Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Diri Saya

Nama saya ialah Tanishka. Saya berumur 7 tahun. Saya belajar di SJK (T) Ampang.
Hobi saya ialah melukis. Cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang guru. Saya suka
untuk mengajar rakan-rakan saya di dalam kelas. Saya juga suka masakan ibu saya.
Saya sayang akan keluarga saya.

Tanishka Shrii Setha a/p Santhru

1 Arunan

Keluarga Saya

Nama saya ialah Muhammad Mu’az bin Mohammad Buhari. Saya berumur 7 tahun.
Saya tinggal di bandar Ampang. Saya bersekolah di SJK (Tamil) Ampang. Saya
mempunyai dua orang adik-beradik. Saya sangat sayang akan ibu bapa saya. Hobi saya
ialah bermain bola dan membaca buku cerita. Makanan kegemaran saya ialah masakan
ibu saya. Cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang polis.

Muhammad Mu’az bin Mohammad Buhari

1 Arunan
Kucing Saya

Saya ada seekor kucing. Nama kucing saya ialah Sweety. Bulu kucing saya berwarna
putih dan hitam. Bulu kucing saya sangat lebat dan lembut. Kucing saya suka makan
ikan. Setiap petang, saya akan bermain bola dengan Sweety. Sweety suka bermanja-
manja dengan saya. Apabila saya pulang dari sekolah Sweety akan tunggu saya di pintu
rumah. Setiap hujung minggu, saya akan membantu ayah untuk memandikan Sweety.
Saya sangat sayang akan Sweety.

R. Narayaani

1 Athavan

Sekolah Saya

Ini sekolah saya. Nama sekolah saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ampang.
Sekolah saya terletak di Bandar Baru Ampang. Sekolah saya sangat ceria dan indah.
Sekolah saya dikelilingi oleh pokok-pokok bunga yang berwarna-warni. Kawasan sekolah
saya sentiasa kelihatan bersih dan cantik. Sekolah saya mempunyai dua belas bilik
darjah yang luas dan selesa. Guru-guru di sekolah saya baik dan prihatin. Saya amat
sayang akan sekolah saya.

S.Laxmitha
1 Athavan
Hobi Saya

Hobi ialah aktiviti yang dilakukan pada waktu lapang. Setiap orang mempunyai hobi yang
tersendiri seperti bermain bola, membaca buku, berenang dan sebagainya.

Hobi saya ialah membaca buku cerita. Setiap hari saya akan membaca dua buah
buku cerita pada waktu lapang dan waktu sebelum tidur. Saya berasa seronok ketika
membaca buku cerita.

Saya selalu meminjam buku cerita di perpustakaan sekolah. Ibu bapa saya juga
sentiasa menghadiahkan buku-buku seperti buku rujukan, buku cerita dan buku sejarah
untuk saya.

Membaca telah memberi banyak faedah kepada saya. Membaca meningkatkan


ilmu pengetahuan saya. Tabiat membaca telah meningkatkan kosa kata saya. Melalui ini
saya dapat mempelajari istilah-istilah baharu. Pengetahuan yang luas dan kemahiran
bahasa membantu saya menulis karangan yang baik dan gramtis dalam masa yang
singkat.

Selain itu, saya juga berhasrat untuk menjadi Tokoh Nilam peringkat kebangsaan.
Saya telah membaca banyak buku dan mendapat hadiah di sekolah. Saya akan
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat saya.

Sharniya a/p Mohanachandru

2 Athavan
Cita-cita Saya

Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru prasekolah. Saya mempunyai cita-cita ini sejak
dari kecil lagi. Saya ingin menjadi guru prasekolah kerana saya sangat suka meluangkan
masa dengan kanak-kanak.

Sebagai guru, saya perlu memiliki ciri-ciri dan tingkah laku yang baik Saya
sentiasa akan menjadi contoh teladan kepada anak murid saya. Saya juga perlu
bersabar dan mesra dengan kanak-kanak. Saya akan mengajar anak murid saya dengan
penuh dedikasi sepertimana guru-guru saya mendidik saya.

Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya. Masa


lapang, saya akan membaca banyak buku cerita, buku rujukan dan majalah untuk
meluaskan pengetahuan saya. Saya gandakan usaha untuk memiliki ciri-ciri guru yang
baik.

