Skrip Mesyuarat

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Pengetua : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua guru SMK

Tabah. Maaf atas kelewatan memulakan mesyuarat kita pada malam ini. Seperti sedia
maklum, mesyuarat kita pada malam ini adalah mesyuarat induk hep bil.2/2023. Tanpa
membuang masa, saya buka mesyuarat kita dengan ummul kitab Al-Fatihah.

Semua : (membaca al-Fatihah)

Pengetua : Suka saya ingatkan, terdapat 4 Agenda utama mesyuarat kita pada malam ini
1. Ucapan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Hal ehwal pelajar dalam situasi Covid-19
4. Hal-hal lain

(ucapan pengetua)
Pengetua : Terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir ke mesyuarat induk HEP kita
pada malam ini. Sebagaimana kita tahu, wabak Covid-19 semakin meningkat lagi dalam
negara kita. Maka, KPM telah mengarahkan sekolah-sekolah untuk beroperasi mengikut
SOP baru yang telah dikeluarkan. Sebelum itu, diminta puan setiausaha untuk mengedarkan
minit mesyuarat melalui kumpulan WhatsApp kepada wakil guru untuk pengesahan minit
mesyuarat.

(pengesahan minit mesyuarat)


Setiausaha : Baik, tuan pengetua. Cg. Suziliana, sila semak minit mesyuarat yang saya
telah hantar dan sahkan minit mesyuarat tersebut.

Cg. Suzy : Baiklah. (diam seketika) Saya Pn. Suziliana mengesahkan minit mesyuarat induk
Hal ehwal pelajar Bilangan pertama

(perubahan kelas tingkatan 5)


Pengetua : Baiklah. Kita akan teruskan kepada agenda yang ketiga berkaitan hal ehwal
pelajar dalam situasi covid-19 iaitu berkaitan perubahan kelas tingkatan 5. Mengikut SOP
yang telah ditetapkan, akan berlaku pengurangan pelajar dalam satu-satu kelas, maka
bilangan kelas akan ditambah kepada lima kelas. Semua guru boleh rujuk slide yang
dibentangkan di skrin (Baca slide 5). Seterusnya, Pn Penolong Kanan HEP, sila terangkan
SOP untuk susun atur kelas.

GPK HEP : Baik tuan pengetua. (baca slide 6)

Pengetua : Guru-guru Tingkatan Lima sila cakna ya berkaitan perubahan ini.

Cg Suzy : Baik, tuan pengetua.

Cg hanis : tkde

Cikgu Hanis: Tiada Tuan Pengetua.


Pengetua : Guru-guru lain ada persoalan mengenai hal ini? (kalau tiada) Kita teruskan ke
pengurusan kesihatan. (baca slide bilik isolasi dan hand sanitizer.) Seterusnya, boleh Pn
Penolong kanan HEP menerangkan SOP pemeriksaan pelajar dan guru?

GPK HEP : (baca slide 10, 11, 12)

Pengetua : Guru-guru yang lain ambik maklum ya. Baik, kita teruskan ke hal seterusnya iaitu
hal-hal pengurusan asrama. Sebagaimana semua sudah maklum, kita menerima seorang
guru baharu iaitu Cikgu Nurlina yang telah dilantik sebagai warden asrama yang baharu.
Selamat datang saya ucapkan kepada Cikgu Lina. Pn Penolong Kanan HEP, bagaimana
dengan pelan lantai asrama?

GPK HEP : Pelan lantai bagi asrama telah disediakan dan dibentangkan dalam mesyuarat
jawatankuasa asrama pada 10/12/2023.

Pengetua : Baik. Seterusnya mengenai SOP pelajar asrama, (baca slidoe 14, 15, 16)
Harapnya Cg Hanis dan warden-warden yang lain boleh ambil maklum .

Cg Hanis : Baik, tuan pengetua.

Pengetua : Baik, guru-guru yang lain ada persoalan? Kalau tiada, saya serahkan kepada
Penolong kanan HEP untuk membentangkan hal pengurusan bina insan pelajar.

Sini cikgu daing jawab xde p

GPK HEP : Terima kasih tuan pengetua. (baca slide 18) Saya harap unit bina insan
mengambil maklum hal ini.

Cg Nabilah : Baik, puan.

