Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

KARNIVAL SUKAN
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH
TAHUN 2023

Anjuran:
Pelajar Pra-Universiti Semester 4
Subjek Sains Sukan

Tema:

‘SUKAN HARMONI,MERAPATKAN
JURANG,MEMBINA KESEPADUAN’
1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapat kelulusan daripada pihak
pengurusan Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) untuk mengadakan program ‘Karnival
Sukan’ bagi atlet-atlet murid SSMS.

Program ini akan diadakan pada 20 Januari 2024 bertempat di Dataran Olimpik Sekolah
Sukan Malaysia Sabah dengan penglibatan semua atlet murid Sekolah Sukan Malaysia
Sabah.

2.0 RASIONAL/JUSTIFIKASI

Antara beberapa rasional program ini dijalankan adalah seperti berikut:

2.1 Membolehkan para murid menyedari kepentingan gaya hidup aktif dan kesihatan
melalui sukan-sukan yang menyeronokkan.

2.2 Merehatkan minda atlet murid dengan aktiviti non-akademik.

2.3 Berupaya untuk mengembalikan nostalgia mengenai permainan tradisional rakyat


yang jarang kali diadakan.

2.4 Memupuk semangat muhibbah dan kekitaan di kalangan atlet murid.

2.5 Melahirkan pelajar Pra-Universiti yang mempunyai kemahiran untuk mengelola


pertandingan.

3.0 OBJEKTIF

Program ini diharap dapat mencapai beberapa objektif yang telah disasarkan:

3.1 Memberi peluang kepada para atlet Sekolah Sukan Malaysia Sabah untuk menyertai
acara sukan di luar bidang mereka.

3.2 Membentuk serta mengeratkan semangat muhibbah di kalangan peserta program.

3.3 Mencungkil bakat kepimpinan, keterampilan diri dan;

3.4 Memupuk sifat bekerjasama dalam setiap kumpulan peserta.


4.0 PERINCIAN AKTIVITI

4.1 Tarikh, masa dan tempat

Program ini akan dijalankan seperti butiran berikut :

Tarikh : 20 Januari 2024


Masa : 6.30 a.m – 11.00 a.m
Tempat : Dataran Sekolah Sukan Malaysia Sabah

4.2 Penglibatan

Program ini melibatkan seramai atlet murid Sekolah Sukan Malaysia Sabah sahaja.
Setiap atlet murid adalah diwajibkan untuk mengambil bahagian.

4.3 Acara permainan yang dipertandingkan

4.3.1 (BOLA TAMPAR LELAKI)


4.3.2 (BOLA JARING PEREMPUAN)
4.3.3 (PINGPONG LELAKI DAN PEREM,PUAN)
4.3.4 (TARIK TALI LELAKI)

4.4 Format permainan

4.4.1 Format permainan ialah berbeza-beza mengikut permainan yang


dipertandingkan dan setiap platun wajib menghantar peserta bagi setiap
acara. Bagi acara bola tampar,setiap platun harus menghantar satu
kumpulan berjumlah tujuh orang peserta campuran lelaki dan
perempuan.Bagi bola jaring, setiap platun harus mengantar satu kumpulan
yang mengandungi tujuh perserta bagi kategori perempuan sahaja.Untuk
ping pong , setiap platun harus menghantar satu peserta bagi kategori
lelaki dan perempuan. Bagi tarik tali , setiap platun harus menghantar satu
kumpulan yang mengandungi lapan peserta bagi kategori lelaki sahaja.

4.4.2 Para ahli yang tidak dapat hadir bagi menjalankan aktiviti tersebut
dikehendaki mengemukakan surat rasmi dengan menyatakan sebab-sebab
yang munasabah. Sekiranya tiada, ahli tersebut akan dikenakan denda dan
kumpulannya akan kehilangan markah sebanyak 5 point bagi setiap ahli
yang tidak hadir.
4.4.3 Taklimat mengenai acara permainan akan diberikan oleh ahli
jawatankuasa penganjur sebelum acara dimulakan dengan penerangan
susunatur permainan yang akan dimainkan serta format pemarkahan yang
diberikan untuk setiap acara. Bagi setiap acara yang akan dimulakan,
penerangan dan tatacara tentang acara tersebut akan diberikan terlebih
dahulu oleh pihak penganjur.

