Silent Evidence (Keterangan Senyap)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

Mohammad Zulfahmy Musa

[2021] PILRU 29 lwn. Perumal Periyaraju & Satu Lagi pg 1

MOHAMMAD ZULFAHMY MUSA


lwn.
PERUMAL PERIYARAJU & SATU LAGI

Mahkamah Sesyen, Johor Bahru


Lailawati Ali HMS
[Guaman Sivil No: JA-A53KJ-1026-12/2019]
29 Jun 2021
Mohammad Zulfahmy Musa
pg 2 lwn. Perumal Periyaraju & Satu Lagi [2021] PILRU 29

Faedah

(a) 5% setahun bagi faedah ke atas gantirugi am dari tarikh


penyampaian writ saman hingga penghakiman.

(b) 2.5% setahun bagi faedah ke atas gantirugi khas dari tarikh
kemalangan hingga tarikh penghakiman.

(c) 5% setahun bagi faedah ke atas jumlah penghakiman dari tarikh


penghakiman sehingga selesai pembayaran jumlah penuh
penghakiman.

Kes-kes yang dirujuk:


Siti Athirah binti Mohd Sapuan v. Razanatul Ain binti Hassan & Anor [2015] 5
MLRA 335; [2015] 4 MLJ 359; [2015] 6 CLJ 295 (dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:


Criminal Procedure Code 1999, s 111
Evidence Act 1950, s 114
Road Traffic Rules 1959, s 3(2)

Kaunsel:
Bagi pihak plaintif: Nijar; Tetuan Nijar & Nijar
Bagi pihak defendan: Varinder Singh Gill; Tetuan Raghbir Singh Norizan & Co

[Seperti yang diperintahkan oleh mahkamah.]

PENGHAKIMAN

Lailawati Ali HMS:

Pengenalan
Mohammad Zulfahmy Musa
[2021] PILRU 29 lwn. Perumal Periyaraju & Satu Lagi pg 3

[1] Ini merupakan tuntutan plaintif Muhamad Zulfahmy bin Musa untuk
gantirugi am dan gantirugi khas daripada defendan-defendan akibat daripada
kemalangan jalan raya yang berlaku pada 27 April 2018 di KM 2 Jalan Kulai -
Kota Tinggi Johor. Kemalangan melibatkan plaintif yang menunggang
motorsikal nombor pendaftaran JKE 1604 dan bas yang dipandu defendan
pertama nombor pendaftaran JDA 2709.

[2] Pada 5 Mei 2021, setelah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti
hujahan kedua-dua belah pihak, Mahkamah memutuskan bahawa pihak
plaintif berjaya membuktikan tuntutan dengan liabiliti 90% ditanggung oleh
defendan-defendan manakala plaintif menyumbang cuai 10%.

[3] Pihak defendan tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah dan
membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.

[4] Mahkamah kini memberikan alasan-alasannya seperti di bawah.

Versi Plaintif

[5] Pihak plaintif memanggil 3 orang saksi untuk membuktikan kesnya iaitu
IO (SP1), plaintif (SP2) dan Muthurajah a/l Murgis (SP3).

[6] Tempat kejadian adalah di KM 2 Jalan Kulai Kota Tinggi. Jalan yang
dilalui merupakan jalan dua hala hala trafik dari bawah ke atas dan dari atas
ke bawah. Terdapat simpang tiga tanpa lampu isyarat (rujuk Rajah Kasar P1)
di situ. Simpang di sebelah kiri jalan menuju masuk ke Jalan Timur di mana
terdapat taman perumahan di dalamnya. Jalan Timur tersebut merupakan
satu-satunya laluan keluar masuk ke taman-taman perumahan di dalamnya.
Mana-mana kenderaan yang masuk ke Jalan T imur melalui simpang tiga
tersebut akan keluar melalui jalan dan simpang yang sama juga. Fakta ini
tidak dinafikan oleh kedua-dua pihak. Mana-mana kenderaan dari arah Kulai-
Kota Tinggi (atas ke bawah rajah kasar) yang ingin masuk ke simpang Jalan
Timur tersebut akan berhenti di garisan yang telah di tetapkan di laluan A2-A3
sebelum membelok ke kanan.

[7] Pada waktu pagi semasa kejadian berlaku trafik adalah sibuk
memandangkan waktu tersebut waktu puncak. Plaintif sedang menunggang
motorsikal No JKE 1604 dari rumah hendak ke tempat kerjanya di Senai.
Hala perjalanan plaintif adalah dari bawah ke atas rajah kasar P1. Terdapat
simpang tiga di sebelah kiri plaintif di tempat di mana kemalangan berlaku.
Menurut keterangan plaintif semasa plaintif menghampiri simpang tiga dan
bergerak terus, terdapat sebuah bas yang datang dari arah bertentangan
membelok untuk masuk secara tiba-tiba ke simpang tersebut. Plaintif cuba
mengelak tetapi terlanggar bahagian belakang sebelah tepi kiri bas tersebut
hilang kawalan lalu terbabas melanggar bahagian hadapan sebuah lagi bas
yang berhenti di laluan A2-A3 dari arah bertentangan.

