Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SULIT PERNIAGAAN/1

Soalan objektif
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik
bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif
yang diberi.

1. Antara yang berikut, perkara yang manakah yang berkaitan dengan maksud
perniagaan?
I melibatkan urus niaga jual beli keluaran
II memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
III menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan
IV aktiviti urusniaga yang menjamin keuntungan untuk peniaga
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2. Penyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?


A Mewujudkan faedah kepada pengguna
B Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
C Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan
D Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi
keperluan

3. Komponen manakah yang berkaitan dengan konsep asas perniagaan?


I Melakukan pertukaran nilai
II Melatih tenaga kerja mahir
III Menyediakan barang dan perkhidmatan
IV Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

1
SULIT PERNIAGAAN/1

4. Pasangan manakah yang tidak benar tentang antara barang fizikal dan
perkhidmatan?
Barang fizikal Perkhidmatan
A Tidak ketara Ketara
B Boleh disimpan Tidak boleh disimpan
C Boleh dipisahkan antara Tidak boleh dipisahkan antara
pengeluar dan pelanggan pengeluar dan pelanggan

D Penghasilan adalah serupa dan Penghasilan tidak seragam dan


seragam terdapat kepelbagaian

5. Maklumat berikut berkaitan dengan dua aktiviti perniagaan


Jenis perniagaan
I II
Kilang kasut Pusat tuisyen

I II
A Aktiviti berasaskan barang Aktiviti berasaskan perkhidmatan
B Aktiviti berasaskan Aktiviti berasaskan barang
perkhidmatan
C Aktiviti berasaskan Aktiviti berasaskan sumber alam
perdagangan

D Aktiviti berasaskan Aktiviti berasaskan perdagangan dan


perdagangan dan perkhidmatan sumber alam

6. Rumus manakah yang digunakan untuk mengira keuntungan perniagaan?


A Keuntungan Perniagaan = Jumlah jualan – Kos Stok
B Keuntungan Perniagaan = Jualan kos + Jumlah hasil
C Keuntungan Perniagaan = Jumlah jualan – Jumlah kos
D Keuntungan Perniagaan = Jumlah hasil + jumlah kos barang

7. Akta manakah yang menguatkuasakan perjanjian yang dibuat antara penjual


dengan pembeli?
A Akta Kontrak 1950
B Akta Kawalan Bekalan 1973

2
SULIT PERNIAGAAN/1

C Akta Perihal Dagangan 1972


D Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

8. Penyataan manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotifkan untung


(OBU)?
A Biasanya menjual barang pada harga kos
B Contoh Organisasi Bermotifkan untung ialah Kelab Belia 4B
C Tujuan Penubuhan untuk menyediakan perkhidmatan percuam
D Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang diminta pengguna

9. Antara yang berikut, kaedah manakah yang digunakan oleh organisasi bukan
bermotifkan untung (OBBU) untuk menjalankan perniagaan?
I Secara percuma
II Jualan secara lelongan
III Jualan pada harga kos
IV Jualan pada harga diatas kos

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

10. Antara yang berikut, manakah yang merupakah kepentingan untung kepada
perniagaan?
I Melambangkan imej kepada peniagaan
II Kayu pengukur prestasi perniagaan
III Mendorong pekerja bekerja lebih keras
IV Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3
SULIT PERNIAGAAN/1

11. Apakah yang dimaksudkan dengan jualan pada harga kos?


A Penjual menjual barang pada harga diskaun
B Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada kos
jualan
C Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada jumlah
kos
D penjual menjual barang pada harga di mana ia dapat menampung kos
jualan

12. Apakah maksud jualan pada harga di bawah kos?


A Penetapan harga jualan barang di bawah harga pasaran
B Penetapan harga jualan barang dibawah harga pesaing
C Penetapan harga jualan barang dibawah harga minima
D Penetapan harga lebih rendah berbanding dengan kos sebenar

13. Mengapakah organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) menjual barang


pada harga di bawah kos?
A Penetapan harga jualan barang di bawah harga pasaran
B Penetapan harga jualan barang dibawah harga pesaing
C Penetapan harga jualan barang dibawah harga minima
D Penetapan harga lebih rendah berbanding dengan kos sebenar

14. Apakah itu milikan tunggal?


I Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu
II Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang
III Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal oleh beberapa
orang
IV Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh
seorang
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

4
SULIT PERNIAGAAN/1

15. Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal berbanding perkongsian ?


I Mudah ditubuhkan
II Beban cukai rendah
III Bebas dalam mengurus perniagaan
IV Keputusan dibuat dengan cepat

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

16. Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?