4.4.4 Perlaksanaan untuk setiap aktiviti yang akan dijalankan dinyatakan seperti
berikut:-

Acara Aktiviti
PERMAINAN 1 BOLA TAMPAR
PERMAINAN 2 BOLA JARING
PERMAINAN 3 PING PONG
PERMAINAN 4 TARIK TALI

4.4.5 Markah akan diberikan mengikut peraturan permainan masing-masing.

4.5 Rekabentuk gelanggang permainan (rujuk lampiran A)

4.6 Hadiah

Hadiah akan disediakan oleh pihak penganjur untuk setiap kumpulan dengan
mengambilkira tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat.

4.7 Makanan/Minuman

Semasa acara dijalankan air minuman disediakan dan diletakkan di khemah urusetia.
Makanan serta minuman akan diberikan selepas sahaja selesai semua acara
dipertandingkan iaitu pada majlis penutupan program.

4.8 Keselamatan

Pihak penganjur akan menyediakan peti kecemasan (First Aid Kit) sewaktu program
sedang berlangsung. Penganjur juga menyediakan kenderaan sekiranya berlaku
kecemasan/kecederaan.

4.9 Pakaian

Para peserta diingatkan agar memakai pakaian yang sesuai semasa Pertandingan
Sukan Rakyat ini berlangsung. Penggunaan/pemakaian selipar dan barangan kemas
adalah tidak dibenarkan sama sekali.
5.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

5.1 Ahli Jawatankuasa Induk

JAWATAN NAMA
Pengerusi Nikos Tai Lee Onn
Naib Pengerusi Hidayatul Adyani Bt. Johnny
Setiausaha Russel Bryan ak Christie
Naib Setiausaha Sazaniane Sabinus
Bendahari Faris Khuzairie bin Faizal
Naib Bendahari Christine Olivia Goden
AJK Hadiah dan Cenderamata Cyrachild Rojos
Christine Olivia Goden
AJK Makanan dan Minuman Sazaniane Sabinus
AJK Pendaftaran Faris Khuzairie bin Faizal
Russel Bryan ak Christie
AJK Aktiviti dan Permainan SEMUA PRA-U SEM 4
AJK Kecemasan Muhammad Dzulhelmi bin Dzulkarnain
Hamizan Syahmi bin Jailin
AJK Statistik Keputusan Hidayatul Adyani binti Johnny
Christine Olivia Goden
AJK Keselamatan dan Mohamad Azfar bin Mustaming
Kebersihan Faris Khuzairie bin Faizal
6.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh Masa Aktiviti Tempat

TARIKH 6.30 a.m. Semua peserta berkumpul dan Dataran


pendaftaran Olimpik SSMS

7.00 a.m. Senamrobik

7.15 a.m. Taklimat acara sukan

7.30 a.m. Acara permainan Karnival Sukan


dimulakan (perincian bagi setiap
acara permainan boleh rujuk di
lampiran A)

11.00 am Acara permainan tamat


7.0 ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM

Jumlah
Harga Sumber Peruntukan
Bil Perkara Kuantiti Harga
(RM)
(RM)
2 Hadiah Hamper juara acara 3 100.00 300 PCG
Bola Tampar, Bola Jaring dan
Tarik Tali.
3 Hadiah Hamper Naib juara 3 80.00 240.00 PCG
acara Bola Tampar, Bola
Jaring dan Tarik Tali
4 Hadiah Hamper Ke-3 acara 3 40.00 120.00 PCG
Bola Tampar, Bola Jaring dan
Tarik Tali
5 Hadiah Johan Ping Pong 2 23.00 46.00 PCG
Lelaki dan perempuan

6 Hadiah Naib Johan Ping Pong 2 15.00 30.00 PCG


Lelaki dan perempuan
7 Hadiah Tempat ke-3 Ping 2 10.00 20.00 PCG
Pong Lelaki dan perempuan
JUMLAH 756.00

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar segala objektif dan tujuan yang telah dirancang dalam kertas kerja
ini dapat dicapai dengan jayanya. Sehubungan itu, kami amat berharap agar kertas kerja ini
mendapat pertimbangan dan kelulusan yang sewajarnya daripada pihak tuan.
LAMPIRAN A

Reka Bentuk Gelanggang Permainan

KAWAS
AN
PING
PONG

KAWASAN TARIK TALI

KAWASAN BOLA TAMPAR KAWASAN BOLA JARING


Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................ ...............................................
RUSSEL BRYAN FARRAH JAMES ABDULLAH
Setiausaha Guru Sains Sukan
Karnival Sukan Sekolah Sukan Malaysia Sabah
Pra-Universiti Semester 4
Sekolah Sukan Malaysia Sabah

Disahkan oleh,

………………………………
MADSARIN BIN RAHIM
Pengetua,
Sekolah Sukan Malaysia Sabah.

You might also like