Teks MC Townhall KB

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Bil Masa Aturcara Catatan MC

1.0 0830 Aluan Moderator Ucapkan Haidir


1. Bismillah.
2. Selawat & Doa.
3. Salam kepada semua.
Program 4. Syukur.
Kecemerlangan 5. Terima kasih MC, Puan Norelissuryani Binti Mokhtar,
Staf Pelaksana Pemenang Anugerah Pembentang Wanita Terbaik
Skim Teknologi Konvensyen KIK Zon Tengah Tahun 2021.
Maklumat UiTM 6. Ucapkan selamat bertemu kembali ke Townhall 1 :
2023 Perkhidmatan ICT bersama Ketua Bahagian – Ketua
di Swiss Garden Bahagian Jabatan Infostruktur.
Hotel Bukit Bintang 7. Bertanya khabar.
KL. 8. Mengalu-alukan:
a. PNC Infostruktur :
 Profesor Madya Ir Ts Dr Hajah Juliana Johari
b. Pengarah Pengurusan ICT : Puan Hajah Sariani Sarijo
c. Ketua Bahagian Dasar & Strategik ICT :
 Puan Samsuriwati Sohaini
d. Ketua Bahagian Pengurusan Projek ICT :
 Puan Hajah Ziraizratul Mohaini Mohamat
e. Ketua Bahagian Keselamatan ICT : Encik Sajudin Samad
f. Ketua Bahagian Sistem Maklumat :
 Encik Mohd Hairy Mohammadiah
g. Ketua Bahagian Infrastruktur ICT : Shamsuri Awang Seman
h. Ketua Bahagian Operasi ICT : Syamsudin Mudzamil

mukasurat 1 | 10
Bil Masa Aturcara Catatan MC
2.0 0840 Mukadimah Setiap KB diberikan ruang untuk memperkenalkan bahagian masing2
Jabatan terutamanya berkenaan fungsi dan operasi bahagian masing-masing.

2.1 0845 Bahagian #1 Ketua Bahagian Dasar & Strategik ICT :


Puan Samsuriwati Sohaini
Pemangku Ketua Bahagian
Ts. Dr. Hjh. Kamaliyah Binti Sarjo @ Hj. Ahmad : Bersara Pilihan

Mengenali Bahagian Dasar & Strategik ICT di Jabatan Infostruktur


Tadbir urus, standard dan polisi serta pengurusan strategi adalah tiga
(3) daripada enam (6) teras strategik utama dalam ekosistem ICT di
peringkat global.

Seiring dengan kemajuan teknologi semasa, perkhidmatan ICT


merupakan komponen penting dalam memastikan sistem
penyampaian universiti sentiasa kekal relevan.
Transformasi digital, cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan isu
dalam mendepani pandemik covid-19 memaksa semua warga
mengubah corak kerja seharian mereka dengan menggunakan
teknologi dalam persekitaran norma baharu.

Sejajar dengan keperluan ekosistem ICT semasa, Bahagian Dasar &


Strategik ICT bertanggungjawab untuk memastikan tadbir urus dan
perancangan strategik ICT selari dengan objektif dan pelan
perancangan strategik universiti.

mukasurat 2 | 10
Bil Masa Aturcara Catatan MC
Bahagian Dasar & Strategik ICT juga bertanggungjawab untuk
memastikan dasar ICT dipatuhi oleh setiap warga dan pengurusan
risiko ICT juga dikenal pasti bagi memastikan pelaksanaan
perkhidmatan ICT memberi impak yang lebih signifikan ke arah
kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatan universiti.

FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN

Memacu perancangan strategik ICT sejajar dengan perancangan


strategik universiti
1) Menyelaras dan menyeragam pelaksanaan program ICT
2) Memantau dan menilai prestasi perkhidmatan ICT universiti
3) Merangka dan menggubal dasar, standard dan amalan terbaik
ICT
4) Mengukuh governan ICT Universiti
5) Melaksanakan audit pematuhan kepada dasar ICT
6) Mengurus dan menyelaras pengurusan risiko ICT Universiti.

mukasurat 3 | 10
Bil Masa Aturcara Catatan MC
2.2 0850 Bahagian #2 Ketua Bahagian Pengurusan Projek ICT :
Puan Hajah Ziraizratul Mohaini binti Mohamat

Bahagian Pengurusan Projek ICT (BPPICT) mempunyai 3 peranan


utama dalam menyokong pengurusan Jabatan Infostruktur, PPII.
BPPICT bertindak sebagai Pejabat Pengurusan Projek ICT atau ICT
Project Management Office (PMO) bagi membantu Pengurus Projek
dalam urusan mentadbir projek ICT universiti.
BPPICT juga berperanan sebagai pentadbir kontrak ICT universiti
yang bernilai melebihi RM500,000 sehingga RM10 juta dan
memantau kontrak ICT di bawah seliaan Jabatan Infostruktur.
Selain daripada itu, BPPICT juga adalah selaku sekretariat
Jawatankuasa Teknikal ICT dan Elektronik (JITE) di peringkat
universiti.

FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN


1) Mengurus, menyelaras dan memantau projek ICT
2) Mengurus, mentadbir dan memantau kontrak ICT
3) Menjalankan tugas Sekretariat jawatankuasa Teknikal ICT dan
Elektronik (JITE)
4) Mengkaji dan membuat penilaian teknikal produk ICT terkini
serta membuat pengesyoran

mukasurat 4 | 10
Bil Masa Aturcara Catatan MC

2.3 0855 Bahagian #3 Ketua Bahagian Keselamatan ICT :


Encik Sajudin bin Samad

Selaras dengan perkembangan semasa dan aspirasi universiti untuk


menjadi universiti yang tersohor, keselamatan perkhidmatan
teknologi maklumat perlu dikawalselia bagi memastikan ia berjalan
dengan lancar.
Bahagian Keselamatan ICT, Jabatan Infostruktur bertanggungjawab
mengawalselia keselamatan ICT universiti daripada ancaman seperti
ancaman malware dan aktiviti penggodaman.
Skop kawalselia keselamatan ICT meliputi infrastruktur IT, rangkaian
dan aplikasi web.
Selain itu juga, Bahagian Keselamatan ICT memberi khidmat nasihat
dan memberikan kesedaran kepada warga UiTM mengenai
keselamatan ICT.

FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN


1) Mengkaji dan menilai bagi dasar-dasar UiTM berkaitan dengan isu
keselamatan ICT.
2) Menyelaras aktiviti Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat
mengikut kehendak ISMS ISO / IEC 27001:2013 untuk UiTM.
3) Menjalankan pemantauan keselamatan ICT yang meliputi
rangkaian, pelayan dan aplikasi.
4) Mengendalikan penilaian untuk memastikan tahap keselamatan
ICT dan menyediakan cadangan tindakan pembetulan untuk
meningkatkan keselamatan infrastruktur ICT;
mukasurat 5 | 10
Bil Masa Aturcara Catatan MC
5) Melaksanakan forensik insiden keselamatan ICT.
6) Mengkaji dan menilai teknologi keselamatan yang bersesuaian
bagi sistem aplikasi dan perkakasan ICT yang diguna pakai oleh
universiti.
7) Menguruskan aduan pengguna yang berkaitan perkhidmatan
keselamatan ICT.
8) Menjalankan operasi perkhidmatan keselamatan ICT universiti.

2.4 0900 Bahagian #4 Ketua Bahagian Sistem Maklumat :


Encik Mohd Hairy bin Mohammadiah

PENGENALAN BAHAGIAN SISTEM MAKLUMAT


Mengenali Bahagian Sistem Maklumat di Jabatan Infostruktur
Selaras dengan aspirasi universiti untuk menjadi institusi yang
berdaya saing bagi mencapai status universiti tersohor, keperluan
pengautomasi proses kerja yang efisien dalam menyokong sistem
penyampaian perkhidmatan universiti merupakan satu keperluan.
Justeru, pihak Infostruktur khususnya Bahagian Sistem Maklumat
(BSM) diberi tanggungjawab untuk menyediakan platform
pengautomasian proses kerja dengan membangunkan sistem dan
aplikasi universiti secara holistik bagi warga universiti dan pihak-
pihak yang berkepentingan.
Sebagai penyedia perkhidmatan pembangunan sistem, BSM juga
bertanggungjawab untuk menyelenggara sistem dan aplikasi bagi
tujuan penambahbaikan serta pengurusan pangkalan data dalam
memastikan kelancaran operasi universiti.

