Set 2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PROGRAM LATIHAN BERTERUSAN (PROLAB) BAHASA MELAYU SET 2

MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan empat kata hubung pancangan. Kemudian,
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda memahami maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama
khas.

Negara kita akan melakukan pengubahsuaian struktur dalam hala tuju ekonominya kerana
keutamaan melalui sektor pertanian serta mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi yang
berkembang dalam sektor perindustrian. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin
menyatakan bahawa sektor pertanian bukan sahaja bakal menjadi satu daripada sektor ekonomi yang
terpenting dalam usaha memungkinkan pertumbuhan ekonomi negara bahkan untuk meningkatkan taraf
hidup petani. Usaha ini dilakukan agar rakyat dapat meningkatkan pendapatan keluarga dalam keadaan
terancang dan teratur.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Sektor Pertanian Nadi Ekonomi’
Berita Harian, 27 September 2019.

[8 markah]

SINTAKSIS

Berdasarkan petikan di bawah ini, nyatakan jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat perintah, ayat
seruan atau ayat tanya. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut.

Tidak lama kemudian, Naim tiba membawa serbuk penaik. Tuk Nan mengambil serbuk tersebut
dan menaburkannya pada permukaan jubin dan singki yang telah dibasahkan dengan cuka. “Tolong sental
jubin dan singki itu dengan berus,” arah Tuk Nan kepada Naim. Setelah dibilas dengan air, jubin dan
singki kelihatan bersinar. “Wah, bersih dan berbau segar!” kata Naim. Gabungan serbuk penaik dan cuka
telah menghilangkan kotoran termasuk mengenyahkan bau. “Banyak sungguh petua Tuk Nan. Bagaimana
Tuk Nan tahu?” Naim bertanya. Hei, orang muda! Semua ini Tuk Nan dapat melalui Internet.

Dipetik dan diubahsuai daripada


‘Anda Bersih Anda Sihat, Petua Tuk Nan’
Buku Teks Tingkatan 5, Halaman 10.

[6 Markah]
PENYUNTINGAN

Dalam Petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala Petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut

Petikan 1

Negara kita sering melancarkan Kempen Membeli Barangan Buatan Malaysia sudah berapa dekad yang
lalu. Mantan perdana menteri , Tun Mahathir pernah melancarkan Kempen Belilah Barangan Buatan
Malaysia pada tahun 1984 bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya agar mengutamakan produk
tempatan. Media masa sering memaparkan sikap masyarakat kini yang sering memperlekeh barangan
tempatan hinggalah mengalih perhatian terhadap barangan impot.

[6 markah]

Petikan 2

Masyarakat seharusnya menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan Kempen Belilah Barangan Buatan
Malaysia. Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia perlulah diaktifkan semula supaya masyarakat
menghargai barangan yang dihasilkan oleh kita. Kempen ini mampu mengalakkan pihak industri melipat
gandakan usaha untuk mengekalkan industri berkaitan dan memajukan perniagaan mereka. Kita perlu
mempunyai kesedaran ialah menyokong industri tempatan bermakna kita membantu ke arah ekonomi
negara yang mapan dalam pelbagai-bagai aspek.

[5 markah]
MENUKARKAN BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu.Maka menjadi
muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi.
Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan
bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”

Maka titah baginda,”Baiklah,”


Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada
dalam Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

[ 4 markah]

PERIBAHASA

Tulis peribahasa yang sesuai bagi menerangkan situasi di bawah.

1. Halim menjual barang-barang di kedainya dengan harga yang tinggi demi mengaut
keuntungan yang berlipat ganda.

2. Pelancong itu berasa tertipu apabila kawasan pelancongan yang dikunjunginya tidak secantik
seperti yang terdapat di laman sesawang.

3. Wafa tidak takut untuk mengharungi perit getir dunia perniagaan kerana beliau bertekad untuk
menjadi usahawan yang berjaya meskipun menyedari risiko yang bakal ditanggungnya.

