Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA

(KITAB) PULAU PINANG

DISW 2023
FIQH AL-MAWARITH

TAJUK TUGASAN KUMPULAN:


Pewarisan Zawil Arham Dalam Realiti Pengurusan Harta
Pusaka Islam Di Malaysia

NAMA NO.MATRIK KOS PENGAJIAN


MOHAMAD ZUHAIRIL
BIN D222367 DIPLOMA SYARIAH
MOHD HISHAM
MUHAMMAD AFIQ
HAIKAL BIN D222373 DIPLOMA SYARIAH
AMINUDDIN

Disediakan untuk : Ustazah Khadijah Binti Mohd


Bi Kandungan Muka Surat
l
1 1.0 Penghargaan 2
2 2.0 Pengenalan Ilmu Faraidh 3
3 3.0 Pengenalan Zawil Arham 4
3.1 Definisi Zawil Arham 4
3.2 Kategori Zawil Arham 4
3.2.1 Pertama : Si Mati Adalah Asal-Usul 4
3.2.2 Kedua : Mereka Asal-Usul Si Mati
4
3.2.3 Ketiga : Ibubapa Adalah Asal-Usul Mereka Dengan
Si Mati 4

3.2.4 Keempat : Berketurunan Kepada Datuk Dan Nenek 4-5


Si Mati
3.3 Syarat-syarat Zawil Arham
5
3.4 Dalil Zawil Arham Tidak Menerima Pusaka jika Baitul Mal
Ditadbir dengan Baik 5
3.5 Cara Pembahagian Pusaka Kepada Zawil Arham 6-8
4 4.0 Pewarisan Zawil Arham Di Malaysia 8
4.1 Bagaimana Pembahagian Zawil Arham Berlaku Di Malaysia 8
4.2 Cabaran Perlaksanaan Zawil Arham Di Malaysia 8

4.2.1 Keterikatan Mazhab 8

4.2.2 Wasiat Wajibah Sebagai Alternatif 8

4.3 Pelaksanaan Perintah Harta Pusaka Waris Zawil Arham Di 9-10


Baitulmal
4.3.1 Keutamaan Penerimaan Harta Pusaka Di Antara 10-11
Zawil Arham Dan Baitulmal Di Malaysia
4.3.2 Pendekatan Pembahagian Kepada Waris Zawil Arham 11-12
& Jadual Pengiraan Pembahagian Kepada Zawil Arham

5 5.0 Penutup 13
6 6.0 Rujukan 14

1
1.0 Penghargaan
Segala puji bagi Allah S.W.T tuhan sekalian alam, tuhan yang mencipta dan mwntadbir
seluruh makhluk. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W serta ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda sehingga Hari Pembalasan.
Dengan kesempatan yang ada ini, saya Mohamad Zuhairil Bin Mohd Hisham dan
Muhammad Afiq Haikal Bin Aminuddin amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Ustazah Khadijah Binti Mohd, selaku pensyarah subjek Fiqh Al-
Mawarith kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk
melunaskan tugasan yang diberikan
Dengan izin Allah S.W.T dapatlah kami meyiapkan dan membuat kajian tugasan
berkumpulan bagi kod subjek DISW 2023 FIQH AL-MAWARITH dengan izin-Nya. Dengan
kesempatan yang ada ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemangku
Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) iaitu Profesor Madya Doktor Wan
Nazjmi Bin Mohamed Fisol kerana telah meluluskan tugasan ini untuk ditulis oleh kami dan
jutaan terima kasih kepada Ustazah Khadijah Binti Mohd atas ilmiah yang telah diberikan
sepanjang tugasan ini berlangsung.
Akhir kalam, tugasan ini memberikan banyak pengajaran kepada kami yang ingin
mempelajari tentang bagaimana pengurusan Zawil Arham berlaku, tambahan bagaimana
ianya dilaksanakan di Malaysia. Ucapan ini ditujukan kepada semua pihak yang
menghulurkan tangan untuk menjayakan tugasan ini.
Sekian dari kami, Terima Kasih.