mukasurat 6 | 10
Bil Masa Aturcara Catatan MC

Berikut adalah fungsi dan peranan utama BSM :-

FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN


1) Merancang, mengurus dan menyelaras pembangunan serta
penyelenggaraan sistem dan aplikasi universiti.
2) Memastikan pembangunan sistem dan aplikasi
universiti mematuhi dasar, standard dan amalan terbaik.
3) Merancang, mengurus, khidmat nasihat dan melaksana integrasi
sistem dan data secara elektronik.
4) Merancang, mengurus dan menyelenggara pangkalan data
universiti.
5) Melaksana operasi sokongan teknikal tahap dua sistem dan
aplikasi universiti merangkumi integrasi dan pangkalan data

2.5 0905 Bahagian #5 Ketua Bahagian Infrastruktur ICT :


Shamsuri bin Awang Seman

PENGENALAN BAHAGIAN INFRASTRUKTUR ICT


Mengenali Bahagian Infrastruktur ICT di Jabatan Infostruktur
Bahagian Infrastruktur ICT adalah bahagian yang bertanggungjawab
dalam penyediaan infrastruktur (Infra) ICT bagi membolehkan semua
perkhidmatan ICT berfungsi dengan baik.
Infrastruktur ICT di UiTM terdiri daripada infra Rangkaian yang
menyediakan kemudahan Internet/Intranet universiti dan juga infra
Pusat Data yang menyediakan kemudahan penyimpanan sistem
aplikasi universiti.

mukasurat 7 | 10
Bil Masa Aturcara Catatan MC
Selain penyediaan infrastruktur ICT, pihak kami juga melaksanakan
operasi dan penyelenggaraan ke atas infra yang disediakan

FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN


Mengetahui fungsi dan peranan di Bahagian Infrastruktur ICT
1) Merancang, Mengurus, Menyelaras, Khidmat Nasihat Dan
Menyelenggara Sistem Rangkaian Universiti.
2) Merancang, Mengurus, Khidmat Nasihat Dan Menyelenggara
Pusat Data Universiti.
3) Merancang, Mengurus, Khidmat Nasihat Dan Menyelenggara
Pusat Pemulihan Bencana Universiti.
4) Melaksana Operasi Sokongan Teknikal Untuk Rangkaian (Tahap
Dua), Pusat Data Universiti Dan Pusat Pemulihan Bencana
Universiti.

mukasurat 8 | 10
Bil Masa Aturcara Catatan MC
2.6 0910 Bahagian #6 Ketua Bahagian Operasi ICT :
Syamsudin bin Mudzamil

Selaras dengan aspirasi universiti untuk menjadi institusi yang


berdaya saing bagi mencapai status universiti tersohor, Bahagian
Operasi ICT adalah merupakan salah satu bahagian di Jabatan
Infostruktur yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan ICT
terus kepada end user universiti.

Bahagian Operasi ICT mempunyai tiga (3) unit seperti berikut :-


 Unit Pengkomputeran Pengguna
 Unit Automasi Pejabat
 Unit Perkhidmatan ICT Zon

FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN


Bahagian Operasi ICT bertanggungjawab memberi perkhidmatan ICT
kepada warga UiTM seperti berikut:
1) Pengurusan Komputer Sewaan
2) Pengurusan Geran Perkakasan ICT
3) Pengurusan Perisian ICT Berpusat
4) Pengurusan Kad UiTM
5) Pengurusan Emel UiTM
6) Pengurusan Web Hosting
7) Pengurusan TeleSidang
8) Pengurusan Aduan ICT

mukasurat 9 | 10
Bil Masa Aturcara Catatan MC
3.0 0915 Soal Jawab Soalan boleh diajukan oleh peserta secara soalan lisan, soalan
bertulis serta wasap.

Mohon pihak urusetia mencatatkan segala pertanyaan.

4.0 0945 Penutup Ucapkan:


Terima kasih kepada para panel townhall.
Sampaikan cenderamata kepada semua panel.
Mohon maaf sekiranya ada silap & salah.

TERIMA KASIH JUGA BUAT SEMUA.

AKHIR KALAM, SERANGKAP PANTUN PENUTUP BICARA

TERBANG TINGGI SI BURUNG HELANG


NAMPAK SAYUP2 DARI JETI
SEMOGA PERKHIDMATAN ICT INFOSTRUKTUR TERUS CEMERLANG
KHIDMAT YANG IKHLAS INSYA-ALLAH AKAN ALLAH BERKATI

WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH


WASSALAMUALAIKUM WRH

5.0 1000 Tamat Pulangkan semula majlis kepada MC,


Puan Norelissuryani Binti Mokhtar.

mukasurat 10 | 10

You might also like