[6 markah]
PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
Baca semua bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Tradisi malam tujuh likur merupakan tradisi yang dilakukan oleh masyarakat Melayu sejak
turun-temurun. Tujuh likur membawa maksud malam yang ke-27 dalam bulan Ramadan. Malam
tujuh likur merupakan tradisi wajib pada suatu masa dahulu dalam masyarakat Melayu di
penghujung Ramadan. Bahkan, likur itu sendiri dikatakan membawa maksud antara malam 20
hingga malam 30 Ramadan. Antara tradisi pada malam tujuh likur ialah amalan memasang pelita.

Di Sarawak, tradisi memasang pelita buluh menjelang akhir Ramadan dipanggil sebagai
‘bertuntung’ dan amalan ini juga merupakan antara tradisi masyarakat di Mesir. Di Mesir,
masyarakat memasang lantera atau lampu yang dipanggil ‘fanoos’ yang menerangi jalan-jalan di
negara itu bermula dari hari pertama dalam bulan Ramadan lagi. Orang Melayu di Semenanjung
akan mula memasang pelita atau panjut bagi menerangi halaman rumah dan jalan bermula 10
malam terakhir Ramadan. Seiring dengan perubahan zaman yang semakin canggih, pelita elektrik
yang dijana oleh tenaga bateri boleh mengecas semula atau tenaga solar menjadi pilihan
masyarakat kini terutamanya yang tinggal di kawasan bandar.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Kemelut Kemiskinan pada Usia Tua’
oleh Amirah Syazwani Baderol Sham,
Dewan Budaya, 20 April 2023

Bahan 2

Apabila menyebut kuih cang, ada segelintir dalam kalangan masyarakat kita yang tidak
mengenali kuih tradisional kaum Cina ini. Kuih cang berasal dari negara China dan berbentuk
unik, iaitu segi tiga. Selain itu, kuih cang turut mempunyai sejarah dan falsafah menarik. Menurut
cerita turun-temurun, kuih cang mengandungi empat sudut yang membawa pengertian mendalam,
iaitu mencukupi, mensyukuri, pemikiran positif dan memaafkan.

Kuih yang dikatakan berupa nasi yang dibungkus dengan daun buluh ini disediakan oleh kaum
Cina, Nyonya dan Tionghua pada setiap tahun mengikut kalendar lunar Cina. Selain Tahun Baru
Cina dan Pesta Kek Bulan, kaum Cina akan turut menyambut perayaan Duan Wu atau lebih
dikenali sebagai Pesta Naga dan Pesta Dumpling pada setiap tahun.

Penyediaan kuih cang boleh dikatakan rumit dan menggunakan ramuan tertentu. Proses
pembuatan kuih cang adalah dengan melembutkan daun buluh kering diikuti proses membuat inti
kuih cang. Di Malaysia, kuih cang turut dinikmati masyarakat Melayu yang menjadikan kuih
cang antara juadah dan hidangan kepada tetamu atau kaum keluarga. Kini, kuih cang halal boleh
dibeli dan didapati dengan mudah menerusi perniagaan dalam talian.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Kuih Cang: Keunikan Makanan Tradisi Masyarakat Cina’
oleh Rasida Abu Bakar,
Dewan Budaya, 14 Mac 2023

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tradisi wajib.

[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan amalan tradisi orang Melayu dengan
orang
Cina ketika perayaan.

[3 markah]

(iii) Selaras dengan kemajuan yang dikecapi, amalan tradisional seperti bermain permainan
tradisional
semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mempopularkan permainan tradisional dalam
kalangan remaja?

[3 markah]

(iv) Ibu anda telah memulakan perniagaan menjual kuih tradisional secara kecil-kecilan sebagai
permulaan perniagaan. Namun, sambutan yang diterima agak kurang memberangsangkan, sekali
gus menyebabkan ibu anda kecewa.

Sebagai seorang anak yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu melariskan jualan kuih
tradisional ibu anda?