Thiviyaharene a/p Parthiben


2 Athavan
Hobi Saya

Setiap orang mempunyai hobinya tersendiri. Hobi ialah aktiviti bermanfaat yang
dilakukan pada masa lapang. Terdapat pelbagai jenis hobi yang boleh dilakukan. Di
antaranya ialah bermain bola sepak, mendengar radio, melancong dan sebagainya.

Hobi saya ialah menari. Saya suka menari kerana ianya dapat membantu saya
menjadi seorang yang periang. Menari memerlukan tenaga yang banyak dan menjadikan
badan lebih sihat. Dalam erti kata yang lain, saya dapat bersenam sambil bergembira.

Sebagai seorang penari saya memerlukan kemahiran tertentu semasa menari.


Saya perlu menumpukan perhatian sepenuhnya. Dengan ini saya dapat meningkatkan
tumpuan saya semasa guru mengajar di kelas.

Saya ingin menjadi seorang penari yang terhebat di dunia. Untuk mencapai
impian saya perlu belajar dengan lebih tekun. Saya amat bersyukur kerana keluarga
saya sentiasa menyokong impian saya dan mendorong saya untuk membuat yang
terbaik.

Pirithisri a/p Murugan Beno

3 Arunan
Perpustakaan Sekolah Saya

Perpustakaan merupakan suatu gedung ilmu.Di sekolah saya ada sebuah perpustakaan.

Perpustakaan sekolah saya besar dan cantik. Di dalam perpustakaan ada


pelbagai jenis buku. Ia adalah seperti buku cerita, buku rujukan dan majalah.

Buku-buku ini disusun teratur dan rapi.

Kami boleh meminjam buku dari perpustakaan. Buku-buku yang dipinjam mesti
dipulangkan dalam masa seminggu. Kami juga boleh membaca buku dan membuat
rujukan di perpustakaan.

Murid-murid tidak boleh membuat bising di perpustakaan. Seorang guru


ditugaskan untuk menjaga perpustakaan. Guru perpustakaan sekolah saya ialah
Pn.Theivana.

Saya sangat sukakan perpustakaan sekolah saya ia mendatangkan banyak


faedah kepada saya.

Thivashre a/p Vickneswaran

3 Arunan
Inilah Bangsa Malaysia

Usahlah bersendirian

Dalam kehidupan kita

Kenali rakan dan keluarganya

Kehidupan kita pasti ceria.

Kasih sayang sesama jiran

Perlu dipupuk dalam jiwa

Hidup bermasyaraket amalan kita

Sehati sejiwa

Buang lah sikap berbeza bangsa

Marilah bangsa Malaysia

Amalkan kerjasama dalam kehidupan

Kejayaan kita milik bersama.

Pravin a/l Saravanan

3 Athavan
Hari Deepavali

Hari Deepavali adalah perayaan masyarakat kaum India. Deepavali bermaksud


pelita keceriaan. Sebagai masyarakat India saya juga menyambut perayaan Deepavali.
Pada pagi hari Deepavali, kami sekeluarga akan mandi minyak dan bersembahyang di
rumah. Kemudian kami memakai pakaian tradisional iaitu lelaki memakai dhoti dan jippa
manakala wanita memakai sari atau pavadai .

Kami semua bersiap sedia untuk ke kuil dan sembahyang di situ untuk
mendapatkan restu tuhan. Kemudian kami akan pergi ke rumah datuk dan nenek, di situ
juga kami mendapatkan restu tuhan daripada mereka lalu menikmati masakan yang
dimasak oleh nenek iaitu tose, kari ayam, kari kambing dan sebagainya.

Di samping itu, saudara mara akan datang untuk memeriahkan perayaan kami
sepanjang hari tersebut. Kami sekeluarga akan meluangkan masa bersama-sama lalu
kami bermain mercun di halaman rumah. Saya berasa sangat gembira, bersama semua
ahli keluarga saya pada Hari Deepavali.

Vikassinee a/p Sangaran

3 Athavan
Laporan Perkhemahan Unit Berunifom SJKT AMPANG

Pada minggu lepas, SJKT Ampang telah mengadakan perkhemahan unit berunifom di
Hutan Lipur Sungai Tekali, Hulu Langat. Tujuan perkhemahan ini ialah untuk memupuk
kepimpinan, menimba ilmu dan menyemai nilai-nilai moral dan melatih murid
bekerjasama.