[8] Menurut plaintif, bas yang masuk ke laluan Jalan Timur tersebut ialah
motorbus No JDA 2709 dan bas yang berhenti di laluan A2-A3 dari arah
bertentangan tersebut ialah bas No CW 8962.
Mohammad Zulfahmy Musa
pg 4 lwn. Perumal Periyaraju & Satu Lagi [2021] PILRU 29

[9] Plaintif juga memplidkan bas JDA 2704 gagal berhenti dan memberi laluan
kepada Plaintif dan juga gagal memberi tanda isyarat sebelum memasuki
simpang tersebut.

[10] Keterangan SP3 ialah pada hari kejadian SP3 memandu motorbas CW
8962 tersebut. SP3 sedang menunggu di hadapan garisan berhenti di laluan
A2-A3 untuk simpang masuk Jalan Timur tersebut apabila motorsikal plaintif
No JKE 1604 masuk ke laluannya lalu melanggar bahagian bumper kanan
hadapan motorbus CW 8962 tersebut. SP3 juga menyatakan bas JDA 2709
ada di hadapan bas CW 8962 dan telah membelok terlebih dahulu. SP3 ada
membuat laporan polis iaitu P6 pada hari yang sama. Terdapat percanggahan
didalam keterangan SP3 mengenai kemalangan ini yang akan disentuh lebih
lanjut kemudian.

Versi Defendan

[11] Defendan memanggil Perumal a/l Periyaraju (SD1), pemandu bas JDA
2709 untuk mmberi keterangan. Motorbas No JDA 2709 merupakan sebuah
bas kilang. Pada hari kejadian, SD1 adalah dalam perjalanan untuk
mengambil pekerja kilang di Taman Timur. Sampai di simpang tiga tersebut,
D1 membelok ke kanan dan masuk ke Jalan Timur. D1 mengambil
penumpangnya dan keluar kembali melalui simpang yang sama. Apabila
sampai di simpang, SD1 mendapati ada kemalangan berlaku di situ yang
melibatkan sebuah motorsikal dan sebuah bas. SD1 tidak berhenti untuk
melihat lanjut sebaliknya meneruskan perjalanan kerana ingin cepat
menghantar orang.

[12] SD1 mendakwa tidak terlibat di dalam kemalangan tersebut oleh yang
demikian tidak membuat apa-apa laporan polis selepas kejadian. Namun pada
19 Mei 2018, D1 telah didatangi oleh SP3 yang memberitahu motorbus JDA
2709 telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan diarahkan oleh bosnya
bernama 'Selvam' untuk pergi ke Balai Polis membuat laporan polis. Laporan
polis SD1 iaitu D7 dibuat pada hari yang sama.

Penemuan Mahkamah Dalam Isu Liabiliti

[13] Plaintiff menanggung beban pembuktian di atas imbangan kebarangkalian


untuk membuktikan bahawa Defendan telah cuai dan menyebabkan
kemalangan dan akibat kecuaian tersebut Plaintif telah mendapat kecederaan.
Setelah plaintif berjaya membuktikan kecuaian ini, beban pembuktian
berpindah kepada Defendan untuk menafikan kecuaian tersebut dan /atau
menunjukkan bahawa Plaintif menyumbang cuai di dalam kemalangan ini.

[14] Di dalam kes Siti Athirah binti Mohd Sapuan v. Razanatul Ain binti Hassan
& Anor [2015] 5 MLRA 335; [2015] 4 MLJ 359; [2015] 6 CLJ 295 Mahkamah
Rayuan menyatakan seperti berikut:

The present case, being a claim for the tort of negligence, the
appropriate approach should have been for the learned Sessions Court
Mohammad Zulfahmy Musa
[2021] PILRU 29 lwn. Perumal Periyaraju & Satu Lagi pg 5

Judge, first and foremost, to make a finding of mixed fact and law
whether or not the first defendant had breached her legal duty of care
towards the plaintiff. Only once negligence had been established
against the first defendant should the learned Sessions Court Judge
then proceed to determine contributory negligence on the part of the
plaintiff, if any (since contributory negligence is pleaded): whether the
plaintiff's actions were such that the plaintiff had contributed to the
injury or damage that she suffered.

[15] Menjadi kelaziman di dalam kes kemalangan jalan raya, versi bagaimana
kemalangan berlaku di antara plaintif dan defendan adalah bertentangan.
Tugas Mahkamah seperti yang dinyatakan di atas ialah untuk meneliti semua
keterangan sebelum membuat dapatan fakta dan undang-undang yang
sewajarnya.