2
2.0 Pengenalan Ilmu Faraidh
Ilmu Faraidh daripada segi syarak ialah pengetahuan mendalam tentang pusaka dan juga
ilmu kira-kira yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima
oleh orang-orang yang berhak. Ilmu Faraidh adalah ilmu berkaitan kaedah fekah dan kaedah
kira-kira yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka setiap waris.
Hukum pusaka telah disyariatkan dalam islam melalui Al-Quran, sunnah dan ijmak
ulamak. Allah S.W.T berfirman :

‫ِلل ِّر ا ِل َنِص ي ِم َّم ا َك ا ْل ا ِل َد ا ِن اَأْل و َن ِللِّن ا ِء َنِص ي ِم َّم ا َك ا ْل ا ِل َد ا ِن‬


‫َتَر َو‬ ‫ٌب‬ ‫َو ْقَر ُب َو َس‬ ‫َتَر َو‬ ‫ٌب‬ ‫َج‬
‫َو اَأْلْقَر ُبو َن ِم َّم ا َقَّل ِم ْن ُه َأْو َك ُثَر ۚ َنِص ي ًبا َم ْف ُر و ًض ا‬
“Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan
kaum kerabat. Orang-orang perempuan juga ada bahagian dari peninggalan ibu
bapa dan kaum kerabat, sama ada sedikit atau banyak, daripada harta yang
ditinggalkan itu mengikut bahagian yang telah ditetapkan (oleh Allah).”
)An-Nisa : 7 (
Begitu juga hadis-hadis Nabi berkenaan dengan pusaka. Sabda Rasulullah S.A.W :

‫ َفَم ا َبِق َفْه َألْو ىَل َرُج ٍل َذَك ٍر‬،‫َأِحْلُقوا اْلَف اِئَض ِبَأْه ِلَه ا‬
‫َى َو‬ ‫َر‬
“Serahkanlah bahagian-bahagian pusaka yang ditetapkan itu kepada para pemiliknya. Apa
jua yang masih berbaki, maka serahkanlah ia kepada waris lelaki yang terdekat”.1
Ilmu Faraidh ini bukanlah bertujuan harta simati berpihak kepada satu sahaja pihak tetapi
ilmu Faraidh ini bertujuan mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh pewaris.
Kedudukan Ilmu Faraidh dalam Islam sangatlah tinggi. Dalam syariat Islam, kedudukan
hukum-hukum berkaitan harta pusaka amat jelas. Hal ini kerana hukum-hukum ini
mengambil bahagian yang besar dalam sistem harta Islam. Tambahan pula kebanyakan
hukum-hukum faraidh didatangkan menerusi Al-Quran. Malahan sebahagian ulamak
berpendapat, “Ilmu Faraidh adalah ilmu paling mulia”. Maksudnya ialah ilmu yang paling
penting dan utama selepas ilmu asas agama.

1
Riwayat Bukhari (6351) dalam kitab Faraidh, Bab Perolehan Pusaka Seseorang Anak Daripada Bapa dan Ibunya; Muslim
(1615) dalam Kitab Faraidh, Bab Serahkanlah Harta-harta Pusaka Kepada Pemiliknya.

3
3.0 Pengenalan Zawil Arham
3.1 Definisi Zawil Arham
Arham adalah kata jamak daripada rahim. Rahim dalam Bahasa Arab membawa erti
hampir. Zawil Arham bermaksud orang-orang yang hampir.
Dalam istilah ilmu faraidh pula Zawil Arham ialah semua kaum kerabat yang tidak
mewarisi harta si mati melalui fard atau asabah. Mereka bukan daripada golongan yang
menerima pusaka secara ijmak seperti yang disenaraikan sebelum ini.

3.2 Kategori Zawil Arham


Zawil Arham boleh dibahagikan kepada empat kategori :
3.2.1 Pertama : Orang yang ada hubungan dengan si mati di mana si mati
adalah asal-usul mereka.
Mereka ialah:
a) Anak-anak lelaki dan perempuan kepada anak Perempuan (aulad al-Banat) dan
seterusnya.
b) Anak-anak lelaki dan perempuan kepada anak perempuan kepada anak lelaki (aulad
banat al Ibn) dan seterusnya.
3.2.2 Kedua : Orang yang ada hubungan dengan si mati di mana mereka
adalah asal-usul si mati.
Mereka ialah:
a) Datuk atau nenek ar-Rahimiy yang tidak disebutkan sebelum ini.
b) Datuk ar- Rahimiy ialah orang yang antara beliau dengan si mati diselangi oleh
perempuan. Contohnya bapa kepada ibu atau bapa kepada bapa kepada ibu dan
seterusnya.
c) Nenek ar-Rahimiy pula ialah orang yang antara beliau dengan si mati diselangi oleh
datuk ar-rahimiy. Contohnya ibu kepada bapa kepada ibu, atau ibu kepada ibu
kepada bapa kepada ibu dan seterusnya.
3.2.3 Ketiga: Orang yang ada hubungan dengan ibubapa si mati di mana
ibubapa adalah asal-usul yang menghimpunkan mereka dengan si mati.
Mereka ialah:
a) Anak-anak lelaki atau perempuan kepada adik beradik perempuan seibu sebapa,
sebapa atau seibu.
b) Anak-anak perempuan kepada adik beradik lelaki seibu sebapa, sebapa atau seibu.
c) Anak-anak lelaki atau perempuan kepada adik beradik lelaki seibu.
d) Semua yang ada hubungan dengan si mati melalui orang-orang di atas.
3.2.4 Keempat: Orang-orang yang ada hubungan dengan datuk atau nenek si
mati di mana datuk atau nenek adalah asal-usul yang menghimpunkan mereka
dengan si mati.

