huraian / Contoh M
9a Watak : Malaysia / mangsa pelarian / ahli masyarakat
N1 Nilai rasional 1 N4 Nilai kerjasama 1
N2 Nilai kejujuran 1 N5 Nilai toleransi 1
N3 Nilai baik hati 1 N6 Nilai kasih sayang 1
H1 Mangsa pelarian akan terabai. 1
H2 Mangsa dipinggirkan tanpa bantuan sewajarnya. 1
H3 Tiada bantuan makanan / keperluan asas kepada mangsa pelarian 1
H4 Masyarakat akan hilang pertimbangan. 1
H5 Masyarakat global akan mengaggap kekejaman satu kebiasaan. 1
H6 Ahli masyarakat akan hilang kepercayaan sesama manusia. 1
H7 Ahli masyarakat akan hilang perasaan kasih sayang sesama manusia. 1
H8 Masyarakat global mengabaikan hubungan sosial serantau. 1
H9 Masyarakat bersikap individualistik / materialistik. 1
Nota : terima mana-mana nilai / jawapan / huraian yang munasabah
2N + 8H = 10M / 1N + 9H = 10M / 0N + 10H = 9M

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 9
1225 SULIT

S Bil Nilai Universal / Tindakan / Huraian / Contoh M


9b Watak : Kerajaan / Masyarakat.
H1 Menyediakan suaka / tempat tinggal orang pelarian / menyediakan kem orang pelarian 1
sementara
H2 Mengadakankan kerjasama antarabangsa melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1
(PBB)
H3 Menyuarakan kebimbangan terhadap masalah pelarian di peringkat antarabangsa. 1
H4 Meminta Pesuruhjaya Tinggi Tentang Orang Pelarian PBB (UNHCR) untuk melindungi 1
/ menyelesaikan masalah orang pelarian
H5 Menjaga kesihatan orang pelarian. 1
H6 Memberikan kad pelarian / kad UNHCR kepada orang pelarian 1
H8 Membantu orang pelarian kembali ke negara asal / menetap di negara lain 1
H9 Memeriksa tahap kesihatan mangsa pelarian. 1
H10 Menyediakan peluang pendidikan kepada kanak-kanak pelarian. 1
H11 Menjamin hak asasi kanak-kanak mangsa pelarian. 1
H12 Menyerapkan mangsa pelarian ke dalam sektor pekerjaan. 1
H13 Menjalankan kursus dan latihan yang boleh disertai oleh mangsa pelarian. 1
H14 Pelarian harus menggunakan kemahiran yang dikuasai untuk mencari sumber 1
pendapatan bagi menyara hidup.
H15 Memberikan bantuan makanan / keperluan asas / pakaian / ubat 1
H16 Menghantar bantuan kepada mangsa pelarian di pusat penempatan. 1
H17 Kerajaan Malaysia harus menguatkuasakan undang-undang kepada mangsa pelarian 1
yang menumbulkan masalah di negara kita
Nota : Terima mana-mana jawapan / huraian yang munasabah
10H = 10M soalan KBAT

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 10
1225 SULIT

P. Moral
MODUL NAMA : ……………………………….............. TINGKATAN : …...…….
GERBANG
CEMERLANG
2½ Jam
MODUL GERBANG CEMERLANG
PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 5

PENDIDIKAN MORAL
Dua Jam Tiga Puluh Minit
SET 2

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Untuk Kegunaan Pemeriksa


1. Kertas soalan ini mengandungi Tiga
bahagian: Bahagia A, Bahagian B dan Bahagian Soalan Markah Markah
Bahagian C. Penuh Diperoleh
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, 1 10
satu soalan dalam Bahagian B dan semua
soalan dalam bahagian C. 2 10
3. Tulis jawapan dalam ruangan yang
disediakan pada kertas soalan. A 3 10

4 10

5 10

6 10
B
Disediakan oleh 7 10
PANEL PERUNDING MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL 8a 10
NEGERI JOHOR
8b 10
C
9a 10

9b 10

Jumlah 100

Kertas Soalan ini mengandungi 29 muka surat bercetak

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 11
1225 SULIT

BAHAGIAN A
[50 markah]
Jawab semua soalan

1. Kelvin telah menerima emel yang menyerupai laman sesawang bank yang memintannya untuk mengemas
kini maklumat akaun. Tanpa rasa ragu-ragu, Kelvin terus mengemas kini maklumat peribadi perbankannya.
Beberapa hari kemudian, pihak bank menghubungi Kelvin untuk mengesahkan pengeluaran sejumlah besar
wang yang telah dibuatnya.

a. Jika anda Kelvin, apakah tindakan anda jika menerima emel di atas? [2m]
i Saya akan menghubungi pihak bank dan bertanyakan mengenai emel tersebut.
ii Saya akan melaporkan kepada pihak berkuasa atau pihak bank tentang emel tersebut.

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


H1 Saya akan menghubungi pihak bank dan bertanyakan mengenai emel tersebut 1
Saya tidak akan mengemas kini sebarang maklumat selagi tidak mendapatkan kepastian
H2 1
mengenai emel itu
H3 Saya akan melaporkan kepada pihak berkuasa/ pihak bank tentang emel tersebut. 1
H4 Saya akan mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada emel itu jika mencurigakan 1

b. Nyatakan etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang patut anda amalkan semasa melayari
sesebuah laman sesawang. [2m]
i. Tidak memuat naik sebarang bahan dalam pelbagai bentuk tanpa keizinan pemilik yang sah
ii. Tidak menceroboh dan menyebarkan virus yang boleh melumpuhkan sesuatu sistem yang
dimiliki pihak lain.

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


Tidak memuat naik sebarang bahan dalam pelbagai bentuk tanpa keizinan pemilik yang
H1 1
sah.
Tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau diragui kesahihannya yang boleh menggugat
H2 1
ketenteraman awam.
Tidak menceroboh dan menyebarkan virus yang boleh melumpuhkan sesuatu sistem yang
H3 1
dimiliki pihak lain.
H4 Tidak mengeksploitasi maklumat dan data peribadi pihak lain. 1
H5 Berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul untuk sebarang penggunaan dalam talian. 1
H6 Berkomunikasi secara berhemah dalam talian 1

c. Jelaskan kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika bagi memudahkan
urusan kehidupan harian. [4m]
Dapat meningkatkan kualiti Pendidikan. Ia dapat menjimatkan masa dan wang dan dapat
meningkatkan hubungan sosial.

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 12
1225 SULIT

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


F1 Meningkatkan kualiti pendidikan 1
H1 Mengubah cara pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berinovasi 1
H2 Menjimatkan masa dan wang 1
H3 Mampu menarik minat murid 1
F2 Mempelbagaikan perkhidmatan dalam talian 1
H4 Perkhidmatan yang lebih mesra pengguna 1
H5 Pengguna tidak perlu berasak-asak di kaunter 1
H6 Terdapat pelbagai pilihan transaksi dalam talian 1
F3 Meningkatkan hubungan sosial 1
H7 Memudahkan komunikasi secara maya dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia 1
H8 Mengeratkan hubungan 1
H9 Mewujudkan jaringan berasaskan bidang 1
F4 Menjanakan ekonomi 1
H10 Menyediakan peluang perniagaan dan perkhidmatan 1
H11 Barangan atau perkhidmatan boleh dipromosikan dengan meluas 1
H12 Penjualan dan pembelian boleh dilakukan secara dalam talian 1

d. Perbuatan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika boleh mengundang
tindakan undang-undang.
Namakan undang-undang yang melindungi pengguna teknologi maklumat dan komunikasi. [2m]
i. Akta Komunikasi dan Multimedia
ii. Akta Jenayah Komputer

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


H1 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 1
H2 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 1
H3 Akta Tandatangan Digital 1997 1
H4 Akta Jenayah Komputer 1997 1

2. Gambar menunjukkan pelbagai cara meniru semasa peperiksaan.

a. Perbuatan meniru dalam peperiksaan adalah perbuatan yang melanggar integriti individu. Takrifkan
maksud integriti individu. [2m]
Integriti individu ialah sifat jati diri yang merangkumi kejujuran dan keikhlasan.

