Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2022

SK SUNGAI RAMAI
32400 AYER TAWAR PERAK
Kod sekolah : ABA1013

1.0 Pendahuluan
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun
1959, setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-
kanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai “Satu
Hari Bagi Persaudaraan Dunia dan Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak”.
Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang menyambut Hari Kanak-kanak
Sduania pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan keprihatinan
masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahtaraan kanak-kanak, pihak sekolah turut
serta meraikan Hari Kanak-kanak setiap tahun. Pada tahun ini, pihak sekolah
meraikan murid-murid bersama aktiviti yang dilaksanakan.

2.0 Rasional
Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan
mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai
tanggungjawab untuk menentukan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta
hak-hak mereka sentiasa dipelihara.

3.0 Objektif
i. Meningkatkan kebolehan serta motivasi diri kanak-kanak melalui aktiviti-aktiviti
yang disertai.
ii. Mendidik kanak-kanak erti kerjasama dan saling memahami antara satu sama
lain.
iii. Menghargai dan meraikan kanak-kanak yang berasal dari pelbagai lapisan
masyarakat.
iv. Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif,
bahasa, sosio emosi, sahsiah dan rohani.

4.0 Sasaran dan Penglibatan


4.1 Semua murid SK Sungai Ramai
4.2 Semua guru dan kakitangan SKSR

5.0 Tarikh
2 November 2022

6.0 Masa
Jam 0800 hingga Jam1230

7.0 Tempat
Padang dan Dewan SKSR
8.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Jumlah Catatan


1 Anugerah 1 Rm10 Hadiah dan sijil
1. Kehadiran terbaik
2. Murid menetapi masa 1 Rm10
menyiapkan kerja sekolah
3. Murid berketerampilan 1 RM10
bersih dan kemas
2 Tokoh kanak-kanak 1 RM10 Hadiah
Tahap 1
Tahap 2 1 RM10

3 Hadiah Sukaneka 4 RM80 Hamper


4 Kacang hijau, gula-gula dan 2 RM30
belon.
5 Hadiah Persembahan 6 RM60 Hadiah
Kumpulan
6 Ais krim 3 bekas RM30
7 Kek Hari Kanak-kanak 1 RM30
Jumlah RM280

9.0 Sumber Kewangan


9.1 PIBG
9.2 Sumbangan

10.0 Sumbangan
10.1 Aiskrim - guru
10.2 Kek - Unit HEM
10.3 Hamper - PIBG

11.0 Anjuran
Unit Kokurikulum SK Sungai Ramai

12.0 Jawatankuasa Induk


Pengerusi : Pn Nurshazillah binti Mohd Shariff (Guru Besar)
Timb Pengerusi : Pn Kasimawati binti Mohamed Kasim (GK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : Pn Nur Azelin binti Abd Aziz (GK Pentadbiran)
: Pn Hajah Nor Azimah binti Haji Adli (GK HEM)
Setiausaha : Pn Nurhidayati binti Mohamed
AJK : Pn Maslinawatie binti Mat Hasan
: En Zulhilmi bin Masri
13.0 Jawatankuasa Pelaksana

Pengacara Majlis
Pn Nur Azelin Binti Abd Aziz

Bacaan Doa
En Zulhilmi Bin Masri

AJK Hiasan Pentas dan Persiapan tempat


Pn Maslinawatie Binti Mat Hasan
Pn Nor Azimah Binti Adli

AJK Makanan (Kek dan Aiskrim)


Pn Nor Azimah Binti Adli
Pn Nur Azelin Binti Abd Aziz

AJK Hadiah dan Sijil Anugerah


Pn Kasimawati Bt Mohamed Kasim
Pn Maslinawatie Bt Mat Hasan

Fotografi
Pn Nurhidayati Binti Mohamed

AJK PA Sistem
En Zulhilmi Bin Masri

AJK Buku Program


Pn Nur Azelin Binti Abd Aziz

Laporan / Dokumentasi
Pn Nurhidayati Binti Mohamed

Penyediaan peralatan sukaneka:


Nurhidayati Binti Mohamed

Hakim Sukaneka :
Semua guru

Hakim acara dewan :


Semua guru

14. Atur Cara Sambutan Hari Kanak-kanak 2022


Jam 0800 : Murid dan guru mengambil tempat di padang sekolah
Jam 0815 : Acara Sukaneka :
Melukis berjemaah
Gula-gula dalam kacang hijau
Sambut Sayang
Jam 0945 : Rehat
Jam 1030 : Acara Dewan :
: Fesyen Batik
Pertandingan Selawat / Nasyid Individu
Jam 1200 : Atucara Penutup
: Kata-kata aluan pengacara majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan Guru Besar
: Penyampaian Anugerah
: Penyampaian Hadiah
: Potong Kek dan pengagihan kek dan aiskrim
Jam 1230 : Kemas dewan dan Bersurai

Disediakan oleh,

(NURHIDAYATI BT MOHAMED)
Setiausaha
Sambutan Hari Kanak-kanak
Sk Sungai Ramai

Disemak oleh

(KASIMAWATI BT MOHAMAED KASIM)


GK Kokurikulum
SK Sungai Ramai

Disahkan oleh

(NURSHAZILLAH BT MOHD SHARIFF)


Guru Besar
SK Sungai Ramai
Lampiran

Fesyen Batik

Setiap kumpulan dibekalkan sehelai kain batik. Mereka


dikehendaki melakukan fesyen dari kain batik, sama ada
dijadikan tudung, kain dan lain-lain lagi pun tiada masalah.
Setiap seorang akan menggayakannya. Jika salah seorang
ahli kumpulan ketandusan idea, kumpulan dikira terkeluar
dan kalah.

Melukis Berjemaah

Kertas lukisan besar disediakan. Seorang demi seorang ahli


kumpulan akan berlari dan berhenti di meja untuk melukis.
Kemudian, mereka berpatah balik dan ahli kumpulan
mereka pula menyambung lukisan tersebut. Lukisan yang
cantik dan menjadi lukisan akan dikira sebagai pemenang.

Gula-gula dalam kacang hijau


Murid dikehendaki mengambil gula-gula di dalam balang
yang berisi kacang hijau secara bergilir-gilir dengan
menggunakan penyepit. Setiap gula-gula mempunyai mata.
Kumpulan yang mengumpul mata tertinggi dikira pemenang.

Sambut Sayang
Murid-murid disusun dalam keadaan sebaris. Belon berisi
air diletakkan didalam baldi. Murid-murid dikehendaki
menghantar belon berisi air kepada rakan sekumpulan
dengan cara membaling dan menyambut. Belon yang
berjaya sampai kepada ahli kumpulan terakhir dengan
selamat akan dikira.

You might also like