Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN SUKAN RAKYAT


SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH
TAHUN 2022

Anjuran:
Pelajar Pra-Universiti Semester 4
Subjek Sains Sukan

Tema:

‘TERKENANG SEMASA DULU…


HATIKU BERTAMBAH RINDU...’
1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapat kelulusan daripada pihak
pengurusan Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) untuk mengadakan program ‘Sukaneka
Rakyat’ bagi atlet-atlet murid SSMS.

Program ini akan diadakan pada (TARIKH) bertempat di (TEMPAT) dengan penglibatan
semua atlet murid Sekolah Sukan Malaysia Sabah.

2.0 RASIONAL/JUSTIFIKASI

Antara beberapa rasional program ini dijalankan adalah seperti berikut:

2.1 Pendedahan kepada atlet murid tentang permainan tradisional rakyat yang wujud
dalam kelompok masyarakat.

2.2 Merehatkan minda atlet murid dengan aktiviti non-akademik.

2.3 Berupaya untuk mengembalikan nostalgia mengenai permainan tradisional rakyat


yang jarang kali diadakan.

2.4 Memupuk semangat muhibbah dan kekitaan di kalangan atlet murid.

2.5 Melahirkan pelajar Pra-Universiti yang mempunyai kemahiran untuk mengelola


pertandingan.

3.0 OBJEKTIF

Program ini diharap dapat mencapai beberapa objektif yang telah disasarkan:

3.1 Menyedarkan setiap atlet murid tentang kepentingan dan kesinambungan permainan
tradisional rakyat untuk generasi akan datang agar tidak lenyap ditelan zaman.

3.2 Membentuk serta mengeratkan semangat muhibbah di kalangan peserta program.

3.3 Mencungkil bakat kepimpinan, keterampilan diri dan;

3.4 Memupuk sifat bekerjasama dalam setiap kumpulan peserta.


4.0 PERINCIAN AKTIVITI

4.1 Tarikh, masa dan tempat

Program ini akan dijalankan seperti butiran berikut :

Tarikh :-
Masa : 7.00 a.m – 12.00 p.m
Tempat :-

4.2 Penglibatan

Program ini melibatkan seramai (JUMLAH) atlet murid Sekolah Sukan Malaysia
Sabah sahaja. Setiap atlet murid adalah diwajibkan untuk mengambil bahagian.

4.3 Acara permainan yang dipertandingkan

4.3.1 (LARI DALAM GUNI)


4.3.2 (TUG OF WAR)
4.3.3 (KETINGTING)
4.3.4 (BOLING KELAPA)
4.3.5 (ZERO POINT)
4.3.6 GALAH PANJANG
4.3.7 BATU SEREMBAN

4.4 Format permainan

4.4.1 Pelajar akan dipecahkan kepada 4 kumpulan dengan 8 ahli bagi setiap
kumpulan dan setiap kumpulan akan dipimpin oleh seorang ketua yang
akan dilantik oleh ahli kumpulan tersebut semasa pembentukan kumpulan
pada masa pendaftaran.

4.4.2 Para ahli yang tidak dapat hadir bagi menjalankan aktiviti tersebut
dikehendaki mengemukakan surat rasmi dengan menyatakan sebab-sebab
yang munasabah. Sekiranya tiada, ahli tersebut akan dikenakan denda dan
kumpulannya akan kehilangan markah sebanyak 5 point bagi setiap ahli
yang tidak hadir.

4.4.3 Setiap kumpulan akan terlebih dahulu diberikan markah sebanyak 50 point
bagi setiap kumpulan.

4.4.4 Taklimat mengenai acara permainan akan diberikan oleh ahli


jawatankuasa penganjur sebelum acara dimulakan dengan penerangan
susunatur permainan yang akan dimainkan serta format pemarkahan yang
diberikan untuk setiap acara. Bagi setiap acara yang akan dimulakan,
penerangan dan tatacara tentang acara tersebut akan diberikan terlebih
dahulu oleh pihak penganjur.

4.4.5 Perlaksanaan untuk setiap aktiviti yang akan dijalankan dinyatakan seperti
berikut:-

Acara Aktiviti
PERMAINAN 1 LARI DALAM GUNI
PERMAINAN 2 TUG OF WAR
PERMAINAN 3 KETINGTING
PERMAINAN 4 BOLING KELAPA
PERMAINAN 5 ZERO POINT
PERMAINAN 6 GALAH PANJANG
PERMAINAN 7 BATU SEREMBAN

4.4.6 Markah maksimum yang akan diperolehi oleh setiap kumpulan adalah
sebanyak 100 mata (50 mata bonus + 50 mata acara permainan).