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 13
1225 SULIT

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


F1 Sifat jati diri yang merangkumi kejujuran dan keikhlasan. 2
F2 Ketelusan dan keutuhan dalam setiap perlakuan dan pemikiran. 2
F3 Penghayatan dan pegangan teguh terhadap ciri dan nilai positif. 2

b. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang murid terlibat dalam perbuatan peniruan dan penipuan
dalam peperiksaan?[3m]
i. Kerana murid itu malas membuat ulangkaji
ii. Kerana murid itu takut gagal dan tidak berkeyakinan diri.
iii. Kerana murid itu takut dimarah oleh ibu bapa.

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


H1 Kerana tidak membuat ulangkaji / malas membuat ulangkaji. 1
H2 Kerana takut gagal / kerana tidak berkeyakinan diri. 1
H3 Kerana takut dimarah oleh ibu bapa. 1
H4 Kerana tidak tahu menjawab tetapi ingin mendapat markah tinggi 1
H5 Kerana ibu bapa sangat mementingkan pencapaian akademik. 1
H6 Kerana tidak berpegang kepada ketinggian prinsip moral dan etika. 1

Integriti perlu dipupuk dalam diri setiap individu bagi melahirkan insan yang
bertanggungjawab dalam setiap perlakuan. Oleh itu, setiap individu perlu mengetahui
kepentingan integriti agar mampu memelihara nilai moral dalam diri seseorang bagi setiap
tindakan yang diambil.

c. Ulaskan pernyataan di atas. [5m]

Integriti individu penting untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan orang lain. Selain itu,
integriti individu dapat memelihara dan memperkasakan imej diri. Integriti individu juga dapat
menjaga imej baik keluarga. Integriti individu juga dapat melahirkan modal insan yang dapat
berbakti kepada negara. Akhir sekali, integriti individu dapat membentuk keperibadian
individu dan jati diri bangsa.

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima:


H1 Integriti individu penting untuk mendapatkan keyakinan / kepercayaan orang lain 1
H2 Integriti individu dapat memelihara / memperkasakan imej diri. 1
H3 Integriti individu dapat menjaga imej baik keluarga. 1
H4 Dapat melahirkan modal insan yang dapat berbakti kepada negara 1
H5 Dapat melahirkan individu yang berpegang pada ketinggian prinsip moral dan etika. 1
H6 Dapat membentuk keperibadian individu dan jati diri bangsa 1
H7 Dapat menjamin hasil kerja yang berkualiti / bermutu. 1
H8 Dapat meningkatkan kualiti diri untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap. 1
H9 Dapat mengelakkan diri daripada penyalahgunaan kuasa / rasuah. 1

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 14
1225 SULIT

3. Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan yang diperlukan bagi Tabung Kecemasan Yaman.

Tahukah anda setiap 10 minit seorang kanak-kanak mati di


Yaman akibat kebuluran ? Krisis peperangan telah
menyebabkan krisis kemanusiaan antara yang terbesar di
dunia Ketika ini di samping isu ini yang dipandang sepi oleh
dunia. Lebih 80% kanak-kanak di Yaman memerlukan
bantuan segera dalam segenap aspek.

a. Sebagai insan yang bermoral, jelaskan perasaan anda apabila melihat poster dan membaca pernyataan
di atas ? [2m]
Perasaan saya sedih melihat poster di atas kerana keadaan kanak-kanak di Yaman yang amat
memerlukan bantuan dan penjagaan rapi.

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


F Sedih / Hiba / Kecewa 1
H1 Keadaan kanak-kanak di Yaman yang amat memerlukan bantuan dan penjagaan rapi. 1
H2 Nasib kanak-kanak tersebut tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. 1
H3 Rakyat Yaman yang sedang dalam keadaan derita kerana menjadi mangsa peperangan. 1
Rakyat Yaman yang menderita dan mengharapkan bantuan daripada pihak lain untuk
H4 1
meneruskan kehidupan mereka.

b. Ramalkan kesan pengabaian sikap berperikemanusiaan terhadap mangsa dalam situasi di atas. [3m]
Golongan kurang bernasib baik akan terabai. Hilang perasaan kasih sayang sesama manusia
hingga tercetusnya peperangan. Manusia akan hilang pertimbangan apabila sanggup
berperang untuk menunjukkan kekuasaan

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


F1 Golongan kurang bernasib baik akan terabai. 1
H1 Golongan tersebut akan dipinggirkan tanpa bantuan sewajarnya. 1
H2 Meluaskan jurang perbezaan antara individu / negara yang maju. 1
F2 Hilang perasaan kasih sayang sesama manusia hingga tercetusnya peperangan. 1
H3 Individu mengabaikan hubungan sosial dengan membiarkan rakyat Yaman dalam kesusahan. 1
Individu bersikap individualistik dan materialistik sehingga mengabaikan sikap
H4 1
berperikemanusiaan.
Manusia akan hilang pertimbangan apabila sanggup berperang untuk menunjukkan
F3 1
kekuasaan.
H5 Kekejaman dan kezaliman menjadi kebiasaan. 1

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 15
1225 SULIT

c. Nyatakan kebaikan mengamalkan sikap berperikemanusiaan dalam kehidupan harian. [2m]


i. Dapat menyemarakkan elemen kemanusiaan sejagat.
ii. Dapat mengeratkan hubungan antara negara.

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


F1 Dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik. 1
F2 Dapat mewujudkan sifat kebersamaan yang bersesuaian dalam masyarakat global. 1
F3 Dapat menjalinkan hubungan yang baik dalam masyarakat global. 1
F4 Dapat menyemarakkan elemen kemanusiaan sejagat. 1
F5 Dapat mengeratkan hubungan antara negara. 1
F6 Menghayati dan mengamalkan nilai universal. 1

d. Bagaimanakah cara memupuk masyarakat global agar menghayati dan mengamalkan sikap
berperikemanusiaan dalam kehidupan ? [3m]
Masyarakat boleh memberi bantuan keperluan asas dan perubatan. Mereka juga boleh mewujudkan
kumpulan sokongan kemanusiaan dan membantu mangsa bencana alam dan pihak yang memerlukan.

H1 Membantu golongan kurang bernasib baik / keperluan asas / perubatan. 1


H2 Memberi bantuan keperluan asas dan perubatan 1
H3 Menentang pemerdagangan manusia 1
H4 Menyantuni setiap individu sebagai manusia 1
H5 Mewujudkan kumpulan sokongan kemanusiaan. 1
H6 Membantu mangsa bencana alam dan pihak yang memerlukan 1
H7 Memberi sokongan psikologi dan moral 1
H8 Menyertai misi keamanan dan kemanusiaan. 1
H9 Menyokong dasar dan kempen keamanan sejagat. 1
H10 Menentang diskriminasi berasaskan gender, warna kulit dan bangsa. 1
H11 Berpendirian teguh dalam mempertahankan isu keamanan 1
H12 Sayang menyayangi antara satu sama lain 1

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 16
1225 SULIT

4. Poster di bawah berkaitan Program Khidmat Komuniti, “JALINAN KASIH PERMATA HATI” anjuran
Pusat Kerjaya dan Kaunseling, UITM, Shah Alam. di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras,
Kuala Lumpur.

Sumber: https://news.uitm.edu.my

Program kemasyarakatan di atas bukan sahaja dapat memberikan sumbangan dalam pembangunan
komuniti setempat malah membawa perubahan dalam kehidupan setiap anggota masyarakat, khususnya
kepada anak-anak yatim di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur

a Nyatakan definisi penglibatan diri dalam program komuniti. [2m]


Definisi penglibatan diri dalam program komuniti ialah tindakan sukarela yang memberikan peluang
kepada individu untuk memikul tanggungjawab kemasyarakatan

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


Tindakan sukarela yang memberikan peluang kepada individu untuk memikul
F 2
tanggungjawab kemasyarakatan
F1 Tindakan sukarela 1
F2 Memberikan peluang kepada individu 1
F3 Memikul tanggungjawab kemasyarakatan 1

b Sekiranya anda menyertai program khidmat komuniti di atas, cadangkan sumbangan yang dapat
memberi manfaat kepada penghuni di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras. [3m]
i Membaik pulih rumah kanak-kanak yang rosak
ii Mendermakan duit
iii Menanam pokok di persekitaran rumah kanak-kanak itu.

