Ulasan Buku Transformasi Pendidikan Dan Komuniti Luar Bandar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

NAMA KURSUS:

GGGA5022: SEKOLAH DAN MASYARAKAT

TAJUK:

ULASAN BUKU: TRANSFORMASI PENDIDIKAN DAN KOMUNITI


LUAR BANDAR

PENSYARAH:DR. NUR ATIQAH BT JALALUDIN

DISEDIAKAN OLEH:

NUR NAJIHAH BINTI HAMDAN

ULASAN BUKU: TRANSFORMASI PENDIDIKAN DAN KOMUNITI LUAR BANDAR


Penulis: Jabil Mapjabil, Christina Andin, dan Julenah Ag Nuddin

SINOPSIS

Buku ini menggabungkan penyelidikan daripada beberapa kajian mengenai Transformasi


Pendidikan dan Komuniti Luar Bandar.Memperkasakan pendidikan luar bandar merupakan satu
agenda penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan di Malaysia. Keprihatinan terhadap
kemunduran pendidikan di kawasan luar bandar mendorong kepada penyelidikan dan penulisan
yang bermatlamat untuk mentransformasikan pembelajaran di luar bandar dengan fokus bukan
sahaja kepada murid, malah komuniti setempat serta guru. Maka, bagi membolehkan
perkongsian pengetahuan dan pengalaman sama ada dalam bentuk hasil penyelidikan atau kertas
konsep, karya suntingan berjudul Transformasi Pendidikan dan Komuniti Luar Bandar ini
menghimpunkan bab-bab yang membincangkan tentang peranan dan strategi yang digunakan
oleh pelbagai pihak dalam usaha memperkasakan pendidikan luar bandar. Terdapat juga
penyelidikan yang dilakukan tertulis di dalam buku ini. Buku ini boleh dimanfaatkan sebagai
sumber rujukan kepada mereka yang ingin mengkaji serta mendapatkan pengetahuan lanjut
tentang program untuk menambah baik mutu pendidikan luar bandar. Maklumat berkenaan
inisiatif program pendidikan luar bandar oleh pengkaji adalah berguna sebagai sumber idea
kepada mereka yang terlibat dalam pengurusan dan pelaksanaan dasar berkaitan dengan
pembangunan pendidikan luar bandar. Buku ini juga relevan sebagai bacaan umum dan rujukan
tambahan yang memperkayakan ilmu pembaca tentang pendidikan luar bandar. Buku ini juga
boleh dijadikan sumber maklumat kepada guru luar bandar supaya dapat mempelajari dengan
lebih mendalam tentang transformasi pendidikan luar bandar.

NILAI/ISI PENTING (PERINCIKAN)


1. Pendidikan dan mobiliti sosial komuniti masyarakat luar bandar

Buku ini menerangkan bahawa pendidikan semasa pemerintahan Brooke berfungsi untuk
memberikan pendidikan formal yang tersusun dan bersifat moden kepada masyarakat luar bandar
seperti etnik di Sarawak. Sistem pendidikan tradisional telah diwujudkan bertujuan untuk
mencorak mobiliti sosial sesuatu bangsa atau kaum masyarakat luar bandar di Malaysia. Pada
zaman ini, pendidikan telah di pertingkatkan dengan adanya sekolah dan institusi pendidikan
yang membolehkan pembelajaran di dalam kelas kepada masyarakat luar bandar. Perkembangan
pendidikan dalam masyarakat luar bandar boleh dilihat dengan penggunaan Bahasa Malaysia
yang di dalam pembelajaran membolehkan masyarakat luar bandar seperti etnik Iban
membiasakan diri dengan bahasa tersebut seterusnya dapat mencapai objektif dasar pendidikan
negara yang selari dengan pembinaan negara bangsa. Selain itu, dapatan penyelidikan
menunjukkan pandangan masyarakat luar bandar melibatkan lima tema iaitu ekonomi, status
sosial, prestij, kebanggaan dan kelangsungan hidup. Peranan pendidikan kepada masyarakat luar
bandar juga boleh dilihat dengan pengurangan kemiskinan atau taraf hidup yang rendah dalam
komuniti luar bandar. Sebagai contoh, masyarakat Iban di Sarawak yang dahulunya dikenali
sebagai masyarakat yang ringkas kini telah menjadi masyarakat industri hasil daripada
pendidikan yang diperolehi yang digunakan untuk bekerja di dalam industri kapitalisme. Namun
begitu, kajian di dalam buku ini tidak meliputi seluruh masyarakat di Sarawak. Oleh itu, terdapat
beberapa etnik atau komuniti luar bandar masih ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan
yang formal.