[4 markah]
PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Apabila terpelihara mata, Apabila perut terlalu penuh,
Sedikit cita-cita. Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Apabila terpelihara kuping, Anggota tengah hendaklah diingat,


Khabar yang jahat tidaklah damping. Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Apabila terpelihara lidah, Hendaklah peliharakan kaki,


Nescaya dapat daripadanya faedah. Daripada berjalan yang membawa rugi.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan, Mohd Yusuf Md Nor dan Abd


Daripada segala berat dan ringan. Rahman Kaeh (penyelenggaraan)
Puisi Melayu Tradisi, 1996

Bahan 2

Kala berusia 12 tahun, ada sejarah penting yang terjadi dalam kehidupan saya. Ibu
membawa saya ke sebuah rumah bertangga tinggi di Kampung Baru. Kami dipelawa naik terus ke pintu
rumah kayu oleh seorang perempuan yang membuka pintu pagar. Seorang lelaki bersuara tenang
mempersilakan kami duduk di kerusi ruang tamu. Saya pun tidak tahu buah butir bicara dua orang
dewasa, kecuali frasa “Sabar, Cik Nah harus sabar ..”Seterusnya, ibu meminta saya pindah duduk berjarak
dari mereka. Tetapi terdengar juga suara dan saya faham beberapa ungkapannya: “Kata-kata itu dari
hatimu. Kalau tidak dapat berbincang dengan baik tulislah dengan bahasa yang sopan ...” Dalam hati,
saya mengulang kata-kata itu dan tertanya, ‘Apa ya, bahasa Melayu yang sopan?”Ibu mencatat sesuatu
dalam buku hariannya. Lelaki itu tersenyum memandang saya. Itulah tutur seorang lelaki yang dihormati
ibu.
Dipetik daripada cerpen Nun Kasih Ibu
oleh Siti Zainon Ismail
dalam Dewan Sastera.
Bil 2, 2022.

i. Berdasarkan Bahan 1, berikan anggota-anggota badan yang perlu dipelihara.


[2 markah]

ii. Berdasarkan setiap bahan, nyatakan tindakan-tindakan positif yang perlu dipraktikkan dalam
kehidupan
[3 markah]

iii. Peri laku yang baik terbentuk seawal usia kanak-kanak dan mendapat bimbingan daripada ibu
bapa.
Pada pendapat anda, apakah halangan-halangan yang dialami oleh ibu bapa dalam membentuk
disiplin anak remaja.
[3 markah]

iv. Ketika sedang membeli-belah, anda terlihat pertengkaran yang berlaku antara seorang anak
dengan ibunya. Anak gadis itu menjerit memarahi ibunya yang tanpa sengaja memecahkan botol
kicap.
Sebagai masyarakat yang prihatin apakah tindakan yang boleh anda lakukan agar pertengkaran itu
tidak berlanjutan?
[4 markah]

PEMAHAMAN NOVEL

Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan tingkatan 5.

i. Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Pisang juga dapat memulihkan beberapa penyakit jika amalan pengambilannya dilakukan selalu.
Antaranya zat besi yang ada dalam buah pisang boleh menstimulasikan hemoglobin dalam darah dan
mengurangkan anemia. Bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi digalakkan makan buah
pisang kerana kandungan potasiumnya yang tinggi. Satu kajian dibuat terhadap 200 orang murid sekolah
di Britain yang bakal menduduki peperiksaan diberi makan pisang sewaktu sarapan pagi,makan tengah
hari dan malam. Didapati mereka berjaya kerana pisang baik untuk ransangan otak. Tritopon,sejenis
vitamin yang terkandung dalam pisang juga dikatakan dapat membuat si pemakannya berasa tenang.

Selain itu, kulit pisang juga dapat menyembuhkan bintat atau rasa gatal akibat gigitan nyamuk dengan
menyapu bahagian kulit pada bahagian yang digigit.
Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan
Karya Ruhaini Matdarin
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Jelaskan kebaikan pisang yang dapat diperoleh seseorang apabila memakan pisang.

[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut.

