Tugasan 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MODUL WAWASAN

Modul Wawasan ialah modul yang membincangkan mengenai kerangka dasar dan hala tuju bagi
sesuatu organisasi khususnya dalam konteks peserta NPQEL ini ialah sekolah. Sebagai pemimpin sekolah
modul ini terlalu penting untuk menguasai pengetahuan mengenai komponen utama pembangunan
hala tuju sekolah termasuk mengambil kira persekitaran dalam dan luaran yang boleh mempengaruhi
perjalanan organisasi itu sendiri.
Modul ini membolehkan bakal pemimpin memahami cara berfikir secara lebih berstrategik bagi
membangunkan rancangan jangka masa panjang sekolah seperti Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS).
Ini kerana pemimpin yang boleh memahami modul ini akan berupaya berfikir secara kreatif, inovatif,
futuristik bagi menentukan hala tuju sekolah walaupun terpaksa menghadapi risriko untuk
mencapainya.
Proses pertama yang perlu dilakukan oleh pemimpin itu untuk membangunkan hala tuju
organisasi ialah membuat objektif strategik, seperti KPI (Key Result Area) dan sasaran. Peringkat kedua
ialah menterjemahkan hala tuju tersebut dengan mengambil kira kapisiti sumber, bajet, promosi,
menguruskan perubahan dan juga cara melaksanakannya. Peringkat ketiga ialah mengoperasi hala tuju
organisasi dengan membuat plan tindakan dan sebagainya. Peringkat terakhir ialah membuat
pemantauaan dan pelaporan bagi dibuat penambahbaikkan. Pemimpin juga perlu meganbil kira risiko
yang perlu dilaluinya semasa menjalankan hala tuju tersebut.
Pemimpin perlu menumpukan hala tuju organisasinya untuk menjadikannya sebagai pemimpin
berprestasi tinggi, sekolah berkualiti dan kemenjadian murid.
Pemimpin organisasi mestilah berupaya menjadi agen untuk membawa perubahan bagi
mengadatasi tindakannya bagi mencapai visi bagi hala tujunya. Beliau juga perlu mendapat sokongan
orang lain bagi mencapai hala tuju sekolahnya.
Hala tuju bagi sesuatu organisasi berkait-rapat dengan misi, visi dan nilai yang hendak dicapai
bagi sesuatu organisasi tersebut. Manakala fokus strategik tertumpu kepada matlamat strategik,objektif,
KPI dan Sasaran prestasi
Bagi membuat RPS, pemimpin organisasi hendaklah memilih tiga bidang yang menjadi
keutamaannya dengan merujuk Penilaian Kendiri Standard Kopetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia
(SKKSM) yang mengandungi sembilan bidang pengurusan iaitu daripada bidang pengurusan dan
kepimpinan organisasi sehinggalah pengurusan hubungan luar.
Kemudian dibuat penyataan matlamat strategik (KRA) secara umum bagi menjurus ke
arah misi dan visi. Tidak perlu dinyatakan tempoh dan penggunaan ayatnya lebih luas dan
ringkas. Contohnya, memantapkan kualiti sumber manusia.
Dalam membuat hala tuju ini, pemimpin perlu melakukan analisa pesekitaran (SWOT)
dahulu untuk mengesan faktor dalam dan luaran yang boleh membantu atau menghalang
sesuatu hala tuju itu tercapai.

You might also like