2. Transformasi minda etnik minoriti dan komuniti terpinggir di luar bandar.

Transformasi minda ialah proses perubahan yang terjadi kepada pemikiran yang berasaskan
pentakrifan kehidupan dan masa depan seseorang. Bab ini membincangkan hasil kajian
mengenai proses transformasi melalui pendidikan bermodul di Pusat Pembangunan Minda Insan
di Sabah, impak, cabaran, dan prospek masa depan komuniti etnik yang terpinggir di luar bandar.
Antara ciri komuniti minoriti atau komuniti terpinggir ialah etnik Bajau yang dikenali sebagai
orang tanpa kewarganegaraan (OTK) dan komuniti yang terpinggir akibat faktor geografi yang
tinggal di pedalaman. Komuniti ini mengalami keciciran pendidikan hasil daripada faktor
dokumentasi, keluarga, budaya atau tradisi warisan, pentadbiran komuniti, status
kewarganegaraan, kesedaran dan motivasi dan lokasi penempatan. Oleh itu, kajian di dalam buku
ini menerangkan usaha Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) dalam melakukan program
pembangunan modal insan dengan mengutamakan aktiviti pendidikan asas dan lanjutan kepada
komuniti etnik yang tercicir daripada pendidikan. Hasilnya, lebih 30 peratus daripada murid di
beberapa program PPMI pada tahun 2017 telah berjaya memasuki sekolah aliran perdana dan
menunjukkan prestasi yang cemerlang seperti memenangi pertandingan hafazan, tilawah,
bercerita, azan dan lain-lain. Selain itu, transformasi melalui sistem pendidikan bermodul di
PPMI telah mengubah dan meningkatkan sosio budaya masyarakat luar bandar kerana mereka
telah menguasai kemahiran mengurus hidup, kemahiran bersosial, dan bernegara. Justeru,
sokongan dan usaha daripada pelbagai pihak perlu ditingkatkan untuk memastikan kelestarian
proses transformasi dicapai dengan lebih mendalam.

3. Peranan universiti dalam Pembangunan komuniti luar bandar

Pada abad ke-21, pembangunan sosioekonomi seperti universiti telah mula di bangunkan di luar
bandar bertujuan penglibatan masyarkat luar bandar di pendidikan tinggi. Dalam buku ini,
penglibatan Libatsama Universiti dengan Komuniti Setempat (LUKS) telah di dikaji termasuk
aktiviti kolaborasi yang melibatkan universiti dengan komuniti setempat atau global yang terdiri
daripada sektor kerajaan, para industri, badan swasta dan sebagaiya. Peranan LUKS adalah
penukaran pengetahuan dan maklumat tertentu yang diingini oleh komuniti demi untuk
membangunakan sesebuah ruang wilayah sama bandar atau luar bandar. Antara sumbangan yang
dilakukan oleh LUKS adalah termasuk aspek modal sosial, pembangunan modal ekonomi,
pembangunan budaya, dan pembangunan budaya yang mampu meningkatkan taraf hidup luar
bandar kepada bandar.Pelbagai projek telah dijalankan di bawah LUKS dengan kerjasama
universiti tempatan demi untuk membangunkan kawasan luar bandar yang memberi impak
positif kepada komuniti. Pada pandangan saya, aktiviti berkolaborasi ini perlu digalakkan oleh
semua universiti di Malaysia. Para siswa di universiti boleh melakukan program pendidikan di
sekolah atau di komuniti luar bandar supaya transformasi pendidikan ini berjaya diteruskan.
4. Peranan Komuniti sebagai tunjang memperkasakan sekolah luar bandar

Kemunduran dalam pendidikan yang berpunca daripada kekurangan kemudahan asas, guru yang
silih berganti, dan kekurangan guru masih berlaku di kawasan luar bandar. Kesan daripada punca
ini, prestasi murid di luar bandar menurun dan menyebabkan mereka ketinggalan berbanding
dengan murid di bandar. Oleh itu, permuafakatan komuniti memainkan peranan penting dalam
pendidikan seperti usaha membangunkan pendidikan formal dan sistematik dalam kalangan
masyarakat luar bandar. Buku ini menekankan kesedaran komuniti tentang pentingnya kerjasama
untuk membangunkan dan meningkatkan keperluan pembelajaran juga bantu mengatasi
kemunduran dalam pendidikan dalam kalangan masyarakat luar bandar. Kerjasama daripada
pihak sekolah , keluarga dan komuniti perlu dilaksanakan dalam menjalankan program yang
membawa kepada perubahan positif kepada persekitaran pembelajaran di sekolah luar bandar.
Sebagai contoh, program gotong royong dijalankan untuk membersih persekitaran sekolah dan
menghias sekolah dengan cantik menggunakan bahan alam semula jadi mampu menarik
sokongan dan motivasi komuniti untuk memajukan sekolah luar bandar. Sokongan yang diterima
daripada komouniti ini dapat meningkatkan prestasi sekolah untuk menjadi sekolah contoh
kepada sekolah luar bandar dan bandar.