[16] Plaintif memanggil pegawai penyiasat kes SP1 SM Zulkifli bin Md Zain
untuk memberi keterangan. Di dalam keterangan SP1, apabila beliau sampai
di tempat kejadian pada jam lebih kurang 9.35 pagi hari yang sama, motorbus
CW 8962 dan motorsikal JKE 1604 telah dialihkan. Begitu juga dengan kesan
pecahan jalan di atas jalan raya juga telah dialihkan. Plaintif juga telah tiada di
tempat kejadian. Gambar-gambar P2(a, f, h, i dan j) yang menunjukkan
keadaan kenderaan sejurus selepas kemalangan tidak diambil oleh jurugambar
polis sebaliknya ditunjukkan oleh SP3 (keterangan SP3 ialah gambar- gambar
ini diambil oleh majikannya 'Selvam') dan dimasukkan menjadi sebahagian
gambar di dalam kertas siasatan.

[17] Berdasarkan siasatan, SP1 mendapati bas JDA 2709 berada di tempat
kejadian semasa kemalangan berlaku. Bas JDA 2709 berada di hadapan bas
CW 8906 dan terlebih dahulu memasuki simpang Jalan Timur tersebut. SP1
berpendapat bas JDA 2709 berkemungkinan menjadi penyebab kepada
kemalangan yang melibatkan motorsikal plaintif dan bas CW 8906 itu. SP1
mengeluarkan saman di bawah r 3(2) LN 166/59 kepada D1 kerana gagal
memberi laluan kepada motorsikal plaintif sebelum bas JDA 2709 membelok
masuk simpang tersebut.

[18] SP3 semasa memberi keterangan utama mendakwa motorsikal plaintif


JKE 1604 telah datang dari arah hadapan dan berlanggar dengan bahagian
hadapan basnya setelah terjatuh apabila cuba mengelak dari bas JDA 2709
yang masuk ke simpang Jalan Timur tersebut. Bas JDA 2709 dan bas SP3
iaitu CW 8906 sama-sama berhenti di simpang tersebut kerana hendak masuk
ke Jalan Timur. Bas JDA 2709 yang berada di hadapan dan membelok dahulu
dan selepas itu motorsikal Plaintif datang dari hadapan dan melanggar
bahagian depan kanan bas CW 8906 tersebut.

[19] Namun begitu semasa pemeriksaan balas, SP3 menafikan penyataan-


penyataan tersebut. SP3 mendakwa bas JDA 2709 tidak terlibat di dalam
kemalangan ini kerana telah membelok ke kanan dahulu dan selepas itu
motorsikal Plaintif JKE 1604 datang dari hadapan dan melanggar basnya.
Semasa pemeriksaan semula SP3 menyatakan dia tidak tahu sama ada
motorsikal Plaintif JKE 1604 ada melanggar bas JDA 2709 sebelum
Mohammad Zulfahmy Musa
pg 6 lwn. Perumal Periyaraju & Satu Lagi [2021] PILRU 29

berlanggar dengan bas CW 8906.

[20] Setelah meneliti keseluruhan keterangan, atas imbangan kebarangkalian


Mahkamah berpendapat versi kemalangan plaintif adalah munasabah atas
alasan-alasan berikut:

i. Keterangan SP1 adalah jelas dan konsisten tentang bagaimana


kemalangan ini berlaku. Mahkamah mempercayai keterangan SP1
dan mendapati SP1 adalah saksi yang boleh dipercayai.

ii. Berdasarkan gambar P2(d), (f), (h) dan (j), sebahagian besar
serpihan motorsikal plaintif JKE 1604 berada di antara laluan A2-A3,
di atas garisan berkembar berdekatan dengan laluan membelok bas
JDA 2709 dan bas CW 8906. Ini menunjukkan motorsikal plaintif
yang terjatuh di bawah bas CW 8906 setelah plaintif terlanggar sedikit
bahagian belakang bas JDA 2709. Sekiranya motorsikal plaintif
datang dan berlanggar secara 'head on' dengan bas CW 8906,
impaknya akan lebih besar dan lazimnya motorsikal akan tercampak
dari titik pertembungan tersebut. Berdasarkan kedudukan motorsikal
plaintif di dalam gambar tersebut adalah munasabah bahawa plaintif
telah terjatuh terlebih dahulu dengan motorsikalnya dan terlanggar
masuk ke bawah bas CW 8906.

iii. Kesan-kesan pecahan yang terdapat di sekitar bas CW 8906


melepasi simpang tiga tersebut konsisten dengan versi plaintif tentang
bagaimana kemalangan berlaku. Ini membuktikan perlanggaran
pertama dengan bas JDA 2709 berlaku di simpang tiga tersebut tempat
JDA 2709 membelok tetapi plaintif tidak terus jatuh. Plaintif terbabas
ke arah bas CW 8906 dan terlanggar bahagian kanan hadapan bas
CW 8906 itu.

