Lampiran 1-Peraturan Pertandingan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAMPIRAN A

PERATURAN PERTANDINGAN
1.0 PERATURAN PERMAINAN

1.1 Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA
(KOAM) dengan beberapa pengecualian
1.2 Kejohanan ini terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan yang menuntut di SMK S1 BK

2.0 PEMBAHAGIAN KELAS

2.1 Para peserta dipecahkan kepada 2 kelas mengikut peringkat umur.


 KELAS SATU ( T4 – T5 )
 KELAS DUA ( T1 – T3 )

3.0 PENYERTAAN

3.1 Semua pelajar SMK S1 BK harus menyertai kejohanan. Pengecualian hanya diberikan kepada pelajar
yang mendapat surat pengesahan doktor dan perkara lain yang dibenarkan oleh pentadbiran sekolah
3.2 Borang pendaftaran hendaklah diisi dalam dua salinan dan diserahkan kepada setiausaha sukan
3.3 Gunakan borang yang berasingan mengikut kelas dan jantina.

4.0 MELAPOR DIRI

4.1 Pengurus pasukan bertanggungjawab memastikan peserta mereka melaporkan diri kepada penganjur
30 minit sebelum kejohanan berlangsung.
4.2. Semasa melaporkan diri, para peserta haruslah mempunyai pengenalan diri yang menunjukkan rumah
yang diwakili.

5.0 NOMBOR PESERTA

5.1 Setiap rumah harus menyediakan nombor rumah mereka sendiri.


5.2 Setiap peserta akan menggunakan SATU ABJAD PERTAMA menunjukkan rumah sukan, ANGKA
PERTAMA menunjukkan kelas, ANGKA KEDUA dan KETIGA menunjukkan nombor peserta.

KOD RUMAH RUMAH


H CHEETAH
M COUGAR
B JAGUAR
K LEOPARD

5.3 Saiz kad nombor mengikut saiz yang telah ditetapkan.

6 PAKAIAN

6.1 Semua peserta dikehendaki memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk menyertai kejohanan.
7 PENGESAHAN KESIHATAN

7.3 Setiap murid mestilah tidak menghidap apa-apa jenis penyakit yang boleh memudaratkan jika
mengambil bahagian . Guru rumah bertanggungjawab mendapatkan pengesahan daripada murid
berkaitan status kesihatan mereka.
7.4 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kemalangan yang diakibatkan oleh kesihatan
peserta.

8 PENENTUAN JOHAN

8.3 Lima belas peserta pertama setiap kategori akan diberi pingat mengikut kedudukan dan mendapatkan
mata bagi pasukan rumah
8.4 Tiap-tiap peserta yang sampai ke garisan penamat dalam masa dalam masa yang ditentukan akan
diberi mata mengikut kedudukan. Pasukan yang mendapat jumlah mata TERBESAR akan dikira
sebagai JOHAN bagi sesuatu kelas dalam acara BERPASUKAN
8.5 Jika terdapat persamaan mata bagi dua atau lebih pasukan, pasukan yang mempunyai mata terbesar
bagi pemenang 1 hingga 15 akan dikira pemenang.
8.6 Bagi menentukan johan keseluruhan, jumlah mata keempat kategori akan dikira.
8.7 Jumlah mata bagi setiap kategori yang maksima akan menentukan johan keseluruhan.

TEMPAT MATA TEMPAT MATA TEMPAT MATA TEMPAT MATA


1 16 16 1 31 1 46 1
2 15 17 1 32 1 47 1
3 14 18 1 33 1 48 1
4 13 19 1 34 1 49 1
5 12 20 1 35 1 50 1
6 11 21 1 36 1
7 10 22 1 37 1
8 9 23 1 38 1
9 8 24 1 39 1
10 7 25 1 40 1
11 6 26 1 41 1
12 5 27 1 42 1
13 4 28 1 43 1
14 3 39 1 44 1
15 2 30 1 45 1

9 PENYELEWENGAN DAN PEMBATALAN

9.0 Sebarang bentuk penyelewengan tidak dibenarkan.


9.1 Peserta akan dibatalkan penyertaan jika :-
 Menerima bantuan atau pertolongan (termasuk minuman)
 Tidak memakai nombor
 Mengganggu peserta-peserta dari pasukan lain.
 Tidak menggunakan laluan yang yang disediakan.
 Melakukan perkara-perkara yang pada pandangan hakim melanggar peraturan kejohanan.

10 BANTAHAN DAN RAYUAN

10.0 Sebarang bantahan / rayuan haruslah dikemukan kepada pegerusi pertandingan 30 minit setelah
kejohanan berakhir beserta wang RM30.00
10.1 Jika bantahan / rayuan ditolak, wang bantahan menjadi milik jawatankuasa pertandingan.
10.2 Keputusan jawatankuasa rayuan adalah muktamad.
11 KESELAMATAN

11.0 Pihak penganjur akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelakkan berlakunya perkara-
perkara yang tidak diingini.
11.1 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan yang berlaku kepada peserta
sebelum,semasa atau selepas kejohanan.
11.2 Kehilangan atau kerosakkan barang milik peserta adalah tanggungjawab sendiri.

12 TINDAKAN MAHKAMAH

12.0 Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas penganjur berhubung kejohanan.

13 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

13.1. Segala peraturan yang tidak terdapat di dalam peraturan ini adalah hak jawatankuasa penganjur dan
keputusan adalah muktamad.

14 MASA

14.0.1 LELAKI 1 40-45 Minit


14.0.2 LELAKI 2 35 Minit
14.0.3 PEREMPUAN 1 45 Minit
14.0.4 PEREMPUAN 2 40 Minit

You might also like