5. Peranan guru dalam memperkasakan pembelajaran abad ke-21 di luar bandar

Peranan guru sememangnya memainkan peranan penting dalam memperkasakan pembelajaran


moden di luar bandar. Kajian di dalam buku ini menerangkan pelaksanaan PAK21 iaitu proses
pembelajaran yang berpusatkan murid telah dijalankan di kawasan luar bandar supaya pelajar
dapat pengetahuan dan kemahiran baru yang meliputi aspek moral, intelek, fizikal, sosial, dan
estetika. Bagi menjayakan PAK21, guru perlu meningkatkan kemahiran diri sebagai pelaksana
untuk memastikan dasar pendidikan yang berpusatkan murid. Terdapat empat ciri PAK21 yang
perlu dikuasai iaitu komunikasi, pemikiran kritis, kolaborasi, dan kreativiti. Guru perlu
memastikan murid terutamanya di sekolah luar bandar dapat memerhati, mendengar, dan
memberi maklum balas dengan murid yang lain bagi mencapai komunikasi yang berkesan.
Selain itu, guru juga perlu menggalakkan murid supaya menguasai kemahiran berfikir dan cara
penyampaian maklumat yang diproses supaya dapat melahirkan murid yang berfikiran kritis.
Kajian ini juga berpendapat bahawa ciri kolaborasi boleh dicapai apabila guru menggunakan
teknik pengajaran moden yang merangkumi proses kerjasama antara guru dan murid semasa
pembelajaran dilakukan. Untuk menguasai pemikiran yang kreatif, guru perlulah membantu
murid untuk berfikir secara terbuka dan berani mencuba dengan memberi bimbingan dan kritikan
yang membina kepada murid. Daripada apa yang saya baca, b, pelaksanaan PAK21 yang
diterangkan di dalam buku ini telah menekankan kemahiran yang merangkumi pembelajaran dan
inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan akhirnya kemahiran hidup dan kerjaya.
Kemahiran ini boleh dicapai apabila murid dapat menguasai ciri-ciri- PAK21 dalam proses
pembelajaran. Guru juga bertanggungjawab untuk merangka rancangan pembelajaran,
menyediakan aktiviti pembelajaran PAK21, menjadi fasilitator dan motivator kepada pelajar,
menggunakan teknologi dalam bilik darjah dan mewujudkan kelas abad ke-21 agar pelajar-
pelajar di luar bandar tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Walaupun begitu, kesesuaian cara
pengajaran perlu di lihat juga mengikut kesesuaian dan keselesaan murid.

6. Kepentingan penerapan sains dalam komuniti luar bandar

Ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi semakin berekmbang dari masa ke semasa.
Pendidikan sains yang bersifat penyiasatan dan seimbang perlu diterapkan dalam sekolah di
komuniti luar bandar agar pelajar berminat untuk mendalami dan memahami fungsi dan peranan
sains dalam kehidupan seharian. Buku ini membincangkan fungsi pendidikan sains kepada
komuniti luar bandar ialah dapat melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, dapat
membangunkan persekitaran yang lebih sihat, sejahtera, dan makmur. Hasilnya, komuniti luar
bandar berupaya menghasilkan inovasi yang kreatif dan berguna kepada masyarakat tempatan.
Selain itu, kestabilan ekonomi dan ketenteraman juga boleh terjamin jika masyarakat luar bandar
menggunakan pendidikan sains dengan berfaedah dan bertindak secara holistik yang mampu
meningkatkan kemajuan bersama. Akhirnya, status komuniti luar bandar dapat ditingkatkan
dengan konsep celik sains terutamanya di kawasan pemuliharaan. Walau bagaimanapun,
komuniti luar bandar perlu mengikut dan mempelajari dengan teliti untuk menghasilkan inovasi
supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti kecederaan.
7. Pelaksanaan program pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik
(STEM) di sekolah menengah luar bandar.