Dapatan ini konsisten oleh laporan polis plaintif P4 yang menyatakan


semasa saya sampai di KM 2 Jalan Kulai - Kota Tinggi dan bergerak
terus tiba-tiba ada sebuah m/bas kilang No IDA 2709 dari arahah
bertentangan hadapan saya itu telah membelok masuk simpang
sebelah kiri saya secara mengejut, lalu saya pun mengelak ke sebelah
kanan tetapi terlanggar tepi belakang sebelah kiri bas dan
menyebabkan motorsikal saya telah hilang kawalan lalu terbabas
melanggar bahagian hadapan sebuah m/bas no CW8962 yang
berhenti di hadapan arah bertentangan.

iv. Kehadiran bas JDA 2709 di tempat kejadian tidak dinafikan oleh
mana-mana saksi. SP1 sendiri setelah meneliti keseluruhan siasatan
telah memutuskan kemungkinan bas JDA 2709 yang menjadi
penyebab kepada kemalangan tersebut. SP1 telah mengeluarkan
saman terhadap SD1 di bawah k 3(2) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan
1959. Kaedah 3(2) jelas menyatakan bahawa setiap pemandu
kenderaan yang berada di atas jalan raya ketika memandu hendaklah
memberi laluan kepada lalulintas di sebelah kanan dan juga
memberikan hak laluan kepada lalulintas yang datang terus dari arah
Mohammad Zulfahmy Musa
[2021] PILRU 29 lwn. Perumal Periyaraju & Satu Lagi pg 7

hadapan sebelum membelok melintasi laluan tersebut.

v. Mahkamah mendapati SP3 tidak konsisten di dalam keterangannya


mengenai perkara-perkara yang material. Mahkamah menolak
keterangan SP3 yang menyatakan bas JDA 2709 tidak terlibat di
dalam kemalangan ini. Mahkamah berpendapat SP3 sebenarnya tidak
pasti mengapa motorsikal plaintif boleh terlanggar dengan bahagian
tepi kanan hadapan bas CW 8906. Dan ini sebenarnya diakui oleh
SP3 sendiri semasa pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula. Pada
hemat Mahkamah ini kerana kerana sejurus sebelum kemalangan
berlaku, bas JDA 2709 yang dipandu SD1 berada di hadapan bas CW
8906. Pandangan SP3 ke arah jalan hadapan sudah tertentu
sebahagian besarnya dihalang oleh bas JDA 2709 ini. Ketika bas JDA
2709 sedang membelok ke simpang Jalan Timur, pandangan SP3 juga
telah terhalang akibat pergerakan bas JDA 2709 membelok ke kanan.
Oleh yang demikian, adalah munasabah sebenarnya SP3 tidak tahu
pun bagaimana dan kenapa motorsikal plaintif boleh terbabas dan
terlanggar masuk ke bawah bas CW 8906 tersebut kerana SP3 tidak
nampak kejadian awal di mana motorsikal plaintiff JKE 1604 telah
terlanggar bahagian belakang bas JDA 2709 sewaktu bas JDA 2709
tersebut membelok ke kanan.

vi. Keterangan SD1 yang mengatakan laporan polisnya dibuat lewat


kerana takut bas dipecahkan adalah tidak munasabah. Ini kerana SD1
membuat laporan polis D7 pada 19 Mei 2018 iaitu lebih kurang 22
hari selepas kemalangan berlaku. Jika ada ancaman seperti didakwa
oleh SD1, sudah tentu ianya sudah terjadi di dalam tempoh tersebut
apabila kejadian masih lagi segar dan terkini. Tiada sebarang
keterangan dikemukakan defendan untuk dijadikan asas kepada sebab
ini melainkan pada pandangan Mahkamah ini merupakan sekadar
alasan untuk justifikasi SD1 membuat laporan polis lambat. Defendan
juga tidak memanggil Selvam untuk membuktikan arahan diberikan
kepada SD1 untuk membuat laporan polis D7 tersebut atas alasan
takut bas JDA dipecahkan. Memandangkan saksi ini tidak dipanggil
defendan maka alasan takut bas dipecahkan tersebut sekadar hearsay
sahaja.