4
Mereka ialah :
a) Bapa saudara sebelah bapa seibu, adik beradik perempuan bapa seibu sebapa, sebapa
atau seibu, dan anak-anak perempuan kepada bapa saudara sebelah bapa seibu
sebapa, sebapa atau seibu.
b) Adik beradik lelaki dan adik beradik perempuan ibu sama ada seibu sebapa, sebapa
atau seibu walaupun jauh dan anak-anak mereka serta keturunan mereka.
3.3 Syarat-syarat zawil Arham
Zawil Arham boleh mewarisi harta, apabila memenuhi beberapa syarat :
1. Tiada pewaris yang menerima pusaka secara fard atau asabah selain suami isteri.
Jika terdapat penerima secara fard (ashabul furud) atau asabah, mereka lebih
diutamakan berbanding Zawil Arham. Mereka menerimanya sama ada melalui fard atau
asabah atau rad. Jika hanya terdapat suami isteri, mereka tidak dapat menghalang Zawil
Arham daripada menerima pusaka kerana baki harta pusaka tidak diserahkan kepada
suami isteri.
2. Baitul Mal tidak ditadbir dengan baik. Jika Baitul Mal ditadbir dengan baik, ia lebih
diutamakan daripada Zawil Arham. Perkara ini telahpun dijelaskan dalam tajuk rad
sebelum ini.

3.4 Dalil Zawil Arham Tidak Menerima Pusaka jika Baitul Mal
Ditadbir dengan Baik
Imam al-Syafie rh.a. berpendapat, mereka tidak boleh menerima pusaka ketika Baitul
Mal ditadbir dengan baik kerana hak mereka terhadap pusaka tidak disebut sama ada di
dalam al-Quran atau sunnah. Jika mereka mempunyai hak, nescaya Allah s.w.t. dan
rasul-Nya akan menyebutinya sepertimana yang dilakukan kepada penerima secara fard
dan asabah.
Nabi s.a.w. juga pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah berikan kepada setiap orang haknya. Oleh itu, tada wasiat
untuk pewaris.!”
Oleh itu, jika mereka mempunyai hak dalam pusaka, nescaya Allah telah berikan kepada
mereka. Walau bagaimanapun, para ulamak mutakhir dalam mazhab Syafie telah
mengeluarkan fatwa bahawa Zawil Arham boleh mewarisi pusaka. Ia bermula pada
kurun keempat hijrah apabila Baitul Mal tidak lagi ditadbir dengan baik dan apabila harta
yang ada di Baitul Mal tidak lagi sampai kepada orang yang berhak. Oleh itu, jika harta
si mati ini sampai kepada Zawil Arham, ia adalah lebih baik daripada sampai kepada
orang yang tidak berhak dan tiada hubungan dengan si mati.

3.5 Cara Pembahagian Pusaka Kepada Zawil Arham


Sebagaimana yang dinyatakan, Zawil Arham hanya boleh mewarisi pusaka jika tidak
terdapat pewaris yang mewarisi harta secara fard (selain suami atau isteri) atau asabah.

5
Jika tiada, semua pusaka adalah milik Zawil Arham. Jika terdapat suami atau isteri, hak
mereka adalah baki selepas bahagian suami atau isteri. Jika hanya terdapat seorang Zawil
Arham, semua pusaka menjadi miliknya. Contohnya, jika yang ditinggalkan hanyalah
seorang anak perempuan kepada anak perempuan. Ia layak menerima kesemua pusaka.
Jika terdapat lebih daripada seorang Zawil Arham. Pembahagian akan mengikut proses
berikut:
1) Selain daripada adik beradik lelaki dan perempuan ibu, bapa saudara sebelah bapa
seibu dan adik beradik perempuan bapa, setiap Zawil Arham diletakkan pada tempat
orang yang menjadi perantaraan antaranya dengan si mati.