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


F1 Menyumbangkan tenaga kerja/ pembersihan 1
F2 Menyumbangkan makanan/ pakaian/ keperluan asas/ peralatan sekolah 1
F3 Mendermakan duit 1
F4 Membaik pulih rumah kanak-kanak yang rosak 1
F5 Menanam pokok di persekitaran rumah kanak-kanak itu. 1
F6 Memberikan persembahan/ hiburan semasa lawatan 1
F7 Memberi sokongan moral dengan mendengar cerita dan luahan hati mereka 1

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 17
1225 SULIT

c Program komuniti turut dilaksanakan oleh Badan Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai
usaha murni untuk mewujudkan komuniti yang dinamik dan sejahtera.
Namakan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang melaksanakan program komuniti. [2m]
i. Yayasan Salam Malaysia
ii. Majlis Kanser Nasional

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


H1 Yayasan Salam Malaysia 1
H2 Majlis Kanser Nasional 1
H3 Amanah Ikhtiar Malaysia 1
H4 Pendidikan untuk Anak-anak Orang Asli 1
H5 Program Penjagaan Haiwan Liar TNRM Malaysia 1
H6 Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung 1

d Keratan akhbar di bawah berkaitan Dasar Kebersihan Negara.

Dasar Kebersihan Negara Bermula Dengan Rakyat Yang Bertanggungjawab

Jasin : Sokongan dan kerjasama rakyat akan merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara lebih sejahtera,
bersih dan aman dalam menguruskan pepejal dan sampah dengan cara yang baik menerusi Dasar
Kebersihan Negara.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata justeru, pelbagai inisiatif boleh
dilaksanakan berpandukan garis panduan dasar termasuk menggalakkan minat rakyat menjadikan budaya
mengumpul sampah sebagai sumber pendapatan sampingan atau “Trash to Cash”
“Saya rasa tidak mungkin kita (kerajaan) boleh buat sendiri, sebab itu kita melancarkan bumbung komuniti
(sekretariat) dan persatuan penduduk menjadi ejen yang dapat memastikan bahawa kawasan perumahan
dapat dijaga dengan baik.
“Mereka (persatuan) akan diberikan taklimat untuk memastikan program kitar semula di dalam kawasan
(perumahan) berjalan lancar sekali gus menjadi pemantau supaya penduduk tidak membuang sampah
merata-rata.” Katanya.
-Sumber BH Online, 03 November 2019

Dasar Kebersihan Negara merupakan inisiatif kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang bersih,
mampan, dan sejahtera melalui pembudayaan amalan kebersihan diri, keluarga, komuniti dan masyarakat
dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Pada pandangan anda, bolehkah dasar ini direalisasikan pada tahun 2030 sekiranya badan kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan bekerjasama ? Justifikasikan jawapan anda. [3m]
Boleh kerana dapat berkongsi ilmu dan pengalaman antara badan kerajaan dan pertubuhan bukan
kerajaan dalam menjalankan program. Selain itu, dapat mewujudkan semangat kekitaan dan kerja
berpasukan.

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 18
1225 SULIT

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


F Boleh. 1
H1 Matlamat Dasar Kebersihan Negara akan lebih mudah dilaksana dan dicapai. 1
H2 Boleh berkongsi ilmu dan pengalaman antara badan kerajaan dan pertubuhan bukan 1
kerajaan dalam menjalankan program.
H3 Beban kos penyelenggaraan kerajaan dapat dikurangkan. 1
H4 Membina jalinan kerjasama yang berterusan. 1
H5 Mewujudkan semangat kekitaan dan kerja berpasukan. 1
H6 Kelestarian alam sekitar dijamin terpelihara. 1
H7 Menjadi inspirasi anggota masyarakat untuk melibatkan diri dalam program komuniti. 1
H8 Menjadikan masyarakat prihatin terhadap kebersihan alam sekitar dan mengurangkan masalah 1
pencemaran.

5. Pernyataan di bawah adalah berkaitan dengan Hari Keamanan Antarabangsa yang juga dikenali juga
sebagai Hari Keamanan Sedunia.

Sambutan Hari Keamanan Sedunia (UN International Day of Peace 2019) telah diadakan pada 21
September 2019 (Sabtu) bertempat di The Pure Life Society, Batu 6, Jalan Puchong, Kuala Lumpur.
Sambutan ini dirasmikan oleh Duta Belgium dan tema sambutan kali ini adalah “Climate Action for
Peace”. Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan tersebut seperti larian keamanan, pentomin
bertemakan keamanan, pameran dan sebagainya.
Jabatan Alam Sekitar telah dijemput untuk turut serta dalam pameran tersebut. Salah satu tema yang
dibawa adalah berkaitan kesedaran bahaya buangan elektrik dan elektronik (E-Waste). Penerangan telah
diberikan kepada peserta dan tetamu yang hadir.
Sejarah sambutan Hari Keamanan Sedunia ini bermula setelah Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1981 telah membuat resolusi untuk mengisytiharkan Hari Keamanan
Sedunia pada hari Selasa ketiga bulan September mulai tahun 1982. Pada Tahun 2001, tarikh sambutan
ditetapkan pada 21 September dan ia disambut oleh semua negara anggota PBB. Di Malaysia Hari
Keamanan Sedunia ini mula disambut sejak tahun 2006 di Taiping, Perak oleh Partners for Peace
Malaysia (PfPM).

a. Pada pendapat anda, wajarkah Program Hari Keamanan Sedunia disambut seluruh dunia ? Jelaskan
hujah anda. [2m]
Wajar kerana dapat memberi kesedaran kepada masyarakat global penting menjaga keamanan.

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


F Wajar 1
H1 Memberi kesedaran kepada masyarakat global penting menjaga keamanan. 1
H2 Memberi kesedaran tentang keselamatan rakyat perlu diutamakan. 1
H3 Mengukuhkan hubungan kerjasama dan diplomatik antara negara di dunia 1
H4 Memberi kesedaran penting menjaga alam sekitar. 1

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 19
1225 SULIT

b. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah manfaat yang diperoleh apabila wujud kerjasama dalam
masyarakat global. [2m]
i. Keselamatan masyarakat dunia terjamin.

ii. Sektor pelancongan semakin berkembang.

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


F1 Keselamatan masyarakat dunia terjamin. 1
F2 Sektor pelancongan semakin berkembang. 1
F3 Mutu pendidikan dan teknologi meningkat. 1
F4 Pengekalan kerjasama antara negara. 1
F5 Hak asasi masyarakat global terpelihara. 1
F6 Jenayah antarabangsa dapat dikurangkan 1
F7 Sektor perindustrian semakin maju. 1
F8 Penguasaan bahasa asing meningkat. 1
F9 Pertukaran sumber tenaga kerja. 1

c. Pasukan bola sepak Negeri X kerap kali kalah dalam perlawanan bola sepak antara negara. Setelah
perbincangan diadakan, jurulatih pasukan itu telah bersetuju mengambil pemain import untuk
membantu pasukan mereka dalam pertandingan akan datang.
Justifikasikan cabaran bekerjasama dengan pemain import demi pembangunan sukan negara. [4m]
Cabarannya ialah cabaran budaya dan bahasa. Hal ini kerana terdapat pengaruh negatif budaya
masyarakat luar. Selain itu ialah cabaran politik iaitu terdapat perbezaan peraturan dan undang-
undang antara negara.

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


F1 Cabaran budaya dan bahasa. 1
H1 Pengaruh negatif budaya masyarakat luar. 1
H2 Perbezaan norma masyarakat. 1
H3 Perbezaan bahasa. 1
F2 Cabaran politik. 1
H4 Perbezaan peraturan dan undang-undang. 1
H5 Perbezaan ideologi dan peraturan. 1
F3 Cabaran ekonomi. 1
H6 Perbezaan nilai mata wang. 1
H7 Perbezaan teknologi dan produktiviti 1
F4 Cabaran geografi. 1
H8 Perbezaan zon masa dunia 1
H9 Perbezaan iklim / menyesuaikan diri dengan cuaca. 1

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 20
1225 SULIT

d.

