TEKS PENGACARA MAJLIS Penutup Transisi Dan Ihya Ramadan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSISI DAN IHYA’ RAMADAN


TARIKH : 5 APRIL 2024
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SKSK

PERKARA BUTIRAN CATATA


N

SALUTASI Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Yang Berusaha
En Rosdi Bin Mat Diah
Guru Besar SK Sungai Kiol

Yang Berusaha
En. Wan Shahkhairi Bin Wan Abd Alipshah
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha
Pn. Fazilah Binti Abdullah
Guru Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha
En. Anuar Bin Ali
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Dihormati
Barisan guru-guru dan kakitangan SK Sungai Kiol,

Seterusnya, murid-murid yang dikasihi sekalian.

KATA-KATA
ALUAN Terlebih dahulu marilah sama-sama kita
PENGACARA mengucapkan syukur kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada pagi ini bagi Majlis Penutupan
Program Transisi Tahun 1 sesi 2024/2025 dan
Program Ihya’ Ramadan 1445 Hijrah bersamaan
2024 Masihi peringkat Sekolah Kebangsaan
Sungai Kiol.

NYANYIAN LAGU Baiklah, sebelum memulakan aturcara pada pagi


ini, marilah kita sama-sama berdiri bagi
menyanyikan lagu Negaraku, diikuti lagu Negeri
Pahang.

Dipersilakan.

JEMPUT DUDUK Guru-guru dan murid-murid dijemput duduk.

BACAAN DOA Seterusnya,


majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan

En. Wan Shahkhairi Bin Wan Abd Alipshah untuk


memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

TAMAT DOA Amin amin ya robbalalamin. Majlis mengucapkan


terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN YANG Seterusnya,


DIRAIKAN
GURU BESAR
Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha, En. Rosdi Bin Mat
Diah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol
untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Penutupan Program Transisi
Tahun 1 sesi 2024/2025 dan Program Ihya’
Ramadan 1445 Hijrah bersamaan 2024 Masihi
peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha,
Tuan Guru Besar atas ucapan perasmian itu tadi.

PERSEMBAHAN Para guru dan murid-murid sekalian,


MURID
(TAHUN 1) Dengan ini, marilah sama-sama kita menyaksikan
persembahan daripada murid-murid Tahun 1.

Adik-adik Tahun 1 akan membuat persembahan


Lagu Tema Transisi Tahun 1 yang berjudul Kami
Murid Baru.

Dipersilakan murid-murid Tahun 1.

********************************

Berikan tepukan kepada adik-adik Tahun 1 kerana


telah membuat persembahan yang bersemangat
sekali. Terima kasih diucapkan.

PENYAMPAIAN Baiklah,
HADIAH DAN Majlis diteruskan lagi dengan upacara
CENDERAHATI penyampaian hadiah dan cenderahati kepada
semua murid-murid Tahun 1 atas kejayaan melalui
fasa-fasa program Transisi bagi tahun ini.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan En. Rosdi Bin Mat
Diah, Guru Besar diiringi oleh En. Wan Shahkhairi
Bin Wan Abd Alipshah, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, bagi menyampaikan hadiah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan…
Rujuk senarai nama murid Tahun 1…

**************************
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas upacara
penyampaian hadiah itu tadi.

*****************************
Mohon Tuan Guru Besar dan Guru Penolong
Kanan Pentadbiran untuk kekal berada di pentas
bagi Program Penutupan Ihya’ Ramadan.

SAMBUNGAN
MAJLIS PENUTUP Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi
IHYA’ RAMADAN sekalian, sempena bulan Ramadan yang mulia,
murid-murid beragama Islam akan menerima
sumbangan infaq Ramadan.

Untuk itu, majlis menjemput…

Rujuk penerima sumbangan..

Untuk makluman, panitia Pendidikan Islam juga


telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan
pertandingan sempena bulan Ramadan antaranya
ialah Pertandingan Mewarna Kad Ucapan Hari
Raya, Pertandingan Azan dan Pertandingan…….

Untuk itu, dipersilakan pemenang untuk bersedia,


Rujuk senarai pemenang.
Seterusnya, masa yang dinanti-nantikan telah pun
tiba iaitu penyampaian duit raya kepada semua
murid Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol.

PENUTUP Kita telah pun berada di hujung acara.

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari


ini.

You might also like