Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Rujukan Tuan : RSP.

2009029053
Rujukan Kami : L.S. 213.1.157 (S)/(9)
Tarikh : 27 Februari 2024

Juruukur Daerah
Bahagian Pantai Barat (Selatan)
KOTA KINABALU SEGERA
Tuan,
PENSWASTAAN PENGUKURAN PENGAMBILAN TANAH BAGI “JALAN LAKUT”,
DAERAH PAPAR. (RSP. 2009029053)

Dengan hormatnya, saya merujuk berhubung perkara di atas.

2. Berdasarkan rekod Ibu Pejabat, pengukuran pengambilan tanah di atas telah pun siap
dijalankan dan tuntutan upah ukur 85% telah pun dikemukakan kepada Ibu Pejabat.

3. Sehubungan dengan itu, sukacita sekiranya pihak tuan dapat mempercepatkan


semakan ke atas Pelan Pengukuran Pengambilan Tanah berkenaan bagi memastikan
pampasan akhir hakmilik-hakmilik terlibat dapat dijelaskan segera. Pengukuran ini telah
mengambil masa 14 tahun (2009 – 2023) namun pelan pengukuran masih belum diluluskan
sehingga tarikh surat ini.

4. Justeru itu, sila berikan keutamaan untuk menyemak dan meluluskan Pelan Ukur
berkenaan sekiranya mematuhi prosedur. Jika pihak juruukur berlesen belum
mengemukakan data ukur (disebabkan teguran semula), adalah menjadi tanggungjawab
tuan untuk merujuk dan mengingatkan kembali juruukur terbabit.

Tindakan segera dan maklum balas lanjut pihak tuan berhubung perkara di atas amatlah
dihargai. Sekian dan terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(AHMAD SHAH BIN A. KALLON)


Ketua Penolong Pengarah Kanan (Ukur)
b.p. Pengarah Tanah dan Ukur

s.k.
1. Ketua Penolong Pengarah Kanan (Penilaian) - rujukan tuan : L.S. 213.1.157/(S)/(8) bertarikh 4.01.2024
Aras 8, Bahagian Penilaian
Ibu Pejabat, KOTA KINABALU

1. LS.4041.13 Vol.CXII - unit SP/RSP


Ezn/Az/-

You might also like