Pembangunan yang terancang dapat memelihara alam sekitar dan mengekalkan keseimbangan
ekosistem.
Senaraikan cara masyarakat global boleh bekerjasama untuk melestarikan alam sekitar. [2m]
i. Tidak melakukan pembakaran terbuka.
ii. Mengawal penerokaan hutan

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


H1 Tidak melakukan pembakaran terbuka. 1
H2 Mengawal penerokaan hutan / penebangan pokok secara haram. 1
H3 Berkongsi kenderaan untuk mengurangkan pencemaran udara. 1
H4 Melakukan program kitar semula. 1
H5 Melaporkan kejadian pencemaran kepada pihak berkuasa. 1
H6 Masyarakat global boleh menganjurkan kempen mencintai alam sekitar 1

BAHAGIAN B
[10 Markah]
Jawab satu soalan sahaja.

6. Berikut ialah maklumat berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan


komunikasi dalam sistem Pendidikan di Malaysia.

Salah satu kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi adalah untuk murid lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Mereka boleh melayari laman sesawang
yang disediakan untuk membuat permohonan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 21
1225 SULIT

Bagaimanakah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi tersebut dapat memberi manfaat kepada
murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam
membuat permohonan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi? [ 10m ]

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat memberi manfaat kepada murid lepasan SPM
atau STPM dalam membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. .

Penggunaan TMK dapat menjimatkan kos murid lepasan SPM dan STPM. Contohnya, dapat
menjimatkan kos panggilan telefon mereka.Ini akan menyebabkan berlaku perkongsian maklumat dan
pelbagai maklumat dapat diperoleh dengan pantas oleh murid lepasan SPM dan STPM. Contohnya, murid
lepasan SPM dan STPM boleh mendapat banyak maklumat di hujung jari semasa menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi. .

Murid lepasan SPM dan STPM boleh melakukan permohonan UPU tanpa mengira masa dan tempat.
Dengan ini, peluang untuk melanjutkan pelajaran menjadi lebih luas. .

Penggunaan TMK dapat meningkatkan hubungan sosial antara murid lepasan SPM dan STPM. Murid
lepasan SPM dan STPM dapat berkomunikasi dengan rakan yang memohon kursus sama walaupun mereka
tinggal berjauhan antara satu sama lain. .

Kesimpulannya, murid lepasan SPM dan STPM perlulah menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi agar mendapat banyak manfaat dan dapat memudahkan pelbagai urusan. .

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


F1 Penggunaan TMK dapat menjimatkan masa murid lepasan SPM / STPM. 1
H1 menjimatkan masa perjalanan murid lepasan SPM / STPM ke pejabat pos untuk menghantar surat 1
permohonan.
H2 Murid lepasan SPM / STPM tidak perlu bersesak-sesak di kaunter untuk mendapatkan borang 1
permohonan.
F2 Penggunaan TMK dapat menjimatkan kos murid lepasan SPM / STPM 1
H3 Penggunaan TMK dapat menjimatkan kos panggilan telefon mereka. 1
H4 Penggunaan TMK juga dapat menjimatkan kos pengangkutan mereka. 1
F3 Berlaku perkongsian maklumat / pelbagai maklumat dapat diperoleh dengan pantas oleh 1
Murid lepas SPM / STPM
H5 Mereka dapat memperolehi maklumat UPU dengan mudah melalui internet 1
H6 Murid lepasan SPM / STPM boleh mendapat banyak maklumat di hujung jari semasa 1
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.
H7 Maklumat terkini dalam bidang pendidikan dapat disebar luas secara menyeluruh 1
H8 Murid lepasan SPM / STPM boleh melakukan permohonan UPU tanpa mengira masa dan tempat. 1
H9 Dengan ini, peluang untuk melanjutkan pelajaran menjadi lebih luas. 1
H10 Selain itu, ketidaktepatan maklumat juga dapat dielakkan. 1
F4 Penggunaan TMK dapat meningkatkan hubungan sosial antara murid lepasan SPM / 1
STPM
H11 Murid lepasan SPM / STPM dapat berkomunikasi dengan rakan yang memohon kursus sama 1
walaupun mereka tinggal berjauhan antara satu sama lain.
H12 Pemilihan calon ke UPU juga menjadi lebih adil / tidak berlaku bias. 1
Mana-mana jawapan yang munasabah
Mana-mana 1F + 9H = 10m / 2F + 8H =10m / 3F + 7H = 10m / 0F + 10H = 9m

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 22
1225 SULIT

7. Poster di bawah berkaitan program komuniti, Larian Amal Sihat Tanpa Dadah.

Program Larian Amal Sihat Tanpa Dadah telah berjaya menarik minat masyarakat setempat untuk
menyertai program komuniti ini.
Bincangkan manfaat yang ingin disampaikan oleh pihak penganjur yang melancarkan program komuniti
di atas. Jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal selain daripada nilai rasional dan
bertanggungjawab. [10m]

Program Larian Amal Sihat Tanpa Dadah merupakan salah satu program komuniti yang patut
disertai oleh masyarakat. Nilai yang perlu diamalkan ialah nilai patriotism. Nilai Kerjasama. Nilai berterima
kasih. Nilai kerajinan. .

Manfaat yang ingin disampaikan oleh pihak penganjur ialah program ini dapat memupuk
semangat perpaduan dikalangan rakyat setempat. Pihak penganjur juga ingin menggalakkan penglibatan
masyarakat dari pelbagai kaum dan umur untuk menyertai program komuniti. .

Dengan pengajuran program tersebut, masyarakat dapat menjalin kerjasama yang berterusan
antara pihak penganjur dan komuniti. Ia juga dapat mengurangkan gejala sosial serta kes jenayah dikalangan
masyarakat. .

Selain itu, masyarakat juga dapat menyahut seruan kerajaan dengan menyertai program komuniti
yang dianjurkan. Individu yang menyertai program ini dapat membentuk komuniti yang sihat dari segi
mental dan fizikal. Penganjuran program ini juga menjadikan masyarakat bebas dari penyalahgunaan dadah.
Ia juga pada masa sama dapat menggalakkan masyarakat mengamalkan cara hidup
sihat. .

Kesimpulannya, masyarakat perlulah menyertai program komuniti yang dianjurkan agar semua
pihak mendapat pelbagai manfaat. .

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 23
1225 SULIT

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


Watak : pihak penganjur / masyarakat / individu / para sukarelawan
N1 Nilai patriotisme 1 N4 Nilai kasih sayang 1
N2 Nilai kerjasama 1 N5 Nilai kerajinan 1
N3 Nilai berterima kasih 1 N6 Nilai baik hati 1
H1 Memupuk perpaduan melalui program yang dijalankan. 1
H2 Penglibatan masyarakat yang pelbagai kaum dan peringkat umur. 1
H3 Membina jalinan kerjasama yang berterusan antara pihak penganjur dan komuniti. 1
H4 Mewujudkan semangat kerja berpasukan. 1
H5 Meningkatkan imej negara melalui penglibatan komuniti masyarakat dengan harmoni 1
H6 Mampu menangani cabaran dalam negara agar rakyat mengamalkan cara hidup sihat 1
H7 Masyarakat dapat menyahut seruan kerajaan untuk menyertai program komuniti. 1
H8 Membentuk komuniti yang sihat dari segi mental dan fizikal. 1
H9 Menjadikan komuniti yang bebas dari penyalahgunaan dadah. 1
H10 Mengurangkan gejala sosial dan jenayah dalam komuniti 1
H11 Individu dapat mempelajari kemahiran baharu dari program ahli komuniti 1
H12 Dapat mempelajari cara bersosial / berkomunikasi dengan ahli komuniti 1
Nota : terima mana-mana nilai / huraian yang munasabah
2N + 8H = 10M / 1N + 9H = 10M / 0N + 10H = 9M

BAHAGIAN C
[40 markah]
Jawab semua soalan.
8. Berikut ialah catatan diari Yan Yan.