Pengetua : Baiklah. Seterusnya hal berkaitan kantin sekolah. (baca slide 20) Ini akan
diuruskan oleh Unit Kantin ya?

Cg Izzah : Baik tuan pengetua.

Pengetua : Sekarang kita buka untuk hal-hal lain.

Cg. Daing : Saya ingin bertanya soalan, tuan pengetua.

Pengetua : Silakan Cg. Daing.

Cg. Daing : Macam mana dengan majalah sekolah? perlu untuk dicetak atau ditangguhkan
untuk tahun ini memandangkan aktiviti sekolah tidak dijalankan sepanjang cuti perintah
kawalan pergerakan.
Pengetua : Baik, untuk majalah sekolah kita buat secara dalam talian sahaja dalam bentuk
e-book. Bercakap tentang mencetak, banner perlu dicetak dan diletakkan di kawasan
sekolah terutama surau, dewan sekolah, pintu masuk dan kawasan asrama. Kamu dan Pn
Nadhifah perlu memilih bahan yang bersesuaian untuk dihantar cetak. Boleh cikgu?

Cg Daing : Boleh tuan pengetua.

Cg Hanis : Pengetua. Saya juga ada pertanyaan.

Pengetua : Silakan Cg Hanis.

Cg Hanis : Macam mana dengan perhimpunan sekolah? Dan juga thumbprint untuk guru?

Pengetua : Perhimpunan rasmi sekolah akan ditangguhkan sehingga ada makluman


terbaharu kelak. Semua guru yang hadir ke sekolah tidak perlu thumbprint don rekod
kehadiran akan dicatat ketika pemeriksaan suhu. Saya lupa nak beritahu tapi. Guru bertugas
perlu membuat hebahan iaitu waktu pagi sebelum pdpc, waktu rehat, sebelum tamat pdpc.
Bagi warden bertugas hebahan perlu dibuat semasa murid berada di asrama. Skrip hebahan
akan disediakan oleh Cikgu Hanis. Boleh Cikgu Hanis?

Cg Hanis : Baik tuan pengetua.

Cg Nabilah : Tuan pengetua. Saya juga ada soalan.

Pengetua : Silakan Cg Nabilah.

Cg Nabilah : Boleh saya tahu, bagaimana dengan SOP kelas dan bilik khas? Siapa yang
perlu siapkan? Bagaimana pula dengan jadual bertugas.

PGK HEP : Boleh saya menjawab persoalan ini?

Pengetua : Silakan.

GPK HEP : SOP kelas dan bilik bilik khas perlu disiapkan oleh guru kelas dan guru yang
terlibat dengan bilik khas. Jadual akan dimaklumkan di dalam group rasmi sekolah pada
25/12/2023. Saya juga nak tambah mengenai langsir di bilik-bilik ini. Semua langsir kelas,
bilik khas dan asrama yang perlu dibasuh perlu dikumpulkan di dalam plastik hitam dan
diletakkan di hadapan Makmal Kimia.

Pengetua : Diharap semua persoalan telah dijawab. Segala info terkini akan diberikan
kepada semua penjaga Tingkatan 5 sebelum sekolah dibuka.

Pengetua : Kita buka untuk pusingan meja bulat. Ada sebarang hal yang nak diutarakan?
Cikgu Hanis: Saya ada sedikit penambahan, saya berharap semoga guru-guru yang lain
sentiasa menasihati pelajar-pelajar kita untuk mematuhi sop yang telah diarahkan. Semoga
perkara yang tidak diinginkan tidak berlaku.

Pengetua : Baik Cikgu Hanis, itu juga harapan saya. Semoga guru-guru semua mampu
bekerjasama untuk memastikan keselamatan pelajar kita terjamin. Insya-allah segala
perancangan kita akan diberkati dan dipermudahkan olehnya. Kita rancang dan buat
sehabis baik, selebihnya kita serahkan kepada yang maha esa dan maha merancang.
Cikgu-cikgu lain ada hal yang ingin diutarakan lagi?

Pengetua : Baik, kalau tiada lagi, kita tangguh mesyuarat kita pada jam _______ dengan
tasbih kaffarah dan surah al asr.

Pengetua : Ok semua cikgu boleh bersurai, sekian terima kasih.

Semua Guru : Terima kasih cikgu…

You might also like