Jadi setiap furu' diletakkan pada tempat usul mereka dan usul pada tempat usul
mereka. Demikian satu tingkat demi satu tingkat sehingga dia mengambil tempat
pewaris. Sesiapa yang mengambil tempat seseorang waris, dia menerima apa yang
sepatutnya diterima oleh waris tersebut. Contohnya anak lelaki kepada anak perempuan
(ibn al-Bint) akan mengambil tempat ibunya iaitu anak perempuan. Anak perempuan
kepada adik beradik lelaki (bint al-Akh) pula akan mengambil tempat bapanya iaitu adik
beradik lelaki, begitulah seterusnya.
Walau bagaimanapun, sebagaimana yang telah kita sebutkan, ia tidak berlaku pada
adik beradik lelaki dan perempuan ibu (akhwal dan khalat), bapa saudara sebelah bapa
seibu (a'mam li- Umm) dan adik beradik perempuan bapa (ammat).
Adik beradik lelaki dan perempuan ibu (akhwal dan khalat) akan berada di tempat
ibu dan menerima hak sebagaimana ibu. Mereka menerima kesemua pusaka jika
bersendirian, ataupun satu perenam (1/6) atau satu pertiga (1/3) jika tidak bersendirian.
Sementara bapa saudara sebelah bapa seibu (a'mam li-Umm) dan adik beradik
perempuan bapa (ammat) pula berada di tempat bapa dan menerima pusaka sebagaimana
bapa.

2) Setelah semua Zawil Arham diletakkan di kedudukan mereka (seperti yang


disebutkan di atas), keutamaan diberikan kepada siapa dahulu yang mengambil
tempat pewarisnya sama ada dekat atau jauh kedudukannya dengan si mati.
Jika terdapat anak perempuan kepada anak perempuan kepada anak perempuan (bint bint
al-Bint) dan anak perempuan kepada anak perempuan kepada anak lelaki kepada anak
lelaki (bint bint ibn al-Ibn):
Semua pusaka adalah milik orang kedua iaitu anak perempuan kepada anak
perempuan kepada anak lelaki kepada anak lelaki (bint bint ibn al-Ibn). Sekalipun, orang
pertama lebih hampir kepada si mati. Ini kerana orang kedua terlebih dahulu mengambil
tempat pewarisnya, disebabkan hubungannya dengan si mati tidak dipisahkan oleh bukan
waris. Sedangkan hubungan orang pertama dengan si mati dipisahkan oleh bukan
pewaris iaitu anak Perempuan kepada anak perempuan.

3) Jika kesemua Zawil Arham mempunyai hubungan yang sama. Di sini perlu
diandaikan si mati meninggalkan pewaris-pewaris yang menjadi perantaraan si mati
dengan Zawil Arham. Baki harta pusaka setelah diberikan kepada suami atau isteri

6
akan dibahagikan kepada pewaris-pewaris ini. Mana-mana perantara (pewaris yang
menjadi perantara) yang dihijab, akan menyebabkan orang yang selepas mereka juga
tidak mendapat apa-apa. Mana-mana perantara yang menerima hak tersebut akan
diberikan kepada Zawil Arham yang mengambil tempatnya seolah-olah si mati
mewariskan pusaka kepadanya.

Contohnya: Jika seorang mati meninggalkan:


7 (aul) 6

1/6 Bapa kepada ibu 1


1/3 2 anak (P) kepada 2 adik beradik (P) 2
seibu
1/2 Anak (P) kepada adik beradik (P) seibu 3
sebapa
1/6 Anak (P) kepada adik beradik (P) 1
sebapa

Bapa kepada ibu menerima satu perenam (1/6) kerana dia mengambil tempat ibu
yang menjadi perantaranya. Dua orang anak perempuan kepada adik beradik perempuan
seibu menerima satu pertiga (1/3) kerana mereka mengambil tempat adik beradik
perempuan seibu yang menjadi perantara mereka. Anak perempuan kepada adik beradik
perempuan seibu sebapa menerima satu perdua (1/2) kerana dia mengambil tempat adik
beradik perempuan seibu sebapa yang menjadi perantaranya. Anak perempuan kepada
adik beradik perempuan sebapa pula menerima satu perenam (1/6) kerana dia mengambil
tempat adik beradik perempuan sebapa.
Perlu diberikan perhatian di sini, peningkatan angka pembahagi (aul) tidak
menjejaskan bahagian suami atau isteri sekiranya mereka ini ada. Bahagian mereka
diberikan terlebih dahulu dan bakinya barulah dibahagikan kepada Zawil Arham.