08.03.2021
Bapa dan mama bergaduh lagi hari ini. Mama kata bapa tidak
melaksanakan tanggungjawab untuk jaga keluarga ini. Aku sangat
sedih.

10.03.2021
Adik menangis masa saya balik dari sekolah. Rupa-rupanya bapa
dan mama bertelingkah lagi. Selepas itu, mama telah keluar. Adik
lapar, aku pun lapar. Siapa boleh tolong aku.....

15.03.2021
Hari ini, bapa telah pukul mama, aku sangat takut. aku tidak tahu
apa boleh aku buat.....

a. Berdasarkan catatan diari Yan Yan, bincangkan implikasi perbuatan tidak berintegriti terhadap anggota
keluarga. [10m]

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 24
1225 SULIT

Perbuatan tidak berintegriti terhadap anggota keluarga merupakan sesuatu yang harus dielakkan
kerana boleh mendatangkan kesan negatif. .

Implikasi perbuatan tidak berintegriti terhadap anggota keluarga ialah kerosakan akhlak dalam
kalangan anggota keluarga. Ibu bapa Yan Yan tidak menghormati antara satu sama lain. Contohnya,
pergaduhan ibu bapa telah menjatuhkan imej keluarga Yan Yan. Pertelingkahan ibu bapa Yan Yan juga
meruntuhkan institusi kekeluargaan . Contohnya, ibu bapaYan Yan mungkin bercerai. Hal ini akan
menyebabkan perpecahan dalam keluarga Yan Yan. .

Selain itu, implikasi perbuatan tidak berintegriti dalam keluarga juga akan menyebabkan rumah
tangga porak-peranda. Contohnya, keluarga Yan Yan menjadi tidak harmoni. Prestasi diri dan pelajaran Yan
Yan di sekolah juga terjejas. Yan Yan dan adik juga akan kehilangan keyakinan diri. Yan Yan dan adik akan
mengalami trauma kerana ibu bapa selalu bergaduh. Kesihatan Yan Yan dan adiknya akan terjejas kerana
selalu kelaparan. .

Implikasi perbuatan tidak berintegriti dalam keluarga juga akan menyebabkan diskriminasi dalam
keluarga. Contohnya, akan berlaku perselisihan faham dalam keluarga Yan Yan. Yan Yan dan adik mungkin
akan terlibat gejala sosial dan penyalahgunaan dadah. Yan Yan dan adik mungkin akan lari
rumah. .

Kesimpulannya, kita haruslah menjauhi perbuatan tidak berintegriti dalam kehidupan supaya ahli
keluarga dapat hidup dengan bahagia. .

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


Terima watak : Yan Yan / ibu bapa Yan Yan / Keluarga Yan Yan / mereka
Bil Nilai Universal / Tindakan / Huraian / Contoh M
H1 Implikasi perbuatan tidak berintegriti terhadap anggota keluarga ialah kerosakan akhlak 1
dalam kalangan anggota keluarga.
H2 Ibu bapa Yan Yan tidak menghormati antara satu sama lain 1
H3 Pergaduhan mereka telah menjatuhkan imej keluarga Yan Yan. 1
H4 Pertelingkahan ibu bapa Yan Yan juga meruntuhkan institusi kekeluargaan 1
H5 Ibu bapa Yan Yan mungkin akan bercerai 1
H6 Hal ini akan menyebabkan perpecahan dalam keluarga Yan Yan. 1
H7 Implikasi perbuatan tidak berintegriti dalam keluarga juga akan menyebabkan rumah 1
tangga porak-peranda
H8 Keluarga Yan Yan menjadi tidak harmoni 1
H9 Prestasi diri / pelajaran Yan Yan di sekolah terjejas 1
H10 Yan Yan dan adik akan kehilangan keyakinan diri 1
H11 Yan Yan dan adik akan mengalami trauma kerana ibu bapa selalu bergaduh 1
H12 Kesihatan Yan Yan dan adik akan terjejas kerana selalu kelaparan. 1
H13 Implikasi perbuatan tidak berintegriti dalam keluarga juga akan menyebabkan 1
diskriminasi dalam keluarga
H14 Berlaku perselisihan faham dalam keluarga Yan Yan 1
H15 Yan Yan dan adik mungkin terlibat dalam gejala sosial 1
H16 Yan Yan dan adik mungkin akan lari dari rumah 1
Mana-mana jawapan yang munasabah
Mana-mana 10H = 10m

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 25
1225 SULIT

b. Huraikan nilai universal yang perlu diamalkan oleh semua anggota keluarga dalam membina keluarga
yang berintegriti. [10m]
Semua anggota keluarga harus saling menyayangi antara satu sama lain untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan. Nilai yang diamalkan ialah nilai kasih sayang. Nilai hormat. Nilai toleransi.
Nilai kerjasama. .

Anak-anak harus menghargai sumbangan ibu bapa dalam keluarga. Anak- anak harus mengenang
jasa baik ibu bapa dalam mendidik mereka. Anak-anak harus menghormati ibu bapa dan anggota keluarga
yang lebih tua dengan memberi layanan yang sopan. Contohnya, anak-anak boleh bercakap dengan sopan.
Ibu bapa juga haruslah bertolak ansur dengan kerenah anak-anak yang masih muda dan tidak matang. Ibu
bapa juga perlulah menjalankan tugas dan peranan mereka untuk menyara anak-anak. .

Selain itu, ibu bapa harus mendidik anggota keluarga dengan ajaran agama. Contohnya ibu bapa
boleh membimbing anggota keluarga dengan ajaran agama dan kepercayaan. Mereka harus melakukan
amalan keagamaan dan kepercayaan bersama-sama. Ibu bapa harus menunjukkan perlakuan mulia supaya
anggota keluarga yang lain dapat mencontohinya. .

Kesimpulannya, semua anggota keluarga hendaklah bekerjasama dan menjalankan tugas masing-
masing supaya keluarga menjadi bahagia. .

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


Terima watak : semua anggota keluarga / ibu bapa / anak-anak / adik beradik
Bil Nilai Universal / Tindakan / Huraian / Contoh M
N1 Nilai kasih sayang 1 N4 Nilai bertanggungjawab 1
N2 Nilai hormat 1 N5 Nilai rasional 1
N3 Nilai toleransi 1 N6 Nilai kerjasama 1
H1 Semua anggota keluarga harus saling menyayangi antara anggota keluarga. 1
H2 Anak anak harus menghargai sumbangan ibu bapa dalam keluarga. 1
H3 Anak-anak harus mengenang jasa baik ibu bapa dalam mendidik mereka. 1
H4 Anak-anak harus menghormati ibu bapa / anggota keluarga yang lebih tua dengan memberi 1
layanan yang sopan.
H5 Ibu bapa harus bertolak ansur dengan kerenah anak-anak yang masih muda / tidang matang. 1
H6 Ibu bapa harus menjalankan tugas / peranan mereka untuk menyara anak-anak. 1
H7 Ibu bapa harus mendidik anggota keluarga dengan ajaran agama atau kepercayaan / 1
memberi didikan agama kepada anak-anak sejak kecil lagi.
H8 Ibu bapa harus membimbing anggota keluarga tentang ajaran agama / kepercayaan. 1
H9 Mereka harus melakukan amalan keagamaan / kepercayaan bersama-sama. 1
H10 Semua anggota keluarga harus memastikan penglibatan warga tua dalam setiap aktiviti 1
keluarga.
H11 Anak-anak harus menghormati dan mendengar nasihat warga tua. 1
H12 Anggota keluarga juga harus membawa warga tua bersama-sama semasa melancong. 1
H13 Ibu bapa harus menunjukkan perlakuan mulia supaya anggota keluarga dalam keluarga 1
dapat mencontohinya.
H14 Semua anggota keluarga harus menjaga kerahsiaan dalam keluarga. 1
H15 Semua anggota keluarga harus menangani urusan dan permasalahan keluarga dengan jujur dan 1
adil.
H16 Semua anggota keluarga harus menyelesaikan sebarang pertengkahan antara anggota keluarga 1
dengan aman.

