Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KARNIVAL BOLA SEPAK SK TERIS 2023

Kepada semua pengurus pasukan sila buat pendaftaran segera dimeja urusetia didewan
sekolah.
Assalamualaikum W.B.T dan selamat datang saya ucapkan kepada semua yang hadir ke
karnival bola sepak bawah 11 tahun SK Teris zon KDSR 4 sekolah-sekolah Hulu
Terengganu. Pada pagi ini sebanyak 6 perlawanan yang akan berlansung. Kita akan
bermula pada jam 11 pagi dan dijangka berhenti rehat pada jam 12.30 tengahari. Oleh itu
diminta kepada semua pasukan untuk bersedia. Perlawanan pertama yang akan berlansung
sebentar sahaja lagi ialah perlawanan diantara SK Padang Setebu menentang Sk Kuala
Ping. Oleh itu diminta kepada kedua-dua pasukan untuk bersedia dihadapan meja urusetia.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk pengetahuan semua hadirian, sepak mula kita pada petang ini akan bermula pada
jam1.30 petang.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum W.B.T dan selamat datang saya ucapkan kepada semua yang hadir ke
karnival bola sepak bawah 11 tahun SK Teris zon KDSR 4 sekolah-sekolah Hulu
Terengganu. Untuk pengetahuan semua, karnival ini merupakan satu usaha kerjasama
antara pihak sekolah bersama ibubapa dalam dalam menjayakan karnival yang akan
berlangsung selama dua hari bermula pada hari ini. Karnival ini melibatkan sebanyak 10
pasukan yang akan berentap bagi merebut gelaran juara. Selamat maju jaya saya ucapkan
bagi semua pasukan yang bertanding. Pada pagi tadi, 6 perlawanan sudahpun berlansung
dan kita akan meneruskan kelangsungan acara iaitu perlawanan yang ke-7 pada petang ini.

Selain itu, kami juga ada membuka beberapa gerai jualan untuk pihak pengunjung di sekitar
kawasan sekolah. Jadi marilah membeli sambil menonton perlawanan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Karnival kita akan bermula tepat jam 2 petang. Diharapkan pada semua pasukan untuk
bersedia. Perlawanan ke-7 yang akan bermula sebentar sahaja lagi ialah diantara Sekolah
Kebangsaan ___________ menentang Sekolah Kebangsaan ______________. Diharap
kedua-dua pasukan bersedia dan berkumpul di hadapan meja urusetia.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diminta kepada pasukan SK __________________ dan SK ________________ untuk


bersedia dimeja urusetia.
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP KARNIVAL BOLA SEPAK SK TERIS 2023

Kata -kata aluan Yang dihormati,


Encik Hasmasuhaimi bin Sulaiman Timb. Pegawai Pendidikan Daerah Hulu
Terengganu
Sektor Pembangunan murid
Guru-guru Besar Zon KDSR 4
Encik Zakaria Bin Mat Amin, Guru Besar SK Teris
YDP PIBG SK Teris dan Ahli Jawatankuasa kejohanan
Para guru dan guru-guru pengiring
Para peserta yang mengambil bahagian seterusnya
Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin-hadirat yg. dihormati sekelian.
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

Alhamdullillah. Bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan izin limpah kurniaNya


dapat kita bersama-sama pada petang ini berhimpun di dewan untuk meraikan
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP Karnival Bola Sepak Bawah 11 Tahun
Sekolah-sekolah Zon KDSR 4 Daerah Hulu Terengganu 2023 anjuran PIBG
SK Teris bersama Unit Kokurikulum SK Teris.

Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran tetamu


kehormat Encik Hasmasuhaimi bin Sulaiman Timb. Pegawai Pendidikan
Daerah Hulu Terengganu serta hadirin hadirat sekelian. Semoga dengan
kesudian meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada petang ini akan
menyemarakkan lagi majlis pada hari ini.

Disini saya ingin memberikan pujian kepada para pemain yang telah
menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung..
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pemain dan yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung.
Ucapan perasmi Anak muda mengalun qasidah
Tiada kekok tampil ke depan
Pembuka kata berlalu sudah
Mari kita mendengar ucapan

Kini tibalah masa yang dinantikan iaitu ucapan perasmian penutup Encik
Hasmasuhaimi bin Sulaiman Timb. Pegawai Pendidikan Daerah Hulu
Terengganu dan seterusnya menutup Karnival Bola Sepak Bawah 11 Tahun
Sekolah-sekolah Zon KDSR 4 Daerah Hulu Terengganu 2023 . Majlis dengan
penuh takzim mempersilakan

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Encik


Hasmasuhaimi bin Sulaiman.Majlis merakamkan jutaan terima kasih
Sijil penghargaan Jalan lengkok redup berkalis
kepada semua Damba pedoman menyongsong arah
pasukan Ucapan Tuan merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung meriah

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.


Secara keseluruhannya, Kejohanan pada tahun ini telah mempertemukan 10
buah sekolah bagi kategori Bawah 11 tahun bagi sekolah-sekolah Zon KDSR 4
Daerah Hulu Terengganu.

Oleh itu, saya menjemput Encik Hasmasuhaimi bin Sulaiman diiringi oleh
Encik Zakaria Bin Mat Amin untuk menyampaikan sijil penghargaan dan juga
hamper kepada semua sekolah yang terlibat.

Dijemput wakil daripada sekolah:

1. Sekolah Kebangsaan Matang


2. Sekolah Kebangsaan Kuala Dura
3. Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis
4. Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong
5. Sekolah Kebangsaan Teris
6. Sekolah Kebangsaan Getang
7. Sekolah Kebangsaan Kuala Ping
8. Sekolah Kebangsaan Padang Setebu
9. Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
10. Sekolah Kebangsaan Binjai Kertas.

Seterusnya dijemput wakil daripada sekolah yang terlibat untuk menerima sijil
penyertaan
1. Sekolah Kebangsaan Matang
2. Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong
3. Sekolah Kebangsaan Kuala Ping
4. Sekolah Kebangsaan Teris
5. Sekolah Kebangsaan Padang Setebu
6. Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian sijil sebentar itu
tadi.
Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada para
hadiah kepada pemenang.
pemenang
Semua pasukan bola sepak yang berjaya mendapat pingat dipersilakan
bersedia

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


______________________________ menjemput dan mengiringi Encik
Hasmasuhaimi bin Sulaiman untuk menyampaikan hadiah.

Tempat ketiga bersama jatuh kepada __________________ &


_____________
Naib johan jatuh kepada pasukan SK _______________________
Dan JOHAN Karnival Bola Sepak Bawah 11 Tahun Sekolah-sekolah Zon
KDSR 4 Daerah Hulu Terengganu bagi tahun 2023 di sandang oleh SK
____________.

Majlis merakamkan
terima kasih kepada yang
berbahagia/berusaha
Encik.....(jawatan) kerana
telah sudi
menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah.
Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik Hasmasuhaimi bin Sulaiman
diiringi oleh ____________________ kerana telah sudi menyempurnakan
majlis penyampaian hadiah sebentar itu tadi.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,


Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada pasukan sekolah yang berjaya,
manakala yang kurang berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi
pada kejohanan yang akan datang.
Ucapan penutup Maka dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar itu tadi, maka
berakhirlah majlis kita pada hari ini. Dikesempatan ini juga pihak majlis ingin
merakamkam jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung sepanjang Karnival Bola Sepak Bawah 11 tahun SK Teris
ini berlangsung. Segala kelemahan dan kekurangan semasa kejohanan, kami
sebagai J/K pengelola kejohanan memohon maaf.

Sekian terima Kasih

You might also like