Soalan Sains Tahun 6

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BAHAGIAN A: SOALAN OBJEKTIF

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D.
Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.

1. Rajah 1 menunjukkan kaki seekor haiwan.

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan kaki seekor haiwan. Apakah jenis makanan yang dimakan oleh haiwan
di atas?

A Daun-daun B Buah-buahan
C Serangga kecil D Daging haiwan lain

2. Antara berikut, haiwan yang manakah mencari makanan dan membina sarang
bersama-sama?
A Ayam B Unta
C Katak D Semut

3. Rajah 2 menunjukkan dua jenis haiwan.

Rajah 2

Persaingan untuk mendapatkan makanan tidak berlaku antara kedua-dua haiwan tersebut
kerana kedua-dua haiwan tersebut…
A makan makanan yang berbeza. B merupakan haiwan pemangsa.
C makan pelbagai jenis makanan. D tinggal di kawasan yang berlainan.
4. Rajah 3 menunjukkan keadaan anak pokok dalam dua buah pasu pada akhir suatu
penyiasatan.

Rajah 3

Antara penyataan yang berikut, manakah yang benar?


A Anak-anak pokok dalam pasu Y lebih besar dan lebih sihat.
B Persaingan antara anak pokok berlaku dalam kedua-dua pasu.
C Persaingan tidak berlaku antara anak pokok dalam pasu Y
D Tanah dalam pasu Y lebih cepat kering daripada tanah dalam pasu X.

5. Rajah 4 menunjukkan tumbuh-tumbuhan dalam suatu habitat.

Rajah 4

Tumbuhan X terpaksa bersaing untuk mendapatkan…


A air.
B udara.
C garam mineral.
D cahaya matahari.

6 Aktiviti yang menyebabkan kemusnahan habitat termasuklah…


A pembalakan. B pemburuan haiwan.
C penternakan haiwan. D pemungutan telur penyu.
7 Antara haiwan berikut, manakah yang telah pupus?
A Dugong B Harimau
C Burung dodo D Beruang panda

8 Antara berikut, tindakan yang manakah tidak membantu memulihara dan memelihara
penyu?
A Menyimpan telur penyu di santuari
B Berhenti membunuh penyu untuk cangkerangnya
C Berhenti makan telur penyu
D Hentikan pembakaran terbuka

9 Rajah 5 menunjukkan satu aktiviti yang sedang dijalankan.

Rajah 5
Antara yang berikut, manakah yang bukan merupakan kesan daripada aktiviti di atas?
A Berlakunya hakisan tanah
B Jumlah flora dan fauna meningkat
C Suhu bumi semakin meningkat
D Pemusnahan habitat semula jadi
10 Rajah 6 menunjukkan aktiviti penanaman semula pokok.

Rajah 6
Aktiviti di atas dijalankan untuk mengelakkan kesan-kesan yang berikut kecuali…
A banjir.
B hakisan tanah.
C gempa bumi.
D tanah runtuh.

11 Senarai di bawah ini menunjukkan haiwan yang terdapat di suatu kawasan.

Singa
Gajah
Harimau
Serigala

Interaksi dalam bentuk persaingan hanya berlaku antara…


A singa dan gajah.
B singa dan harimau.
C singa, serigala, dan harimau.
D gajah dan serigala.

12 Maklumat di atas ini dicatatkan oleh seorang pegawai pertanian ketika memeriksa ladang
ternakan ayam kampong milik Encik Azhar.

P – Terdapat beberapa ekor ayam jantan di kalangan kumpulan


ayam betina
Q – Makanan sentiasa diberi pada waktu yang tetap setiap hari
R – Anak ayam diasingkan daripada ayam dewasa
S – Semua ayam diberi makan jenis makan yang sama

Antara maklumat tersebut, manakah yang menyebabkan berlaku persaingan antara ayam
kampong peliharaan Encik Azhar?
A P sahaja
B S sahaja
C Q dan R sahaja
D S dan R sahaja
13 Rajah 7 menunjukkan dua balang kaca yang diisi dengan belalang.

balang

P Q
Rajah 7

Antara keadaan yang berikut, manakah yang tidak mungkin berlaku dalam tempoh itu?
A Daun dalam balang Q cepat habis.
B Belalang dalam balang P lebih sihat.
C Kadar pertumbuhan belalang dalam balang Q hampir sama.
D Saiz daun dalam balang P masih sama dengan saiz daun dalam balang Q.