(a) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin


(b) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(c) Pantai Kasih Karya Azman Nordin
(d) Di sebalik Dinara karya Dayang Nor
(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani karya Beb Sabariah
(g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) Silir Daksina karya Nizar Parman

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan
kebijaksanaan dalam membuat sesuatu tindakan bagi setiap novel.

[6 markah]
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 markah]

Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asalnya petikan.

Bahan 1

Tanpa bahasa, manusia tidak mungkin boleh berkomunikasi antara satu sama lain atau mungkin
tidak dapat berinteraksi dengan efektif. Kepelbagaian bahasa membolehkan manusia berkongsi
informasi, idea, pendapat dan buah fikiran serta membentuk hubungan sosial dan budaya yang
kompleks.
Jika dilihat dari segi penggunaan bahasa sejak belakangan ini terutamanya di media sosial
menunjukkan sesuatu yang positif dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana
semua kaum dapat menyuarakan pendapat masing-masing menggunakan bahasa yang dominan dalam
diri mereka. Selain itu, ciri tambahan dalam media sosial seperti Facebook turut memberikan kelebihan
kepada pengguna. Selain itu, kepelbagaian bahasa juga membantu masyarakat berkongsi pengetahuan.
Pendedahan terhadap bahasa selain bahasa ibunda juga diterima baik oleh masyarakat majmuk
dan dilihat dapat mengurangkan jurang komunikasi secara dalam talian. Tidak dinafikan, pendedahan
itu suatu keistimewaan untuk semua orang. Dengan mempromosikan pembelajaran pelbagai bahasa,
seseorang itu boleh membina jaringan perhubungan di antara orang yang berbeza daripada latar
belakang yang berbeza.
Menggunakan hanya satu bahasa untuk berkomunikasi akan mengehadkan kebolehan seseorang
untuk berinteraksi dengan individu lain serta mewujudkan rasa ketidakselesaan antara pihak
berkepentingan. Dengan penguasaan pelbagai bahasa, masyarakat juga dapat melebarkan skop
komunikasi yang lebih luas. Sebagai rakyat Malaysia, kita dapat mengungkapkan pemikiran dan
perasaan dalam berkomunikasi dengan orang lain daripada pelbagai budaya dengan bantuan bahasa
yang bersifat fleksibel untuk mengenali, memahami, dan menerima budaya orang lain.
Kekurangan daripada individu yang mengehadkan satu bahasa yang difahami boleh menjadi
masalah. Kebanyakan kelemahan ini tidak dapat dilihat pada permulaan. Hal ini bermaksud seseorang
yang terhad pada sesuatu bahasa tidak dapat mengikuti perkembangan teknologi, sains dan seni.
Kekangan dalam peluang pekerjaan akan dapat dirasai jika seseorang itu hanya berbekalkan satu bahasa
sahaja. Individu tersebut mungkin kehilangan peluang untuk memperluas pengalaman serta pandangan
mereka pada dunia luar.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa Kebangsaan Dimartabatkan, Bahasa Asing Diterokai’,
dewanbahasa.jendeladbp.my, 22 Mac 2023)

Bahan 2
Lew Voon Khong
Bahan 3
Berkongsi sedikit pengalaman yang pernah dirasai sendiri oleh Lew Voon Khong, pelajar lulusan Sarjana
Muda Kepujian Undang-undang dari University of London yang memperlihatkan kuasa bahasa untuk
membina hubungan persahabatan.

“Saya sendiri memiliki pengalaman manis ketika menyertai pertandingan Mr. Diversity Culture
International di Filipina baru-baru ini.

Salah seorang peserta dari Iran terkejut apabila saya menyapanya dalam bahasa Parsi dan sejak itu
kami menjadi kawan rapat hingga hari ini. Memang diakui, kemahiran ini membolehkan saya mempunyai
ramai kawan di seluruh dunia,’katanya yang juga juara dalam pertandingan berkenaan.

Sumber: Fairul Asmaini Mohd Pilus, asmaini@hmetro.com.my

You might also like