4.5 Rekabentuk gelanggang permainan (rujuk lampiran B)

4.6 Hadiah

Hadiah akan disediakan oleh pihak penganjur untuk setiap kumpulan dengan
mengambilkira tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat. Terdapat juga hadiah
bagi peraduan ‘Teka Gula-gula’. Semua peserta program boleh meneka bilangan
gula-gula yang terkandung di dalam sebuah bekas khas yang diletakkan di khemah
urusetia.

4.7 Makanan/Minuman

Semasa acara dijalankan air minuman disediakan dan diletakkan di khemah urusetia.
Makanan serta minuman akan diberikan selepas sahaja selesai semua acara
dipertandingkan iaitu pada majlis penutupan program.

4.8 Keselamatan

Pihak penganjur akan menyediakan peti kecemasan (First Aid Kit) sewaktu program
sedang berlangsung. Penganjur juga menyediakan kenderaan sekiranya berlaku
kecemasan/kecederaan.

4.9 Pakaian
Para peserta diingatkan agar memakai pakaian yang sesuai semasa Pertandingan
Sukan Rakyat ini berlangsung. Penggunaan/pemakaian selipar dan barangan kemas
adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

5.1 Ahli Jawatankuasa Induk

JAWATAN NAMA
Pengerusi Muhammad Daniel Hakim bin Yusaini
Naib Pengerusi Hizillawanty Jamain
Setiausaha Goliath Valeron Sili
Naib Setiausaha Dayang Shari Uluk
Bendahari Calvin Rowell Rompog
Naib Bendahari Felliana John
AJK Teknikal dan Peralatan Prisyla Vivianne binti Porin
Sylvia Nawan anak Sa
AJK Hadiah dan Cenderamata Norhaini binti Mohd Ali
Vanessa Niega anak Franky
AJK Makanan dan Minuman Noor Izzul Rahman
Micklly Adim
AJK Pendaftaran Isaac John
Harry Fernando anak Stanley
AJK Aktiviti dan Permainan SEMUA PRA-U SEM 4
AJK Kecemasan dan Chyreal Harvie bin Ahinin
Keselamatan Mark Dylan Marcus
AJK Statistik Keputusan Khairulnash bin Mohamad
Sherleyne Jounis
AJK Kebersihan Raof bin Sapi’e
Frenynila Sherly Lucius
AJK Persiapan Tempat Muhammad Izaz Afdhaal bin Junaidi
Muhammad Aiman bin Sarola
6.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh Masa Aktiviti Tempat

TARIKH 7.00 a.m. Semua peserta berkumpul dan Padang Turf


pendaftaran Hoki

7.30 a.m. Bacaan doa selamat

7.35 a.m. Ucapan aluan dan perasmian oleh


pengerusi program

7.45 a.m. Ucapan guru subjek Sains Sukan

7.50 a.m. Taklimat acara permainan

8.00 a.m. Acara permainan Sukan Rakyat


dimulakan (perincian bagi setiap
acara permainan boleh rujuk di
lampiran A)

11.00 a.m. Acara permainan tamat

11.20 a.m. Majlis penutup program


- Ucapan penutup program
- Penyampaian hadiah
kepada peserta program

12.00 p.m. Bersurai


7.0 ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM

Harga
Jumlah Sumber Peruntukan
Bil Perkara Kuantiti Perunit
Harga (RM)
(RM)
2 Hadiah hamper juara acara 3 40.00 120.00
Bola Tampar, Bola Jaring dan Duit kelas Pra-U Sem 4
Tarik Tali
3 Hadiah hamper Naib Juara 3 30.00 90.00
acara Bola Tampar, Bola Duit kelas Pra-U Sem 4
Jaring dan Tarik Tali
4 Hadiah Hamper Tempat 3 20.00 60.00 Duit kelas Pra-U Sem 4
Ketiga acara Bola Tampar,
Bola Jaring dan Tarik tali
5 Hadiah Johan Ping Pong 2 15.00 45.00 Duit kelas Pra-U Sem 4

6 Hadiah Naib Johan Ping Pong 2 10.00 20.00 Duit kelas Pra-U Sem 4
7 Hadiah Ketiga Ping Pong 2 5.00 10.00 Duit kelas Pra-U Sem 4
JUMLAH 345.00
8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar segala objektif dan tujuan yang telah dirancang dalam kertas kerja
ini dapat dicapai dengan jayanya. Sehubungan itu, kami amat berharap agar kertas kerja ini
mendapat pertimbangan dan kelulusan yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

….………………………. ………………………………………….
RUSSELL BRYAN FARRAH JAMES BINTI ABDULLAH
Setiausaha Guru Pra U
Pertandingan Sukan Rakyat Sekolah Sukan Malaysia Sabah
Pra-Universiti Semester 4

Diluluskan oleh,

….…………………………..
MADSARIN BIN RAHIM
Pengetua
Sekolah Sukan Malaysia Sabah.

You might also like