Guru penyelaras program itu, iaitu Cikgu Mageshuri membimbing kami mendirikan
khemah, memasak, membuat unggun api dan pertolongan cemas. Peraturan itu
ditetapkan supaya kami berada dalam keadaan yang selamat semasa menjalankan
aktiviti perkhemahan.

Para peserta tidak dibenarkan merayau-rayau. Mereka juga tidak dibenarkan


berpecah daripada kumpulan semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Jika berlaku
kecemasan, mereka perlu meniup wisel dengan kuatnya.

Selain itu, mereka tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam khemah
atau berhampiran dengan khemah. Hal ini dapat mengelakkan kebakaran.

Saya dan rakan- rakannya mematuhi peraturan tersebut. Kami sedar bahawa
keselamatan perlu diutamakan.

Neefelina Anne a/p Robbert Susai

4 Arunan
Nandhini Selvi a/p Senthilananth

4 Arunan
Pengalaman Manis dalam Hidup Saya

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah bercuti di Melaka. Kami pergi ke
Melaka dengan menaiki kereta. Perjalanan kami mengambil masa selama 3 jam.

Pada hari pertama, kami pergi ke Kota A Famosa iaitu kubu pertahanan yang
dibina oleh orang Portugis beratus tahun lalu. Saya berasa terharu melihat binaan kota
tersebut. Seterusnya, kami sekeluarga berehat dan makan tengah hari.

Pada waktu malam pula, kami ke laluan Jonker dan melihat banyak peniaga
sedang menjual makanan, barang perhiasan dan barangan lain yang menarik perhatian.
Kami juga ke Pantai Klebang, Melaka untuk mengambil angin. Pemandangan di pantai
sangat menakjubkan.

Kami mengambil gambar keluarga untuk kenang-kenangan. Saya berasa gembira


dan puas hati meluangkan masa bersama keluarga. Saya tidak akan melupakan
pengalaman manis yang saya dapat.

Nashwyn Naaidu a/p Arunasalam

4 Athavan
Pengalaman Manis dalam Hidup Saya

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pergi berkelah di Pantai Port Dickson.
Pada pukul 9.00 pagi, kami bersiap sedia untuk bertolak dari rumah. Kami sampai di
pantai pada pukul 11.00 pagi.

Terdapat ramai pengunjung berada di tempat perkelahan. Suasana di pantai

riuh- rendah dan meriah. Tanpa membuang masa, saya dan adik menukar pakaian dan
terus mandi di pantai.

Kami membawa pelampung untuk berenang. Kami juga membina istana pasir di
pantai. Setelah penat bermain, kami menjamu selera bersama ibu dan bapa. Ibu
menghidangkan nasi lemak dan air sirap untuk kami sekeluarga.

Kami tidak lupa juga untuk mengambil gambar untuk kenang-kenangan.


Pemandangan di pantai amat indah. Akhirnya, kami mengemas barang- barang yang
dibawa dan pulang ke rumah dengan gembira.

Mithrasree a/p Vijeindran

4 Athavan
Berkelah di Tepi Pantai

Pada cuti semester yang lalu, ayah telah membawa kami sekeluarga pergi berkelah di
tepi pantai Port Dickson. Sebelum bertolak, kami membawa makanan, minuman,
pakaian renang, kamera dan tikar. Selepas itu, kami menaiki kereta Proton X90 yang
dimilik oleh ayah ke sana. Semasa perjalanan, saya dan adik mendengar siaran radio di
dalam kereta. Ayah saya memandu kereta dengan cermat kerana malang tidak berbau.

Apabila tiba di pantai Port Dickson, kami menurunkan barang-barang dari kereta.
Kemudian, kami membentangkan tikar di bawah sebatang pokok yang rendang lalu
meletakkan barang-barang yang dibawa. Ramai orang datang berkelah di sana.
Suasana di pantai itu sangat cantik. Saya dan adik menyalin baju mandi lalu terjun ke
dalam air. Air sangat sejuk dan dingin. Udara juga nyaman sekali. Kami dapat melihat
pelbagai jenis karang laut di dalam air. Kami bermandi-manda dengan seronoknya.