14 Rajah 8 menunjukkan beberapa ekor ikan di dalam sebuah akuarium.

Rajah 8
Ikan-ikan dalam akuarium itu akan bersaing untuk mendapatkan…
I air.
II udara.
III ruang.
IV makanan.
A II dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV
15 Rajah 9 menunjukkan tiga ekor ayam serama dalam sebuah sangkar yang dipisahkan oleh
satu penghadang.
penghadang

Rajah 9
Apakah yang berlaku jika penghadang itu dibuang?
A Ayam serama jantan berkelahi.
B Ketiga-tiga ayam serama berkelahi.
C Tidak ada sebarang interaksi yang berlaku.
D Ayam serama betina menyerang ayam serama jantan.

16 Ramli menyiram segelas air ke dalam setiap bekas yang berikut. Air dalam bekas
manakah yang akan kering paling cepat?

A B

C D

17 Sekumpulan murid mahu menyiasat kesan persaingan antara anak benih tumbuhan. Antara
pemboleh ubah berikut, manakah yang perlu dimalarkan?
I Saiz bekas semaian
II Jumlah anak benih
III Jumlah air yang dibekalkan
IV Tempat semaian diletakkan
A II sahaja
B I dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV
18 Antara yang berikut, manakah yang menjadi punca kepupusan gajah?
I Gading dijadikan barang perhiasan
II Air sungai mengalami pencemaran
III Kawasan hutan ditebang untuk pertanian

A I dan II sahaja B I dan III sahaja


C II dan III sahaja D I, II dan III

19 Banyak orang utan di Sabah dan Sarawak telah ditempatkan di beberapa kawasan
perlindungan atau santuari. Antara yang berikut, manakah yang merupakan kesan
daripada langkah tersebut?
I Aktiviti pembalakan berkurangan
II Kedatangan pelancong bertambah
III Kepupusan orang utan dapat dielakkan
IV Keluasan kawasan hutan simpan berkurang

A I dan III sahaja B II dan III sahaja


C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

20 Rajah 10 menunjukkan piktograf keluasan kawasan hutan di suatu kawasan antara tahun
1994 hingga 2004.
Keluasan tanah

Mewakili 100 hektar

1994 1999 2004 Tahun


Rajah 10
Antara langkah yang berikut, manakah yang dapat mengelakkan keadaan seperti pada
tahun 2004 itu berlaku?
I Mengawal aktiviti pembalakan
II Mewujudkan kawasan hutan simpan
III Mengharamkan pemburuan haiwan liar
IV Menjalankan penanaman semula hutan

A I dan II sahaja B III dan IV sahaja


C I, II, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV
BAHAGIAN B: SOALAN STRUKTUR
Arahan: Jawab semua soalan.
1 Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid. Balang A
mengandungi seekor ikan dan sebatang kangkung manakala balang B mengandungi dua
ekor ikan dengan sebatang kangkung.

A B
Rajah 1

(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

__________________________________________________________________
(1 markah)
(b) Nyatakan pemboleh ubah yang...
i. dimanipulasi

________________________________________________________________
(1 markah)
ii. dimalarkan

________________________________________________________________
(1 markah)
(c) Tuliskan satu pemerhatian dan satu inferens yang mungkin dicatatkan oleh murid
tersebut pada akhir penyiasatan.

Pemerhatian:

__________________________________________________________________
(1 markah)
Inferens:
__________________________________________________________________
(1 markah)
(d) Tuliskan satu kesimpulan daripada penyiasatan ini.

__________________________________________________________________
(1 markah)
2 Rajah 2 menunjukkan eksperimen yang dilakukan oleh sekumpulan murid.

P Q
Rajah 2
(a) Apakah tujuan eksperimen ini?

__________________________________________________________________
(1 markah)
(b) Tuliskan satu pemerhatian tentang keadaan anak pokok.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(1 markah)
(c) Nyatakan satu inferens yang dapat kamu buat berdasarkan pemerhatian yang kamu
nyatakan di (a).
_____________________________________________________________________
(1 markah)

(d) Nyatakan satu cara petani dapat mengurangkan persaingan di antara tumbuhan yang
ditanam di kawasan pertanian.
__________________________________________________________________

(1 markah)

You might also like