vii. Mahkamah menolak keterangan SD1 bahawa bas JDA 2709 tidak
terlibat di dalam kemalangan tersebut Mahkamah berpendapat SD1
sedar bahawa bas JDA telah menjadi penyebab kepada plaintif
terbabas dan terlanggar bas CW 8962 tetapi tidak memberhentikan
basnya dan terus meneruskan perjalanan. Sementelah pula tiada
sesiapa yang menahan bas JDA 2709 setelah kejadian berlaku. SD1
juga tidak membuat apa-apa laporan polis sehinggalah diarahkan oleh
bosnya 'Selvam'. Mahkamah berpendapat SD1 mengambil keputusan
berdiam diri sahaja sehinggalah timbul cerita tentang siasatan polis
mengenai bas JDA 2709 ini.

viii. Defendan berhujah bahawa memandangkan bas JDA 2709 tidak


dikejar atau ditahan selepas kemalangan membuktikan bas tersebut
Mohammad Zulfahmy Musa
pg 8 lwn. Perumal Periyaraju & Satu Lagi [2021] PILRU 29

tidak terlibat dengan kemalangan. Mahkamah tidak bersetuju dengan


hujahan defendan ini. Pertamanya, bukannya satu kemestian orang
awam mengejar kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan. Dalam
kes ini, kejadian berlaku pada waktu pagi iaitu masa untuk keluar
bekerja atau ke sekolah. Kelazimannya pada waktu itu, semua
bergegas menguruskan urusan sendiri. Keduanya keterangan plaintif
ialah beliau terlanggar sedikit sahaja bahagian belakang bas dan
terbabas sebelum melanggar bas CW 8962. Pelanggaran dengan bas
JDA 2709 berlaku dengan pantas dan tidak mengakibatkan plaintif
terus jatuh. Di dalam keadaan trafik yang sibuk, tidak mustahil
pengguna jalan raya yang lainnya tidak sedar pelanggaran yang
pertama ini. Ketiganya, plaintif jatuh dan terlanggar bas CW 8962
sejurus selepas berlanggar dengan bas JDA 2709 ini. Tumpuan orang
awam atau pengguna jalan raya sudah tentu pada kemalangan ini
sahaja bila mana plaintif terjatuh dan termasuk ke bawah bas CW
8962.

[21] Berdasarkan di atas, di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah


mendapati Plaintif telah Berjaya membuktikan kesnya terhadap defendan.
Mahkamah juga mendapati defendan telah gagal untuk menyangkal kes
plaintif melalui pembelaan yang dikemukakan. Berdasarkan keterangan yang
ada, Mahkamah memutuskan defendan 90% cuai di dalam kemalangan ini
dan plaintif menyumbang cuai 10%. Mahkamah mendapati plaintif
menyumbang cuai 10% kerana plaintif sebagai pengguna jalan raya juga
mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keadaan jalan raya yang
selamat dan menunggang dengan berhati-hati terutamanya apabila
menghampiri simpang.

[22] Beberapa perkara telah ditimbulkan oleh peguam defendan di dalam


hujahan bertulisnya yang difailkan di Mahkamah seperti berikut:

(a) Kegagalan memanggil saksi-saksi lain

Defendan berhujah bahawa plaintif perlu memanggil kakaknya iaitu


Noor Azizah binti Musa yang membuat laporan polis yang
ditandakan sebagai IDD5. Mahkamah tidak mengambilkira laporan
polis ini memandangkan dokumen ini bukan sebahagian daripada
eksibit dan tiada saksi dipanggil untuk membuktikan kandungan
IDD5 ini. Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan defendan
bahawa plaintif perlu memanggil Noor Azizah binti Musa untuk
menerangkan IDD5 memandangkan IDD5 bukan keterangan kes
plaintif dan tidak pernah menjadi sebahagian daripada kes plaintif.

Mana-mana pihak di dalam perbicaraan berhak memanggil mana-


mana saksi kompeten untuk memberi keterangan yang memihak
kepadanya. IDD5 ini ditimbulkan oleh pihak defendan dan sekiranya
defendan berpendapat IDD5 menyokong kesnya maka defendanlah
yang perlu memanggil pembuat IDD5.

Defendan juga berhujah bahawa plaintif perlu memanggil pemberi


Mohammad Zulfahmy Musa
[2021] PILRU 29 lwn. Perumal Periyaraju & Satu Lagi pg 9

maklumat misteri yang memberikan nombor bas JDA 2709 kepada


SP1 semasa SP1 membuat siasatan. Mahkamah juga tidak bersetuju
pemberi maklumat perlu dipanggil oleh plaintif untuk menjadi saksi
kes mereka. Semasa menjalankan siasatan pegawai siasatan akan
mencari dan menerima pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber.
Tugas pegawai siasatan adalah untuk menyiasat sama ada maklumat
yang diberikan adalah betul dan tepat dan dapat membantu selesaikan
kes yang disiasat. Dan ini yang dilakukan oleh SP1 apabila menerima
maklumat penglibatan bas JDA 2709. SP1 telah mengeluarkan notis
di bawah s 111 Kanun Tatacara Jenayah untuk pemillik bas JDA 2709
ini datang memberi keterangan. Tidak perlu untuk pemberi maklumat
ini dipanggil oleh plaintif kerana pemberi maklumat bukan saksi kes
plaintif. SP1 yang menjalankan siasatan dan menentukan penglibatan
bas JDA 2709 yang merupakan saksi plaintif dan SP1 telah memberi
keterangan beliau di Mahkamah.

