Mini Projek (Pengguna)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

BANDAR DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH

KOD KURSUS : MPU24021


NAMA KELAB : KELAB PENGGUNA
SESI II 2023/2024

TUGASAN : MINI PROJEK


DISEDIAKAN UNTUK : PN MARDIYANA BINTI MARZUKI
TARIKH : 7 MEI 2024

DISEDIAKAN OLEH :

NOMBOR
NAMA PELAJAR
PENDAFTARAN
03DAT23F1030 LYDIA TAN QIAN YIN

03DAT23F1044 SELINA LIM WEI JIA

03DAT23F1084 CRYSTAL FOO JIA JING

03DPR23F1043 SITI KARIMAH NAFISAH BINTI HASAN


1. NAMA AKTIVITI

 “Program Hijaukan Bumi Kita”

2. LATAR BELAKANG
“Program Hijaukan Bumi Kita” telah diadakan secara bersama antara kelab pengguna
POLIMAS, dan Majlis Perbandaran Jitra (MPJ) pada 5 Mei 2024 yang mensasarkan warga
POLIMAS dan masyarakat Jitra terutamanya golongan belia dan penyertaan pihak NGO.
Lokasi program adalah di kawasan sekitar POLIMAS.
Beberapa aktiviti yang berkaitan telah diadakan iaitu gotong-royong membersihkan sekitar
kawasan sekolah di mana para peserta telah bersama-sama membersihkan lorong-lorong
kedai dan longgokan sampah yang telah lama ditinggalkan. Pihak MPJ pula membantu
mencantas pokok-pokok yang merimbun.
Sebelum itu, pengarah POLIMAS, Tuan Haji Rosli Bin Idris telah merasmikan program ini.
Sejurus kemudian sebagai acara gimik, 4 batang pokok Bucida sumbangan MPJ telah
ditanam di kawasan sekolah tersebut. Kerjasama begini mewujudkan ukhuwah sesama
mereka di dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya menjaga dan
memelihara alam sekitar. Di akhir program para peserta telah diberi penerangan dan tunjuk
ajar bagaimana menghasilkan baja kompos yang telah disampaikan oleh wakil NGO.

3. OBJEKTIF PROGRAM
1) Memberi kesedaran kepada masyarakat sekitar tentang kepentingan menjaga dan
menanam pokok kepada alam sekitar.
2) Memberi peluang dan ruang kerjasama program khususnya aktiviti berkaitan
menyanyangi alam sekitar kepada penduduk jitra dan warga POLIMAS dengan
kerjasama kelab pengguna POLIMAS dan MPJ.
3) Memberi ruang secara langsung kepada belia sekitar kawasan Jitra untuk beraktivi
dan bersosial bersama dalam perkara yang memberi manafaat kepada masyarakat.
4) Mengeratkan silaturahim antara pelajar POLIMAS dengan komuniti dan agensi.
5) Menanam rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bertindak dan
mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama.
4. BUTIRAN AKTIVITI

Tarikh 5 Mei 2024


Hari Ahad
Program Terlibat Gotong-royong, menanam pokok
Tentatif 7:30 am – Pendaftaran
8:00 am – Ucapan oleh pengarah POLIMAS
8:45 am – Perasmian program
9:00 am – Aktiviti gotong-royong
10:30 am – Aktiviti menanam pokok
11:30 am – Rehat dan bermakan
12:00 pm – Bersurai
Tempat Kawasan sekitar POLIMAS
Anjuran Kelab Pengguna POLIMAS dan Majlis Perbandaran Jitra
(MPJ)

5. AHLI JAWATANKUASA

Nama Jawatan
Lydia Tan Qian Yin Pengerusi
Crystal Foo Jia Jing Setiausaha
Selina Lim Wei Jia Bendahari
Siti Karimah Nafisah Binti Hasan AJK Dokumentasi
6. RUMUSAN PELAKSANAAN AKTIVITI
“Program Hijaukan Bumi Kita” telah berjaya diadakan dalam tempoh lima jam seperti yang
telah ditetapkan mengikut aktiviti yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa kelab
pengguna POLIMAS dengan sokongan Majlis Perbandaran Jitra. Program ini telah berjaya
mencapai beberapa matlamat yang diharapkan terutamanya dalam meningkatkan kesedaran
mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Sejujurnya, program ini yang dijalankan kali ini
dilihat lebih sistematik dan berjaya dilaksanakan dengan baik di kawasan POLIMAS.
Sungguhpun tujuan “Program Hijaukan Bumi Kita” ini telah mencapai hasratnya, namun
berdasarkan pengajian yang telah dibuat masih juga ada kelemahan dan kekangannya.
Antaranya ialah masyarakat Jitra dan warga POLIMAS tidak mempunyai kesedaran yang
tinggi mengenai penjagaan alam sekitar sebelum program ini dilaksanakan. Selain itu,
masyarakat juga tidak menarik manik untuk mengertai program seperti ini.
Berdasarkan rumusan di atas, kami sebagai pihak yang melaksanakan program ini,
mempunyai satu cadangan yang ingin diutarakan iaitu kami berharap agar pihak yang
berkenaan harus memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan terhadap alam
sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Penduduk Jitra dan warga
POLIMAS juga perlu peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk mengelakkan
sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran serta berusaha memulihara alam
sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan.
7. LAMPIRAN

You might also like