Jika seorang wanita mati meninggalkan:

2 4
1/ Suami 1 2
2
A 2 anak (P) kepada 2 adik beradil 1 2
(P)

Suami menerima satu perdua (1/2) iaitu satu (1) bahagian dan bakinya untuk dua
orang anak perempuan kepada dua orang adik beradik perempuan. Masing-masing
menerima satu perdua (1/2) daripada satu (1) bahagian. Oleh kerana satu bahagian tidak
dapat dibahagikan kepada dua orang secara tepat, ia memerlukan pembetulan. Kita ambil
bilangan mereka dan darabkan dengan angka pembahagi. Hasilnya 2 x 2 = 4 menjadi
pembetulan angka pembahagi. Dengan ini suami menerima 1 x 2 = 2 dan dua orang anak
perempuan kepada dua orang adik beradik perempuan pula menerima 1 x 2 = 2 dengan
masing-masing menerima satu (1) bahagian daripada empat (4) bahagian.

7
Jika dua orang anak perempuan tersebut digantikan dengan dua orang adik beradik
perempuan, nescaya mereka menerima dua pertiga (2/3) dan alam kes tersebut terpaksa
ditingkatkan angka pembahagi (aul). Dengan ini, suami tidak memperoleh satu perdua
(1/2). Ia hanya menerima tiga (3) bahagian daripada tujuh (7) bahagian. Ini berbeza jika
beliau bersama Zawil Arham, beliau memperoleh satu perdua (1/2) pusaka.
Walau bagaimanapun terdapat pengecualian kepada peraturan ini yang menyebut
bahagian yang diterima oleh setiap perantara akan dibahagikan kepada orang yang
mengambil tempatnya seolah perantara tersebut mati dan meninggalkan mereka.
Pengecualian tersebut ialah:
1. Anak-anak lelaki dan perempuan kepada adik beradik lelaki seibu (aulad ikhwah li-
Umm). Bahagian mereka dibahagikan secara saksama tanpa dibezakan lelaki atau
perempuan sepertimana yang diwarisi oleh adik beradik lelaki dan perempuan seibu.
Berlainan sekiranya adik beradik lelaki atau perempuan seibu yang mati dengan
meninggalkan anak-anak lelaki dan perempuan. Pusaka akan dibahagikan menurut
kaedah lelaki menerima dua kali ganda bahagian perempuan.
2. Adik beradik lelaki dan perempuan ibu (akhwal dan khalat) yang mengambil tempat
ibu akan menerima bahagian menurut kaedah lelaki menerima dua kali ganda
perempuan. Berlainan jika si ibu sendiri yang mati, mereka iaitu adik beradik seibu
akan menerima pusaka secara saksama.

4.0 Pewarisan Zawil Arham Di Malaysia


Seperti yang telah dibincangkan berkenaan definisi, cara pembahagia. dan syarat-syarat
zawil arham. Pada kalini, kita akan melihat bagaimana zawil arham dilaksanakan atau
perlaksanaan zawil arham di Malaysia.

4.1 Bagaimana Zawil Arham Berlaku Di Malaysia


Terdapat tiga bahagian waris yang boleh mewarisi harta pusaka iaitu ashab al-furud,
asabah dan zawil arham. Terdapat konflik dimana isu penerimaan harta pusaka oleh
waris zawil arham, ulama tidak sependapat berkaitan status pewarisan mereka. Fuqaha
tidak sependapat dalam isu keutamaan penerimaan lebihan harta pusaka, sama ada perlu
diberikan kepada baitulmal atau kepada zawil arham.

4.2 Cabaran Perlaksanaan Zawil Arham Di Malaysia


Pewarisan keatas waris zawil arham perlu didepani dengan usaha penambahbaikan dari
segi undang-undang pusaka Islam di Malaysia. Sehingga kini, tiada undang-undang yang
spesifik berkaitan faraid atau pusaka orang Islam. Cabaran kebajikan kepada waris di
Malaysia tertumpu kepada dua aspek iaitu keterikatan mazhab dalam fatwa dan wasiat
wajibah sebagai alternatif kepada pewarisan zawil arham. Cabaran pertama iaitu
keterikatan mazhab perlu dilihat secara mendalam oleh institusi kefatwaan dalam
menjaga kebajikan waris mengikut konteks semasa. Bagi cabaran kedua pula merupakan
penambahbaikan kepada enakmen wasiat yang diperuntukkan oleh tiga buah negeri yang