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 26
1225 SULIT

H17 Anak-anak harus memainkan peranan untuk membantu ibu bapa membuat kerja rumah 1
bagi meringankan beban ibu bapa.
H18 Anak-anak juga harus belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mengharumkan nama baik 1
keluarga.
H19 Anak-anak harus sentiasa berkelakuan baik supaya menjaga nama baik keluarga. 1
H20 Anak-anak harus membantu ibu bapa menjaga adik-adik kecil dan membantu adik-adik dalam 1
pembelajaran.
H21 Adik beradik dalam sesebuah keluarga harus sayang menyayangi antara satu sama lain. 1
H22 Semua anggota keluarga harus bersatu hati dan saling membantu antara satu sama lain dalam 1
menyelesaikan masalah keluarga.
Mana-mana jawapan yang munasabah
Mana-mana 2N + 8H = 10m / 1N + 9H = 10m / 0N +10H = 9m

9. Gambar-gambar berikut menunjukkan isu pelarian yang berlaku di luar negara.

a. Isu pelarian semakin hangat dibincangkan oleh masyarakat global. Mangsa pelarian akan berada di negara
lain untuk menetap secara sementara setelah melarikan diri dari negara asal.

Isu pelarian perlukan tindakan bersama masyarakat global. Bincangkan kesan sekiranya masyarakat
global mengabaikan sikap berperikemanusiaan terhadap mangsa pelarian. Justifikasikan jawapan anda
berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. [10m]

Sikap berperikemanusiaan masyarakat global terhadap mangsa pelarian dapat menjamin kehidupan
yang sejahtera. Nilai yang diamalkan ialah nilai rasional. Nilai kejujuran. Nilai toleransi. Nilai patriotisme nilai
harga diri. .

Kesan sekiranya masyarakat global mengabaikan sikap berperikemanusiaan terhadap mangsa pelarian
ialah mangsa pelarian akan terabai. Mangsa dipinggirkan tanpa bantuan sewajarnya. Mereka tiada bantuan
makanan atau keperluan asas diberikan. Masyarakat juga akan hilang pertimbangan.

Selain itu, masyarakat global akan menganggap kekejaman satu kebiasaan. Mereka akan hilang
perasaan kasih sayang sesama manusia. Masyarakat juga akan bersikap individualistik dan materialistik. .

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 27
1225 SULIT

Kesimpulannya, masyarakat global wajarlah menghayati dan mengamalkan sikap


berperikemanusiaan terhadap mangsa pelarian demi kesejahteraan global. .

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


Watak : Malaysia / mangsa pelarian / ahli masyarakat
N1 Nilai rasional 1 N4 Nilai kerjasama 1
N2 Nilai kejujuran 1 N5 Nilai toleransi 1
N3 Nilai baik hati 1 N6 Nilai kasih sayang 1
H1 Mangsa pelarian akan terabai. 1
H2 Mangsa dipinggirkan tanpa bantuan sewajarnya. 1
H3 Tiada bantuan makanan / keperluan asas kepada mangsa pelarian 1
H4 Masyarakat akan hilang pertimbangan. 1
H5 Masyarakat global akan mengaggap kekejaman satu kebiasaan. 1
H6 Ahli masyarakat akan hilang kepercayaan sesama manusia. 1
H7 Ahli masyarakat akan hilang perasaan kasih sayang sesama manusia. 1
H8 Masyarakat global mengabaikan hubungan sosial serantau. 1
H9 Masyarakat bersikap individualistik / materialistik. 1
Nota : terima mana-mana nilai / jawapan / huraian yang munasabah
2N + 8H = 10M / 1N + 9H = 10M / 0N + 10H = 9M

b. Setiap negara perlu mengamalkan sikap berperikemanusiaan dalam usaha membantu mangsa pelarian
demi kesejahteraan global. Terangkan usaha yang boleh dibuat untuk membantu mangsa pelarian supaya
kebajikan mereka sentiasa terpelihara. [10m]

Usaha-usaha yang dilakukan oleh masyarakat global terhadap mangsa pelarian dapat membentuk
masyarakat global yang sejahtera dan harmoni. .

Usaha yang boleh dibuat untuk membantu mangsa pelarian supaya kebajikan mereka sentiasa
terpelihara ialah menguruskan penempatan mangsa pelarian . Selain itu, kita boleh mewujudkan
penempatan sementara kepada mangsa pelarian. Kita juga boleh mewujudkan kerjasama antarabangsa.
Kesihatan mangsa pelarian. juga perlulah dijaga. Peluang pendidikan juga boleh disediakan kepada
mereka. .

Seterusnya, kita juga boleh menyerapkan mereka ke dalam sektor pekerjaan. Kursus dan latihan
yang berkaitan juga boleh disertai oleh mangsa pelarian. Kita juga boleh memberikan bantuan makanan
dan menghantar bantuan kepada mangsa pelarian di pusat penempatan. Contohnya, bantuan berupa
pakaian dan ubat-ubatan merupakan antara yang sangat diperlukan oleh mereka. .

Kesimpulannya, masyarakat global perlulah menunjukkan usaha dan sikap berperikemanusiaan


yang boleh diteladani kerana prihatin terhadap perkara yang berlaku di sekelilingnya agar kita semua
dapat hidup dengan harmoni. .

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 28
1225 SULIT

Pilihan jawapan lain yang boleh diterima :


Watak : Kerajaan / Masyarakat.
H1 Menyediakan suaka / tempat tinggal 庇护所 orang pelarian / menyediakan kem orang 1
pelarian sementara
H2 Mengadakankan kerjasama antarabangsa melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1
H3 Menyuarakan kebimbangan terhadap masalah pelarian di peringkat antarabangsa. 1
H4 Meminta Pesuruhjaya Tinggi Tentang Orang Pelarian PBB (UNHCR) untuk melindungi / 1
menyelesaikan masalah orang pelarian
H5 Menjaga kesihatan orang pelarian. 1
H6 Memberikan kad pelarian / kad UNHCR kepada orang pelarian 1
H8 Membantu orang pelarian kembali ke negara asal / menetap di negara lain 1
H9 Memeriksa tahap kesihatan mangsa pelarian. 1
H10 Menyediakan peluang pendidikan kepada kanak-kanak pelarian. 1
H11 Menjamin hak asasi kanak-kanak mangsa pelarian. 1
H12 Menyerapkan mangsa pelarian ke dalam sektor pekerjaan. 1
H13 Menjalankan kursus dan latihan yang boleh disertai oleh mangsa pelarian. 1
H14 Pelarian harus menggunakan kemahiran yang dikuasai untuk mencari sumber pendapatan 1
bagi menyara hidup.
H15 Memberikan bantuan makanan / keperluan asas / pakaian / ubat 1
H16 Menghantar bantuan kepada mangsa pelarian di pusat penempatan. 1
H17 Kerajaan Malaysia harus menguatkuasakan undang-undang kepada mangsa pelarian yang 1
menumbulkan masalah di negara kita
Nota : Terima mana-mana jawapan / huraian yang munasabah
10H = 10M soalan KBAT

~ SKEMA JAWAPAN TAMAT ~

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 29
P. Moral
MODUL NAMA : ……………………………….............. TINGKATAN : …...…….
SENTUHAN
AKHIR
2½ Jam SET MODUL SENTUHAN AKHIR
PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 5

PENDIDIKAN MORAL
Dua Jam Tiga Puluh Minit
SET 2

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Untuk Kegunaan Pemeriksa


1. Kertas soalan ini mengandungi Tiga
bahagian: Bahagia A, Bahagian B dan Bahagian Soalan Markah Markah
Bahagian C. Penuh Diperoleh
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, 1 10
satu soalan dalam Bahagian B dan semua
soalan dalam bahagian C. 2 10
3. Tulis jawapan dalam ruangan yang
disediakan pada kertas soalan. A 3 10

4 10

5 10

6 10
B
Disediakan oleh 7 10
PANEL PERUNDING MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL 8a 10
NEGERI JOHOR
8b 10
C
9a 10