Tidak timbul soal anggapan bertentangan dibawah s 114(g) Akta


Keterangan 1950 terpakai terhadap plaintif di dalam kes ini. Ini
kerana anggapa bertentangan bertentangan hanya terpakai apabila
sesuatu pihak gagal memanggil saksi penting di dalam kes mereka dan
mereka mempunyai motif serong menyembunyikan saksi tersebut
(rujuk kes Munusamy v. Public Prosecutor [1986] 1 MLRA 292; [1987]
1 MLJ 492; [1987] CLJ (Rep) 221, 494 SC). Kes yang dirujuk oleh
peguam Defendan di dalam hujahannya iaitu Caley Ototo Worlwide
Sdn Bhd v. Sun Wen Long [2009] 3 MLRH 164; [2009] 9 MLJ 1;
[2010] 1 CLJ 725 mengenai anggapan bertentangan dibawah s 114(g)
Akta Keterangan 1950 dapat dibezakan faktanya dengan kes ini.
Mahkamah berpendapat di dalam kes tersebut anggapan bertentangan
terpakai terhadap pihak-pihak yang relevan kerana terbukti saksi-saksi
yang dipanggil adalah material dan motif serong dibuktikan.

Bersubahat membuat laporan palsu

(b) Peguam defendan berhujah bahawa terdapat pakatan di antara SP1


dan SP2 untuk membuat tuntutan palsu ke atas bas JDA 2709.
Defendan mendakwa SP1 yang memberikan nombor bas JDA 2709
kepada plaintif kerana tidak logic bagi SP1 dapat mengecam nombor
bas JDA 2709 pada masa kejadian. Mahkamah menolak hujahan ini
yang mana bagi pendapat Mahkamah tidak disokong oleh mana-mana
butiran yang material. SP2 tidak disoal balas mengenai hal ini dan
keterangan mengenai pengecaman nombor bas JDA 2709 ini tidak
pernah dicabar semasa SP2 memberi keterangan. Begitu juga semasa
SP1 memberikan keterangan. SP1 tidak pernah dicabar bahawa SP1
memberikan nombor bas JDA 2709 ini kepada SP2 semasa SP2
membuat laporan polis. Selain itu, dakwaan SD1 bahawa SD1 hanya
menandatangai laporan polisnya D7 yang telah disediakan oleh SP1
juga tidak pernah disoal kepada SP1 semasa memberi keterangan.
Mahkamah berpendapat perkara ini hanyalah 'afterthought'
ditimbulkan oleh SD1 untuk menguatkan pembelaannya sahaja.
Mahkamah memutuska tiada apa-apa merit di dalam dakwaan
Mohammad Zulfahmy Musa
pg 10 lwn. Perumal Periyaraju & Satu Lagi [2021] PILRU 29

defendan ini.

(c) Kelewatan plaintif membuat laporan polis.

Laporan polis plaintif P4 dibuat pada 13 Mei 2018 iaitu lebih kurang
16 hari selepas kemalangan berlaku. Kemalangan berlaku pada 27
April 2018. Keterangan plaintif ialah kelewatan membuat laporan
polis kerana kecederaan yang dialaminya yang menyukarkan untuk
bergerak. Mahkamah mendapati tiada kelewatan melampau oleh
plaintif di dalam membuat laporan polisnya. Plaintif telah mengalami
kecederaan yang serius pada bahagian kakinya yang menyukarkan
pergerakan. Tambahan pula plaintif telah berada di hospital sehingga
8 Mei 2018.

Mahkamah merujuk kepada kes Muhamad Qamarul Bin Munsyiaqbal


@ Yusri v. Md Nor Bin Md Zain & Anor [2020] MLRHU 121, di mana
terdapat kelewatan sebulan oleh plaintif membuat laporan polisnya.
Mahkamah Tinggi telah memutuskan:

[14] The plaintiff's police report was the first information


report that resulted in the commencement of investigations by
SP1. I find that the delay in making the report is sufficiently
explained - the plaintiff was hospitalised for a week and after
that was on medical leave due to the serious injuries the
plaintiff had sustained resulting in complete paraplegia. The
plaintiff denied in cross-examination that the contents of the
police report was fabricated to make a false accident claim.

Mahkamah menerima penjelasan plaintif yang atas kelewatan


memfailkan laporan polis P4 adalah disebabkan kecederaan yang
dialaminya.