8
telah melakukan penambahbaikan dari segi undang-undang wasiat Islam. Berikut huraian
berkenaan keterikatan mazhab dan juga wasiat wajibah sebagai alternatif :
4.2.1 Keterikatan Mazhab
Peruntukan undang-undang Islam di Malaysia menggariskan bahawa penggunaan
pandangan mazhab Syafie dalam pentadbiran undang-undang adalah mengutamakan
mazhab Syafie. Dengan kata lain, rujukan kepada sebarang keputusan, hukum dan
pendirian agama adalah dengan fokus terlebih dahulu kepada pandangan mazhab Syafie.
Sekiranya tiada pandangan dalam persoalan yang dirujuk itu atau tidak sesuai dengan
keadaan semasa dan kepentingan umum, maka barulah pandangan daripada mazhab yang
lain diambil pertimbangan.
Jasni Sulong merekodkan kes penolakan yang dibuat atas permohonan faraid Encik
Alis bin Embong pada 2004 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu.
Mahkamah telah menolak pemberian pusaka kepada waris zawil arham walaupun dalam
kes ini pemohon adalah waris tunggal si mati. Mahkamah telah memutuskan dengan
mengambil pandangan mazhab Syafie iaitu baitulmal akan mewarisi kesemua harta
pusaka tanpa waris atas alasan baitulmal di Malaysia pada waktu itu dibawah
pengurusan yang teratur. Disamping itu, tiada peruntukan dalam undang-undang negeri
yang memberikan pusaka kepada waris zawil arham yang merupakan sandaran kepada
mazhab Hanafi.
Keterikatan kepada satu mazhab sahaja telah menutup ruang kebajikan yang boleh
diberikan kepada waris si mati secara menyeluruh terutama yang melibatkan waris zawil
arham. Hal ini menjadi cabaran utama kepada pelaksanaan agihan yang terbaik kepada
waris. Sebagai cadangan, siasatan waris perlu diperkasakan oleh pihak yang terlibat
dengan penyelesaian pusaka di Malaysia agar hak waris zawil arham masih boleh
dibenarkan lebih-lebih lagi kes dalam kes si mati yang tidak meninggalkan waris ashab
al-furud dan asobah.
4.2.2 Wasiat Wajibah sebagai alternatif
Peruntukan wasiat wajibah merupakan satu usaha menjaga kebajikan cucu yang
yatim untuk mendapat habuan daripada datuk atau nenek yang meninggal dunia. Dua
syarat utama dalam pelaksanaan wasiat wajibah ialah cucu si mati bukan waris yang
berhak untuk mendapat pusaka dan si mati semasa hidupnya tidak pernah memberikan
kepada cucu tersebut, sebarang harta yang menyamai kadar sepatutnya diperolehi oleh
ibu bapa mereka secara percuma secara hibah, wasiat atau sebagainya.
Peruntukan wasiat wajibah telah diikuti oleh tiga buah negeri di Malaysia iaitu
Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Seksyen 27 dalam Enakmen Wasiat Orang Islam
Selangor 1999, Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 dan Enakmen
Wasiat Orang Islam Negeri Melaka 2005 telah menggariskan limit penerima wasiat
wajibah iaitu cucu furu’ waris daripada anak lelaki sahaja (ibnu ibni atau bintu ibni).
Peruntukan enakmen wasiat diperingkat negeri yang tidak sama adalah berkait
dengan cabaran ketidak seragaman dalam memutuskan fatwa dan penggubalan undang-

9
undang dalam sesuatu isu di antara negeri-negeri. Hal ini kerana terdapat 14 buah negeri
di Malaysia yang mempunyai kuasa eksekutif dalam menentukan undang-undang
mengenai hal ehwal agama Islam yang diketuai oleh Raja atau Tuanku Sultan. Dengan
kuasa tersebut, setiap negeri berhak untuk menggubal undang-undang mengenai hal
ehwal agama Islam.

4.3 Pelaksanaan Harta Pusaka Waris Zawil Arham Di Baitulmal


Di Malaysia, institusi baitulmal adalah bidang kuasa negeri. Sumber baitulmal pada
asalnya ada tiga bahagian iaitu as-sadaqah, al-fai’ dan al-khumus. Ketiga-tiga bahagian
itu merupakan pembahagian yang disebut sendiri oleh Saidina Umar R.A. Masa kini,
sumber pendapatan baitulmal adalah lebih luas dan merupakan wadah menggerakkan
sumber-sumber ekonomi dalam mempengaruhi kestabilan dan pertumbuhan ekonomi
sosial. Dari sudut sumber, secara umum boleh dikatakan bahawa hasil baitulmal ini
semakin meningkat. Di Selangor khususnya, kedudukan kewangan baitulmal dinyatakan
dalam jadual di bawah.