9b 10

Jumlah 100

Kertas Soalan ini mengandungi 11 muka surat bercetak

Hakciptaterpelihara@sektor pembelajaranJPNJSET2 1
1225 SULIT

BAHAGIAN A
[50 markah]
Jawab semua soalan

1. Kelvin telah menerima emel yang menyerupai laman sesawang bank yang memintanya untuk
mengemas kini maklumat akaun. Tanpa rasa ragu-ragu, Kelvin terus mengemas kini maklumat peribadi
perbankannya. Beberapa hari kemudian, pihak bank menghubungi Kelvin untuk mengesahkan
pengeluaran sejumlah besar wang yang telah dibuatnya.

a. Jika anda Kelvin, apakah tindakan anda jika menerima emel di atas ? [2m]
i Telefon bank
ii Lapor polis

b. Nyatakan etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang patut anda amalkan semasa
melayari sesebuah laman sesawang. [2m]
i Tidak muat naik bahan tanpa keizinan.
ii Tidak sebar maklumat palsu

c. Jelaskan kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika bagi
memudahkan urusan kehidupan harian. [4m]
Tingkatkan kualiti pendidikan. Ubah pengajaran menjadi lebih menarik. Menjana ekonomi negara.
Jualan dan belian dilakukan secara dalam talian

d. Perbuatan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika boleh
mengundang tindakan undang-undang.
Namakan undang-undang yang melindungi pengguna teknologi maklumat dan komunikasi. [2m]
i Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
ii Akta Jenayah Komputer

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 2
1225 SULIT

2. Gambar menunjukkan pelbagai cara meniru semasa peperiksaan.

a. Perbuatan meniru dalam peperiksaan adalah perbuatan yang melanggar integriti individu. Takrifkan
maksud integriti individu. [2m]
Sifat jati diri yang merangkumi kejujuran dan keikhlasan.

b. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang murid terlibat dalam perbuatan peniruan dan penipuan
dalam peperiksaan ? [3m]
i Malas ulangkaji..
ii Takut gagal.
iii Takut ibu bapa marah

Integriti perlu dipupuk dalam diri setiap individu bagi melahirkan insan yang
bertanggungjawab dalam setiap perlakuan. Oleh itu, setiap individu perlu mengetahui
kepentingan integriti agar mampu memelihara nilai moral dalam diri seseorang bagi setiap
tindakan yang diambil.

c. Ulaskan pernyataan di atas. [5m]


Memelihara imej diri dan keluarga. Dipercayai orang lain. Tidak terlibat rasuah. Hasil kerja berkualiti.
Wujudkan pentadbiran yang cekap.

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 3
1225 SULIT

3. Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan yang diperlukan bagi Tabung Kecemasan Yaman.

Tahukah anda setiap 10 minit seorang kanak-kanak mati di


Yaman akibat kebuluran ? Krisis peperangan telah
menyebabkan krisis kemanusiaan antara yang terbesar di
dunia Ketika ini di samping isu ini yang dipandang sepi oleh
dunia. Lebih 80% kanak-kanak di Yaman memerlukan
bantuan segera dalam segenap aspek.

a Sebagai insan yang bermoral, jelaskan perasaan anda apabila melihat poster dan membaca pernyataan
di atas ? [2m]
Sedih kerana Kanak-kanak kurus dan lapar

b Ramalkan kesan pengabaian sikap berperikemanusiaan terhadap mangsa dalam situasi di atas. [3m]
Akan terabai. Hilang kasih sayang antara manusia. Manusia bergaduh.

c Nyatakan kebaikan mengamalkan sikap berperikemanusiaan dalam kehidupan harian. [2m]


i. Membantu orang kurang bernasib baik.
ii. Menjalinkan hubungan baik.

d Bagaimanakah cara memupuk masyarakat global agar menghayati dan mengamalkan sikap
berperikemanusiaan dalam kehidupan ? [3m]
Beri bantuan asas kepada orang susah. Sertai misi keamanan. Wujudkan kumpulan bagi bantuan.

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 4
1225 SULIT

4. Poster di bawah berkaitan Program Khidmat Komuniti, “JALINAN KASIH PERMATA HATI” anjuran
Pusat Kerjaya dan Kaunseling, UITM, Shah Alam. di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras,
Kuala Lumpur.

Sumber: https://news.uitm.edu.my

Program kemasyarakatan di atas bukan sahaja dapat memberikan sumbangan dalam pembangunan
komuniti setempat malah membawa perubahan dalam kehidupan setiap anggota masyarakat, khususnya
kepada anak-anak yatim di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur

a Nyatakan definisi penglibatan diri dalam program komuniti. [2m]


Tindakan sukarela dan memberi sumbangan kepada masyarakat .

b Sekiranya anda menyertai program khidmat komuniti di atas, cadangkan sumbangan yang dapat
memberi manfaat kepada penghuni di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras. [3m]
i Bersihkan kawasan rumah
ii Beri makanan.
iii Beri duit

c Program komuniti turut dilaksanakan oleh Badan Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai
usaha murni untuk mewujudkan komuniti yang dinamik dan sejahtera.
Namakan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang melaksanakan program komuniti. [2m]
i. Majlis Kanser Nasional
ii. Yayasan Salam Malaysia

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 5
1225 SULIT

d Keratan akhbar di bawah berkaitan Dasar Kebersihan Negara.

Dasar Kebersihan Negara Bermula Dengan Rakyat Yang Bertanggungjawab

Jasin : Sokongan dan kerjasama rakyat akan merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara lebih sejahtera,
bersih dan aman dalam menguruskan pepejal dan sampah dengan cara yang baik menerusi Dasar
Kebersihan Negara.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata justeru, pelbagai inisiatif boleh
dilaksanakan berpandukan garis panduan dasar termasuk menggalakkan minat rakyat menjadikan budaya
mengumpul sampah sebagai sumber pendapatan sampingan atau “Trash to Cash”
“Saya rasa tidak mungkin kita (kerajaan) boleh buat sendiri, sebab itu kita melancarkan bumbung komuniti
(sekretariat) dan persatuan penduduk menjadi ejen yang dapat memastikan bahawa kawasan perumahan
dapat dijaga dengan baik.
“Mereka (persatuan) akan diberikan taklimat untuk memastikan program kitar semula di dalam kawasan
(perumahan) berjalan lancar sekali gus menjadi pemantau supaya penduduk tidak membuang sampah
merata-rata.” Katanya.
-Sumber BH Online, 03 November 2019

Dasar Kebersihan Negara merupakan inisiatif kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang bersih,
mampan, dan sejahtera melalui pembudayaan amalan kebersihan diri, keluarga, komuniti dan
masyarakat dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Pada pandangan anda, bolehkah dasar ini direalisasikan pada tahun 2030 sekiranya badan kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan bekerjasama ? Justifikasikan jawapan anda. [3m]
Boleh. Matlamat mudah dicapai. Semangat kerja berpasukan

5. Pernyataan di bawah adalah berkaitan dengan Hari Keamanan Antarabangsa yang juga dikenali juga
sebagai Hari Keamanan Sedunia.

Sambutan Hari Keamanan Sedunia (UN International Day of Peace 2019) telah diadakan pada 21
September 2019 (Sabtu) bertempat di The Pure Life Society, Batu 6, Jalan Puchong, Kuala Lumpur.
Sambutan ini dirasmikan oleh Duta Belgium dan tema sambutan kali ini adalah “Climate Action for
Peace”. Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan tersebut seperti larian keamanan, pentomin
bertemakan keamanan, pameran dan sebagainya.
Jabatan Alam Sekitar telah dijemput untuk turut serta dalam pameran tersebut. Salah satu tema yang
dibawa adalah berkaitan kesedaran bahaya buangan elektrik dan elektronik (E-Waste). Penerangan telah
diberikan kepada peserta dan tetamu yang hadir.
Sejarah sambutan Hari Keamanan Sedunia ini bermula setelah Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1981 telah membuat resolusi untuk mengisytiharkan Hari Keamanan
Sedunia pada hari Selasa ketiga bulan September mulai tahun 1982. Pada Tahun 2001, tarikh sambutan
ditetapkan pada 21 September dan ia disambut oleh semua negara anggota PBB. Di Malaysia Hari
Keamanan Sedunia ini mula disambut sejak tahun 2006 di Taiping, Perak oleh Partners for Peace
Malaysia (PfPM).