Dapatan Mahkamah Atas Isu Kuantum (Atas Dasar 100%)

[23] Mahkamah mengambil kira keadaan latar belakang plaintif semasa


kemalangan berlaku untuk dijadikan panduan semasa memberikan awad di
dalam kes ini. Semasa kemalangan berlaku, plaintif berusia 26 tahun dan
bekerja di Senai Johor. Mempunyai fizikal yang sihat dan normal sebelum
kemalangan. Plaintif masih lagi muda dan mempunyai pekerjaan yang stabil
untuknya memulakan hidup sebagai orang dewasa yang berdikari dan
bertanggungjawab. Plaintif telah berkahwin dan masih belum mempunyai
anak.

[24] Akibat daripada kemalangan ini plaintif mengalami kecederaan-


kecederaan yang membataskan pergerakannya dan juga menyebabkan
kesakitan yang berterusan. Plainitf meneruskan kerja di tempat lamanya tetapi
dengan sedikit kesukaran. Plaintif juga hanya boleh memakai kasut jenama
'Skechers' sahaja kerana kasut-kasut jenama lain akan menyebabkan kesakitan
kepada kaki kanannya.
Mohammad Zulfahmy Musa
[2021] PILRU 29 lwn. Perumal Periyaraju & Satu Lagi pg 11

A. Gantirugi Am

[25] Berdasarkan laporan perubatan dan laporan pakar yang dikemukakan,


plaintif mengalami kecederaan-kecederaan seperti berikut:

(a) Degloving Injury Of Dorsum Aspect of Right Foot

[26] Mahkamah berpendapat awad bagi kecederaan ini adalah sebanyak


RM20,000.00 adalah wajar dengan merujuk kepada Compendium di mana
awad yang diberikan adalah di antara RM12,000.00 hingga RM24,000.00.
Mahkamah juga merujuk kepada kes Muthukumar a/l Samivel v. Chai Siew
Moi [2019] 2 PIR 49 yang membenarkan awad RM20,000.00 bagi kecederaan
yang sama.

(b) Compound Open Fracture of Right 2nd, 3rd and 4th Metatarsal Bone

[27] Merujuk kepada Compendium, awad bagi satu kepatahan adalah di


antara RM7,000.00 hingga RM12,000.00. Plaintif mengalami kepatahan pada
2nd, 3rd, 4th dan 5th metatarsal bones. Tetapi 5th metatarsal bone telah
dipotong dan awad berasingan diberikan untuk ini. Mahkamah berpendapat
awad RM7,000.00 bagi setiap kepatahan adalah munasabah di dalam kes ini.
Jumlah awad bagi tiga kepatahan metatarsal bones ialah RM7,000.00 x 3 =
RM21,000.00.

(c) Deep laceration At Right Sole

[28] Mahkamah membenarkan RM6,000.00 untuk kecederaan ini. Merujuk


kepada Compendium pula, awad untuk kecederaan yang sama adalah di
antara RM 2,500.00 hingga RM9,500.00. Oleh yang demikian, awad RM
6,000.00 untuk plaintif ni adalah munasabah mengambil kira keseriusan
kecederaan yang dialaminya.

(d) Amputation Of 5th Right Toe

[29] Merujuk kepada Compendium, awad untuk kecederaan ini adalah di


antara RM7,000.00 hingga RM9,500.00. Mahkamah membenarkan awad
RM9,000.00 yang mana adalah munasabah memandangkan kecacatan ini
adalah kekal dan mengambil kira factor usia plaintif yang masih muda dan
terpaksa hidup dengan kecacatan ini untuk tempoh masa yang lama.

(e) Permanent Scars

[30] Laporan pakar defendan bertarikh 11 Jun 2020 menyatakan seperti


berikut berkenaan kecederaan kaki kanan plaintif:

'He had extensive scarring over the right foot with a missing 5th at the
level of the 5th metatarsal. There was a pigmented patch of skin-
grafted area extending almost the entire surface of the dorsum of the
right foot and extending into the lateral aspect of the sole. He also had
scars over the front of his right thigh for the purpose of harvesting of
Mohammad Zulfahmy Musa
pg 12 lwn. Perumal Periyaraju & Satu Lagi [2021] PILRU 29

split skin graft. The scars are re-pigmenting.'

Berdasarkan di atas, Mahkamah telah memberikan awad RM10,000.00 untuk


parut-parut yang ada pada plaintif akibat daripada kemalangan tersebut. Awad
ini adalah munasabah mengambilkira awad untuk 'extensive scarring to the
leg' di dalam Compendium adalah di antara RM9,500.00 hingga ke
RM18,000.00.

(f) Muscle Wasting & Weakness At Right Lower Limb

[31] Mahkamah tidak membenarkan awad ini kerana berdasarkan laporan


pakar defendan yang merupakan laporan terkini, pakar defendan menyatakan
plaintif tidak lagi mengalami 'muscle wasting and weakness at right lower
limb'.

