Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1.

0 Tajuk : Perkembangan Adat Perkahwinan Kaum Cina di Kampung Cina,Kuala

Terengganu dari tahun 1975 hingga 2010

2.0 Pengenalan

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan permulaan yang akan membawa

kepada perubahan yang besar dalam kehidupan seseorang. Perkahwinan penting untuk

mengekalkan institusi kekeluargaan dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat

diteruskan daripada satu generasi kepada generasi lain. Oleh itu, sesebuah perkahwinan

hendaklah dirancang dan diatur sebaik-baiknya berdasarkan tarikh lahir pasangan tersebut.

Perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Cina terbahagi kepada dua bentuk iaitu

eksplisit dan implisit. Perkahwinan eksplisit merupakan perkahwinan yang diatur oleh ibu

bapa atau orang Tengah iaitu Moi-Ngin manakala implisit pula merujuk kepada pasangan itu

diberi kebebasan untuk membuat pilihan sendiri untuk memilih pasangan masing-masing.

Sebelum sesuatu perkahwinan akan dilangsungkan, pasangan yang hendak berkahwin perlu

melalui beberapa peringkat seperti merisik, meminang, bertunang, pemberian mas kahwin

dan majlis perkahwinan. Walaubagaimanapun, berlaku perkembangan dan perubahan dalam

adat perkahwinan masyarakat cina sejajar dengan perkembangan masa berbanding kini.

3.0 Objektif Kajian

Terdapat 3 objektif yang akan digunakan dalam kajian ini. Objektif pertama akan

mengenalpasti asal-usul perkembangan adat perkahwinan masyarakat cina.

Seterusnya, objektif kedua akan menganalisis dan mengetahui pantang larang semasa

perkahwinan kaum Cina dijalankan.

Objektif terakhir kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji perubahan yang

berlaku dalam adat perkahwinan masyarakat Cina dari tahun 1975 hingga 2010.
4.0 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini ialah untuk meneliti bilakah perkembangan adat perkahwinan

kaum cina ditubuhkan.

Selain itu, kajian ini adalah untuk mengetahui bagaimana asal usul adat perkahwinan

masyarakat cina.

Akhir sekali, kajian ini bertujuan untuk meninjau apakah perubahan-perubahan yang

berlaku dalam adat perkahwinan kaum Cina sepanjang tempoh kajian iaitu dari tahun 1975

hingga 2010.

5.0 Skop kajian

Skop kajian ini dapat dibahagikan iaitu kawasan kajian, tempoh kajian, dan aspek

yang dikaji. Dari segi kawasan kajian ini difokuskan kepada negeri Terengganu.

Manakala dari segi tempoh kajian ini pula melibatkan tahun 1975 hingga 2010.

Tempoh kajian ini dipilih kerana dalam tempoh 40 tahun dan ini dapat dilihat pelbagai

perubahan-perubahan yang berlaku dalam adat perkahwinan kaum cina.

6.0 Sorotan Kajian Lepas


Secara umunya, terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan adat

perkahwinan masyarakat Cina. Beberapa kajian lepas dijadikan rujukan dan panduan bagi

menjalankan kajian mengenai perkembangan adat perkahwinan masyarakat Cina. Antaranya

ialah satu kajian yang bertajuk Adat Resam Perkahwinan Cina hasil tulisan Yan Chan Hao

yang diterbitkan pada 12 April 2014. Kajian ini telah menjelaskan beberapa peringkat

sebelum sesuatu perkahwinan itu dijalankan, upacara dan adat istiadat semasa perkahwinan

itu. Selain itu, terdapat satu kajian lagi bertajuk ‘Adat dan Pantang Larang Masyarakat Cina

di Malaysia' yang ditulis oleh Nur Hafizah Zakaria. Kajian ini dijalankan pada 22 December

2015 tentang tradisi perkahwinan masyarakat cina dan pantang larangnya. Di samping itu,

The Zhi Khen telah membuat satu kajian bertajuk Tradisi Perkahwinan Masyarakat Melayu

dan Cina perbandingan di Malaysia pada 16 Februari 2016.

7.0 Kaedah Kajian

Kajian ini akan menggunakan tiga kaedah bagi mengumpul maklumat kajian. Kaedah

yang akan digunakan adalah kaedah temubual,ke pustakaan dan kajian lapangan.

