Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Teks 1 (JENAYAH OPS)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, saya _________ melaporkan


untuk Berita TV Juasseh.
Usaha polis menggerakkan Ops Cantas khusus bagi membendung
kegiatan jenayah berat disifatkan sebagai tindakan tepat.

Sekaligus membuktikan pihak berkuasa tidak sekadar memberi


amaran….sebaliknya serius mempertahankan keselamatan awam.

Menurut penganalisis jenayah, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim, sejak


dilancarkan minggu lalu, ops cantas ternyata mampu mengurangkan kes
jenayah terutama kes tembak.

Ia sekaligus membendung rasa gusar masyarakat terhadap keselamatan


mereka.

Semua pihak turut disaran memainkan peranan penting dengan menjadi


mata telinga pasukan terbabit.
Sekian untuk laporan berita pada hari ini.
Teks 2 (BANJIR)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, saya _________ melaporkan
untuk Berita Tasek.

JOHOR : Kampung Baru Pandan telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum
kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah
Johor Bahru. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung
mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di
kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi
keadaan tersebut.

Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat


mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting
dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak
pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di
kebanyakan rumah pendudduk kampung.

Banjir berpunca apabila air Sungai Pandan telah melimpah lalu


menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk
kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat di kampung
tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan
penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna
Kampung Baru Pandan sehingga banjir surut.
Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa
pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan
bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu,
penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan
berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

Sekian untuk laporan berita pada hari ini.


Teks 3 (JENAYAH CURI)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, saya _________ melaporkan
untuk Berita Tasek.

Johor : Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket


mencuri kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan
beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.

Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu


dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi, beberapa
orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Hasil daripada maklumat orang ramai, pasukan polis telah membuat


serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Susur. Lima orang
di tahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar
mekanik.

Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri, beberapa plat


nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.

Sementara itu, gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari


seorang lelaki yang bernama Ah Chong. Dia dapat membantu polis untuk
memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan
sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.

Sekian untuk laporan berita pada hari ini.

You might also like