A Kedai runcit Ali
B Restoran Said dan Sheikh
C Koperasi Kg Debana Berhad
D Syarikat JKB Sdn Bhd

17. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan saty bentuk pemilikan perniagaan

Firma Guaman Rajesh


dan Raihan

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang bentuk milikan berkenaan?
I Bilangan pemilik tidak boleh melebihi 50 orang
II Keuntungan perniagaan tertakluk kepada cukai syarikat
III Pendaftaran Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
IV Tanggungan pemilik terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

5
SULIT PERNIAGAAN/1

18. Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding dengan perniagaan


milikan tunggal ?
A Tanggungan terhad
B Berkongsi kepakaran
C perniagaan berterusan
D Mudah untuk membuat keputusan

19. Rajah di bawah ini menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagaan

Pasar mini Azma

Pasar mini Azma dan Ema

Mengapakah peniaga tersebut mengambil tindakan seperti di atas?


I Perniagaan berterusan
II Risiko dapat disebarkan
III Dapat berkongsi kepakaran
IV Menanggung liabiliti terhad
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D II dan IV

20. Pilih langkah proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang betul ?
A Mendapatkan borang D → membuat pembayaran → Mengisi borang A →
mengisi borang carian nama
B Membuat pembayaran → Mengisi borang A → mengisi borang carian
nama → Mendapatkan borang D
C Mengisi borang A→ mengisi borang carian nama→ Mendapatkan borang
D → membuat pembayaran
D Mengisi borang carian nama→ Mengisi borang A → membuat
pembayaran→Mendapatkan borang D

6
SULIT PERNIAGAAN/1

21. Maklumat yang berikut adalah penyataan tentang sejenis rakan kongsi?

Nama digunakan sebagai rakan


kongsi tanpa perlu mengluarkan
modal

A Rakan Kongsi Lelap C Rakan kongsi Berhad

B Rakan Kongsi biasa D Rakan kongsi Nominal

22. Apakah kelebihan perkongsian liability terhad (PLT)berbanding dengan


perkongsian berhad?
I Mudah diuruskan
II Mudah ditubuhkan
III Hayat perkongsian yang berterusan
IV Semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

23. Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan.

 Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang


 Sekiranya perniagaan muflis, ahli hanya kehilangan modal yang
dilaburkan sahaja

Manakah yang merupakan contoh bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

A Kedai Runcit Ahmad

B Pasar Raya Ali dan Rakan-Rakan

C Syarikat KMK Sdn Bhd

D Koperasi Runcit Kg Awah Berhad

7
SULIT PERNIAGAAN/1

24. Apakah kelebihan Syarikat Sdn Bhd berbanding Syarikat Awam Berhad?
A Beban cukai yang rendah
B Syer boleh dipindah milik secara bebas
C Laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai
D Liabiliti pemegang saham terhad kepada modal yang dilaburkan

25. Apakah kelebihan memiliki syer dalam syarikat berhad berbanding dengan
Syarikat Sdn Bhd?
A Pemilik Syer menanggung liability terhad
B Pemilik Syer berhad memilih ahli lembaga pengarah
C Pemilik Syer dapat memindah milik syer dengan mudah
D Pemilik syer dapat menghaadiri mesyuarat agung tahunan

26. Apakah kekurangan syarikat awam berhad berbanding Syarikat Sdn Bhd?
A Cukai Syarikat yang tinggi
B Proses penubuhan agak rumit
C kewujudan syarikat tidak kekal
D Liabiliti pemilik saham tidak tidak terhad

27. Rajah di bawah ini menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagaan.


Milikan tunggal → Syarikat Sdn Bhd

Apakah faktor utama yang mendorong peniaga untuk mengambil tindakan


tersebut?
A Supaya pengurusan bertambah mantap
B Operasi perniagaan dapat dipertingkatkan
C Dapat menambahkan kawalan perniagaan
D Supaya dapat menjimatkan pembayaran cukai

8
SULIT PERNIAGAAN/1

28. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk milikan perniagaan.

 Ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela


 Melaksankan kegiatan untuk memenuhi keperluan ahli ahlinya

Manakah yang merupakan contoh perniagaan tersebut?


A Maxis Berhad
B Pasar Raya Daren
C Bank Simpanan Nasional
D Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad

29. Pasangan manakah yang benar tentang perbezaan antara syarikat Sdn Bhd dan
Syarikat Awam Berhad?
Syarikat Sdn Bhd Syarikat Awam Bhd
A Bilangan pemegang syer terhad Bilangan pemegang syer tidak terhad
B Syer boleh disenaraikan di bursa Syer tidak boleh disenaraikan di bursa
Saham saham
C Kedudukan kewangan wajib Kedudukan kewangan tidak wajib
didedahkan kepada umum didedahkan kepada umum
D Syer boleh dipindah milik dengan Syer boleh dipindah milik dengan
bebas persetujuan pemegang syer lain

Soalan 30 dan soalan 31adalah berdasarkan maklumat di bawah ini.