Buku ini juga mengandungi kajian mengenai pendidikan STEM yang terdiri daripada Sains,
Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik adalah kemahiran yang diguna pakai secara global.
Pelajar perlu menguasai formula 4C dalam pendidikan STEM iaitu kreativti, pemikiran kritis,
kerjasama, dan komunikasi bagi meningkatkan kemahiran demi menghadapai realiti dan kerjaya
masa depan. Pendidikan STEM ini juga berfungsi sebagai penyediaan pelajar dan graduan
terutamanya komuniti luar bandar untuk menghadapi cabaran Industri 4.0 yang melibatkan
teknologi yang semakin kompleks. Oleh itu, program outreach telah dijalankan di sekolah
menengah luar bandar yang membolehkan guru membimbing dan membantu pelajar luar bandar
untuk memahami pendidikan STEM dan kepentingannya kepada kemajuan negara. Selain itu,
program hands on juga dilaksanakan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran STEM
dengan mencipta sesuatu yang produktif, kreatif dan mencabar. Hasil daripada program yang
dijalankan di bawah pendidikan STEM, pelajar dapat memahami prinsip hukum Sains dalam
reka cipta, dapat membentuk dan membina sesuatu yang baharu, dan mengukuhkan kemahiran
berfikir. Pada pendapat saya, pendidikan STEM ini penting dan perlu dipraktikan di sekolah
supaya murid dapat mempelajari kepentingan kemahiran tersebut yang boleh memberi manfaat
kepada masa hadapan.

8. Pelaksanaan program robotik pendidikan minimalis di luar bandar

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif dalam


memperkasakan para pelajar terutamanya di luar bandar untuk mematuhi tuntutan Revolusi
Perindustrian 4.0 yang mementingkan penggunaan teknologi seperti Robotik, Big Data, Virtual
Reality dan sebagainya. Oleh itu, pelajar di luar bandar perlu menguasai ilmu pendidikan robotik
iaitu dengan menaplikasikan penggunaan robotik dalam proses pengajaran, dan pembelajaran
yang berteraskan afektif, pemikiran dan kemahiran. Pendidikan ini juga berkesan untuk
menggalakan pelajar mempelajari Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM). Untuk
mengaplikasikan pendidikan robotik ini, prosedur pelaksanaan program robotik minimalis telah
dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar, guru, dan belia dalam pendidikan
kawasan luar bandar. Modul aktiviti dibawah program robotik ini dijalankan dalam bengkel di
mana para pelajar diberi pendedahan kepada pendidikan berasaskan robotik. Aktiviti ini mampu
meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta meningkat kemahiran pelajar yang
mampu bersaing ke peringkat global. Namun begitu, hanya segelintir sahaja murid diberi
peluang untuk menyertai bengkel atau program yang dilakukan. Buku ini disarankan untuk
meluaskan kajian mengenai impak program robotik ini dalam kalangan murid luar bandar supaya
dapat lihat keberhasilan program tersebut.