Setelah penat bermandi-manda, kami pun naik ke darat untuk menikmati


makanan yang disediakan oleh ibu. Adik makan dengan gelojoh akibat terlalu lapar.
Selepas menjamu selera, kami makan angin di sekitar kawasan pantai. Kami ternampak
beberapa ekor penyu menggali lubang di pantai untuk bertelur. Kami mangambil
kesempatan untuk merakamkan gambar dengan penyu-penyu sebagai kenangan manis.

Apabila matahari terbenam dari arah barat, ayah saya mengarah kami mengemas
untuk pulang ke rumah. Saya dan adik berat hati untuk meninggalkan pantai Port
Dickson. Ayah saya berjanji untuk membawa kami ke pantai Port Dickson lagi pada
masa hadapan.

Mohamed Rohail Hanif bin Mohamed Raisul Islam

5 Arunan
Kemalangan di Lebuh Raya

Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan ayah membersihkan dusun. Dusun ayah terletak
tidak jauh dari lebuhraya Bunyi kenderaan berulang alik di lebuhraya jelas kedengaran.
Kami tidak menghiraukannya sehinggalah kami terdengar bunyi dentuman yang sungguh
kuat di lebuhraya.

Saya dan ayah saya bergegas ke atas bukit di dusun. Kami ternampak sebuah
lori tangki terbalik di lebuhraya. Cecair berasap tertumpah di lebuhraya. Ramai orang
memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan.

Tidak lama kemudian, pasukan HAZMAT dan polis tiba. Laluan ke tempat
kejadian amat sesak. Bahan berasap itu asid. Bahan berasap itu semakin melimpah.

Polis mengawal lalu lintas. Mereka menghalang kenderaan melalui jalan tersebut.
Pihak HAZMAT berusaha membersihkan kawasan kemalangan daripada bahan asid.
Mereka mengenyahkan bahan berbahaya itu. Pembersihan tumpahan asid itu
mengambil masa selama beberapa jam.

Selepas dua jam, bahan berasid yang tertumpah itu berjaya dibersihkan
sepenuhnya. Di samping itu, lori tangki yang terbalik itu berjaya ditarik oleh trak tunda ke
bengkel. Kenderaan-kenderaan yang lain dapat bergerak dengan lancar. Keadaan lalu
lintas di kawasan itu bertukar baik secara perlahan-lahan. Saya dan ayah saya berasa
lega lalu meneruskan kerja di dusun ayah.

Sherita Aviela Mohanaraja

5 Arunan
Kesabaran

Suatu hari seorang murid yang bernama Vishwam berada di sekolah. Dia seorang yang
sangat cerdik dan rajin tetapi dia tidak sabar untuk sesuatu. Sebelum kelas tamat dia
selalu ingatkan cikgunya tentang masa.

Vishwam berada di sekolah kerana ada kelas tambahan pada hari itu.Tetapi , kelas
tambahan dibatalkan.Vishwam telah tertidur di kelasnya semasa semua cikgu dan murid
pulang ke rumah. Vishwam memberitahu ibunya untuk datang ke sekolah pada pukul
tiga petang.

Vishwam pergi mencari guru untuk menghubungi ibunya untuk datang ambil dia.
Malangnya dia tidak jumpa sesiapa pun.Tidak lama kemudian,Vishwam berasa sangat
penat. Bukan itu sahaja,dia berasa sangat lapar. Vishwam bercadang untuk berjalan ke
rumah. Selepas 5 minit berjalan,dia sesat dan tidak tahu jalan ke rumahnya. Dua orang
polis terlihat Vishwam dan bertanya kepada dia “Mengapakah adik berjalan sendirian?”
Vishwam menjawab saya nak balik ke rumah tetapi saya tak tahu jalan. Vishwam pergi
ke balai polis bersama mereka.

Seorang pegawai polis menghubungi ibu Vishwam untuk menjemputnya dari balai
polis. Anggota polis menasihati dia untuk bersabar semasa membuat sesuatu.Vishwam
meminta maaf kepada emak dia.

Pengajaran yang kita boleh dapat daripada cerita ini adalah kita perlu sentiasa
sabar untuk mencapai sesuatu. Kita perlu bersabar kerana ada peribahasa “genggam
bara api biar jadi arang”.Kesabaran sentiasa membantu kita untuk mencapai cita-cita
kita.

