Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Rujukan: SKKM.

100-12/1/1( )
Tarikh : 08 MAC 2024

Ketua Polis Daerah Kudat


Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat
Peti Surat No. 68
89057 Kudat
SABAH

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL SEMPENA PEMBUKAAN SESI
PERSEKOLAHAN 2024/2025 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MINYAK, KUDAT, SABAH.

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

02. Untuk makluman tuan, pihak sekolah akan mengadakan Ceramah Buli dan Gangguan Seksual
untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan buli di kalangan murid, guru-guru, ibu bapa
dan komuniti sekitar.

03. Sehubungan itu, dengan rasa bangga pihak sekolah menjemput pihak tuan untuk
menyampaikan ceramah yang berkaitan mengikut ketetapan berikut;

Tarikh : 11 Mac 2024 (Isnin)


Masa : 8:00 pagi – 9:00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka Sekolah

04. Semoga kehadiran pihak tuan ke majlis ini meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan
jenayah di kalangan murid, guru-guru, ibu bapa dan komuniti sekitar. Kehadiran tuan kami dahului
dengan ribuan penghargaan dan terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

________________________

(Rosnah binti Hj. Karim)


Guru Besar
SK Kg Minyak, Kudat

You might also like