Kumpulan Wang Baitulmal 2018 2017 2016


1. Hasil Sumber Am
*Pajakan, sewaan, dividen &
RM RM RM
keuntungan pelaburan dan lain-lain.
37,039,412 27,967,549 25,831,567
2. Hasil Agama
*Wasiat, hibah, sijil halal dan lain-
lain.

Lain-lain Pendapatan RM RM RM
216,817,731 234,588,498 27,358,528
*Keuntungan jualan harta tetap dan
lain-lain.
Jumlah RM RM RM
253,857,143 262,556,047 53,190,095
Sumber : FAIL MAIS
4.3.1 Keutamaan Penerimaan Harta Pusaka Di Antara Zawil Arham Dan
Baitulmal Di Malaysia
Hukum fiqh boleh berubah dengan pelbagai sebab dan perkara lebih-lebih lagi dari
dalam perkara yang tidak disepakati oleh para ulama mazhab dan fiqh. Isu keutamaan ini
tidak disepakati disebabkan ketiadaan dalil yang khusus menyebut golongan zawil arham
atau baitulmal yang lebih berhak menerima lebihan harta pusaka si mati. Namun konflik
ini telah diselesaikan oleh ulama sejak dahulu lagi dengan cara penyelesaian yang
disokong oleh dalildalil syara’. Keutamaan yang digunapakai tertakluk kepada mazhab
yang dipegang oleh negara atau fatwa yang dikeluarkan oleh mufti negara tersebut .
Selain itu, undang-undang mahkamah juga memainkan peranan kerana perkara yang
melibatkan harta ini adalah termasuk dalam perkara yang perlu diselesaikan melalui
lunas undang-undang . Di Malaysia, setakat ini tiada undang-undang khusus yang

10
menyebut berkaitan keutamaan penerimaan lebihan harta pusaka. Menurut YA Che
Abdullah Che Hassan, disebabkan ketiadaan undang-undang syariah yang khusus maka
mahkamah syariah akan kembali kepada hukum syara’yang mana kembali kepada
pandangan fiqh mazhab Syafie. Perkara ini disebut di dalam Enakmen Pentadbiran
Agama Islam Negeri Selangor 2003, Bahagian III - Pelantikan Mufti, Kuasa Dalam Hal
Ehwal Agama, Jawatankuasa Fatwa Dan Fatwa Yang Berhubungan Dengan Kepentingan
Nasional, Seksyen 54 yang menetapkan bahawa qaul muktamad adalah mengikut
pandangan mazhab Syafie’. Kedudukan zawil arham di dalam mazhab Syafie
sebagaimana yang disebutkan sebelum ini merupakan golongan yang tidak layak untuk
menerima pusaka, dan lebihan harta pusaka diserahkan kepada baitulmal. Pendapat ini
digunapakai di mahkamah syariah dan Bahagian Pembahagian Pusaka Jabatan Ketua
Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), apabila kedua-dua badan ini telah menetapkan
bahagian-bahagian pusaka dan ada lebihan daripada harta si mati, secara praktis
semasanya satu perintah akan dikeluarkan agar diberikan bahagian tersebut kepada
baitulmal.
4.3.2 Pendekatan Pembahagian Kepada Waris Zawil Arham & Jadual
Pengiraan Pembahagian Kepada Zawil Arham
Jadual Pendekatan Pembahagian Kepada Waris Zawil Arham

Bil Pendekatan Penerangan

Semua waris zawil arham berhak mewarisi pusaka secara


sama rata tanpa dibezakan susur galur yang jauh atau dekat
1. Ahl al-rahm dan antara lelaki atau perempuan. Setiap waris berkongsi
kadar yang sama.
Semua waris zawil arham akan ditentukan dengan darjat
2. Ahl al-qarabah kekerabatan mereka dengan si mati. Bahagian waris zawil
arham akan disamakan dengan kelompok asobah bi al-nafs.
Semua waris zawil arham akan mengambil tempat waris
3. Ahl al-tanzil terhampir daripada kalangan ashab al-furud atau asobah.
Bahagian setiap waris zawil arham adalah berbeza mengikut
perantara mereka dengan si mati.
Waris zawil arham disandarkan dengan adanya rahim yang menyatukan asal-usul
mereka, lafaz ‘arham’ lebih dekat dengan makna makna ‘kerabat’, sama ada dalam
bahasa Arab ataupun istilah syariat Islam. Walaupun ada hubungan kerabat, zawil arham
adalah golongan terakhir sekali dalam turutan waris.
Contoh kes bagi menjelaskan cara pembahagian kepada zawil arham:
Si mati meninggalkan waris ibu saudara (saudara perempuan bapa), ibu saudara (saudara
perempuan ibu), anak saudara perempuan daripada saudara perempuan kandung dan
cucu lelaki (anak lelaki kepada anak perempuan).
Keempat-empat waris adalah waris zawil arham. Cara penyelesaian adalah mengikut
kepada jadual dibawah:

11
Jadual Pengiraan Pembahagian Kepada Zawil Arham

Pendekatan ahl al- Pendekatan ahl al- Pendekatan ahl al-


Waris rahim qarabah tanzil
Fardu Saham Fardu Saham Fardu Saham
Ibu saudara (saudara ¼ X 1/6 + 2/6
perempuan bapa) asobah
Ibu saudara (saudara ¼ X 1/6 1/6
perempuan ibu)
Anak saudara
perempuan daripada ¼ X Mahjub X
saudara perempuan
kandung
Cucu lelaki (anak
lelaki kepada anak ¼ 1/1 ½ 3/6
perempuan)
Jumlah Asal 4/4 1/1 6/6

12
5.1 Penutup
Kesimpulannya, waris zawil arham merupakan sau kategori penerima pusaka yang
memppunyai hubungan kerabat selepas ashab al-furud dan asobah. Perselisihan dikalangan
fuqaha tentang status waris zawil arham adalah berpunca daripada ketiadaan nas syarak yang
jelas dalam memperakui kedudukan mereka sebagai waris yang sah. Walau bagaimanapun,
Kebajikan mereka sebagai penerima pusaka perlu dilihat semula seiring dengan konteks
semasa dan ikatan kekeluargaan dengan si mati. Pemberian pusaka kepada waris sedikit
sebanyak memperakui keluarga luas kepada si mati dalam sistem pusaka Islam. Usaha
penambahbaikan dari sudut keterbukaan mazhab dan agihan alternatif melalui wasiat wajibah
seharusnya dilakukan demi menjaga Kebajikan waris zawil arham.
Dalam konteks di Malaysia, berdasarkan kepada syarat-syarat dan prosedur yang telah
ditetapkan dan bersesuaian dengan statusnya sebagai unit yang bertanggungjawab untuk
memegang amanah umat Islam di negara ini, baitulmal berhak terhadap keseluruhan harta
pusaka si mati yang tidak mempunyai waris atau ada waris tetapi terdapat lebihan setelah
diberikan kepada waris mengikut bahagian masing-masing. Walau bagaimanapun, dengan
kebenaran majlis waris si mati yang berhak boleh membeli balik harta pusaka yang menjadi
milik baitulmal dengan mengikut nilaian yang telah ditetapkan.

13
6.0 Rujukan
1. Al-Sabuni, Muhammad ‘Ali. (1996). Al-Mawarith Fi Al-Syari’yah Al-Islamiyah Fi Dhawi
AlKitab Wa Al-Sunnah. Saudi Arabia: Ummul Qura’ Makkatul M
2. Fatwa Pengurusan Lebihan Harta Pusaka.
https://mufti.perlis.gov.my/index.php/himpunanfatwa-negeri/89-fatwa-pengurusan-lebihan-
harta-pusaka. Dilihat pada 10 Jun 2020. Hailani Muji Tahir (2007) Baitulmal: Institusi
Kewangan Negara Islam, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Hasan Taysir Abd al-Rahim Shumut. (t.t). Ahkam Mirath Dhawi al-Arham fi al-Shariah
alIslamiyyah. Majallah al-Adl. Bil. 45.
4. Laporan Tahunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) (2016, 2017 & 2018) Diperoleh
pada 20 Jun 2020 daripada https://www.mais.gov.my/laporan-tahunan/
5. Mustofa Al-Khin & Mustofa Al-Bugho (2009) Fiqh Al-Manhaji, Kitab Fikah Mazhab
Syafie. Radieh Mohd Nor (2015) “Success Factors for Baitulmal Management during the
Reign of Caliph Umar ibn Abdul Aziz”, Open Journal of Social Sciences, Vol. 3, No. 5
6. http://www.jised.com/PDF/JISED-2020-31-09-11.pdf

14

You might also like