Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 5/2024

PEMBANGUNAN PERTANIAN MELAKA SDN. BHD.

Tarikh : 01 Mac 2024 (Jumaat)


Masa : 10.30 pagi

Kehadiran:

1. YBrs. Tn. Azahar bin Hj Mohamed – Pengerusi


Ketua Pegawai Eksekutif

2. Pn. Nurul Farahin binti Musa


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

3. Pn. Aida Afifah binti Adnan


Pengarah Pengurusan

4. Cik Nur Syifaa Binti Mat Rasol


Pengarah Kewangan

5. En. Khairul Faizi bin Yakub@Yaacub


Pengarah Pembangunan

6. Pn. Asmah binti Meon


Penolong Pengarah Pembangunan

7. Pn. Nurul Afirah binti Mustafa Kamal


Penolong Pengarah Kewangan

8. Pn. Rosmahwati binti Daud


Pengurus Sumber Manusia

9. En. Mohd Faizal bin Abu Bakar


Pegawai Perhubungan Awam (PRO)

10. Pn. Ezza Hazzeeqa binti Mohd Yusoff


Pembantu Tadbir / Pencatit Minit
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat pada pagi
ini.
Tindakan: Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT

Pengesahan minit dicadangkan oleh Pn. Rosmahwati dan disokong oleh


Pn. Afirah.

3.0 JABATAN PENGURUSAN

3.1 Pemberian Bonus

Pengerusi memohon berkenaan pemarkahan keseluruhan bagi setiap anggota dan kiraan
pemberian bonus kepada anggota berdasarkan markah LNPT untuk diberikan kepada Ketua
Pegawai Eksekutif.

Tindakan: Pihak Pengurusan

Ulasan:

3.2 Laporan Bulanan Jabatan

Pengerusi memaklumkan kepada semua ketua jabatan untuk menyerahkan laporan bulanan
setiap bulan bagi setiap jabatan pada 01 Mac 2024.

Tindakan: Semua Pengarah Jabatan

Ulasan:

4.0 JABATAN KEWANGAN

4.1 Pengurangan Cukai Syarikat


Pengerusi memohon berkenaan isu pengurangan cukai tahunan bagi Pembangunan Pertanian
Melaka Sdn. Bhd. dan kos-kos yang boleh mendapat pelepasan cukai bagi pengurangan nilaian
tanah beserta kertas kerja. Pengerusi juga meminta Jabatan Kewangan menyenaraikan senarai
belanja yang mendapat penolakan cukai bagi tahun 2024 mengikut jadual yang dibentangkan.

Tindakan: Pn. Afirah

Ulasan:

5.0 JABATAN PEMBANGUNAN

5.1 Sebutharga Pembekalan Baja dan Racun

Mesyuarat dimaklumkan bahawa sebutharga pembekalan baja telah dibuka dari 16 Februari
2024 sehingga 01 Mac 2024 dan pembekalan racun telah dibuka selama 14 hari bermula pada
09 Februari 2024 hingga 23 Februari 2024.

Tindakan: En. Khairul

Ulasan:
Sebutharga pembekalan baja telah tamat pada 01 Mac 2024 dan sebutharga pembekalan
racun dibuka pada 26 Februari 2024. Perkara ini dibawa ke dalam Mesyuarat
Jawatankuasa dan Penilaian Sebutharga pada 02 Mac 2024.

5.2 Sebutharga Bagi Kerja-Kerja Menuai, Pruning, Mengangkut, Membaja, Meracun,


Pembersihan Kawasan dan Mencuci Parit.

Pengerusi dimaklumkan bahawa sehingga 31 Disember 2023, terdapat seramai empat belas (14)
kontraktor yang berminat dan telah memberikan sebutharga bagi kerja-kerja menuai, pruning,
mengangkut, membaja, meracun, pembersihan kawasan dan mencuci parit. Mesyuarat bersetuju
untuk melanjutkan tempoh kontrak kontraktor sedia ada sehingga 31 Mac 2024 dan kertas kerja
penilaian semula sebutharga bagi kerja-kerja menuai, pruning, mengangkut, membaja dan
meracun.

Tindakan: En. Khairul

Ulasan:
6.0 HAL- HAL LAIN

6.1 Kertas kerja bagi cadangan untuk membawa baki cuti tahun 2023 ke tahun 2024.

Pengerusi memohon memo kelulusan membawa cuti tahun 2023 ke tahun 2024 dikeluarkan
pada 04 Mac 2024 kepada lima (5) anggota :

i) Puan Nurul Farahin binti Musa


ii) En. Md Sap bin Bedol
iii) En. Zamzam bin Hasan
iv) En. Mohd Khairuddin bin Ramli
v) En. Somani bin Amat Seeran

Tindakan: Pn. Aida


Keputusan mesyuarat:

- Pengerusi mohon agar semua anggota yang mempunyai baki cuti tahun 2023 untuk
menghantar surat permohonan bawa baki cuti tersebut ke tahun 2024 dalam masa sebulan
daripada tarikh mesyuarat ini.
- Ahli mesyuarat bersetuju bahawa keputusan ini hanya diguna pakai untuk cuti tahun 2023
dibawa ke tahun 2024 sahaja.
- Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan permohonan yang terdahulu untuk membawa baki
cuti tahun 2023 ke 2024 dan Jabatan Pengurusan diminta untuk menyediakan memo
makluman pada Isnin 4 Mac 2024 untuk ditandatangani.

Ulasan:
Pihak pengurusan telah mengambil tindakan dan meminta mana-mana anggota yang
terlibat menghantar surat permohonan dalam tempoh masa sebulan. Sehingga 13
Februari 2024, seramai tujuh(7) orang telah menghantar surat permohonan.

6.2 Kenderaan Syarikat

Pengerusi memaklumkan kenderaan syarikat seperti Fortuner dan Ford Ranger digunakan untuk
kerja-kerja di ladang.

Tindakan: Pn. Aida

Keputusan mesyuarat:
- Setiap anggota yang menggunakan kenderaan syarikat harus bertanggungjawab atas
kemudahan yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif serta menjaga kebersihan
dalaman dan luaran kenderaan. Penggunaan kenderaan Honda CRV harus dibincang
terlebih dahulu antara Pn. Farahin dan Pn. Aida.

- Pengerusi memohon rekod bagi setiap kenderaan syarikat seperti tahun pembelian kenderaan,
tempoh penggunaan dan jumlah penyelenggaran kenderaan sedia ada.

Ulasan:

- Kunci Honda CRV telah diberikan kepada Pn. Farahin.


- Rekod setiap kenderaan seperti di Lampiran. Profil kenderaan masih dalam proses
penyediaan.

- Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 6.00 petang.

6.3 Pembentangan Kertas Kerja Pembelian Komputer


6.4 Pembentangan Kertas Kerja Kenaikan Gaji

Disediakan oleh; Disemak oleh;

(Ezza Hazzeeqa binti Mohd Yusoff) (Nurul Farahin binti Musa)


Pembantu Tadbir/Pencatit Minit Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

Disahkan oleh;

(YBrs. Tn. Azahar bin Haji Mohamed)


Ketua Pegawai Eksekutif

You might also like