[32] Bagi kecederaan-kecederaan (a) - (e), Mahkamah juga telah


memerintahkan 10% ditolak daripada jumlah keseluruhan awad atas isu
'overlapping'.

[(g) Fisioterapi

[33] Selanjuntya plaintif menuntut kos bagi fisioterapi berjumlah RM3,200.00


seperti yang dicadangkan oleh pakar plainitf. Mahkamah membenarkan 1/3
daripada tuntutan ini iaitu berjumlah RM1067.00. Pada pandangan
Mahkamah, awad ini juga selari dengan pendapat pakar defendan yang
mencadangkan plaintif menjalai senaman fizikal yang lebih agresif.

B. Gantirugi Khas

(a) Custom Made Shoes With Soft Padding

[34] Mahkamah bersetuju dengan hujah defendan bahawa tiada keterangan


dikemukakan untuk membuktikan plaintif memerlukan kasut khas bagi
kecederaan kaki kanannya. Plaintif juga bersetuju semasa disoal balas bahawa
kasut Drew Track Boots yang dicadangkan melalui ID5 adalah kasut untuk
kependekan kaki dan kaki plaintif tidak pendek. Mahkamah menolak tuntutan
RM102,720.00 yang dipohon oleh plaintif bagi perkara ini.

(b) Laporan-Laporan Perubataan, Laporan Polis Dan Laporan JPJ

[35] Walaupun dokumen laporan perubatan dipersetujui oleh pihak-pihak,


namun memandangkan bil-bil ini termasuk di bawah bahagian gantirugi khas
maka bila-bil ini perlu dibuktikan oleh plaintif. Memandangkan plaintif tidak
mengemukakan apa-apa bukti mengenainya, maka Mahkamah menolak
tuntutan bagi bila laporan-laporan berikut:

i. Bil Sebutharga KK Prosthetic Equipment Sdn Bhd

ii. Bayaran Bil Rawatan Perubatan di KPJ Bandar Dato' Onn


Mohammad Zulfahmy Musa
[2021] PILRU 29 lwn. Perumal Periyaraju & Satu Lagi pg 13

iii. Laporan Perubatan Hospital Columbia

iv. Laporan Perubatan KPJ Bandar Dato' Onn

[36] Bagi laporan JPJ, laporan polis dan laporan perubatan Hospital Kulai
Mahkamah membenarkan dibawah kos tindakan.

(c) Faedah

i. Faedah atas gantirugi am pada kadar 5% setahun dari tarikh


penyampaian writ saman sehingga tarikh penghakiman.

ii. Faedah atas gantirugi khas pada kadar 2.5 % setahun dari tarikh
kemalangan sehingga tarikh penghakiman.

iii. Faedah atas jumlah penghakiman pada kadar 5% setahun dari


tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian bayaran
sepenuhnya.

(d) Kos Mengikut Skala

[37] Semasa perbicaraan berlangsung, peguam defendan menuduh peguam


plaintif telah memasukkan gambar-gambar P2 (a, f, h, i, j) yang diperolehinya
ke dalam kertas siasatan SP1. Perkara ini telah dinafikan sekerasnya oleh
peguam plaintif kerana tiada asas. Sebaliknya keterangan saksi SP1 dan SP3
menunjukkan gambar-gambar diperolehi daripada Selvam. Mahkamah
memandang serius tindakan peguam defendan yang melulu melemparkan
tuduhan berat ke atas peguam plaintif tanpa apa-apa asas. Kedua-dua peguam
plaintif dan defendan merupakan ahli senior Majlis Peguam dan telah lama
berkhimat di dalam bidang ini. Para peguam yang mengendalikan kes di
hadapan Mahkamah merupakan 'officer of the court' dan dikehendaki
mengendalikan kes dengan penuh hemah dan memerhati decorum dan etika
yang sepatutnya. Kes-kes sepatutnya dikendalikan dengan professional dan
bukannya dengan emosi. Apabila peguam yang mengendalikan kes gagal
berbuat demikian, maka perjalanan perbicaraan kes akan terganggu dan tidak
mencerminkan pencarian ke arah keadilan yang diharapkan oleh pihak-pihak
yang terlibat.

[38] Sungguhpun Mahkamah tidak bersetuju dengan tindakan peguam


defendan tersebut, Mahkamah mengingatkan dirinya bahawa dapatan dan
keputusan kes ini tidak dipengaruhi oleh tindak-tanduk peguam semasa
mengendalikan perbicaraan. Dapatan-dapatan dan keputusan yang dicapai
oleh Mahkamah adalah berdasarkan keterangan-keterangan saksi, keterangan
dokumentar dan hujahan pihak-pihak terlibat.

You might also like