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 6
1225 SULIT

a. Pada pendapat anda, wajarkah Program Hari Keamanan Sedunia disambut seluruh dunia ? Jelaskan
hujah anda. [2m]
Wajar. Keselamatan rakyat diutamakan.

b. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah manfaat yang diperoleh apabila wujud kerjasama dalam
masyarakat global. [2m]
i. Pelancongan berkembang.
ii. Keselamatan dunia terjamin.

c. Pasukan bola sepak Negeri X kerap kali kalah dalam perlawanan bola sepak antara negara. Setelah
perbincangan diadakan, jurulatih pasukan itu telah bersetuju mengambil pemain import untuk
membantu pasukan mereka dalam pertandingan akan datang.
Justifikasikan cabaran bekerjasama dengan pemain import demi pembangunan sukan negara. [4m]
Cabaran budaya dan bahasa. Mereka susah mahu berkomunikasi. Cabaran geografi.
sukar mereka sesuaikan diri dengan iklim yang tidak sama.

d.

Pembangunan yang terancang dapat memelihara alam sekitar dan mengekalkan keseimbangan
ekosistem.
Senaraikan cara masyarakat global boleh bekerjasama untuk melestarikan alam sekitar. [2m]
i. Buat kitar semula
ii. Tidak buat pembakaran terbuka

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 7
1225 SULIT

BAHAGIAN B
[10 Markah]
Jawab satu soalan sahaja.

6. Berikut ialah maklumat berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
sistem Pendidikan di Malaysia.

Salah satu kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi adalah untuk murid lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Mereka boleh melayari laman sesawang
yang disediakan untuk membuat permohonan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Bagaimanakah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi tersebut dapat memberi manfaat kepada
murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam
membuat permohonan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi? [10 m]

Mereka dapat menjimatkan masa. Mereka tidak perlu pergi ke pejabat pos hantar surat permohonan
ini boleh kurangkan kos kewangan dan kos panggilan telefon. Mereka boleh jimat kos pengangkutan.

Mereka dapat kongsi maklumat dengan cepat. Mereka juga boleh dapat maklumat dengan mudah
melalui internet. Mereka dapat berkomunikasi dengan rakan. Mereka dapat berbincang dengan kawan-
kawan walaupun mereka tinggal jauh. Mereka dapat hubungan sosial baik. .

Kesimpulannya, mereka dapat senang memohon untuk pergi ke institusi pengajian tinggi.

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 8
1225 SULIT

7. Poster di bawah berkaitan program komuniti, Larian Amal Sihat Tanpa Dadah.

Sumber : Facebook, Kelab Pemadam USM, 22 Disember 2018

Program Larian Amal Sihat Tanpa Dadah telah berjaya menarik minat masyarakat setempat untuk menyertai
program komuniti ini.

Bincangkan manfaat yang ingin disampaikan oleh pihak penganjur yang melancarkan program komuniti di
atas. Jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal selain daripada nilai rasional dan nilai bertanggungjawab.
[10m]

Nilai patriotism. Nilai kerjasama. Nilai kerajinan. Pihak penganjur dapat memupuk semangat
perpaduan dikalangan rakyat setempat.
Pihak pengajur menggalakkan penglibatan masyarakat pelbagai kaum dan umur. Mereka boleh
menjalin kerjasama yang berterusan. Mereka dapat mengurangkan gejala sosial dan kes jenayah.
Pihak penganjur dapat menyahut seruan kerajaan. Mereka dapat membentuk komuniti yang sihat
dari segi mental dan fizikal. Mereka boleh bebas masalah dadah.
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat diamalkan.

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 9
1225 SULIT

BAHAGIAN C
[40 markah]
Jawab semua soalan.

8. Berikut ialah catatan diari Yan Yan.

08.03.2021
Bapa dan mama bergaduh lagi hari ini. Mama kata bapa tidak
melaksanakan tanggungjawab untuk jaga keluarga ini. Aku sangat
sedih.

10.03.2021
Adik menangis masa saya balik dari sekolah. Rupa-rupanya bapa
dan mama bertelingkah lagi. Selepas itu, mama telah keluar. Adik
lapar, aku pun lapar. Siapa boleh tolong aku.....

15.03.2021
Hari ini, bapa telah pukul mama, aku sangat takut. aku tidak tahu
apa boleh aku buat.....

a. Berdasarkan catatan diari Yan Yan, bincangkan implikasi perbuatan tidak berintegriti terhadap anggota
keluarga. [10m]

Implikasinya ialah kerosakan akhlak anggota keluarga. Pergaduhan ibu bapa menjatuhkan
imej keluarga. Institusi keluarga runtuh. Ibu bapa Yan Yan berceria.

Implikasinya ialah rumah tangga tidak bahagia. Keluarga tidak harmoni. Keluarga Yan Yan
berlaku diskriminasi dalam keluarga.

Perselisihan faham keluarga berlaku. Anak-anak boleh terlibat dengan gejala sosial seperti
lari dari rumah Pelajaran anak anak juga terjejas.

b. Huraikan nilai universal yang perlu diamalkan oleh semua anggota keluarga dalam membina keluarga
yang berintegriti. [10m]

Nilai hormat. Nilai bertanggungjawab. Nilai rasional.

Ahli keluarga harus saling menyayangi antara satu sama lain. Anak-anak hargai jasa ibu bapa dan
keluarga. Mereka menghormati ibu bapa. Mereka bercakap dengan sopan ketika berbual dengan ibu bapa. Ini
dapat wujudkan suasana harmoni dalam keluarga.

Ibu bapa mendidik anggota keluarga dengan ajaran agama seperti sembahyang bersama dan mengajak
berbuat baik. Ibu bapa menunjukkan contoh perlakuan yang baik. Mereka menyelesaikan masalah keluarga
dengan jujur dan adil.

Kesimpulannya, semua anggota keluarga hendaklah bekerjasama supaya keluarga bahagia.

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 10
1225 SULIT

9. Gambar-gambar berikut menunjukkan isu pelarian yang berlaku di luar negara.

a. Isu pelarian semakin hangat dibincangkan oleh masyarakat global. Mangsa pelarian akan berada di negara
lain untuk menetap secara sementara setelah melarikan diri dari negara asal.

Isu pelarian perlukan tindakan bersama masyarakat global. Bincangkan kesan sekiranya masyarakat
global mengabaikan sikap berperikemanusiaan terhadap mangsa pelarian. Justifikasikan jawapan anda
berdasarkan nilai-nilai universal yang telah dipelajari. [10m]

Nilai rasional dan nilai toleransi.

Mangsa pelarian terabai. Mangsa dipinggirkan tanpa bantuan. Mereka tiada bantuan makanan atau
keperluan asas.

Masyarakat global hilang pertimbangan. Masyarakat global menjadikan kejam. Masyarakat global
hilang kepercayaan sesama manusia. Masyarakat global hilang perasaan kasih sayang. Ini boleh menjejaskan
imej negara.

Kesimpulannya, semua orang harus ada sikap kasih sayang supaya dunia boleh sejahtera.

b Setiap negara perlu mengamalkan sikap berperikemanusiaan dalam usaha membantu mangsa pelarian
demi kesejahteraan global. Terangkan usaha yang boleh dibuat untuk membantu mangsa pelarian supaya
kebajikan mereka sentiasa terpelihara. [10m]

Kerajaan boleh sediakan penempatan mangsa pelarian. Masyarakat global boleh sediakan penempatan
sementara. Mereka boleh kerjasama antarabangsa.

Mereka boleh bincang masalah pelarian di peringkat antarabangsa. Kerajaan boleh menjaga kesihatan
mangsa pelarian. Mereka boleh periksa tahap kesihatan mangsa pelarian.

Masyarakat global boleh bagi pelarian pergi ke sekolah belajar. Mereka boleh berikan makanan.

Masyarakat global boleh bagi latihan supaya pelarian dapat mencari duit. Mereka dapat pergi kerja
cari wang.

Kesimpulannya, semua orang harus ada sikap kasih sayang supaya dunia boleh sejahtera.

~ SOALAN TAMAT ~

Hakciptaterpelihara@sektorpembelajaranJPNJSET2 11

You might also like