Vishaal a/l Kesuvan

6 Arunan
Sukan Tahunan Sekolah Saya

Pada 21 Oktober 2023,sekolah saya telah mengadakan sukan tahunan kali ke- 42.
Saya dan kawan saya turut terlibat dalam sukan tahunan. Kompleks itu dihias
dengan panji-panji yang berwarna.

Murid-murid berkumpul di khemah masing-masing mengikut rumah sukan. Ibu


bapa penonton duduk di astaka.Pada pukul 7:30 pagi sukan tahunan bermula. Para
penonton memberi sokongan kepada peserta.

Acara perbarisan telah berlangsung,guru besar merasmikan sukan tahuanan


dengan semangat. Pelbagai acara telah diadakan seperti 4 kali 100, 4 kali 200,
200m,100m dan 50m. Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan
penamat.

Para peserta memberi sokongan kepada peserta pasukan masing- masing.


Suasana di padang riuh-rendah dan meriah.Sekolah kami bertandingan dengan
sekolah lain iaitu SJK(T)Semenyih, SJK(T)Bangi dan SK Campuran.

Sukan tahunan kami berakhir pada pukul 12:00 tengah hari.Rumah Biru menjadi
johan dan Rumah Kuning naib johan. Ajai terpilih sebagai olaragawan manakala Anitha
dipilih sebagai olahragawati.Guru besar menyampaikan piala kepada para pemenang.
Beliau mengucapkan tahniah kepada pemenang dan menasihati murid yang tidak
berjaya supaya tidak putus asa.

Selepas majlis tamat. Murid-murid dan penonton membersihkan kawasan itu


dengan penuh semangat. Semua murid pulang ke rumah dengan gembira walaupun
kelihatan letih.
Soohnia a/p Siva

6 Arunan

Bercuti ke Melaka

Pada cuti sekolah yang lalu, saya pergi ke Melaka bersama keluarga saya. Kami pergi ke
Melaka dengan menaiki kereta bapa saya. Kami bertolak pada pukul 9.00 pagi. Saya
rasa teruja kerana saya tidak pernah ke Melaka . Kami sampai di Melaka tepat pukul
11:00 pagi.

Setelah tiba di sana, kami melihat bangunan yang menarik, pokok yang
tinggi. Kami seronok mengambil gambar keluarga. Selepas bergambar adik saya rasa
lapar. Kami pergi ke kedai makanan. Kami pesan makanan kegemaran kami. Makanan
kegemaran saya ialah kuetia dan teh tarik ais. Kesemua makanan sangat sedap.

Selepas selesai makan, kami pergi ke kedai ais krim. Saya membeli ais
krim pilihan saya iaitu ais krim durian.ia sangat enak. Selepas itu kami pergi ke muzium
untuk melihat barang-barang yang lama.

Selepas itu, kami rasa mengantuk . Kami pulang ke rumah pada pukul
5 petang. Saya rasa gembira setiap masa dengan keluarga saya di Melaka.

Stephanie a/p Soloman

6 Athavan
Hari Deepavali

Pada minggu lepas, iaitu 12 November 2023 kami sekeluarga menyambut Hari
Deepavali. Pagi tersebut saya mandi menggunakkan minyak bijian dan shiakkai. Selepas
mandi minyak,saya makan sarapan.Menu sarapan saya ialah idly, tose, idiyappam,
chutney dan kari dhal .

Selepas sarapan saya tidur sebentar selama 2 jam. Kemudian,saya bangun


dan segarkan diri saya. Ibu dan sepupu saya memasak bersama-sama.Menu tengah hari
ialah sambal ayam, dalca, briyani, sayur campur dan jus oren.Selepas, makan tengah
hari, saya dan adik-beradik saya main bersama-sama. Mula-mula kami bermain sorok-
sorok. Pada pukul 7 malam, saya dan adik-beradik saya mandi dan kami minum petang.
Saya makan muruku dan teh o .

Selepas itu, kami mula bermain mercun dan bunga api. Kemudian,
kami makan malam bersama-sama dan kami tinggal di rumah datuk dan nenek malam
itu. Keesokan harinya kami pulang ke rumah dengan gembira

Venisa

6 Athavan

You might also like