Melalui kaedah temubual pula, kajian ini akan menemubual lima orang sumber. Bagi

mendapatkan maklumat untuk memenuhi kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah

temubual. Oleh itu, kebanyakan mereka yang tinggal di sekitar kampung cina. Antaranya

ialah Puan Yeo Fei Hong, Puan Wang Kim Lan, Puan Fong Ee Hui, Encik Lee Shing Zee dan

Encik Khong Xin Ziee. Pemilihan orang sumber ini adalah kerana mereka pernah terlibat

secara langsung dalam mengendalikan majlis perkahwinan dan mempunyai pengetahuan

yang mendalam. Namun begitu, mereka juga adalah daripada golongan tua dan muda yang

mempunyai banyak pengalaman.


Manakala kaedah kajian lapangan pula kajian ini akan melakukan kaedah lawatan di

lokasi kajian di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Kaedah ini digunakan adalah untuk

melihat pakaian tradisional sebagai pakaian pengantin juga adat dan pantang larang. Oleh itu,

ini juga digunakan untuk mengumpul sumber dan juga maklumat adat perkahwinan

masyarakat cina di Kuala Terengganu.

Seterusnya melalui kaedah kajian kepustakaan, kajian ini akan melakukan pembacaan

melalui Perpustakaan Awam Negeri Terengganu untuk dijadikan tempat bagi membuat

rujukan dan juga untuk mencari maklumat-maklumat penting berkait dengan adat

perkahwinan masyarakat cina. Antara bahan yang dirujuk adalah melalui kaedah mencari

teori pada buku dan juga melayari internet.

8.0 Pembahagian Struktur Esei

Secara keseluruhannya, kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

pengenalan, isi dan juga kesimpulan.

Pada bahagian pengenalan, kajian ini akan menerangkan sejarah adat perkahwinan

masyarakat cina untuk mengekalkan institusi kekeluargaan dan melaluinya keturunan nenek

moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi lain.

Manakala pada bahagian isi pula, kajian ini akan menghuraikan tentang sejarah

perkembangan adat perkahwinan masyarakat cina iaitu sejarah asal usul adat perkahwinan

masyarakat cina pada tahun 1975 hingga 2010.

Selain itu, kajian ini juga akan akan menganalisis dan mengetahui upacara dan adat

istiadat semasa perkembangan adat perkahwinan masyarakat cina dijalankan pada ketika itu.

Pada bahagian isi juga akan dikupaskan mengapa kajian ini perlu mengetahui pantang

larang semasa perkembangan adat perkahwinan masyarakat cina di kampung cina dijalankan.
Pada bahagian kesimpulannya, kajian ini akan membuat rumusan dan menjawab

keseluruhan hal berkait dengan adat perkahwinan masyarakat cina di keseluruhan persoalan

kajian.

9.0 Penutup

Secara keseluruhannya dengan adanya kajian ini adalah diharapkan dapat

menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang asal-usul adat perkahwinan masyarakat cina

dan perkembangannya dari tahun 1975 hingga 2010. Kajian ini turut mengharapkan

perkahwinan tradisional masyarakat cina yang diwarisi daripada nenek moyang dapat

diteruskan dalam kalangan masyarakat cina hari ini dan seterusnya.

10. Bibliografi

Sumber Primer

Tradisi perkahwinan masyarakat Cina dan pantang larangnya.

Tradisi Perkahwinan Masyarakat Melayu dan Cina perbandingan di Malaysia pada 16

Februari 2016.

Sumber Sekunder

Adat Resam Perkahwinan Cina yang dituliskan, Yan Chan Hao pada 12 April 2014

Adat Dan Pantang Larang Masyarakat Cina Di Malaysia yang dituliskan oleh Nur Hafizah

Zakaria, 1986

https://www.scribd.com/document/217772671/Adat-Resam-Perkahwinan-Kaum-Cina

http://wilmu2.trglib.gov.my/neuseal/Record/0000130331/Details

Orang Sumber
Yeo Fei Hong, Jalan Kampung Cina,20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Wang Kim Lan, Jalan Kampung Cina,20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Fong Ee Hui, Jalan Kampung Cina,20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Lee Shing Zee, Jalan Kampung Cina,20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Khong Xin Zie, Jalan Kampung Cina,20100 Kuala Terengganu, Terengganu

You might also like