APLIKASI ILMU DALAM ORGANISASI

Pendidikan lokal dan tradisional sering dilihat sebagai petunjuk kepada mobiliti sosial yang
melibatkan tentang alam dan hubungan masyarakat luar bandar yang mengamalkan kebudayaan
yang sama. Sebagai contoh konsep pendidikan kepada etnik Iban boleh dijadikan sebagai pihak
yang membantu masyarakat mereka untuk mendapat pengetahuan tentang dunia, berfikir di luar
kotak, dan memperolehi pengetahuan am yang boleh membangunkan kemahiran komuniti yang
sedia ada. Pada pendapat saya, pendidikan yang diberikan kepada masyarakat luar bandar jelas
menunjukkan transformasi termasuk kenaikkan taraf hidup kerana mereka dapat berpeluang
memegang jawatan atasan serta berpendapatan tinggi dalam sesuatu pekerjaan. Selain itu,
pendidikan yang diberikan juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat minoriti
atau komuniti terpinggir seperti pengurusan diri yang lebih terurus seterusnya mampu mengubah
amalan kehidupan dalam keluarga yang lebih baik. Komuniti ini juga telah berupaya
mengamalkan adab, kaedah bercakap dan penggunaan bahasa yang betul, dan menguasai
kemahiran asas dalam kehidupan hasil daripada pendidikan yang diperolehi. Dalam transformasi
sistem pendidikan ini juga, bimbingan yang diberikan kepada komuniti ini juga memberi kesan
kepada kehidupan sosisal masyarakat minoriti kerana mereka mempunyai kemahiran untuk
bersosial dan hidup bermasyarakat seterusnya, dapat melahirkan negara yang harmoni. Denagn
pendidikan yang diberi ini juga, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi secara
profesional di alam pekerjaan nanti kerana . Selain itu, pendidikan sains juga telah diterapkan di
komuniti luar bandar agar masayarakat dapat memperolehi pengetahuan dan menggunakannya
dalam kehidupan seharian, pekerjaan dan penyelidikan saintifik. Perkembangan teknologi di era
globalisasi ini makin berkembang dan ini memberi peluang pekerjaan yang meluas kepada
masyarakat luar bandar yang memperoleh pendidikan sains di sekolah dan pendidikan tinggi.
Komuniti luar bandar juga menerima pendidikan STEM, kemahiran yang diperolehi berupaya
digunakan untuk memperkembangkan ekonomi di Malaysia. Kelayakan pekerjaan pada masa
kini tidak lagi melihat kepada kelayakan sahaja malah majikan juga menilai kemahiran calon
untuk menyelesaikan masalah kompleks, berfikir secara kritis, kreatif, menguruskan manusia,
emosi, dan kemahiran membuat keputusan. Dengan penekanan pendidikan STEM di sekolah luar
bandar, para pelajar dapat menimba ilmu untuk memenuhi keperluan pasaran di Malaysia
seterusnya mencapai status negara maju pada tahun 2050. Para pelajar luar bandar juga
didedahkan dengan pendidikan robotik yang berfungsi sebagai alat bantu mengajar untuk subjek
STEM. Dengan pendidikan robotik ini, para pelajar berpeluang untuk meningkatkan kemahiran
mereka dalam bidang sains dan teknologi dan seterusnya dapat mengaplikasi kemahiran tersebut
dalam kerjaya mereka pada masa hadapan. Dalam pendidikan robotik ini juga, pelajar di beri
peluang untuk menyiasat fenomena harian dalam kehidupan dan persekitaran mereka sama ada
di dalam atau luar kelas. Kecekapan dalam berinteraksi juga dapat ditingkatkan sekiranya pelajar
menguasai kemahiran pendidikan robotik ini yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan
profesional dalam kerjaya masa depan.

REFLEKSI

Perkembangan pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan bukan sahaja di


bandar malah di luar bandar juga. Pelbagai pihak termasuk kerajaan telah mengambil usaha dan
memberi penekanan terhadap transformasi pendidikan di luar bandar. Di dalam buku ini dapat
dilihat perkembangan dan usaha dari awal hingga kini demi untuk menghapuskan jurang
pendidikan dalam komuniti luar bandar. Kepentingan pendidikan di luar bandar juga jelas
dinyatakan di dalam buku ini kerana ia bukan sahaja dapat membantu taraf hidup komuniti luar
bandar, malah dapat meningkatkan ekonomi negara. Dengan pendidikan yang diterima oleh
komuniti luar bandar, mereka berpeluang untuk menceburi bidang teknologi yang menyumbang
kepada meningkatkan ekonomi negara. Komuniti luar bandar juga berpeluang untuk menimba
ilmu pengetahuan tentang kehidupan seharian dan seterusnya dapat menyampaikan ilmu tersebut
kepada keluarga dan masyarakat dalam komuniti tersebut. Sebagai contoh, pelajar yang
mempelajari ilmu STEM dalam pendidikan dapat menghasilkan inovasi yang kreatif dan berguna
untuk membantu kehidupan seharian mereka. Namun begitu, terdapat juga masyarakat luar
bandar yang tidak mampu dan berminat untuk mendapatkan pendidikan di sekolah kerana
mereka lebih cenderung untuk bekerja demi menampung keperluan asas keluarga. Justeru, ibu
bapa perlu menggalakan anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan kerana ia boleh
mengubah individu tersebut dan masa depan mereka untuk menjadi lebih baik. Namun begitu,
masih terdapat murid di kawasan luar bandar mengalami keciciran pendidikan disebabkan
beberapa faktor yang tidak mengizinkan. Oleh itu, penulis buku ini disarankan membuat kajian
dengan lebih mendalam terhadap punca keciciran pelajar dalam transformasi pendidikan luar
bandar supaya menyebarkan kesedaran kepada orang ramai dan pembaca. Secara
keseluruhannya, buku ini sangat bermanfaat untuk semua pihak kerana ia dapat meningkatkan
motivasi untuk membantu meningkatkan transformasi pendidikan di luar bandar.

You might also like