En. Abu adalah pengeluar pelbagai jenis perabot. Beliau sedang menimbangkan untuk
membuka sebuah kilang baharu yang mengeluarkan perabot dari kayu getah. Beliau
berhasrat untuk mengeksport keluarannya ke Eropah. Tetapi, dia tidak mempunyai
maklumat pengimport perabot di Eropah. Kawannya yang bertugas di Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberitahu bahawa beliau layak
dikecualikan pembayaran cukai selama lima tahun jika mengeksport keluaran perabot
kayu getahnya ke Eropah.

30. Agensi kerajaan manakah yang dapat membantu En. Abu mengetahui maklumat
mengenai pengimport perabot di Eropah?
A MARDI C SIRIM
B MARA D MATRADE

31. Apakah jenis pelepasan cukai yang layak diterima oleh En. Abu?

9
SULIT PERNIAGAAN/1

A Taraf perintis C Elaun cukai pelaburan


B Potongan cukai D Elaun pelaburan semula

32. Maklumat berikut berkaitan dengan En. Fakhrul.


En. Fakhrul adalah seorang usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang
terlibat dalam penghasilan pelbagai jenis sos dan kicap. Dia membekalkan produknya
ke seluruh negara. En. Fakhrul bercadang membuka sebuah lagi kilang dan menambah
pekerja sepenuh masa. Beliau memerlukan modal tambahan, namun bank dan institusi
kewangan tidak sanggup membiayainya kerana tiada harta bernilai yang boleh
dicagarkannya untuk pinjaman tersebut.

Apakah agensi yang dapat membantu En. Fakhrul untuk mendapatkan


pembiayaan daripada institusi kewangan?
A Amanah Ikhtiar Malaysia
B Majlis Amanah Rakyat (MARA)
C Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
D Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad

33. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu agensi kerajaan.

Agensi X terlibat dalam penyediaan kursus dan latihan keusahawanan kepada


para peniaga tempatan

Apakah agensi X?
A MEDEC C SIRIM
B MARDI D FELDA

34. Maklumat yang berikut tentang satu agensi kerajaan yang terlibat dalam
penyelidikan dan pembangunan (R&D).

 Memastikan keluaran menepati piawaian yang ditetapkan


 Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkan
 Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan
teknologi

Apakah agensi berkenaan?


A MEDEC C SIRIM
B MARDI D FELDA

35. Pernyataan manakah yang benar tentang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

10
SULIT PERNIAGAAN/1

A PBT melaksanakan tanggungjawab sosial


B PBT ditubuhkan di bawah Enakmen Negeri
C PBT melaksanakan aktiviti perniagaan tempatan
D PBT memainkan peranan penting melatih para peniaga tempatan

36. Apakah peranan yang dimainkan oleh MATRADE?


A Mempromosikan produk keluaran tempatan di luar negara
B Menyediakan pembiayaan kepada para usahawan kecil

C Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian


D Menyediakan latihan keusahawanan kepada para usahawan tempatan

37. Antara yang berikut, manakah yang merupakan usaha kerajaan negeri untuk
membantu perkembangan perniagaan?
I Menyediakan infrastruktur seperti tapak kilang dan jalan raya
II Menggalakkan kegiatan ekonomi berasaskan sumber tempatan
III Menubuhkan institusi pengajian tinggi untuk melatih modal insan
IV Menarik kemasukan pelabur tempatan dengan memberikan pelbagai
insentif
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

38. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran

 Ekonomi negara meleset


 Perniagaan mengalami kejatuhan dalam pendapatan
 Majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja

Apakah jenis pengangguran berkenaan?


A Pengangguran kitaran
B Pengangguran struktur
C Pengangguran teknologi
D Pengangguran bermusim

11
SULIT PERNIAGAAN/1

39. Apakah maksud inflasi?


A Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran
B Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara
berterusan
C Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat
pengeluaran berlebihan
D Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan
perkhidmatan jatuh
Mendadak

40. Maklumat di bawah berkaitan dengan jenis pengangguran.


Situasi I Situasi II
Pekerja mahir untuk satu jangka masa Berlaku perubahan dalam industri secara
pendek dan terpaksa mencari pekerjaan keseluruhan dan ini menyebabkan
lain pula kemahiran pekerja tidak diperlukan lagi

Pasangan manakah yang betul tentang jenis pengangguran?


Situasi I Situasi II
A Pengangguran kitaran Pengangguran teknologi
B Pengangguran teknologi Pengangguran kitaran
C Pengangguran bermusim Pengangguran struktur
D Pengangguran struktur Pengangguran bermusim

12

You might also like